Untuk mendapatkan sesuap nasi, semua sanggup berusaha gigih. Tolak ke tepi soal malu, penat dan sebagainya. Yang utama, rezeki halal untuk keluarga.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @kakwawaaaaa, seorang lelaki yang berniaga tanpa meja di tepi jalan benar-benar mengundang sebak ramai.
Peniaga tersebut dilihat memangku diribanya makanan tersebutl kerana meja dan kerusi yang sering digunakan untuk berniaga hilang. Lelaki itu sendiri tidak tahu mana pergi kerusi meja miliknya sama ada dibuang ataupun dicuri.
Jadi, pengguna TikTok berkenaan mengambil inisiatif memberinya kerusi dan meja bagi membolehkan lelaki itu berniaga tanpa perlu memangku jualannya.
Perkongsian tersebut mengundang reaksi ramai. Rata-rata melahirkan rasa sebak Dan kagum dengan kegigihan lelaki tersebut mencari rezeki.
Tak kurang yang memuji keprihatinan serta pertolongan @kakwawaaaaa yang menghulurkan bantuan kepada lelaki tersebut.
Bahkan ada yang bertanyakan lokasi lelaki itu berniaga dan ingin membeli brownies jualannya sekali gus memberikan bantuan untuk membolehkan dia berniaga dengan lebih selesa.
Tuntutan hidup masa kini memerlukan isteri perlu bertindak bijak tanpa perlu menyerahkan masa depan sepenuhnya ditangan suami.
Ada banyak faktor menyebabkan kita sebagai isteri perlu berdikari, umpamanya jika suami tidak berminat dalam hal hibah.
Ini dijelasjan oleh Dr. Azizul Azli Ahmad untuk info bersama. Jom semak.
BILA SUAMI TAK MINAT BERHIBAH?
1. Bencana kewangan buat wanita bermula bila suami meninggal, penceraian berlaku, ketua keluarga kemalangan, masalah kesihatan melanda atau ada hati dengan gadis jelita Alya.
2. Jangan bergantung pada suami sepenuhnya hidup ini. Buat simpanan sendiri. Jika suami tiada kesedaran kewangan, jangan kongsi berapa simpanan yang kita ada.
3. Mula belajar beli aset pelaburan seperti emas dan hartanah. Saya adakan kampen ‘Gadis Bistari Ada Rumah Sendiri’. Beli sebuah rumah kecil sahaja dan bermula.
4. Ambil perlindungan diri, jika bencana datang pada diri dan suami ada takaful melindungi.
5. Jadi Gabenor Kewangan Keluarga, urus kewangan keluarga dengan baik. Wujudkan Tabung Simpanan, Tabung Pelaburan dan Tabung Perlindungan.
6. Jangan utamakan tabungan pendidikan anak hingga lupa dana persaraan diri sendiri.
7. Bab duit jangan beremosi, suami nak pinjam duit suruh buat Pinjaman Peribadi mohon hindari diri. Jangan buat hutang kerana Terlalu Sayang!
8. Pujuk suami beli aset pelaburan hartanah, jika dia tak berminat himpun duit sendiri dan belilah sebuah rumah kos rendah.
9. Jangan terlalu lama menyewa, didik suami beli rumah sebelum ada anak pertama.
10. Hidup ini bukan berserah pada takdir, kita yang harus tadbir dengan baik.
Suami gaya Shahrizal yang tak boleh buat keputusan ada dimana mana.
Bukan hanya memiliki kulit wajah yang halus mulus dan cantik, malah rata-rata wanita Thailand juga turut memiliki bentuk badan yang sempurna dan kekal langsing.
Rupa-rupanya ada rahsia bagaimana mereka memperoleh wajah dan bentuk badan yang langsing. Selain pemilihan makanan, gaya pemakanan mereka yang sihat juga membantu menyerlahkan lagi kecantikan dalaman mereka.
Bukan itu sahaja, wanita Thailand juga gemarkan mengamalkan petua semulajadi serta rutin alami ini setiap hari. Tidak hairanlah jika mereka cantik.
Jom cuba tip dan petua yang diamalkan oleh mereka. semoga dapat membantu, tak salah kan kalau kita nak cuba!
