Khabar duka dikongsi oleh Achey Bocey mengenai berita kematian ayahnya semalam.
Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 34, berkongsi berita sedih itu menerusi laman sosial Instagramnya dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan arwah.
“Tiada lagi abah… 😭😭😭…. tapi abah tetap dalam diri kami…
..
Innalillahiwainnailaihirojiun….”
Achey sebelum ini ada memuat naik perkongsian mengenai arwah yang dimasukkan ke hospital.
Allahyarham yang berusia 80 tahun dikejarkan ke hospital pada pagi Khamis selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Segamat, Johor.
Ads
“Selalu selepas Subuh, abah akan sambung tidur dan dalam pukul 10 pagi dia akan bangun untuk bersarapan… tapi pagi ini adik yang ada di kampung beritahu dalam group Whatsapp keluarga abah tak sedarkan diri.
“Badannya panas, kaki sejuk… adik-beradik yang ada di kampung terus hubungi ambulans dan bawa abah ke Hospital Segamat. Buat masa ini abah masih belum sedar!
Ads
“Saya dimaklumkan abah menerima bantuan pernafasan… keadaan kesihatan abah memang kurang baik selepas kemalangan kira-kira lima tahun lalu, semenjak itu dia tak boleh berjalan dan terpaksa guna kerusi roda,” katanya kepada mStar.
Namun ternyata Allah lebih menyayanginya apabila dia dijemput kembali menemui Tuhan Yang Esa.
Achey dalam pada itu mengakui trauma kerana tahun lepas ketika menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar, ayah mentua nya meninggal. Kini, menerima berita sedih kehilangan bapanya pula ketika menyertai program sama tahun ini.
Bagi yang tengah mencari menu yang sesuai, ringkas dan mudah disediakan, mungkin boleh cuba kubis roll ini sebagai salah satu menu di rumah. Caranya cukup ringkas, bahannya pun tak susah nak cari. Rasanya pula dah tentulah sedap. Yang penting Diet menjadi!
Apa kata kita cuba resipi sumbangan Puan Noorazian Muhamad Xiyans Muhamad
ini. Katanya sesuai juga untuk seisi keluarga.
Mula-mula, leraikan kubis satu-persatu. Kalau boleh jangan terkoyak.
Saya guna kubis Cina sebab lembut dan warnanya pun cantik lepas dicelur.
Kemudian celurkan kubis dalam 6-8 minit. Masukkan sedikit garam dalam air mendidih.
Daun bawang pun dicelur sekejap.
Intinya tadi cuma gaulkan semua bahan-bahan di atas kecuali kubis dan daun bawang yang nak digunakan untuk menggulung.
Jadi masukkan daging kisar / ayam kisar, bawang, carrot, cili, garam, lada hitam, minyak bijan semua ke dalam sebuah bekas.
Tak perlu masak dulu sebab masa kukus nanti ia akan masak.
Gaul sebati.
Kemudian dah bolehlah gunakan inti tadi untuk digulung dalam kubis yang telah dicelur.
Gulungkan macam biasa, lebih kurang macam gulung kuih ketayap.
Kemudian boleh ikat dengan daun bawang supaya gulungan tadi lebih kukuh.
Lepas tu, kukus dengan api sederhana selama lebih kurang 10-15 minit.
Dah siap pun. Beginilah hasilnya.
Mudah saja. Sedap tau, orang yang tak gemar makan sayur pun mesti akan suka.
Sedap dicicah dengan sos atau dimakan begitu saja.
Anda boleh pelbagaikan intinya ikut citarasa masing-masing. Contohnya saya ada juga buat inti guna isi udang macam dalam gambar di bawah ini.
Memang lazat dan cukup mudah. Yang penting, sihat dan berkhasiat kan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya kita sebagai rakyat ternanti-nanti apakah perancangan dan perlaksanaan yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membawa negara dan rakyat ke arah kehidupan lebih baik pada masa ini di bawah kerajaan Keluarga Malaysia untuk 12 bulan akan datang.
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu akan terjawab Jumaat ini, di mana Bajet 2022 akan dibentangkan di dalam persidangan Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Jumaat ini (29 Oktober ).
