Betul kata orang, wanita diuji saat lelaki tiada apa-apa, lelaki pula diuji ketika memiliki segalanya. Ungkapan ini cukup sesuai menggambarkan kisah yang dikongsikan oleh wanita ini.
Perit rasanya bila hati dilukai, lebih-lebih lagi oleh insan yang kita sayangi. Sama-sama bersusah payah, namun balasannya kecurangan. Hati wanita mana mampu bertahan, itulah yang berlaku pada ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Biar terpaksa menapak dan bermula dari bawah, namun Susi Rika nekad untuk melaluinya demi anak-anak tersayang.
Tiada lagi khidmatku sebagai seorang isteri dalam hidup mu, aku redha kalau ini ketentuan… Allah tau apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku…
8 tahun kita bersusah payah untuk jalankan hidup, ingat tak dulu gaji kau hanya 600 sebagai pekerja pam minyak…tapi kita ikhtiar sebab kau takde pendidikan…aku suruh kau buat lesen lorry (GDL) dan masa nak test tu kita belajar sama2, aku bantu kau hafal dengan harapan kau boleh lulus lesen tu, alhamdulillah akhirnya kau lulus.
Dan bermula lah kehidupan kita sedikit selesa dengan gaji kau dalam 2 ribu lebih masa tu, aku pun bantu kau dengan bekerja diluar.
kau ingat tak,
lepas aku melahirkan anak kedua aku diuji bila kau ada wanita lain, aku tengah berpantang hari ke 9… dalam pntang tu lah aku merebut kau dari wanita tu tanpa aku hirau kesihatan aku, dan dengan izin Allah kau kembali pada aku.
Ads
Kau ingat tak,
Motor yang banyak berkhidmat dengan kita, meredah panas hujan dulu…sebab kita takde kereta masa tu.
Sekarang kau dah tukar kerja dan berjaya, gaji kau dah 7ribu… kau suruh aku berhenti kerja supaya aku boleh habiskan masa aku dengan anak2 kita… kau pun dah pergi umrah, walaupun tanpa aku…
Betul kata orang, wanita diuji saat lelaki tiada apa2, dan lelaki diuji ketika memiliki segalanya.
Masa aku mengandung 7 bulan Allah tunjukkan lagi perilaku kau menduakan aku… aku beranikan diri jumpa perempuan tu dengan harapan tolong lepaskan suami aku, tapi perempuan tu tak nak sebab dia berpegang janji kau pada dia yang kau akan bernikah dengan dia lepas aku bersalin nnti. aku putus harapan masa tu, tapi berkali kali kau yakin kan aku yang kau tak nak kat dia.. kau hanya ada aku dan kau akan lepas kan dia…. aku ingat semua tu betul.
Ads
10/08/2018 terbongkar semua bila aku dapat tau kau dah bernikah dengan orang lain, semua adik beradik dan kawan2 kau tau kecuali aku… anak aku yang kecik baru berumur 3 bulan….semua suruh aku bertahan kat rumah tu, dan malah ada yang kata biarlah kau berkahwin asalkan kau adil… ada yang kata jangan bagi tau pada keluarga aku dulu… banyak nasihat dari pada pihak kau untuk aku…
akhirnya aku ambik kekuatan untuk bagi tau keluarga aku, dan reaksi pertama mak aku
MENANGIS….
mak yang melahirkan aku menangis teresak2, dan tak putus2 berkata kau lelaki kejam…
Ads
Sekarang aku ada dirumah mak aku, banyak benda yang perlu aku lakukan.. apa yang berlaku biarlah berlaku…
Aku kena ke pejabat agama, aku kena bekerja semula, banyak lagi lah benda aku kena buat.. ibarat aku kena mula dari bawah lagi…
Aku adalah dari keluarga bercerai berai, ayah aku tinggalkan aku dulu masa aku kecik dah akhirnya aku masih hidup sampai sekarang walaupu hanya mak aku yang jaga aku, itulah yang aku pegang sekarang. Walaupun aku dah ada anak tiga yang masih berumur 7tahun, 4 tahun dan 3 bulan aku berharap aku boleh jadi mcm mak aku yang boleh jaga anak2 dia tanpa suaminya dulu…
Aku tak minta simpati atau aku bukan nak aibkan org lain ataupun diri aku sendiri
yang aku minta tolong doakan aku semoga aku kuat teruskan kehidupan aku…
Untuk kau, aku doakan kau bahagia dan berhentilah sakitkan hati wanita berkali2…
Delima seorang ibu yang membawa anak-anak ke masjid untuk sama-sama menunaikan solat Tarawih adalah berdepan dengan ragam anak-anak. Maklumlah budak-budak, suka sangat berlari-lari tak kira tempat hatta dalam masjid sekali pun.
Tidak dengan itu, buat bising pula. Bimbang juga kita andai jemaah lain tidak selesa jadinya.
Bila ini ragamnya, pasti kita akan pulang awal tanpa sempat menghabiskan solat Tarawih.
Namun, berbeza situasinya andai ibu-ibu berkesempatan solat Tarawih di Masjid Sultan Idris Shah II atau dikenali sebagai Masjid Negeri di Ipoh.
Ruang bermain untuk kanak-kanak dikhususkan sehingga membuatkan anak-anak ini seronok bermain dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak masjid.
Ini sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian, menurut Imam Besar Masjid Negeri, Abd Farid Salleh berkata, tidak salah membawa anak-anak ke masjid malah ia satu perbuatan yang digalakkan.
Inisiatif untuk menyediakan zon kanak-kanak itu tercetus selepas mendapati ramai kalangan jemaah yang bertarawih datang membawa bersama anak-anak kecil berusia 7 tahun ke bawah.
Ditempatkan di tingkat atas bersebelahan ruang solat tarawih, zon kanak-kanak di Masjid Negeri ini bukan sahaja selamat, malah di dalamnya tersedia pelbagai jenis mainan dan buku aktiviti untuk dilakukan sepanjang solat berlangsung.
Terdapat pelbagai aktiviti disediakan termasuklah mewarna, membaca dan sebagainya sepanjang solat tarawih berlangsung.
Tambahan, Imam Besar Masjid Negeri mengalakkan ibu bapa membawa anak-anak ke masjid dan amalan ini perlu dididik sejak mereka kecil lagi.
Tambah Imam Masjid Negeri lagi, bagi menitikberatkan aspek keselamatan ibu bapa perlu mengisi borang pendaftaran dan mendapatkan kad khas untuk diserahkan semula semasa mengambil anak mereka.
Setiap malam akan ada dua kakitangan dari Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri dan pasukan sukarelawan secara bergilir membantu memantau kanak-kanak yang diletakkan di zon ini.
Sepanjang empat hari puasa ini, lebih 40 keluarga telah mendaftar, ada juga sebahagian kanak-kanak ini terlalu leka bermain hinggakan tidak mahu pulang.
Katanya, buat masa ini, hanya kanak-kanak berusia 4 hingga 7 tahun dibenarkan ditempatkan di situ bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam sementara tujuh tahun ke atas digalakkan solat bersama ibu bapa masing-masing.
Sumber : Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemeriahan menyambut Hari Raya di kampung halaman masih lagi terasa, kini kemeriahan meraikan lebaran terus disemarakkan lagi dengan mengadakan majlis rumah terbuka. Ini sebagaimana kebiasaan bagi kita yang tinggal di bandar, akan merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka sepanjang bulan Syawal ini.
Pilihan menu seperti laksa, bihun sup, lontong, ketupat dan lemang seakan menjadi antara menu biasa akan dijamu di majlis rumah terbuka. Pun begitu memberi sedikit kelainan menu untuk hidangan pemanis mulut, apa kata anda sediakan menu Puding Tiramisu yang sangat mudah disediakan ini. Malah bahan yang digunakan juga cukup ringkas, hanya 5 bahan.
Jom semak resipi yang dikongsikan ini untuk dicuba.
Puding Tiramisu 5 Bahan Viral
Banyak sebenarnya resepi puding tiramisu ni.. Kalau ikut saya cara senang je.. Mudah & cepat.. Rasa & step dia ala2 buat cheesekut tapi yang ni takdak cheese ye..
