Jika hidup suami isteri mahu bahagia, kedua-duanya perlu tahu menghargai dan terima pasangan seadanya. Bahagia itu kita sendiri boleh cari dan tentukan. Begitulah halnya dengan pasangan suami isteri ini, walau kedua-duanya diuji dengan penyakit kronik masing-masing berjuang dengan penyakit yang dialami, namun kekal boleh lalui kehidupan suami isteri dengan sweet dan bahagia.
Kehidupan rumahtangga pasangan ini turut dikongsi di laman Tik Tok yang menggunakan nama @aunimuthalib.
Begitulah kalau sudah jodoh. Bertahun tidak berhubung namun bila dialah yang ditentukan olehNya untuk kita, bertemu jua. Apa yang penting, pasangan ini menerima seadanya dan itulah kunci bahagia.
Banyak posting yang dibuat oleh seorang isteri ini di Tik Tok menceritakan keadaan mereka dan menjelaskan berkenaan penyakit kegagalan buah pinggang yang dihidapi olehnya manakala suaminya pula mengalami Muscular Dystrophy hingga menyebabkan otot menjadi lemah dan tulang belakangnya membengkok.
Pun begitu pasangan ini kekal sweet, bahagia dan sentiasa saling lengkap melengkapi untuk sama-sama merasakan bahagia hidup di alam rumah tangga. Semangat yang mereka miliki ini cukup luar biasa. Hal ini terlihat jelas menerusi perkongsian mereka yang ingin menyambut anneversery yang ke 7 tahun.
Semoga kisah pasangan ini dapat dijadikan inspirasi buat pasangan yang lain dalam membina rumah tangga bahagia. Dan diharapkan juga pasangan ini akan terus direzekikan dengan kesihatan yang baik dan bahagia hingga ke jannah.
Seorang isteri sangat memerlukan doa seorang suami dalam hidupnya. Doa yang baik-baik, doa yang indah-indah.
Pernah terfikir tak, bila isteri buat “perangai”, asyik marah-marah, asyik bad mood, asyik merajuk, asyik membebel, mungkin kerana suami terlalu kurang atau belum cukup mendoakan isteri. Suami ingin isteri jadi sabar dan lemah lembut, tetapi jarang2 sekali mendoakan isteri. Lalu bagaimana?
Percayalah doa seorang suami itu mustajab.
Doakanlah isteri jadi seorang yang “haalim” iaitu berlemah lembut dan santun, santun terhadap suami, santun terhadap anak-anak.
Bantulah isteri memperbaiki kelemahan dirinya.
Isteri adalah hawa yang dicipta dari tulang yang bengkok, meluruskannya dengan paksa, akan mematahkannya. Luruskan dengan kelembutan dan kebaikan, eloklah dia.
Dalam pada itu, berikut adalah panduan waktu mustajab untuk berdoa.
1. Waktu di antara Azan dan Iqamah
Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak.”(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).
2. Hari Jumaat
Jumaat adalah penghulu segala hari. Rasulullah menegaskan: “Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat.
Setiap Muslim hendaklah memperbanyakkan berdoa pada hari Jumaat. Ulama berbeza pendapat mengenai waktu mustajab berkenaan.
Ada mengatakan, ia bermula pada awal pagi Jumaat hingga terbit matahari. Ada juga mengatakan, ketika khatib duduk di antara dua khutbah.
Namun, yang paling kuat adalah pendapat mengatakan waktu sesudah solat Asar hingga Maghrib sebagaimana ditegaskan Rasulullah:
“Sesungguhnya dalam hari Jumaat ada waktu mustajab apabila pada waktu itu seorang Muslim berdoa kepada Allah pasti dimakbulkan doanya. Waktu yang dimaksudkan itu ialah sesudah solat Asar.” (Riwayat Ahmad)
3) Malam Lailatulqadar
Lailatulqadar juga memiliki keistimewaan untuk memperbanyakkan berdoa kerana beribadat di dalamnya lebih baik daripada seribu bulan. Rasulullah bersungguh-sungguh mencari malam Lailatulqadar iaitu pada sepuluh hari terakhir Ramadan.
Rasulullah menegaskan: “Sesiapa yang melakukan ibadat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan hati, maka diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
4) Ketika Hujan
Apabila hujan turun membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering. Waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan.
Rasulullah S.A.W bersabda “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” (Hadis Riwayat Al Hakim)
5) Sepertiga Malam Terakhir
Apabila sepertiga terakhir malam, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.
Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah S.A.W bersabda,
“Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
6) Hari Arafah Ketika Musim Haji
Hari Arafah adalah hari di mana kaum Muslimin dari seluruh penjuru dunia berkumpul di Padang Arafah. Mereka berkumpul untuk mendekatkan diri kepada Allah untuk pelaksanaan ibadat haji.
Rasulullah S.A.W memuji hari Arafah: “Tidak ada satu hari pun yang lebih istimewa di sisi Allah daripada hari Arafah.”
