Tiada Oven, Tak Ada Masalah. Buatkan Je Kek Cara Kukus. Sedap Tak Terkata, Memang Puas Hati!

Hidangan kek menjadi antara menu wajib Raya yang dihidang bagi merai tetamu yang bertandang sepanjang Aidilfitri ini.

Pun begitu, bagi yang tiada oven di rumah itu bukanlah masalah besar untuk dapat menyediakan sendiri kek yang enak dari air tangan sendiri. Ini bila mana anda masih boleh masak kek dengan kaedah kukus.

Istimewaanya bila kek dikukus mempunyai tekstur yang lebih lembut dan lembab bahkan kek lebih tahan lama. Rasanya juga sangat enak dan digemari ramai.

Jadi di sini admin kongsikan 3 kek yang cukup enak untuk dicuba.

Tiada Oven, Tak Ada Masalah. Buatkan Je Kek Cara Kukus. Sedap Tak Terkata, Memang Puas Hati!

RESEPI KEK BUAH KUKUS

Bahan A
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
250g (1buku) butter
3 cawan mix fruit

IKLAN

– panaskn gula dlm kuali hingga berwarna perang gelap (guna api kecil)
– masukkn air panas perlahan2 dan masak semula hingga gula larut.
– masukkn butter dan kacau hingga butter cair.
– masuk pula mix fruit,masak hingga mendidih angkat dan biarkan sejuk.

Bahan B
300g tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)
– ayak bahan2 3 kali
– masukkn ke dlm adunan A sikit2 sambil dikacau hingga rata.

Bahan C
3 biji telur gred A (kalau telur kecik guna 4 biji)
1 sudu teh esen vanilla
– pukul telur hingga kembang berbuih,masuk dlm adunan tadi dan kacau hingga rata.
– boleh tambah 2 sb sunquick jika suka.
– tuang adunan dlm loyang yg telah disapu minyak dan dialas baking paper. (jika guna acuan plastik,sapu minyak shj)
– tutup loyang dgn plastik supaya wap dr penutup kukusan tak jatuh atas kek,boleh juga balut penutup kukusan dgn kain.
– pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.
– kukus kek selama 2 jam.
Sejam yg pertama kukus guna api sederhana dan sejam lagi guna api kecil.
– bila kek dah masak,tutup api,buka penutup dan biarkn kek atas kukusan hingga kek suam baru diangkat. (Supaya buah dlm kek x turun ke bawah)
-tunggu sejuk baru potong.

Credit : Maz Abdul

 

IKLAN

Kek Coklat Kukus sukatan cawan

Tiada Oven, Tak Ada Masalah. Buatkan Je Kek Cara Kukus. Sedap Tak Terkata, Memang Puas Hati!

Bahan2 :
1 cwn serbuk koko

1cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
-semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalan periuk kukusan.

Bahan2 ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
-adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dengan api sederhana. Nak tau masak cucuk dengan garfu. Kalau tak melekat dah masak.

IKLAN

Kredit Resepi Nor Juliana Isa via Buku Resepi

 

Chocolate Cheese (Kukus) 3 Layered [8″ loyang]

Tiada Oven, Tak Ada Masalah. Buatkan Je Kek Cara Kukus. Sedap Tak Terkata, Memang Puas Hati!

* Bahan A Choc
1 cawan minyak masak (minyak sayur)
1 cawan susu cair (full cream milik)
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat (junjung)
.
* Bahan B Cream Cheese (tatura)
250gm cream cheese
60gm gula castor
25gm tepung gandum
25gm susu cair (full cream milk)
1biji telur
**campurkan kesemua bahan adunan cream cheese
.
* 1 Cawan Tepung Gandum + 1 sudu baking powder
* 4biji telur

Cara
– Masak bahan A atas api yg kecil kacau supaya tidak berketul dan sejukkan.
– Pukul 4biji telur sehingga kembang kemudian masukkn bahan A diikuti dengan 1 Cawan Tepung Gandum + 1sudu baking powder. Kacau sehingga sebati
– Sediakan loyang yg telah disapu butter. dan tuangkan adunan coklat ke dlm loyang, kukus sehingga 20minit, kemudian tuangkan adunan cheese pula, kukus sehingga 20minit. **pastikan tutup loyang dgn aluminium foil sebelum kukus
– Tuang lagi adunan coklat yg selebihnya, kukus sehingga masak. Coklat cheese ini akan ada 3 lapisan.
– Untuk memastikan ianya masak, guna lidi dan cucuk ke dalam kek. jika adunan tidak melekat di lidi, maknanya kek anda sudah siap.
– Siap dan sejukkan. Sesuai dihidang sejuk

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI