Sangat beruntung dapat anak macam Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan ni kan. Walaupun dia dikenali dengan mulut laser dan sangat berterus terang terutama dalam isu semasa, namun layanannya pada ibu sangat baik dan lembut.
Ada sahaja video mahupun gambar ibunya dimuatnaik dalam laman instagramnya yang kadang kala menimbulkan kelucuan. Ada saja benda yang hendak disakatnya pada ibu tersayang.
Tak kurang juga yang terharu melihat layanan Chef Wan pada ibunya yang sangat mesra dengan panggilan Cik Ani. Terserlah kasih sayang seorang anak yang tiada penghujungnya buat “syurga dunianya” itu.
Selain itu, Dato’ Chef Wan turut memuat naik video yang menunjukkan ibunya sudah bangun dari tidur dan bersedia untuk sarapan bersama.
Ads
Rata-rata pengikut di instagramnya memuji layanan Chef Wan terhadap ibunya. Tidak kurang juga yang kagum dan memuji kepetahan Cik Ani berbahasa Inggeris selain memiliki kulit yang lembut dan cantik.
Bila keadaan ruang di dalam rumah terlalu terbuka hingga dari depan pintu utama boleh terus nampak ke ruang dapur, hal ini membuatkan kita sebagai tuan rumah berasa tidak selesa. Kalau boleh biarlah ada pembahagi atau divider untuk memisahkan antara ruang dapur agar ada ruang yang lebih privecy untuk keluarga menyediakan hidangan dan menjamu selera.
Memikirkan untuk lakukan ubah suai tentu memerlukan bajet yang besar. Namun jika bajet anda terhad, apa kata usahakan membuat pembahagi ruang dengan cara yang dikongsikan oleh saudara Safuan Zulkifli ini.
Selain menggunakan bajet yang rendah, malah gaya divider yang dikongsikan ini nampak menarik dan praktikal.
Untuk itu,jom baca perkongsian ini agar ianya dapat memberi inspirasi untuk anda lakukan DIY di kediaman andan.
Ini perkongsiannya;
Column divider untuk golongan marhaen macam saya. Guna 2×4 UPVC pipe. Kegunaan asal paip ni adalah untuk hydroponic (beli yang belum ditebuk lubang). Nak bagi cantik lagi divider ni, kita wrap dengan wall sticker.
Kos barang untuk siapkan 20 batang column divider ni dalam RM966.
RM 640
– 60 meter UPVC Pipe, jointer dan end cap (saya beli cash n carry dari MYC Hydroponic Farm di Bandar Rimbayu. Dalam shopee ada juga dijual. Search ‘hydroponic tube’ dan beli tube yang belum dilubangkan).
RM 208
– 30 meter wallpaper/wall sticker (saya beli dari shopee). Wall sticker ada lebih dalam 10 meter lagi sebab plan asal nak wrap column tu end to end. Tapi cantik plak bila atas warna lain dan bawah warna lain.
Selebihnya kos untuk tools; drill bit, glue, xbond, etc.
Secara ringkasnya, cara pemasangan bagi projek diy ini dalah seperti berikut:
1. 1/3 end cap tu perlu dipotong.
2. Tebuk lubang pada floor tile guna tile/glass bit dan juga lubang pada bahagian atas guna masonry bit.
3. Masukkan wallplug.
4. Lekatkan end cap pada permukaan lantai dan beam/siling guna xtraseal xbond.
5. Skrukan end cap tersebut.
6. Letak pvc glue pada both end cap.
7. Then slot in column divider tu dalam end cap.
8. Pasangkan semula 1/3 endcap yang telah dipotong tadi pada tempatnya menggunakan pvc glue.
9. Tambahan paku rivet boleh digunakan bagi mengukuhkan lagi sambungan atas dan bawah column divider.
10. Kemasan akhir, letak silicone pada gap yang ada antara end cap dan lantai/beam.
Jadilah dapat siapkan column divider macam ni daripada tukang amatur yang tak bertauliah..hehe
Sila ambil maklum bahawa material jenis ini tidaklah sekukuh solid wood tapi ianya tetap serve its purpose as space divider. Berpada dengan kos barang dan statusnya sebagai ‘divider bajet’. Sekian, selamat berDIY
Ramai orang tahu kebaikan teh hijau. Tetapi mereka tidak tahu cara terbaik dan waktu terbaik minum teh hijau. Jadi mereka tidak mendapat manfaat sebaiknya.
Nak tahu lanjut bagaimana minum teh hijau cara betul, ikuti nasihat Dr Zubaidi Haji Ahmad ni.
