Mencari ilham untuk membawa anak-anak bercuti, lazimnya lokasi yang mempunyai kolam renang atau tempat mandi manda menjadi kesukaan anak-anak. Jadi tidak hairanlah, penginapan yang menyediakan khidmat kolam renang turut menjadi pilihan utama ibu ayah membuat tempahan penginapan setiap kali bercuti bersama keluarga tercinta.
Pun begitu, aspek keselamatan perlu diberi keutamaan memandangkan sering juga berlaku keriangan keluarga bercuti akhirnya bertukar menjadi insiden yang menyedihkan seperti anak lemas dan sebagainya.
Ini seperti mana apa yang terjadi baru-baru ini yang berlaku di depan mata seorang lelaki ini dan seterusnya dia berkongsi kisah tersebut di facebook untuk dijadikan iktibar kepada semua.
Tersepak Anak Kecil Di Dasar Kolam
“Terkejut seorang lelaki tersepak anak kecil perempuan ni di dasar kolam dewasa. Keadaan anak kecil sudah tidak sedarkan diri kerana lemas.
“Alhamdullilah 20 min CPR dari orang awam anak kecil ini kembali sedar. Mungkin dia baru lemas 2 3 min sebelum di temui.
“Nasihat saya kepada kedua ibu & ayah. Mohon pantau anak masing-masing ketika bermain air semasa percutian. Kejadian betul-betul depan mata tadi, mak dan ayah gadis ni tidak dapat di kesan selama 20 min akibat terlalu ramai pengunjung di musim cuti.”
Usahawan kosmetik negara, Datuk Aliff Shukri telah pun selamat sampai keTanah Suci Mekah bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram beliau, Datuk Aliff memohon agar orang ramai mendoakan supaya segala urusan ibadah mereka semua dipermudahkan.
“Akhirnya Allah memanggil ku ke Tanah Suci, semoga aku berubah menjadi hamba mu yang lebih baik. Ya Allah… Kau permudahkanlah perjalanan hamba mu ini untuk menunaikan haji kali ini.
“Alhamdulillah, setelah hampir 15 tahun barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan diri sendiri tanpa paksaan.
“Doakan dengan langkah ini saya menjadi seorang yang lebih baik berguna kepada ibu bapa keluarga dan juga sahabat amin – amin yarobal alamin,” kata beliau menerusi keterangan di Instagramnya.
Di ruang komen, rata – rata netizen juga turut mendoakan Datuk Aliff bersama anak lelakinya.
“Alhamdulillah, semoga dilancarkan dan dipermudahkan urusan Datuk. Moga balik nanti menjadi ‘orang baru’ yang lebih baik tanpa ada sebarang kontroversi dan gedik – gedik lagi Datuk,” komen seorang netizen.
“Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan… Semoga mendapat haji yang mabrur… Dah jadi Pak Aji nanti jangan buat video klip mengarut tau,” komen netizen lain.
Untuk rekod, Datuk Aliff dan Datin Shahida telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang anak, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al Haqeem.
Meruntun hati melihat paparan satu video call sebuah keluarga yang meratapi pemergian bonda tersayang menghembuskan nafas terakhir dari jarak jauh akibat virus durjana Covid-19.
Bayangkan tiada kucupan terakhir, tiada pelukan terakhir, tiada kata-kata terakhir tiada sentuhan terakhir. Semua itu tidak dibenarkan ekoran pematuhan terhadap prosedur pusat perubatan bagi mana-mana pesakit yang disahkan dijangkiti virus durjana ini.
Menerusi video yang tular ini setelah mendapat kebenaran daripada Dato Effendi yang izinkan disiar video ini untuk kesedaran masyarakat moga jadi iktibar buat kita semua agar sentiasa menjaga SOP untuk mengelak jangkitan kepada orang tersayang terutama wargaemas.
Menurut Dato Effendi, ibu mertua mengelami sesak nafas sehingga memerlukan bantuan Oksigen dan selama tiga minggu berada di unit rawatan rapi (ICU). Katanya lagi, jangkitan bermula di pejabat birasnya.
Siapa sangka, ia terjadi kepada keluarganya. Namun siapa kita yang hendak menidakkan takdir, ajal dan maut. Ibu mertua pergi buat selamanya menghadap sang Pencipta.
