Usahawan berjaya, Madammu atau Eriyca Baiduri terpanggil untuk membantu golongan yang memerlukan dikala semua orang sedang hangat membuat persiapan raya.
Menyedari pelbagai rungutan tidak dapat menyediakan kelengkapan raya, Madammu tampil dengan menyediakan lebih 1000 helai baju raya buat yang memerlukan.
Malah katanya lagi, dia tersentuh hari membaca kisah mengenai mereka yang tidak berkemampuan membeli kelengkapan hari raya.
“Baru-baru ini saya terbaca berita tentang ramai yang tak dapat beli baju raya tahun ini dan tersentuh dengan kepayahan yang terpaksa di lalui mereka.
Ads
“Saya terpanggil untuk berkongsi rezeki dengan insan-insan memerlukan di luar sana.
“Saya nak berikan secara percuma. Saya sediakan 1000 pasang baju kepada mereka yang memerlukan.
“Saya akan berada di butik Sabella untuk buat pilihan dan akan maklumkan bila tarikh pemberian yang akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.
Ads
Malah Madammu juga menyeru untuk sesiapa yang mengenali individu yang benar-benar susah dan memerlukan.
“Kepada yang kenal golongan susah, boleh maklumkan kepada saya.
Ads
“Saya juga tak boleh nak buat penghantaran secara pos sebab masa sudah suntuk. Saya akan beritahu bila akan diedarkan nanti,” katanya lagi.
Lok Mee Wan, anak pengawal keselamatan penerima Anugerah Diraja PTSS, mahu ubah nasib keluarga. Mahu mengubah nasib keluarga menjadi antara pendorong kepada anak pengawal keselamatan, Lok Mee Wan berjaya menerima Anugerah Diraja pada sidang pertama Majlis Konvokesyen Kali Ke-16 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Arau, Perlis.
Mee Wan, 22, graduan Diploma Pengurusan Pelancongan yang berasal dari Kamunting, Perak itu turut menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum serta Anugerah Pengarah pada majlis konvokesyen yang dihadiri Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Beliau berkata bapanya Lok Tart Chon, 59, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta di Kamunting dan ibunya S. Kanagawaly, 64, menjadi pembakar semangat kepadanya untuk komited belajar bagi mencapai kejayaan.
“Pengajiandalam bidang ini ada enam semester dan semua semester saya dapat keputusan pointer dekan. Saya juga mempunyai tekad sendiri untuk berjaya dalam hidup,” katanya.
Anak kedua daripada dua beradik dan fasih berbahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan Inggeris itu berkata beliau mempunyai minat dalam bidang pelancongan serta media dan komunikasi dengan menaruh impian untuk bergelar wartawan penyiaran mahupun penyampai berita pada masa depan.
“Walaupun saya belajar dalam bidang pelancongan di PTSS tetapi di PTSS tiada had atau tak menghalang pelajar menceburkan diri dalam bidang lain yang mana saya pernah menjadi Penerbit Berita bagi Kelab Berita Poli TV News di PTSS selama tiga semester,” katanya.
Mee Wan yang kini bekerja sebagai Guest Service Experience, Front Office di sebuah hotel mewah di Langkawi berkata, pencapaian tertinggi beliau dalam bidang media dan komunikasi ialah meraih gelaran juara untuk pertandingan English Newscasting Online menerusi BudiDarma English Festival 2021 (BUDAEFEST) anjuran Universitas Budi Darma di Medan, Indonesia pada 2021.
“Pertandingan ini disertai Malaysia, Indonesia dan Thailand. Saya memang minat menonton berita dan membaca surat khabar sejak kecil lagi. Saya juga mendapat tempat kedua dalam Ikon Siarawan bagi dua tahun berturut-turut pada 2021 dan 2022,” katanya.
Mee Wan yang pada masa ini turut membuat perniagaan kecil-kecilan mengait benang itu berkata, dia optimis dengan keupayaan menguasai kemahiran dalam bidang pelancongan serta media dan komunikasi memberikannya kelebihan untuk mengharungi cabaran masa depan.
Tuanku Syed Faizuddin Putra berangkat ke majlis konvokesyen itu bagi mewakili Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Majlis konvokesyen yang berlangsung sebanyak tiga sidang itu bermula meraikan 1,155 graduan lulusan diploma, asasi dan sijil dalam pelbagai jurusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang tamat pengajian bagi tahun lepas dan tahun ini.
Momen paling indah bagi setiap wanita yang berkahwin adalah apabila diri disahkan mengandung, lengkap sudah fitrah sebagai seorang wanita apabila mengandung dan melahirkan anak.
Namun ada antara wanita yang diuji dengan ketiadaan anak. Biar sudah sehabis daya berusaha, tetapi Dia masih belum mahu mengurniakan rezeki yang satu itu.
Begitu pun, jangan berputus asa, teruskan berusaha dan pasti suatu hari nanti Tuhan akan mendengar doa anda.
Perkongsian isteri kesayangan Dato’ Seri Aliff Syukri baru-baru ini cukup bermakna buat wanita yang masih dikurniakan anak. Mengimbas detik melahirkan zuriatnya, akui Datin Seri Shahida itulah nikmat yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Biar bertarung naywa dan terpaksa menahan kesakitan, namun semuanya hilang bila dapat menatap wajah si kecil di sisi.
“Kenangan menahan sakit melahirkan @yusoffalqardawi_terlajaklaris….. sakit memang sakit tak boleh nak gambarkan sakit tu….tapi bila dah keluar baby tu sakit tu menjadi nikmat……..
Saya doakan kepada mereka yg belum bergelar ibu dapat merasai detik ini…Insya Allah ada hikmah Allah lewatkan….doa banyak2 jgn putus asa..Allah suka hambanya yg rajin berusaha dan tak putus asa.
Perkongsian ini dapat membuka mata dan minda kita andai ada selama ini terasa begitu payah atau susah untuk mengumpulkan wang bagi menunaikan Haji.
Siapa sangka, rupanya dengan menyimpan RM 2.00 sehari juga kita mampu ke Tanah Suci sebelum diusia senja. Jom semak bagaimana perkiraannya itu.
TIPS MENUNAIKAN HAJI : SEHARI RM 2.00
Saya ada akaun tabung haji seawal umur 23 tahun. Tapi, masa itu tak faham lagi pasal register haji. Ingatkan bila sudah buka akaun tabung haji, sudah automatik r daftar haji.
Rupa-rupanya bila tanya balik bila boleh pergi Mekah untuk haji, staff TH tu kata, Encik tak daftar lagi.
Then saya pun tanya la macam mana proses semua. Jadi, kena ada simpanan dalam akaun RM 1,500 kemudian baru Boleh daftar. Saya tanya dia, Alhamdulillah, kebetulan dalam akaun saya masa itu ada le sikit jumlah yang membolehkan saya daftar..tahun 2008 masa tu…Sekali keluar slip, tarikh dijangka pergi 2022, alamak 14 tahun lagi? Lamanya, bayangkan tahun 2008, nak tunggu tahun 2022 memang terasa lama lagi…jadi, relaksla dulu.
Tetapi, semalam saya pergi tabung haji, bila saya semak balik tarikh dapat giliran pergi haji, staff TH kata tahun 2022 sekarang 2019. Lebih kurang 3 tahun. Kemudian saya tersedar, tak perasan pun.
Nasib baik, saya memang ada buat regular simpanan kat dalam akaun tabung haji ni. Bila kita dah commit, tak terasa sangat duit tu dimasukkan sebab kita dah adjust kita punya cash flow dan expenses….so, kira dah jadikan simpanan tabung haji sebagai sebahagian dari kita punya expenses wajib.
Dalam saya terfikir-fikir tu, saya pun kira la balik.
Katakan kos untuk pergi haji Muasasah dalam RM 15,000.Tabung haji bagi masa 14 tahun (dalam case saya ni).
Kalau kita kira (rujuk gambar di atas) Sebulan kita allocate RM 60 (niat untuk pergi haji) sehari dalam RM 2.00 selama 14 tahun (merujuk pada kes saya : gambar Di atas), dengan return Account Tabung Haji 6% setahun, boleh dapat lebih dari RM 15,000 by the time sampai giliran, duit pun dah cukup dan tidak membebankan kita.
Then, saya pun reflect balik tapi kenapa ramai yang masih tak mampu nak pergi haji? Sebab kos dan belum sampai giliran?
Jadi saya nampak, antara tips nya adalah :
1- Seawal usia kerja, katakanlah baru lepas graduate umur 23 tahun, buka akaun tabung haji kumpul dalam RM 60.00 sebulan dalam masa 24 bulan (2 tahun). Amount dah boleh capai RM 1,500 (rujuk gambar di bawah). Then masa tu daftar nama masuk queue untuk pergi haji. Katakan masa untuk umur 25 tahun, kalau ikutkan standard giliran dalam 14-15 tahun. Maksudnya umur 40 tahun, in sha Allah giliran akan sampai.
2- Langkah seterusnya, teruskan menyimpan dalam tabung haji RM 60.00 sebulan dan selama 14 tahun lagi nak tunggu sampai giliran. Wang terkumpul dalam RM 19,000 (target RM 15,000 je) siap duit belanja sekali boleh cover dah.
Jadi, cabarannya sekarang adalah tak mampu kewangan untuk pergi haji ni betul tak mampu atau memang tak ada niat yang besar atau keingingan yang tinggi sampai kita mempunyai kesanggupan untuk allocate RM 60.00 sebulan atau RM 2.00 sehari untuk kita tunaikan RUKUN ISLAM ke-5.
Apa alasan kita lagi?
Kalau anak-anak muda sekarang ni, sanggup bayar installment 36 bulan untuk beli gadget, sanggup simpan duit setiap bulan untuk pergi travel back pack ke negara-negara yang mereka minat nak pergi tapi kenapa kita tak ada kesanggupan yang sama untuk tunaikan kewajipan kita?
Posting ini hanya untuk memberi peringatan kepada saya dan sahabat yang saya kasihi. Kalau kita boleh letakkan komitmen untuk memenuhi kehendak hobi kita. Adakah pergi menunaikan haji ke Mekah menjadi kurang penting berbanding dengan hobi kita?
Fikirkan bersama sahabat-sahabat sekalian.
Kenapa umur 40 tahun tu just nice dapat panggilan mengerjakan haji? Sebab kat situ la biasanya antara turning point akan adanya ujian dalam hidup.
Ada pernah saya dengar, kalau umur 40 masih tak berubah kearah kebaikkan, ada kemungkinan kita terus tak akan berubah. Boleh tanya orang yang umur 40-an ke atas..apa yang mereka fikir dan rasa bila umur mereka cecah 40?
Saya pun rasa yang sama 2 tahun lepas, sebab tu saya ambil kesempatan untuk berkongsi tips ini kepada anda.