Umum mengenali figura dalam bidang kedoktoran ini selepas beliau terbabit antara individu yang membantu adik Ainul Mardhiah melakukan pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulut sebelum ini.
Selepas itu, Dr Amalina Che Bakri, doktor pakar yang kini berkhidmat di United Kingdom semakin dikenali sehingga menjadi antara salah seorang selebriti media sosial.
Ads
Sudah lama menetap disana sejak melanjutkan pelajaran lagi, Dr Amalina telah berkongsi momen gembiranya di Instagram apabila mengesahkan sudah bertunang dengan kekasih hati yang juga merupakan warganegara di sana. Berita gembira itu dikongsi Dr Amalina menerusi sebuah perkongsian menerusi akaun Instagram miliknya. Dalam perkongsian tersebut, Dr Amalina turut berkongsi foto bersama tunangnya yang merupakan lelaki kulit putih itu.
Ads
Dalam pada itu, beliauu jelas teruja untuk merancang perkahwinan yang akan diadakan di United Kingdom serta negara asalnya, Malaysia. Excited about wedding planning x2 (UK & Malaysia) #Engaged
Ads
Rata-rata yang membaca perkongsiannya melahirkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah atas pertunangan tersebut sambil mendoakan semoga pasangan ini ke jenjang pelamin.
lisasurihani Congratulations Doc and future Hubs! aznilnawawihm Congrats my dear!!!! dr.linazaira Congratulations again my dear! I can’t wait babe & really hope the pandemic is over very soon! aina_putrinana Congrats dr. Amalina.. Cant wait to see ur special day event in Malaysia leily_lely Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan kan semuanya.. Aamiin.. Tahniah..
Memanggung bebanan hutang dalam hidup ini ada masanya akan membuatkan hidup terasa sempit dan tertekan. Bahkan ada antaranya merasakan bebanan tersebut mengganggu emosi hingga tidak tahu berbuat apa.
Jadi di sini, Ustazah Asma’ Harun ada berkongsi antara amalan yang boleh dilakukan selain berusaha untuk melangsaikan hutang dengan segera agar hidup lebih tenang, ada bagusnya turut amalkan doa ini.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
DOA DILEPASKAN BEBAN HUTANG, SEDIH DUKACITA, LEMAH, MALAS, KEDEKUT, PENAKUT, DIZALIMI MANUSIA
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: “Rasulullah SAW telah masuk ke masjid, dan seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Baginda bertanya:
“Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?” Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!”.
Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu?.”
Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”
Riwayat Abu Daud (4/353)
Inti doa di atas, bila kita selamat daripada penyakit² hati yang disebutkan, maka InsyaAllah kebahagiaan & kejayaan akan diperolehi.
Tanda Doa Termakbul
Antara tanda doa kita dimaqbulkan Allah pula, kita mula kuat berusaha, menempuhnya dengan rajin, kuat semangat, berani, positif, pemurah.. dan akhirnya kita tidak lagi sedih berlebihan dan bebas hutang.
Mulakan dengan langkah pertama Langkah demi langkah
InsyaAllah kita kan berjaya
Yang penting jangan mengalah
Allahu Akbar
Sumber : Asma’ binti Harun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan, di bulan Ramadan ini biasanya ibu-ibu pasti sibuk menyediakan pelbagai menu untuk berbuka mahu pun juadah bersahur. Malah setiap kali itu jugalah, dalam penyediaan bahan-bahan masakan kita akan mengisar pelbagai ramuan menggunakan blender untuk memastikan hidangan yang dimasak sempurna dan enak rasanya.
Pun begitu, dengan kekerapan kita menggunakan blender ini kadang-kadang menyebabkan adanya bau rempah atau cili melekat pada blender tersebut. Jika dilihat dari mata kasar memang telah bersih namun baunya masih ada.
Jadi ada baiknya kita ketahui cara atau petua terbaik dan mudah dilakukan untuk memastikan blender yang digunakan bebas bau-bauan. Jom semak perkongsian Miya Aira ini, cukup bermanfaat.
“Nak share tips nak bagi blender tak berbau..Mesti kat sini ada masalah blender berbau selepas blender bahan seperti cili kering,cili,bawang atau apa saja .. walaupun dah basuh bersih bau tu mesti tak hilang jugak kan..Senang ja nak hilangkan bau dalam blender..Meh nak share tips..Pada yg dah tau its”-Miya Aira
Bahan-bahan yang diperlukan:
Sabun pencuci
Garam
Cara mencucinya :
1. Basuh bersih blender anda.
2. Masukkan air sabun pencuci pinggan mangkuk atau cecair pencuci pinggan mangkuk pun boleh. Apa jenama pun takpa janji sabun pencuci pinggan mangkuk
3. Masuk kan 2 atau 3 sudu garam
4. Kisar macam biasa dalam 2-3minit. Atau pun sampai berbuih. Lepastu bilas blender dengan air bersih.
Taraaa langsung tak berbau..Selamat mencuba
sumber : Miya Aira Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di sebalik kejayaan menggenggam ijazah, namun ibu tabah ini diduga dengan anak yang menghidap penyakit kronik.
Perkahwinan dalam usia yang muda menyebabkan wanita ini tidak sempat berbakti kepada keluarga. Namun, disangka panas hingga ke petanG, rupanya gerimis di tengah hari. Perkahwinan yang disangka akan kekal hingga ke akhir hayat, rupanya putus di tengah jalan.
Ikuti perkongsian ibu tunggal kepada dua cahaya mata bernama Qiu Fiyya Abdul Gani menerusi postingnya di laman facebooknya. Dia bercerita mengenai anak keduanya yang disahkan menghidap kanser tulang.
Semoga dipermudahkan buat keluarga ini dalam menempuhi ujian yang cukup berat ini.