Saya kongsi utk keinsafan semua,,, Hari ini 24hb Mei pkl 4.45pagi tadi, ibu mertua kesayangan saya telah kembali ke rahmatullah..meninggal dunia di hospital shah alam.. Arwah meninggal sbb Covic 19.. 3 minggu dlm ICU sbb sesak nafas perlukan bantuan oxigen.
PUNCA JANGKITAN
So, punca kena covic adalah kerana kakak ipar dpt melalui kwn di opis dia.. kakak ipar jumpa mak mertua saya cium tgn dan berborak rapat2 … bila kakak ipar pergi buat swab test positive lak… bawa mak mertua buat test terus positive … boleh bertahan 3 minggu jer pastu meninggal. Doktor suruh buat video call terakhir smlm dgn anak2… Tontonilah saat yg amat menyayat hati..
Menerusi sebuah perkhidmatan aplikasi pesanan ringkas, beliau menjelaskan bahawa apabila paras oksigen pesakit sudah menurun ke paras yang sangat rendah, pegawai perubatan akan membuat panggilan video buat kali terakhir disebabkan waris tidak dibenarkan datang menziarah ke hospital.
PROSEDUR HOSPITAL TAK BOLEH ZIARAH PESAKIT
Standard prosedur hospital kalo oksigen level dah jatuh teruk doktor akan buat video call kepada keluarga untuk kali terakhir sebab anak-anak tak boleh datang masuk melawat dalam hospital.
-VIDEO KAMI REMOVE –
Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan kekuatan buat keluarga Allahyarham.
Apa pun moga perkongsian ini menjadi iktibar buat kita agar sentiasa menjaga SOP demi keselamatan insan tersayang terutama individu yang berisiko seperti warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan.
Dah menjadi lumrah untuk berbaik dengan jiran. Manalah tahu jika ada sesuatu berlaku pada kita, setidaknya bolehlah minta bantuan orang sebelah rumah. Namun, tidak semua mampu untuk berbuat baik dengan jiran, apatah lagi untuk menegur sapa.
Baru-baru ini ada seorang pengguna laman Tiktok berkongsi kejadian aneh yang berlaku di rumahnya, di mana hadapan rumahnya ada sesuatu bau iaitu bau busuk hancing. Kejadian yang berlaku berulang kali itu membuatkan individu ini nekad memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di luar kediamannya dan tidak menyangka itu semua berpunca dari jiran sebelah rumahnya!
Menerusi video yang dikongsikan, individu ini mendakwa tingkap rumahnya sering dibasahi dengan satu cecair yang busuk seperti air kencing. Pada awalnya, individu ini menyangka cecair tersebut adalah air kencing kucing tetapi agak pelik kerana lelehan tersebut agak tinggi.
Mula-mula ingat air kencing kucing tapi tak logik sampai ke atas tu. Lepas itu, ingat ada jin atau syaitan melekat dekat situ. Siap tabur gara, dan baca-baca sikit tapi pelik masih ada.
Meskipun sudah dicuci berkali-kali untuk menghilangkan bau hancing itu, namun cecair tersebut kembali muncul pada keesokan harinya. Bercerita dengan lebih lanjut, individu ini mendakwa dinding bahagian tingkap tersebut semakin rosak. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku setiap kali penghuni tiada di rumah.
Sampai berkulat dinding dah berbulan-bulan kitaorang basuh tapi masih ada balik. Start rasa pelik bau hancing busuk sampai tak boleh duduk dalam bilik.
Pelik dengan kejadian misteri itu, individu ini akhirnya nekad memasang CCTV untuk mendapat kepastian tentang situasi yang berlaku dan akhirnya segala-galanya terbongkar.
Menerusi rakaman tersebut kelihatan tindakan jiran sebelah menyimbah sejenis cecair ke arah tingkap rumahnya.
Meninjau di ruanan komen, ramai yang memintanya untuk membuat laporan polis memandangkan ada bukti dari cctv. Malah, ada juga yang memberi cadanan untuk menaikkan tembok untuk elakkan kejadian sama berlaku.
Namun difahamkan, laporan polis sudah dibuat dan pelaku juga dikatakan sudah ditahan pada 28 Januari lalu untuk tindakan selanjutnya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.