Lebih-lebih lagi baru-baru ini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada memberi bayangan ada ‘berita baik’ untuk penjawat awam, sekali gus membuatkan seramai 1.6 juta penjawat awam sudah ada yang tersenyum dan tidak sabar menunggu pengumuman Bajet 2022 tersebut.
‘Berita Baik’ Buat Penjawat Awam
Ini sepertimana memetik laporan berita di Astro Awani, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan 1.6 juta penjawat awam sentiasa dihargai oleh kerajaan dan rakyat.
“Kita sangat menghargai penjawat awam kerana mereka sangat penting kepada pembangunan negara, tentu sekali tidak pernah melupakan mereka… tunggu sajalah pembentangan Bajet 2022,” katanya ketika ditanya mengenai ‘berita baik’ bagi penjawat awam dalam belanjawan tahun depan semasa Wawancara Bajet 2022 media bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Dua aspek yang diberi tumpuan dalam Bajet 2022 adalah penjanaan pekerjaan bagi sektor swasta dan awam bagi mengatasi masalah pengangguran dan pendidikan yang merangkumi peruntukan untuk institusi pendidikan bukan hanya untuk Sekolah Kebangsaan, tetapi juga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil serta Maahad Tahfiz.
Ismail Sabri berkata, penjanaan pekerjaan melibatkan semua pihak, golongan belia, rentan dan orang kurang upaya (OKU).
“Hampir 440,000 penempatan pekerjaan dan penciptaan pendapatan berjaya dilaksanakan di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan setakat 22 Okt lepas menerusi pelbagai inisiatif,” katanya.
Beliau berkata, majoriti daripada kejayaan itu disumbangkan oleh penempatan pekerjaan secara pengambilan terus menerusi program Penjana Kerjaya, program Short-term Employment Program atau MySTEP serta Program Perantisan dan Skim Perantisan Nasional (SPN) membabitkan peruntukan RM3.9 bilion.
Katanya, kadar pengangguran dalam negara juga beransur pulih dari nilai tertinggi iaitu 5.3 peratus pada Mei 2020 kepada 4.6 peratus pada Ogos lepas hasil program latihan relevan yang disediakan kerajaan bagi meningkatkan kebolehpasaran dan melengkapkan rakyat dengan kemahiran selari permintaan industri.
Sehubungan itu beliau mengajak rakyat supaya mendengar dan memberi tumpuan kepada faedah yang bakal mereka peroleh daripada Bajet 2022.
Tumpuan Sektor Pendidikan
Dalam sektor pendidikan, Ismail Sabri berkata kerajaan akan terus menekankan kualiti pendidikan serta membina ketahanan sistem pendidikan negara berdasarkan pengalaman semasa pandemik COVID-19 selain memberi perhatian mengenai pembayaran pinjaman pendidikan.
Perdana Menteri berkata, Bajet 2022 juga akan menyokong kembali sesi pembelajaran yang lama terjejas akibat penutupan aktiviti ekonomi dan sosial terutama melalui agenda digitalisasi menerusi penyediaan kemudahan serta bantuan pendidikan kepada golongan B40 yang paling terjejas.
“Apa yang penting adalah imunisasi anak-anak kita yang sekarang ini sedang berjalan lancar dan ini salah satu aspek yang akan menentukan kejayaan pembukaan sekolah semula, di samping pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang baik dan berdisiplin,” katanya.
Beliau berkata, sekolah-sekolah daif khususnya di luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan mendapat perhatian dalam Bajet 2022 yang mana ia akan dibaik pulih bagi memastikan pelajar dapat mengikuti proses pembelajaran secara kondusif dan sempurna.
Katanya, Bajet 2022 akan membantu Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar yang berdepan dengan tekanan kenaikan kos sara hidup ditambah lagi dengan penularan pandemik COVID-19. – BERNAMA
Sebut sahaja namanya, mula terbayang akan kelembutannya, gebunya adunan dan rasa tak puas makan sebiji. Itulah penangan Donut. Namun, apabila ibu-ibu cuba buat sendiri dengan resepi yang dikongsi adakalanya tidak menjadi. Lama menguli tepung tapi hasilnya donut tidak selembut yang diingini.
Jadi macam mana nak buat donat yang gemuk gebu, lembut tapi tanpa uli. Sangat mudah, boleh lihat resepi yang dikongsikan menerusi daridapuraida.blogspot. Jom cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...