Begini caranya
Untuk mendapatkan kesan antioksidan yang optima, teh hijau seharusnya diminum sejam sebelum atau selepas waktu makan bagi memastikan catechin (antioksida yang terdapat pada teh) dapat diserap dengan baik.
Tetapi teh hijau tidak diharus diambil ketika perut kosong kerana ia mengandungi kafein yang bersifat asid. Walaupun tahap kafein dalam teh tidak banyak seperti kopi, namun ia menyebabkan rasa pedih ulu hati (tanda gastritis) bagi mereka yang sensitif atau mempunyai masalah gastritis.
Lebih banyak kuantiti teh hijau dan lebih lama rendaman dalam cawan, lebih banyak kandungan kafein yang ada.
Teh hijau juga tidak seharusnya dicampur dengan susu kerana penyerapan catechin diganggu oleh kehadiran casein yang terdapat dalam susu. Teh hijau juga menghalang penyerapan kalsium yang banyak dalam susu.
Teh hijau membantu penurunan berat badan dengan meningkatkan metabolisma tubuh dan dengan menghalang penyerapan lemak. Tetapi ia bukan kaedah utama dalam menurunkan berat badan.
Minum teh hijau ketika sedang makan akan mengurangkan penyerapan thiamine (vitamin B1) dan zat besi dari sumber tumbuhan.
Tahap kafein dalam teh hijau berbeza-beza bergantung pada jenama dan cara penyediaannya. Dianggarkan dalam satu cawan teh hijau yang direndam selama 5 minit adalah antara 40-60 mg.
Jadi teh hijau boleh minum antara 4-6 cawan sehari.
Biarpun dilahirkan dalam dulang emas, namun isteri kesayangan Noh Salleh , vokalis Kumpulan Hujan ini sangat low profile orangnya.
Mengambil keputusan berhijab usai pulang dari mengerjakan haji, Mizz Nina dilihat terus istiqamah sehingga hari ini.
Menerusi Instagram, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman banyak memuat naik kisah penghijrahannya selain kerja-kerja kemanusiaan bersama suami.
Namun, bukan itu yang ingin diperkatakan, sebaliknya satu perkongsian oleh Bakhtiar Fitri Abdul Hamid baru-baru ini ternyata cukup menyentuh hati.
Menerusi perkongsian tersebut, saudara Bakhtiar melahirkan rasa kagum dan sebak usai menonton rancangan bual bicara yang diterbitkan oleh DOPS TV (Deen of Peace Studios) Sdn Bhd yang diasaskan oleh Mizz Nina bersama rakan kongsinya Zuhair Amdan dan Syahir Ismail.
Rancangan itu ditayangkan pada penghujung tahun 2017 dan mungkin ada yang tidak sedar bahawa pada episod ke 9, Mizz Nina teleh menjemput bapanya sendiri iaitu Tan Sri Azman Hashim sebagai tetamu.
Ntah camane boleh tengok pula channel astro 125 naura. Mizz nina show. Kul 2 pagi tengok padahal esok ada kuliah subuh. First time tengok. Yang special, mizz nina interview ayahnya sendiri, Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Kumpulan Ambank.
Apa yang menarik, bagaimana humble seorang ayah yang sangat kaya dan berkedudukan apabila Noh hujan datang memberitahu ingin mengahwini anaknya.
Walaupun Noh penyanyi dan penulis lagu, tapi beliau sangat menghormati Noh yang profesional dalam bidang yang berbeza dengannya.
Yang lebih terharu apabila beliau mengatakan, dia tak mampu nak buat apa yang Mizz Nina buat. Selepas berhijrah, Nina mengajak orang kepada kebaikan sedangkan dia tak mampu pun nak sebarkan kebaikan.
Katanya, moga dengan apa yang Nina buat, moga Allah kurniakan jugak saham kebaikan untuknya di akhirat nanti sebagai ayah kepada Mizz Nina. Fuhh… Ngalir air mata bila dengar ayah cakap macam tu pada anak depan orang ramai.
Saya melihat inilah kekuatan Mizz Nina. Dia istiqomah dengan penghijrahannya kerana selepas sahaja dia berhijrah, dia terus berdakwah ajak orang buat kebaikan.
Sudah tentu pendakwah perlu lebih baik daripada yang didakwah. Namun begitu ujian hijrah sangatlah besar.
Moga Mizz Nina terus istiqomah dan moga Tan Sri Azman diberi kesihatan serta bahagia dunia akhirat. Amiin.
Tolong bagitau Mizz Nina, saya sangat impressive dengan kerja dakwah yang dia buat. Nak bekerjasama dengan dia ajak remaja2 plak berhijrah. Dah kronik sangat remaja kita ni.