Allah turun ke langit bumi mempertontonkan kemuliaan kaum Muslimin kepada para malaikat seraya berkata:
“Wahai para malaikat, lihatlah hamba-hamba-ku. Mereka datang menghadap-Ku dalam keadaan susah payah dari penjuru dunia yang jauh dan memohon keselamatan atas seksa-Ku.
“Tidak ada satu hari pun di mana Allah membebaskan hamba-hamba-Nya dari seksa neraka daripada hari Arafah.’’ (Riwayat Abu Ya’la, Bazzar dan Ibnu Khuzaimah)
7) Ketika Bersahur dan Berbuka Puasa
Waktu sahur juga tergolong dalam waktu mustajab untuk berdoa. Oleh itu, banyakkan berdoa dan berzikir sambil bersahur sehingga masuknya waktu solat fardhu Subuh.
Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu lagi waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
.
Kredit: Aisyah Huraiyah dan www.today.salamweb.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lambakan kes-kes yang melibatkan pengasuh anak dan taska di negara kita membuatkan kita semakin takut untuk memilih lokasi untuk menghantar anak.
Sebagai persediaan dan sebelum bersetuju untuk memilih pengasuh anak anda, disarankan untuk bertanya beberapa soalan yang dirasakan wajar sehingga anda berpuas hati.
Soalan apa nak tanya? Ini panduan kepada mak ayah yang sedang mencari taska atau pusat asuhan untuk anak.
Soalan untuk pengasuh anak antaranya adalah:
1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau tidak?
2. Ada CCTV dan ibu bapa boleh dapat akses untuk tengok anak?
3. Berapa ramai cikgu dan murid?
4. Guru ada sijil tak?
5. Berapa yuran bulanan?
6. OT guru berapa harga?
7. Apa jadual harian anak?
8. Tukang masak ada cucuk typhoid?
9. Makanan disediakan dan adakah ia halal?
10. Kelas budak di mana? Tingkat bawah atau atas.
11. Waktu tidur pukul berapa?
12. Macam mana cara cikgu tidurkan budak-budak?
13. Cikgu pegang telefon waktu mengasuh atau simpan di tempat lain?
14. Ibu ayah dapat perkembangan anak daripada pengasuh tak?
15. Berapa kali sehari semak suhu anak?
16. Suhu anak berapa (kalau demam) pengasuh akan telefon ibu bapa?
17. Kalau ada budak demam, ada bilik kuarantin?
18. Kalau ada budak demam, cikgu tolong pantau tak sebelum ibu ayah sampai?
19. Cikgu akan minta kebenaran tak sebelum bagi anak makan ubat?
20. Ada pekerja lelaki?
21. Bila mula ajar potty train?
22. Cikgu ada mandikan budak?
23. Apa barang yang ibu ayah perlu letak dalam beg untuk hantar ke pengasuh?
Jadi mak ayah, jangan terlupa untuk bertanya dan puaskan hati anda dengan soalan penting ini sebelum hantar anak. Penting!
Dakwaan yang menganggap wanita manja, lemah dan duduk di rumah menjaga anak-anak itu tidak tepat sama sekali. Namun tidak semua wanita begitu. Ada segelintir wanita telah membuktikan boleh setanding dengan lelaki.
Ada wanita bergelar juruterbang, bekerja di bidang lelaki dan sebagainya. Begitu juga dengan perkongsian seorang ibu ini yang mendapat perhatian warga net dalam group Kami Suri Rumah.
Ibu kepada tiga orang anak ini sebelum ini pernah bergelar suri rumah tangga tetapi disebabkan minta terhadap pemanduan kenderaan berat, beliau telah memilih bidang ini menjadi kerjaya barunya. Lebih manis, apabila mendapat sokongan daripada suami.
Ikuti perkongsian yang mendapat perhatian ramai suri rumah.
“Cakap sama itu company..Kalau saya seorang perempuan selayaknya jadi surirumah Dan tidak layak menjadi pemandu lori,tuan/puan boleh potong gaji saya sebanyak 20% Jika terdapat kecuaian dari kelemahan saya sebagai seorang wanita.
Jika mutu kerja saya menepati piawaian yg dikehendaki company,sila naikkan gaji saya sebanyak 20% dari Jumlah keseluruhan gaji saya..” (Amacam ayat mcm ni boleh tak diguna pakai.?)
DULU SURIRUMAHTANGGA
Saya dulu nya sorang suri rumah tngga..ada 3 org cahaya mata..tapi disebab akan minat terhadap kenderaan berat saya cuba untk berani kan diri lakukan kerja-kerja orang lelaki.
Siapa kata wanita lemah..sapa kata wanita x boleh bt..heiii wanita skrg pntang di cabar tau..tq husband bnyak support saya..btw suami saya x minat kerja2 mcm ni..tapi dia tak kisah dengan minat saya..ALHAMDULILLAH.
Ada juga ke suri yang dalam ni minat macam saya? Doakan segala urusan saya dipermudahkan. Next plan upgred lesen ke PSV BAS.