Mengorak langkah dalam memberikan yang terbaik buat pengguna, Huawei telah mengambil pendekatan dengan memperkenalkan aplikasi AppGallery yang merupakan alternatif untuk pengguna memuat turun aplikasi dan permainan menerusinya.
Menariknya, Aplikasi untuk semua peranti Huawei ini mempunyai banyak kelebihan berbanding aplikasi yang terdapat di Google Play. Pengguna boleh memuat turun pelbagai aplikasi dari 18 kategori berbeza termasuklah yang sering digunakan termasuklah perhubungan, sosial media, pendidikan, perbankan dan banyak lagi. Ini akan memudahkan anda untuk mengakses emel peribadi dan kerja melalui satu aplikasi.
Malah, Huawei AppGallery kini mengandungi kebanyakan aplikasi yang sering digunakan. Di Google kerana semua ya boleh didapati di AppGallery. Antaranya termasuklah facebook, wechat, WhatsApp, lazada, touch & go, Public Bank dan RHB Bank dan banyak lagi.
Pengguna juga tak perlu bimbang akan soal keselamatan kerana dilindungi dengan empat lapisan perlindungan. Ia turut menerima anugerah siji keselamatan CC EAL5+. Malah, ia turut dilengkapi dengan ciri QuickApps yang menyediakan pengalaman mengakses sesuatu aplikasi tanpa perlu memuat turun sekali gus membantu pengguna menjimatkan penstoran peranti mereka.
Lebih istimewa lagi, Huawei menawarkan ganjaran kepada mereka yang memuat turun menerusi AppsGallery termasuklah memberikan secara percuma 50gb Huawei Cloud selama setahun di mana google hanya menyediakan storan 15GB secara percuma.
Bukan itu sahaja, Huawei turut memperkenalkan fungsi Huawei Video dan Huawei Music yang dikatakan mampu menandingi Google Play Music dan aplikasi Google Movie & TV dan Huawei Video yang memberikan akses premium percuma selama 3 bulan.
Ads
Berita baik buat anda yang gemar melayari muzik tanpa henti selain dapat memanfaatkan masa terluang anda dengan video-video menarik dengan menggunakan AppGallery terutama ketika perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini bersambung lagi.
Huawei juga telah memperkenalkan MEETime iaitu aplikasi yang boleh membantu meningkatkan prestasi video audio dan resolusi tinggi yang stabil. dengan peranti HUAWEI lain walaupun pada kadar pencahayaan yang rendah atau rangkaian yang lemah.
Bagi pelajar yang ingin belajar secara berkumpulan, pilihan HUAWEI MEETime adalah yang terbaik. Ia juga membantu membolehkan anda berkongsi skrin dengan rakan untuk mendapatkan nasihat tentang membeli belah atau membimbing ibu bapa menggunakan telefon mereka dengan menunjukkan petunjuk langkah demi langkah.
Huawei MEETime membolehkan anda menikmati panggilan yang menarik, produktif dan pemandangan yang berbeza.
Untuk mereka yang gemar bermain games, Huawei AppGallery turut menyediakan pelbagai permainan video tempatan dan antarabangsa dari seluruh negara. Sungguh menarik bukan?
Ads
Bukan itu sahaja, bagi menghargai pengguna, Huawei AppGallery turut menawarkan baucar, kupon diskaun dan keistimewaan secara eksklusif buat pengguna peranti Huawei.
Kini kehebatan aplikasi popular yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia boleh didapati di Huawei AppGallery.
Bagi anda yang berminat untuk membeli produk keluaran terbaru Huawei seperti Huawei P40, Huawei MatePad Pro, Huawei Watch GT2e, boleh mendapatinya di sini
Usah buat main dengan duit nafkah untuk isteri, sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan nafkah selepas wanita tersebut sah menjadi pasangan hidupnya. Nafkah yang dimaksudkan adalah menyediakan makan, pakaian, tempat tinggal dan perkara asas yang lain.