Harta yang tidak ternilai yang aku miliki iaitu Muhammad Zaki Aiman dan Nur Syazana Aqilah. Berkahwin di usia yang muda bukanlah impianku. Namun, jodoh itu ketentuan tuhan dan aku berkahwin sewaktu usiaku 21 tahun.
Bukan mudah untuk kita kekalkan kebahagiaan rumah tangga apatah lagi terlalu banyak dugaan yang perlu aku tempuhi. Dari awal perkahwinan sehinggalah jodohku berakhir dengan ayah mereka…Aku tidak menyalahkan mana-mana pihak atau membuka aib sesiapa tapi apa yang aku ingin kongsikan adalah perkara yang kita panggil peluang….
Dalam mengejar cita-cita, impian dan juga kesenangan, aku menyimpan angan-angan untuk mempunyai segenggam ijazah. Aku malu pada ibu yang telah banyak berkorban untuk aku dan keluarga. Aku gagal membuktikan padanya bahawa aku seorang graduan lepasan Ijazah kerana aku berkahwin awal.
Lalu aku dengan menyatakan hasrat kepada suamiku untuk menyambung pengajian ku di universiti sewaktu Nur Syazana Aqilah berusia 2 bulan…dan pada usia Syazana 4 bulan, aku telah pun mengambil PJJ untuk kebaikan kami bersama di masa hadapan dan membela nasib keluarga…
Walau bagaimana pun, setiap kejayaan memerlukan pengorbanan… seringkali setiap hari Sabtu anak-anak ku hantar ke Nurseri dan pada hari Ahad…kuminta suami ku menjaga mereka…dan alhamdulillah…bagiku peluang tersebut aku gunakan sebaik mungkin…
Tapi tahukah kalian…disebalik kejayaanku berapa banyak hati yang menderita? Anak-anak kehilangan tempat bermanja…rutin harian berubah..masa ku banyak kuhabiskan menghadap buku dan depan komputer serta perjumpaan bersama classmate…
Seusia 4 bulan Syazana hilang tempat bermanja…tanpa kusedari…kami semakin renggang…renggang kerana aku terlalu sibuk mengejar kejayaan…
Genap 5 tahun, barulah aku graduate dan….. anak-anakku telah pun membesar serta sangat2 berdikari…pada mulanya aku berasakan ia sebuah kejayaan hasil didikan aku…rupa-rupanya…Syazana berjauh hati dengan aku…Mujurlah Zaki Aiman dapat aku pujuk hatinya kerana Zaki Aiman banyak menghadiri sesi kaunseling….Bagaimana pula Syazana?
Sewaktu dia sakit, barulah aku mengerti betapa menderitanya hati si adik…dia akan ulang bercerita setiap perbuatan dia untuk meraih perhatian aku. Aku dapat rasakan betapa kecewa nya hati seorang anak bila rasa diabaikan…
Tidak semua impian kita itu terbaik untuk kita…Masa aku graduate…aku menangis sungguh2 kerana teringat sewaktu mula-mula sambung belajar niatku untuk membela nasib keluargaku…tapi pada hari itu…tiada siapa disisiku…ibu dan kakakku memujuk aku untuk bersabar…anak2 ibu siapkan dan kami bertolak untuk majlis convocation aku…
Bergelar ibu tunggal bukan mudah untuk dia cuba memujuk hati anak-anaknya Malah, corak kehidupannya juga berubah.
Aku cuba meraih perhatian mereka dan mengejar hati mereka kembali… alhamdulillah.. sedikit demi sedikit dapat aku rasakan ikhlasnya kasih sayang anak-anakku…bahagia sangat2 aku rasakan…
Jun 2018, aku dan anak-anakku bersama-sama cuba ‘move on’ dari kisah yang lalu…kami sibuk menghias bilik dan menempah baju untuk persiapan raya…Kami berjanji raya kali ini nak sedondon dengan mak dan adikku…serta ayah mereka…aku lakukan semuanya untuk menyenangkan hati mereka sebagaimana mereka menggembirakan hatiku…
Dalam kesibukan menunggu Syawal…kami sibuk pasang wallpaper…tukar susun atur bilik dan buang semua barang lama yang dah 2 tahun x berusik….Di pejabat aku apply cuti raya awal-awal lagi untuk menghabiskan masa di kampung…Segala pes makanan utk menu hari raya telah ku beli….namun segala-galanya terasa seperti direnggut apabila Syazana disahkan menghidapi kanser tulang…
Luluh dan terbang semangat untuk berhari raya…Raya tahun ini, aku lebih banyak membisu.. berterus-terang dengan saudara-mara tentang status aku yang selama ini aku sorokkan dan kulihat Syazana banyak bermurung serta protes akan sakit yang ditanggungnya…
Ujian kita sebagai manusia tidak sama…aku diuji oleh Allah dan aku benar-benar terfana dengan ujian ini… sesungguhnya kawan-kawan dan sahabat..ujian ini mengajar aku bersabar dengan karenah anak-anak ku..
Allah pulangkan kembali masa yang aku dah curi yang sepatutnya aku spend untuk mereka dahulu. Walaupun begitu, aku bersyukur kerana aku dapat rasakan kedapnya pelukan Syazana Aqilah setiap kali mendakapku..kini dia takut akan kehilanganku…dan benar-benar mahukan aku sentiasa di depan matanya… manakala anakku Zaki Aiman lebih kerap menceritakan permasalahannya berbanding dulu…
Syukur ke hadratmu tuhan…kerana kau beri aku peluang untuk betulkan kesilapan lalu…dan terima kasih kerana Kau beri aku peluang dan kesempatan untuk aku terus bersama dengan anak-anakku.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...