Tersepak Anak Kecil Di Dasar Kolam, Rupanya Lemas Tanpa Pemantauan Orang Tua!

Share
Mencari ilham untuk membawa anak-anak bercuti, lazimnya lokasi yang mempunyai kolam renang atau tempat mandi manda menjadi kesukaan anak-anak. Jadi tidak hairanlah, penginapan yang menyediakan khidmat kolam renang turut  menjadi pilihan utama ibu ayah membuat tempahan penginapan setiap kali bercuti bersama keluarga tercinta.
Pun begitu, aspek keselamatan perlu diberi keutamaan memandangkan sering juga berlaku keriangan keluarga bercuti akhirnya bertukar menjadi insiden yang menyedihkan seperti  anak lemas dan sebagainya.
Ini seperti mana apa yang terjadi baru-baru ini yang berlaku di depan mata seorang lelaki ini dan seterusnya dia  berkongsi kisah tersebut di facebook untuk dijadikan iktibar kepada semua.
Tersepak Anak Kecil Di Dasar Kolam
“Terkejut seorang lelaki tersepak anak kecil perempuan ni di dasar kolam dewasa. Keadaan anak kecil sudah tidak sedarkan diri kerana lemas.
“Alhamdullilah 20 min CPR dari orang awam anak kecil ini kembali sedar. Mungkin dia baru lemas 2 3 min sebelum di temui.
“Nasihat saya kepada kedua ibu & ayah. Mohon pantau anak masing-masing ketika bermain air semasa percutian. Kejadian betul-betul depan mata tadi, mak dan ayah gadis ni tidak dapat di kesan selama 20 min akibat terlalu ramai pengunjung di musim cuti.”
KITA JAGA KITA.
IKLAN