1. Amalan Berurut
Amalan berurut menjadi satu kewajipan bagi wanita di Thailand. Tidak hairanlah kebanyakkan daripada mereka pandai berurut. Selain melancarkan perjalanan darah, berurut juga dapat merehatkan tubuh dan menenangkan minda.
Malah minyak urut juga kebiasaannya digunakan daripada bahan alami seperti minyak kelapa yang dicampurkan bersama halba, halia, bawang putih dan kunyit hidup.
2. Beras Pulut
Pulut sememangnya sudah menjadi menu tradisi bagi semua masyarakat Thailand. Pengambilan pulut dalam menu harian dikatakan memberi ‘bonus’ pada kulit wajah yang cantik, bersih dan gebu.
Tak hairanlah kebanyakkan mereka sering menggunakan masker beras pulut kerana tahu akan khasiat hebatnya.
3. Lulur
Tak hanya berurut, satu kemestian bagi setiap wanita di sana adalah melakukan proses lulur. Mereka melakukannya untuk memiliki kulit yang licin dan lembut. Selain kunyit, wanita Thai juga menggunakan beras, bunga-bungaan, halia, asam jawa serta buah-buahan sebagai bahan lulur. Antara kelebihan lulur badan bukan hanya menghaluskan kulit tetapi juga mencerah dan menggebukan kulit.
4. Amal Rempah Ratus
Sukakan herba dan rempah ratus. Inilah pilihan menu yang seringkali dipilih oleh wanita di sana. Halia, serai, lengkuas dan beraneka herba dan rempah ratus seringkali dijadikan pilihan utama dalam hidangan mereka yang ringkas. Panas dan hangat, inilah yang membuatkan dalaman tubuh lebih hebat.
5. Rawatan Haba
Rawatan haba pula menjadi satu kemestian bagi kebanyakan wanita Thai. Amalan seperti bertungku menggunakan herba, stim wajah, sauna dan penggunaan batu sungai yang dipanaskan menjadi sebahagian daripada ritual cantik untuk memiliki tubuh yang langsing.
Amalan ini juga dipercayai dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah, memecahkan lemak, menaikkan seri wajah serta menyingkirkan toksin melalui peluh. Patutlah mereka kurus dan cantik sentiasa!
6. Santan Untuk Rambut
Satu lagi rahsia cantik wanita Thailand adalah memiliki rambut yang sihat, hitam dan lebat. Sempurna. Penggunaan sumber asli seperti santan seringkali digunakan mereka dalam rawatan rambut dan penjagaannya. Tidak hairanlah rambut mereka terjaga dengan cantik.
7. Masker Alami
Tidak hanya melulur badan, wanita Thai juga cukup gemar menjadikan aktiviti masker muka daripada bahan alami sebagai perkara wajib untukcantik.
Masker daripada betik antara yang sering diamalkan mereka sejak dulu. Selain itu masker daripada beras pulut dan beberapa bahan alami lainturut menjadi kegemaran mereka. Kena cuba!
Baru seminggu kita berpuasa, pastinya ibu-ibu sudah ada perancangan menghias rumah untuk Syawal yang bakal tiba nanti. Selain susun atur perabot, pemasangan langsir baru, bab karpet juga kena fikirkan. Jangan nanti tetamu datang rumah tapi karpet nampak lusuh dan kelihatan kotor.
Memang nampak cantik bila ruang tamu misalnya di hiasi karpet. Kemas, menarik dan cantik. Namun, agak leceh untuk menjaganya, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil. Pantang leka susu tertumpah, terkena air kencing dan sebagainya lagi.
Nak mencucinya bukan mudah, jika mahu hantar ke dobi mahal dan leceh untuk mengangkutnya. Jika dibiarkan boleh menjejaskan kesihatan seisi keluarga dek habuk dan kotoran yang melekat padanya.
Selain menggunakan khidmat dobi, sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan sendiri demi memastikan permaidani atau karpet kita terjaga dengan cantik tanpa habuk yang memudaratkan kesihatan. Boleh buat sendiri saja di rumah. Karpet pun nampak sentiasa cantik, bersih dan tidak cepat rosak.
Langkah-langkahnya:
1. Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.
2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.
3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.
4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.
5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan taburkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.
6. Jika bau lebih teruk atau sisa makanan atau cecair, larutkan 20ml cuka dalam campuran air secukupnya kemudian cuci.
7. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.
8. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.
9. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di