Tiada Lagi Status Bertukar Kuning Jika Kontak Kasual,

Pernah tak anda pergi ke mana-mana dan daftar masuk Mysejahtera, selepas itu status anda bertukar kuning sebagai Kontak Kasual kerana di terdapat kes Covid di sana?

Bermula hari ini, status tersebut tidak akan berubah berikutan pembaharuan yang dilakukan dan langkah yang perlu diambil apabila disahkan menjadi Kontak Kasual.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan melalui Twitter tiada lagi perubahan status kepada kontak kasual berwarna kuning pada MySejahtera.

“ Sebelum ini apabila MySejahtera Trace/Check-in mengesan anda sebagai Kontak Kasual kes positif, status di MySejahtera akan bertukar kepada Kontak Kasual (kuning).

“Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi,” ciapnya.

Khairy juga menasihatkan kontak kasual yang bergejala perlu bertindak mengasingkan diri dan melakukan ujian kendiri. Di samping itu, beliau turut menyarankan lima langkah Penilaian Kendiri Covid-19 iaitu TRIIS.

TRIIS

IKLAN

1. TEST
Segera lakukan ujian saringan Covid-19 secara kendiri sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan seperti selesema, demam batuk dan lain-lain.

2.REPORT
Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera.

3. ISOLATE
Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dengan penuh disiplin sekiranya didapati positif.

Patuhi perintah Pemerhatian di Rumah (Home Surveillance Order-HSO) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

4. INFORM
Segera maklumkan kepada kontak rapat sekiranya keputusan pengesanan Covid-19 positif.

IKLAN

Memaklumkan kepada pihak berwajib atau Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin kendiri di rumah.

5. SEEK
Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya mengalami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi.

Tiada Lagi Status Bertukar Kuning Jika Kontak Kasual. KJ Saran Buat Penilaian Kendiri Covid-19 Jika Bergejala

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengumumkan pemansuhan prosedur pengasingan bagi kontak rapat.

Kontak rapat kepada kes Covid-19 yang tidak bergejala, dalam kumpulan berumur 18 tahun dan ke atas serta telah menerima dos penggalak, mereka tidak perlu menjalani Perintah Pemantauan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Protokol berkenaan berkuat kuasa pada 1 Mac 2022.

IKLAN

Sumber : Twitter KJ

Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!

Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Tiada Lagi Status Bertukar Kuning Jika Kontak Kasual. KJ Saran Buat Penilaian Kendiri Covid-19 Jika Bergejala

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI