Kreativiti pasangan suami isteri ini dalam menghias kediaman dengan konsep Farmhouse yang kebanyakkannya dilakukan secara DIY menarik perhatian warganet untuk dijadikan inspirasi.
Walaupun pada asalnya rumah yang dihuni terhad keluasannya, namun selepas mula dihias pada Nov tahun lalu secara sedikit demi sedikit, akhirnya menampakkan hasil dekorasi yang cukup luar biasa. Ruang rumah nampak luas, tenang dan memukau. Jika tidak masakan perkongsian oleh Watiey Abdullah di salah satu group dekorasi mendapat 32K tanda suka dan 25K share daripada warganet.
Jadi bolehlah anda jadikan inspirasi untuk menatarias kediaman anda jika berminat dengan konsep farmhouse yang dikongsikan ini.
RUMAH KECIK KONSEP FARMHOUSE
Suka konsep konsep farmhouse ni sebab nampak lebih cozy, rustic, warmth & traditional. Yang bestnya banyak kita boleh diy sendiri je.
Personally area dapur dan patio, tempat paling suka sangat. Start deco dari Nov tahun lepas, buat berdua laki bini je. Moga dapat beri inspirasi untuk semua.
RUANG DAPUR & RUANG MAKAN
SEBELUM
Table bar ni diy sendiri.
Since ramai minat frame cermin tu, cermin tingkap pon kami diy sendiri jugak ..guna stain untuk bagi nampak effect kayu lama.
Ads
Sini tempat simpan stok-stok jajan . Diri sendiri tak makan pon tapi utk anak-anak buah huhu.
Backsplash jenis sticker, dekat shoppe banyak jual.
Ads
RUANG TAMU
Ruang tamu. Termenung juga mula-mula dulu nak decor macam mana la ruang terhad.
Fire place …rumah farmhouse mesti nak kene ada ni, acah je la nak vibe umah orang putih.
Yes, fireplace pon diy. Sebab suami memang pandai tukang.
Ads
Ruang Luar Rumah
Da 5 bulan kat luar, belum dicemari lagi. Hari-hari kita bersihkan.
Da nama pon farmhouse , mesti nak kena ada hasil tanaman sendiri walaupon hanya sekankang kucing je tanah. Alhamdulillah segar bugar
Program Infaq Kasih Ramadan 2026 Didik Anak Erti Empati dan Jiwa Memberi menerusi satu inisiatif yang bukan sekadar membantu golongan memerlukan, tetapi turut menjadi medium terbaik membentuk jiwa anak-anak agar lebih prihatin, bersyukur dan memahami erti memberi sejak usia muda.
Dalam suasana penuh keberkatan Ramadan, program Infaq Kasih Ramadhan 2026 yang berlangsung di Masjid Denai Alam menghimpunkan pelajar, ibu bapa, guru dan komuniti setempat dalam satu usaha kebajikan yang cukup bermakna. Program ini bukan sekadar aktiviti tahunan biasa, sebaliknya menjadi satu platform pendidikan berasaskan pengalaman yang mendidik anak-anak tentang nilai ihsan, empati dan tanggungjawab sosial.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2022, Program Infaq Kasih Ramadhan 2026 terus berkembang sebagai antara inisiatif penting sekolah dalam menyemai budaya memberi dalam kalangan pelajar. Melalui penglibatan secara langsung, anak-anak dapat merasai sendiri pengalaman membantu mereka yang memerlukan.
Pada tahun ini, seramai 483 pelajar termasuk murid sekolah rendah dan prasekolah terlibat secara langsung dalam penyediaan pek bantuan makanan untuk keluarga yang memerlukan. Penglibatan aktif ini menjadikan program lebih bermakna kerana anak-anak bukan sahaja menyumbang, tetapi turut memahami proses memberi.
Sepanjang berlangsungnya Program Infaq Kasih Ramadhan 2026, para pelajar bersama guru dan ibu bapa berganding bahu membungkus pelbagai barangan keperluan harian. Antara barangan yang disediakan termasuk beras, minyak masak, gula, tepung, susu, biskut dan sardin.
Lebih menyentuh hati, sebahagian pelajar turut menyediakan kad doa serta pesanan ringkas untuk disertakan bersama bantuan tersebut. Tindakan kecil ini menjadikan sumbangan yang diberikan lebih bermakna kerana ia hadir daripada keikhlasan dan keprihatinan anak-anak sendiri.
Pendekatan ini memberi ruang kepada anak-anak untuk memahami bahawa amalan memberi bukan sekadar menyerahkan bantuan, tetapi lahir daripada rasa peduli terhadap kesusahan orang lain. Dalam Program Infaq Kasih Ramadhan 2026 ini juga, para guru dapat melihat perubahan positif dalam diri pelajar yang mula menunjukkan rasa syukur serta empati terhadap golongan kurang bernasib baik.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal, Sharifah Shahira, yang hadir menyokong usaha kebajikan tersebut. Beliau menyatakan bahawa budaya infaq wajar dipupuk sejak kecil supaya anak-anak membesar sebagai generasi yang memahami kepentingan berkongsi rezeki dengan orang lain.
Menurut beliau, Program Infaq Kasih Ramadhan 2026 merupakan contoh terbaik bagaimana institusi pendidikan boleh memainkan peranan penting dalam membentuk nilai kemanusiaan dalam diri generasi muda.
Pengasas Bersama sekolah, Dato’ Ismail Bin Nordin pula menegaskan bahawa pendidikan tidak seharusnya tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata. Sebaliknya, pendidikan juga perlu menitikberatkan pembentukan akhlak, nilai kemanusiaan dan jiwa ihsan dalam diri anak-anak.
Menurut beliau lagi, program seperti Program Infaq Kasih Ramadhan 2026 memberi peluang kepada pelajar untuk belajar melalui pengalaman sebenar. Pengalaman ini membantu mereka memahami realiti kehidupan masyarakat serta kepentingan membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
Melalui program tahun ini, sebanyak 344 keluarga asnaf menerima bantuan pek keperluan asas hasil kerjasama dengan masjid dan komuniti setempat di sekitar Denai Alam, Elmina, Bukit Subang, Sungai Buloh, Seri Gombak, Batu Caves, Taman Industri Bolton dan Kampung Nakhoda.
Selain itu, bantuan turut disalurkan kepada beberapa rumah anak yatim serta pusat tahfiz terpilih bagi memastikan lebih ramai golongan memerlukan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.
Jelas bahawa Program Infaq Kasih Ramadhan 2026 bukan sahaja membantu meringankan beban masyarakat, tetapi juga menjadi medan penting dalam mendidik anak-anak agar membesar sebagai insan yang lebih peka, bersyukur dan berjiwa masyarakat.
Usaha seperti ini membuktikan bahawa pendidikan nilai kemanusiaan perlu bermula sejak kecil. Dengan pendedahan sebegini, generasi akan datang diharapkan mampu membina masyarakat yang lebih penyayang, prihatin dan sentiasa bersedia membantu mereka yang memerlukan.
Pelakon dan pengacara, Nadya Syahera sekali lagi dimasukkan ke hospital berikutan berlakunya pendarahan pada kandungannya.
Lebih mencemaskan apabila doktor memaklumkan kepadanya supaya bersedia menjalani prosedur bersalin pada bila-bila masa sahaja.
Namun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini akhirnya menarik nafas lega setelah kandungannya kembali stabil dan tidak perlu dikeluarkan terlalu awal.
“Empat hari berdebar risau semua cukup. But Alhamdulillah Allah sebaik-baik perancang.
“Emergency ke hospital disebabkan bleeding teruk hari Ahad, doctor cakap kemungkinan boleh bersalin awal sebab bleeding dan ada contraction. Kena ready anytime je.
“Tapi tetap berdoa untukbaby terus kuat stay sampai dia betul-betul matang baru lah lahir.Alhamdulillah Allah makbul doaku. Syukur,” tulis Nadya menerusi kapsyennya.
Dia dibenarkan pulang ke rumah, namun dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja berat sepanjang tempoh hamil.
