Memetik berita perginya seorang permata di dalam dunia kewartawanan yang dilaporkan Sinar Harian bahawa Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali meninggal dunia sebentar tadi.
Berita tersebut disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau.
“Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.
Menurutnya, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
“Haikal Jalil dalam Facebooknya turut mengesahkan bahawa bapa beliau meninggal dunia 6.32 pagi ini.
Ads
Kehilangan Sebuah Bintang
Abd Jalil, 66, berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
Abd Jalil juga ialah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
Ads
Penulis Tetap Di Majalah Keluarga
Buat pembaca setia Majalah Keluarga juga pasti terkesan dengan perginya insan yang kita sayangi ini.
Membaca setiap kisahnya di ruangan Wanita Di Mata Lelaki, cukup mencuit hati. Ada sahaja kelakarnya dan ayat-ayat serta pesanan sampoi diberikan berkaitan asam garam kehidupan.
Ads
Pastinya selepas ini kita akan terus merindui penulisan beliau yang begitu dekat di hati pembaca.
Bersamalah kita doakan agar arwah Datuk Abdul Jalil Ali ditempatkan di dalam golongan orang-orang beriman. Al fatihah, Amin.
Dikongsikan di sini satu artikel yang pernah diterbitkan di Majalah Keluarga untuk tatapan bersama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Ia dikenali sebagai “dysmenorrhoea” dalam bahasa inggeris.
Ada antara kaum wanita yang mengalami masalah senggugut yang serius setiap bulan. Sehinggakan ada yang tidak larat nak bangun dan ada yang berguling-guling di atas katil sambil menahan kesakitan. Paling teruk sampai boleh muntah-muntah sehingga pengsan.
Selain pengambilan ubat oleh doktor, anda yang mengalami masalah senggugut boleh mencuba petua yang menggunakan bahan-bahan semula jadi ini.
Bahan-bahan
* 8 batang serai dan diketuk-ketuk
* 1 ketul halia sebesar ibu jari
* 1 sudu besar habatussauda
* 1-2 sudu besar madu
* 4 gelas air
Cara- cara:
♦ Satukan kesemua bahan tadi kecuali madu ke dalam periuk. Kemudian rebus sehingga mendidih dengan api yang perlahan.
♦ Tapis rebusan tadi dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan kacau rata. Sedia untuk diminum. Minum sekali sehari pada permulaan haid dan seeloknya pada waktu malam.
KHASIAT SERAI
Bersifat antiseptik, anti depresi, anti mikrobial, anti fungal serta astringen. Membantu memecahkan angin serta melancarkan darah haid.
KHASIAT HALIA
Bersifat antacid, antibakterial serta anti fungal. Terkenal dengan alternatif untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan angin dan toksin dalam badan.
KHASIAT HABATUSSAUDA
Bersifat antioksidan, anti depresi, anti bakterial, antiseptik, anti aging serta anti fungal. Berupaya untuk merawat masalah peranakan termasuk melancarkan pengeluaran darah haid. Ia juga memelihara keseimbangan dan kekuatan sistem hormon serta melambatkan proses penuaan.
Rasa rebusan teh serai ini sedikit pedas dan mint-mint gitu. Amat berkesan untuk redakan senggugut.
Mungkin ada di antara kita ada yang sering merasa telinga seakan berbunyi dan berdesing seakan berada di tanah tinggi atau di dalam kapal terbang. Keadaan ini menyebabkan kita tidak selesa dan bila kerap berlaku akan menyebabkan berasa tidak selesa.
Pun begitu tahukah anda, keadaan telinga berdesing yang kerap datang secara tiba-tiba sebenarnya itu adalah gejala penyakit dan untuk kita lebih memahami tentang punca terjadinya telinga berdesing atau juga dikenali sebagai ‘tinnitus’ ikuti perkongsian daripada doktor Zubaidi Hj Ahmad
APAKAH PUNCA TELINGA BERDESING?
Telinga berdesing atau lebih dikenali sebagai “tinnitus” adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala dalam keadaan yang tidak ada apa apa punca bunyi disekelilingnya.
Bunyi selalunya dikaitkan dengan berdesing tetapi kadang kadang bunyi mengaum, berdetik atau bunyi degupan jantung juga dikaitkan dengannya. Ia mungkin melibatkan satu atau kedua-dua telinga. Tinnitus mungkin merupakan satu satunya gejala penyakit yang ada pada seseorang yang menggugat tahap kesihatan seseorang.