Pun begitu, perlukah seorang suami itu memberi wang tunai sebagai nafkah kepada isterinya?
Seperti perkongsian daripada seorang peguam yang dikenali sebagai Surianti Ghani menerusi posting di laman fb, berkongsi tentang tiga situasi sama ada perlu atau tidak perlu suami memberikan wang sebagai nafkah.
PERLUKAH SUAMI MEMBERIKAN WANG TUNAI KEPADA ISTERI SEBAGAI NAFKAH?
Perlu & tidak perlu..lihat kepada situasi:
1) Jika segala keperluan suami dah sediakan, cukup semuanya tak wajib lagi suami beri wang tunai kepada isteri
2) Jika apa pun keperluan tak disediakan, suami boleh beri wang tunai untuk digunakan oleh isteri membeli keperluannya
3) Jika sebahagianya telah disediakan oleh suami & sebahagian lagi tidak, suami boleh memberikan wang tunai untuk digunakan oleh isteri bagi mencukupkan keperluannya
Bagaimana pula jika nafkah yang diberikan oleh suami tidak mencukupi walhal suami mampu, si isteri berhak untuk meminta daripada suami untuk kecukupannya.
Pun begitu bagaimana pula andai setiap bulan tanpa culas suami akan memberi nafkah berupa wang namun nilainya hanyalah RM RM5? Mungkin ada antara kita yang tidak dapat membayangkan adakah ada suami yang melakukan sedemikian, memberi isteri hanya RM5 setiap bulan dan pemberian tersebut dianggap sebagai nafkah.
Ini sebagaimana satu kisah rumah tangga berkenaan nafkah yang dirujuk kepada peguam ini. Difahamkan si suami hanya memberikan RM5 dan paparan transaksi bank dijadikan bukti yang menunjukkan si suami memberi sebulan RM 5 kepada isterinya.
SEMOGA PARA SUAMI YANG LAIN TAHU BETAPA BERKATNYA MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI
Apabila suami tidak tahu konsep keberkatan memberi nafkah kepada isteri..lagi banyak berbelanja untuk isteri semakin bertambah rezeki.. Realiti 1 kes di mahkamah syariah..setiap bulan hanya RM5 sahaja nafkah untuk isteri..itu sahaja, barang dapur tak beli, pakaian tak beli, tempat tinggal isteri bayar sendiri..yang banyak sikit bulan ni RM10 sebab bulan Ramadan kot..
Walaupun dah habis berpantang, wanita sebenarnya perlu terus berpantang jenis makanan tertentu bagi mengelakkan ‘masuk angin’. Wanita akan dapat merasai perbezaannya sendiri jika tubuh mereka ‘masuk angin’.
Badan terasa berat dan adakalanya rasa sakit di bahagian belakang badan. Malah lebih teruk lagi ada dikalangan wanita yang mengalami demam disebabkan salah mengambil makanan.
Bagi ibu berpantang terutamanya, anda sangat perlu memilih makanan yang diambil seharian. Perlu berpantang daripada mengambil semua jenis makanan yang boleh memudaratkan tubuh!
Bukan sekadar mengurangkan tetapi mengabaikan langsung makanan-makanan berisiko ini sehingga usia anak mencapai setahun.
Elak Makanan ‘Sejuk’
Mengambil makanan bersifat ‘sejuk’ secara berterusan misalnya boleh mengakibatkan sakit dan sengal sendi kepada tubuh.
Makanan bersifat ‘sejuk’ seperti kangkung, bayam, kubis, terung, timun, labu, petola, pucuk ubi, pucuk paku dan banyak lagi sangat memberi kesan kepada tubuh jika makanan ini tidak bersesuaian dengan kehendak tubuh anda.
Bukan itu sahaja, buah-buahan seperti nangka, tembikai, nenas, pisang, cempedak, mangga, manggis, langsat, betik dan ciku juga dikatakan mendorong sakit sendi dan masalah angin kepada ibu berpantang juga selepas berpantang.