Bahan-bahan:
1 cawan susu pekat (kalau nak kurang manis 1/2 cawan pun ok sebab milo dah manis)
2 cawan susu cair dutch lady @ susu sejat
3 sudu besar tepung castard
cream cracker/biskut marie @ apa-apa biskut
milo (secukupnya)
Cara penyediaan:
1. Masukkan susu pekat, susu cair dan tepung castard dalam periuk. Kacau sebati guna whisk sampai hilang ketulan tepung.
2. Dan sebati baru letakkan atas dapur api perlahan. Masak hingga pekat. Tapi jangan terlalu pekat sampai berketul-ketul. Agak-agak sahaja.
3. Kemudian susun cepat-cepat di dalam tupperware tahan panas @ bekas apa-apa @ loyang (ikut suka). Kena buat cepat-cepat takut sejuk nanti dia beku.
*** masa dalam periuk tu dia tak panas sangat & takdak masalah apa pun letak dalam tupperware sebab ramai yang buat bisnes pun pakai tupperware nipis ja..
TIPS= kalau suka biskut tu lembut boleh rendam dengan susu cair @ air masak sampai lembut & toskan.. Nak blend biskut bagi hancur pun boleh ikut tekak masing-masing..
Biasanya bahagian bawah table top akan dijadikan sebagai ruangan menyimpan pelbagai perkakasan memasak dan barang-barang lain. Jika tidak ‘berpintu’ memang akan terbuka begitu sahaja dan nampak tidak kemas.
Jadi tidak hairanlah, ramai antaranya akan menggunakan kain untuk dijadikan langsir untuk menutup ruangan di bawah table top ini buat sementara mengumpul bajet untuk membuat kabinet dapur yang lengkap.
Pun begitu, tahukah anda daripada menggunakan langsir lebih baik anda praktikkan cara yang dikongsikan oleh Puan Ema ini. Puan Ema berkongsi cara untuk membuat pintu kabinet paling mudah dan jimat hinggakan anda tidak perlu memotong kayu, drill dan sebagainya.
Nak tahu bagaimana, ini perkongsiannya dan bolehlah anda lakukan DIY ini untuk upgrade ruang bawah table top anda itu nanti.
Mula-mula ingat nak letak langsir je bawah table top tu. Sebab rasa semak je,bila tengok barang-barang bawah table top tu. Tapi bila difikir-difikir balik, saya ni dah le jenis masak ganas. Anak bujang dengan anak dara pun jenis suka masak. Confirm langsir tu nanti cepat kotor. So saya ambil keputusan, DIY je almari bawah table top tu.
DIY Almari Bawah Table Top, Tanpa Guna Drill
Di sini saya kongsikan juga barang-barang yang saya gunakan. Mana tahu jika ada yang hendak cuba.
Langkah 1 : Saya tampal wallpaper pada dinding bahagian atas. Manakala di bahagian bawah table top, saya sudah siap pasang rail. Tak perlu drill, guna gam sahaja.
Ekstra Info : Ini rail yang saya gunakan untuk letak roda tu. Rail dengn roda tu beli kat shopee je. (KLIK sini untuk link)
Langkah 2 : Buatkan pintu bajet, ala-ala sliding. Ini barang-barang yang saya guna. Gam tersebut saya guna untuk lekatkan rail pada bawah table top. Malas nak guna drill. Gam tu kalau guna, kena tunggu satu hari baru kering
Langkah 3 : Tampal papan plywood dengan wallpaper. Begini keadaannya papan plywood yang sudah siap ditampal guna wallpaper. Ini bukan wallpaper yang biasa tampal dekat dinding tu ye.
Plywood tu saya oder kat shopee je, ukur siap-siap,lepas itu minta seller tu potong ikut ukuran yang saya dah bagi. (KLIK sini untuk link)
Langkah 4 : Pasangkan roda pada plywoood yang telah siap ditampal dengan wallpaper. Roda ini memang muat-muat untuk plywood dengan ketebalan 5mm.
Langkah 5 : Bolehlah dipasang pintu kabinet ini pada bahagian rail untuk dijadikan pintu kabiet bahagian bawah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520