Satu pertiga populasi mungkin mengalami masalah tinnitus pada satu ketika dalam hayat mereka. Kualiti hidup boleh terjejas akibat masalah ini. Kadar masalah tinnitus adalah tinggi pada usia 40-70 tahun dan lebih melibatkan kaum lelaki.
TANDA DAN GEJALA
Tinnitus adalah gejala penyakit dan bukannya sejenis penyakit. Ia boleh melibatkan satu atau kedua dua telinga. Bunyinya boleh dikaitkan dengan mengikut denyutan jantung/ tidak mengikut denyutan jantung. Gejala tinnitus ini mungkin sekejap atau lama dan boleh jadi berterusan atau berulang ulang.
Antara gejala gejala yang berkaitan ialah kurang pendengaran, sakit kepala dan pening kepala (vertigo).
PUNCA-PUNCA
Ada beberapa punca tinnitus yang diketahui tetapi dalam kebanyakan kes, punca utama gagal dikenalpasti. Antara punca-punca yang dikenalpasti :
1. Saluran darah tidak normal
2. Saluran Eustachian yang gagal berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah untuk mengimbangkan tekanan)
3. Masalah masalah telinga seperti; tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik, otosclerosis, presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia), masalah pendengaran disebabkan bunyi bising
4. Kecederaan kepala
5. Pendedahan telinga kepada bunyi bising yang kuat
6. Ubat ubatan (ubat penahan sakit, antibiotik)
7. Tumor dalam telinga dalam (acoustic neuroma)
8. Faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan
9. Tekanan darah tinggi dan atherosclerosis
10. Angin ahmar
11. Kekurangan sel darah merah serta buah pinggang yang tidak berfungsi.
Bagi gejala-gejala di bawah, ia memerlukan perhatian yang serius iaitu :
a) Tinnitus yang berterusan mungkin tanda awal tumor di telinga dalam atau otak
b) Tinnitus yang bunyinya seperti denyutan jantung di satu telinga mungkin tanda awal penyakit yang serius.
c) Tinnitus yang bertambah teruk atau pun disertai oleh gejala-gejala lain
KOMPLIKASI
1. Seseorang yang mengalami masalah tinnitus yang teruk mungkin menghadapi masalah pendengaran, kerja dan tidur
2. Ada yang menghadapi masalah psikologi yang serius
RAWATAN
Rawatan tinnitus selalunya tidak berkesan sepenuhnya disebabkan punca punca tinnitus tidak dapat di fahami sepenuhnya.
Masalah telinga dan masalah perubatan lain harus diberikan rawatan sewajarnya dengan ubat atau pembedahan.
1. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan yang didapati berkesan dalam rawatan tinnitus adalah yang ubat yang digunakan untuk menghilangkan keresahan, ubat penenang serta ubat yang dapat memperbaiki kualiti tidur.
2. “Masking”
• Alat bantu dengar untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran
• Tinnitus “masker” untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran / pendengaran normal
• Alat tinnitus; kombinasi alat-alat di atas
(rawatan ini diberikan oleh pakar pemulihan pendengaran(audiologist)
3. Pembedahan tidak dapat membantu menghilangkan tinnitus buat masa ini kecuali di dalam kes tumor di telinga
PENCEGAHAN
1. Bunyi bunyi yang lembut boleh mengurangkan bunyi yang berkaitan dengan tinnitus. Pesakit boleh mendengar bunyi tersebut untuk beberapa jam sehingga terlelap.
2. Elakkan mengambil kopi, teh, coklat, cola, alkohol, atau produk yang mengandungi kaffeine
3. Elakkan merokok
4. Elakkan ubat ubatan yang menyebabkan tinnitus seperti aspirin/NSAIDs. Aspirin boleh menyebabkan tinnitus bertambah teruk dalam sesetengah orang.
5. Elakkan mengambil ubat yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pendengaran kecuali jika terpaksa atau tidak ada alternatif lain.
6. Jangan dedahkan diri kepada bunyi bising
7. Tekanan perasaan didapati boleh menyebabkan pertambahan bunyi tinnitus. Oleh itu cuba kawal perasaan anda dan tumpukan perhatian anda daripada memikirkan tentang tinnitus. Cara ini mungkin boleh membantu.
Akta Penjagaan Ibu Bapa bakal diperkenalkan bagi memastikan kebajikan warga emas terus terjamin serta mengukuhkan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa mereka.