“Now baby 35 weeks, keadaan dia okay and takde simptom yang membahayakan. Kemungkinan False Labour lah haritu. Nervousss!
“Harini discaj dah and still kena monitor pergerakan baby dekat rumah. InsyaAllah doakan baby and I baik-baik saja tau. Baby kasi chance mama duduk relax dulu dekat rumah. Okay promise.
“No more kerja berat angkat sofa lagi ye. Harap baby nombor tiga terus sihat sampai betul-betul kuat untuk dilahirkan. Ameen. Thank you semua yang mendoakan kami,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Nadya mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hafizul Nawi pada 25 September 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aleena Rose, 4, dan Mohamad Dayyan, 3 tahun.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meminta Nadya menjaga kesihatan serta menitipkan doa semoga dipermudahkan segalanya sehingga selamat melahirkan kelak.
Di dalam sesebuah rumah tangga harus saling memberi dan menerima Tidak boleh sekadar satu pihak sahaja. Begitu juga dalam bab menjaga anak-anak. Janganlah sekadar meletakkan tanggung jawab itu pada isteri semata-mata. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak ramai.
Kisah yang dikongsikan oleh Puan Umi Nur Norza wajar menjadi pedoman buat semua pasangan suami isteri.
Lokasi: Klinik Kesihatan (klinik kerajaan).
Seorang ibu menggendong bayi berusia sekitar 4 bulan. Kepala bayi masih terlentok-lentok belum pandai tegak sepenuhnya.
Di tangan kiri, si ibu memimpin anak lelaki berusia lebih kurang setahun setengah.
Di belakang mereka, berlari-lari seorang anak perempuan yang pada anggaran saya berusia 3 tahun.
Dan di belakang sekali, ada anak perempuan paling tua. Paling banyak pun umurnya mungkin 8 tahun.
Si ibu kelihatan sibuk sungguh. Ke sana ke mari membawa kad klinik anak-anaknya. Tudung si ibu sudah senget benget. Bahagian yang sepatutnya berada di dagu sudah jauh pergi ke pipi kanan.
Saya agak usia si ibu dalam 30 tahun. Tetapi kerana lelahnya mengurus anak-anak, kerana kesuntukan masa untuk berdandan dan menjaga badan, dia kelihatan jauh tua daripada usia sebenar.
Anak-anak merengek. Ada yang menjerit. Ada yang sudah terberak di dalam lampin. Terkocoh-kocoh si ibu membawa mereka ke tandas.
Sehingga namanya dipanggil berkali-kali untuk diperiksa suhu badan dan tekanan darah, masih juga tidak muncul.
Usai urusan di tandas, si ibu dan anak-anak terus bergegas ke kaunter pemeriksaan awal. Anak-anak masih merengek dan nampak tidak selesa.
Terdengar perbualan di antara si ibu dengan jururawat. Rupa-rupanya semua anak kecuali yang paling besar itu demam. Sudah 3 hari demam tidak kebah-kebah.
Ketika jururawat bertanya di mana suaminya, dia hanya tersenyum kelat.
Nombor giliran mereka dipanggil untuk ke bilik doktor. Anak perempuan yang paling tua (yang tidak demam ) duduk di kerusi sebelah saya. Saya hadiahkan senyuman. Dia kelihatan malu-malu.
“Datang naik apa ramai-ramai?”
“Naik kereta.”
“Ohh, masa mak bawak kereta, awak pegang baby ya. Bagus kakak.”
“Taklah acik, ayah bawak kereta.”
“Mana ayah?”
“Ayah ada tunggu dalam kereta. Main fon.”
Ohhh…
“Ayah tak nak tolong mak bawak adik-adik jumpa doktor ke? Kesian mak sorang-sorang bawak adik ramai.”
“Tak. Ayah tak suka dengar adik-adik menangis dan bising-bising. Ayah kata serabut. Ayah kata kakak dah besar boleh tolong mak.”
Allahu.
Cepat besar ya kakak. Banyak benda boleh tolong mak. Banyak sangat ??
#sharingutkpedomanbersama
#credittopuan Umi Nur Norza
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.