Ketika berpantang, elakkan sama sekali jenis makanan bersifat sejuk ini. Berpantanglah selagi terdaya kerana ia akan hanya memberi kesan pada tubuh pada jangkamasa panjang.
Tubuh akan terasa berat kerana angin memasuki setiap urat dan akibatnya ibu akan merasa sakit pinggang, sakit belakang serta sakit pada semua sendi.
Perlahan-lahan selepas anak mencapai usia enam bulan dan ke atas, barulah anda mula mengambilnya dengan kuantiti ‘percubaan’, jika terlalu ketagih untuk menikmatinya. Berpantanglah selagi mampu.
Makanan Yang Harus Diambil
* Ibu berpantang perlu mengambil sebanyak 1600-1800 kalori setiap hari bagi tujuan penyusuan badan secara ekslusif.
* Sekiranya ibu berpantang tidak menyusu badan dan ingin menurunkan berat badan, pengambilan kalori perlu diambil sebanyak 1100-1300 kalori setiap hari.
* Makanan berprotein tinggi seperti ikan segar dan ayam kampung tanpa lemak dan kulit.
* Ambil air kosong pada jumlah yang banyak untuk membina susu badan dan mengurangkan berat badan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sayu, itulah perasaan yang boleh dikatakan apabila anak perempuan Datuk Adi Putra iaitu Zara Adelia, 11, tampil membacakan doa ketika majlis tayangan perdana filem Syaaban, pada Sabtu.
Zara yang merupakan anak istimewa (Orang Kurang Upaya) itu dipanggil bapanya dilihat bersungguh – sunggu untuk membacakan doa di hadapan tetamu yang hadir sempena majlis tersebut.
Adi Putra atau nama sebenar, Mohamed Hadi Putra Halim berkongsi bahawa beliau menyedari anak keduanya itu mempunyai kelainan ketika masih kecil.
“Saya mengetahui ketika umurnya berusia enam bulan.
“Saya mula menyedari apabila dia tidak memberi respons Ketika ada gangguan bunyi bising apabila saya tidur bersamanya.
“Saya terkejut, jadi saya bawa dia untuk buat pemeriksaan lanjut dan dari situlah saya dapat tahu mengenai kesihatannya,” kongsi Datuk Adi Putra dengan XTRA.
Adi Putra ditemui ketika majlis tayangan perdana filem arahan pertamanya yang berjudul Syaaban di DADI Cinema, Pavillion Kuala Lumpur.
Adi Putra juga memaklumkan bahawa dia pernah berikhtiar mendapatkan rawatan dan menyifatkan ia adalah anugerah terindah dan amanat daripada Yang Maha Esa.
“Kad OKU dia memang dah tertulis masalah pendengaran. Jadi memang pendengaran kedua telinga mengalami masalah.
“Saya pernah mengikhtiar dengan memasang alunan surah tapi bila direnungkan kembali bagi saya itu adalah anugerah Allah yang berikan.
“Ia satu Amanah Allah yang dianugerahkan, jadi kita sebagai ibu bapa meggalasnya sebaik mungkin. Jangan lah ubah sesuatu yang memudaratkan,” jelas beliau kepada XTRA.
Untuk berkomunikasi, Adi berkata, beliau dan isteri menggunakan Bahasa isyarat selain turut berkomunikasi melalui panggilan mesej dan video.
“Dia juga ada Bahasa isyarat, jadi kami berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat sahaja. Kami juga berhubung melalui panggilan WhatsApp dan video.
“Saya juga mempunyai kemahiran untuk menggunakan bahasa isyarat daripada umurnya kecil lagi.
“Apabila dia tak guna bahasa isyarat pun saya sudah faham,” ujar beliau.
Untuk rekod, Adi Putra dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006 dan hubungan mereka terlerai. Namun, mereka kembali mengikat tali perhubungan dengan pernikahan kali kedua pada 18 Januari 2018 selepas 9 bulan bercerai.