Tiada Meja, Peniaga Guna Dulang & Pangku Barang. Perkongsian Wanita Ni Bikin Ramai Sebak. “Struggle Nya Cari Duit!”

Share

Untuk mendapatkan sesuap nasi, semua sanggup berusaha gigih. Tolak ke tepi soal malu, penat dan sebagainya. Yang utama, rezeki halal untuk keluarga.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @kakwawaaaaa,  seorang lelaki yang berniaga tanpa meja di tepi jalan benar-benar mengundang sebak ramai.

Peniaga tersebut dilihat memangku diribanya makanan tersebutl kerana meja dan kerusi yang sering digunakan untuk berniaga hilang. Lelaki itu sendiri tidak tahu mana pergi kerusi meja miliknya sama ada dibuang ataupun dicuri.

Jadi, pengguna TikTok berkenaan mengambil inisiatif memberinya kerusi dan meja bagi membolehkan lelaki itu berniaga tanpa perlu memangku jualannya.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi ramai. Rata-rata melahirkan rasa sebak Dan kagum dengan kegigihan lelaki tersebut mencari rezeki.

@kakwaaaaa Lokasi : Parking motor KIPMALL Kota Warisan Sepang 🥺 #fypシ
#istiqomah #hijrah #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #alhamdulillah ♬ bunyi asal – @aedyfb83

 Tak kurang yang memuji keprihatinan serta pertolongan @kakwawaaaaa yang menghulurkan bantuan kepada lelaki tersebut.

Bahkan ada yang bertanyakan lokasi lelaki itu berniaga dan ingin membeli brownies jualannya sekali gus memberikan bantuan untuk membolehkan dia berniaga dengan lebih selesa.

@kakwaaaaa Alhamdulillah 🥰 #fypシ #tiktokmalaysia #alhamdulillah ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Sumber: TikTok @kakwawaaaaa

 

 

 

 

IKLAN