Pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson berkongsi berita duka apabila mereka disahkan positif Covid-19.Perkongsian tersebut dimuatnaik pelakon filem Bulan dan Pria Terhebat ini menerusi Instagram Storiesnya yang memaklumkan dirinya dijangkiti virus berkenaan pada 20 Februari lalu.
Menurut Zahirah, hari tersebut sepatutnya menjadi hari bahagia kerana merupakan ulang tahun perkahwinan mereka kali kedua.
Dia dalam pada itu memberitahu mengalami sakit tekak, batuk, selesama dan mula keletihan. Justeru, kini tugas menjaga Isaac Raees diuruskan sepenuhnya oleh Aiman termasuklah menyediakan makanan.
Aiman juga terpaksa membatalkan hasratnya untuk menyambut ulang tahun kelahiran isteri. Bahkan, pemilik nama Aiman Hakim Ridza Abdoh terpaksa berada dalam bilik berasingan sehingga selesai tempoh kuarantin kendiri atau self-quarantine.
Rupa-rupanya, Aiman, sebelum ini sudah dijangkiti virus berkenaan selepas menjadi kontak rapat pada 1 Februari.
Ads
Bagaimanapun, Zahirah bersyukur kerana anak lelaki mereka Isaac Raees tidak dijangkiti wabak itu dan berada dalam keadaan sihat.
Zahirah Dan Aiman mendirikan rumahtangga pada 20 Februari 2020 di Foyer Glamhall di Mercu Mustapha Kamal di ibu kota.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata sulung lelaki pertama, Isaac Raees yang kini berusia setahun.
Sebut aje nasi goreng memang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. . Biasanya cara masaknya memang simple. Masukkan nasi bersama ikan bilis, nak sedap ikan bilis tu tumbuk. Kemudian hiris bawang. Siap!
Namun masak nasi goreng ni pelbagai versi. Namun hasilnya tetap sedap. Bagi yang suka resipi viral apa kata cuba resipi ni yang mendapat share hingga 9K.
Jom lihat resipi ini.
Nasi Goreng Cina
simple jer tapi tak pedas. Untuk anak-anak suka.
Bahan-bahan:
= Nasi = Bawang Putih – 5 ulas besar (ketuk2 ngan anak lesung pastu cincang halus) = Serbuk Maggi Cukup Rasa – 2 @ 3 sdb = Minyak Bijan – 1 @ 2 sdb = Udang Hidup = Telur – 4 @ 5 biji = Sayur campur – 1 mangkuk (Bahan2 👆🏻brgantung pd brape byk nasi kite.. klu byk nasi nye, tambah jgak bahan2 yg lain)
cara penyediaan: 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih smpai naik bau dan garing sikit… 2. Masukkan udang, biarkn masak skejap… 3. Ketepikan udang, masukkan telur.. kecikkn api sikit tuk telur masak elok..kmudian pecah2 kan telur tu..
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Cinta hingga hujung nyawa, begitulah yang boleh digambarkan buat pasangan suami isteri ini apabila menemui ajal selang 29 minit. Pun begitu, pemergian pasangan suami isteri ini meninggalkan kesedihan yang cukup berat untuk ditanggung oleh anak-anak, bilamana kedua orang tua yang amat dicintai ‘pergi’ kerana Covid-19.
Pastinya tiada apa yang mampu dilakukan oleh anak-anak melainkan terima dengan reda berita pemergian ibu dan bapa serentak pada hari yang sama, ini sebagaimana memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro.
Berat untuk ditanggung namun itu hakikat perlu diterima pensyarah, Wan Su Emi Yusnita Wan Yusof, 39, dan empat adiknya apabila ibu, Aminah Yaakub, 59 serta bapa mereka, Wan Yusof Wan Abdullah, 63, meninggal dunia akibat Covid-19 pada 29 Julai lalu.
Wan Yusof menghembuskan nafas terakhir pada 8.32 pagi di Hospital Jelebu diikuti Aminah di Hospital Tampin, Negeri Sembilan jam 9.01 pagi dengan hanya 29 minit memisahkan ajal mereka berdua.
Jenazah kedua-duanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Berkongsi kisah memilukan itu, Wan Su Emi Yusnita yang menetap di Sungai Besi, di sini, berkata dia dan adik beradiknya sudah lama bersedia dengan kemungkinan bapanya akan meninggal dunia kerana penyakit kronik dialami namun terkejut apabila ibunya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) selepas kaki kanan dipotong akibat diabetes turut dijemput Ilahi pada hari sama.
“Abah memang mempunyai penyakit tiga serangkai iaitu jantung, darah tinggi dan masalah buah pinggang akibat diabetes malah baru keluar daripada hospital pada 16 Julai lalu.
“Keesokan harinya (17 Julai), abah demam diikuti emak dan adik kedua, keempat serta bongsu.
“Melihat keadaan emak yang demam sehingga (badannya) menggigil, adik bawanya menjalani ujian saringan pada 20 Julai iaitu pada Hari Raya Aidiladha dan disahkan positif keesokan harinya sebelum dimasukkan ke hospital hari sama.
“Sementara itu, abah pula dibawa menjalani ujian saringan pada 21 Julai, sah positif Covid-19 keesokannya (22 Julai) dan dimasukkan ke Hospital Jelebu pada 23 Julai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Wan Su Emi Yusnita, hanya dia dan adik ketiga, Wan Mohd Hanafiah, 33 saja yang berpeluang membuat pengecaman serta menatap jenazah ibu bapa mereka.
3 Adik Beradik Lain Positif Covid-19
Sementara itu, Wan Su Emi Yusnita berkata, tiga lagi adiknya iaitu Wan Nur Hashimah, 36; Wan Nur Ainshatun, 26 dan Wan Shafiqah Zaharah, 24, tidak dapat turut sama kerana masih menjalani kuarantin selepas positif Covid-19.
“Selepas dapat tahu emak meninggal dunia, saya hilang kata-kata dan bertambah terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian abah yang rupanya pergi lebih awal.
“Mujurlah urusan pergerakan rentas negeri berjalan lancar dan saya uruskan pengecaman jenazah abah manakala adik lelaki membantu urusan emak di hospital.
“Adik yang lain pula tidak dapat bersama jadi hanya berpeluang melihat wajah jenazah emak dan abah menerusi panggilan video. Detik itu yang membuatkan kami semua sukar mengawal emosi termasuk saya,” katanya.
Wan Su Emi Yusnita berkata, perasaan sedih itu bertambah kerana dia tidak dapat memeluk dan mencium jenazah ibu bapanya buat kali terakhir.
Abah ‘Pergi’ Bersama Mak
Bagaimanapun, dia dan adik beradik cuba memujuk diri serta bersangka baik dengan ketentuan Allah.
“Abah sudah lama tenat sebenarnya tetapi Allah panjangkan umurnya dan takdirkan arwah pergi bersama emak.
“Sebagai anak, saya tentunya sedih apabila hilang kedua-duanya tetapi reda kerana memikirkan bagaimana keadaan emak seandainya abah yang pergi meninggalkannya memandangkan mereka berdua rapat walaupun sudah 40 tahun berkahwin.
“Rezeki arwah emak dan abah juga apabila pusara mereka bersebelahan satu sama lain malah ini bukti cinta mereka sehingga hujung nyawa,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Setiap orang pasti ada kenangan waktu kecil, itulah yang dikongsikan oleh Tengku Mahkota Pahang menerusi laman Instagramnya.
Memuatnaik naik gambar kenangan ketika kecil bersama kekanda dan adindanya nyata meraih perhatian ramai.
Rata-rata yang melihat perkongsian tersebut teruja. Bukan mudah Kan nak melihat wajah kerabat sewaktu kecil.
Meninjau akaun Instagram milik baginda, terdapat perkongsian sekeping gambar yang memaparkan wajah Tengku Hassanal bersama adindanya yang lain antaranya Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Puteri Afzan Aminah, Tengku Puteri Jihan Azizah dan Tengku Muhammad Iskandar.
Rata-rata memuji wajah putera dan puteri tidak banyak berubah. Usai dewasa, masing-masing nampak cantik dan kacak belaka. Tengku Afzan misalnya ketika kecil cukup comel dan sedikit dengan baju merah jambunya.Rupa-rupanya gambar tersebut adalah kenangan yang diambil ketika mereka berada di England pada tahun 2004. Kelihatan semuanya masih kecil dan berwajah comel. Tengku Ahmad memaut leher Tengku Muhammad dan kedua putera ini nampak begitu akrab.Sejak dahulu lagi, Pemangku Sultan Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah antara putera raja yang sering menjadi perhatian ramai. Bahkan sikapnya yang berjiwa rakyat serta humble Yang diwarisi bonda dan dan ayahanda membuatkan,baginda cukup disayangi.
Sehingga kini, posting oleh Tengku Hassanal ini telahpun mendapat lebih 44 ribu likers daripada netizen.