“Alhamdulillah..menjadi jugak biskut viral ni..tapi bukan yang 2 bahan, derhaka sikit..sy buat yg 4 bahan..Guna pan n tudung periuk je..takde oven..nak makan sangat kan..try n error jela..”-Nor Amirah
Kreatif betul Puan Nor Amirah ini ye, hasratnya untuk merasa keenakan biskut viral menyebabkan walaupun tiada oven tapi dia menggunakan periuk dan tudung periuk untuk membakar biskut. Janji jadi.
Untuk anda yang selama ini juga teringin membakar biskus tadi tiada oven di rumah, ada baiknya cuba teknik ini. Bahkan di sini turut dikongsikan resipi untuk menyediakan biskut tersebut. Selamat mencuba!
2. Lepastu masukkan esen vanila dalam marjerin tadi.
3. Masukkan susu pekat, kacau sampai sebati semua tu. Kalau korang nak biskut ada warna..letak la pewarna time ni..sikit je..beberapa titik je..
4. Last sekali masukkan tepung jagung sikit demi sikit..kacau..tak payah sukat banyak mana, kalau dah jadi doh, tak melekat kat tangan tu, kira dah cukup la tu..kalau rasa keras sangat doh tu, masukkan susu sikit lagi.
IKLAN
5. Dah siap jadi doh, buatkan bentuk apa..nak hias letak apa pun tak kesah.
6. Saya letak coklat chip..lepastu saje gatal tangan nak melukis..bakat terendam lama dah.
Abaikan laaa..
7. Lepas tu bakar lah dalam 20 minit.
“Saya guna pan dan tudung periuk je. Sebelum masukkan biskut tu, panaskan dulu pan, dan tutup dengan tudung periuk dalam 5 minit. Kemudian baru masukkan biskut, bakar dengan api slow je.”
IKLAN
Alat-alat yang diperlukan.
-Pan
-Alas periuk (untuk alas biskut tu) sayay guna yang lubang-lubang sebab ada yang tu je.
-Tudung periuk besar.
TIPS
Jangan lupa tudung periuk, jangan bakar tak tutup pulak, tak masak nanti.
sebelum letak biskut tu, panaskan dulu pan dengan menggunakan api slow je. Letak sekali dengan tudung periuk. Pandai-pandailah lah intai tengok masak atau belum.
Sumber : Nor Amirah Saidi Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang suka makan bubur nasi yang dicampur dengan minyak bawang putih tentu tahu betapa enak dan lazat rasanya. Boleh kata kalau tiada minyak ini, seakan tidak sempurna rasanya. Ini memandangkan minyak bawang putih ini bukan sahaja memberi rasa yang tersendiri malah turut mempunyai aroma yang dapat membangkitkan selera.
Pun begitu, mungkin ada yang merasakan agak susah untuk menyediakan ramuan minyak bawang putih. Perlu ambil masa yang lama, namun berbeza dengan Ross Zaini yang berkongsi cara dan resipi untuk menyediakan ramuan minyak bawang putih yang enak dengan mengambil masa 10 minit sahaja.
Bahkan menurutnya, dalam seminggu pasti akan dibuat stok baharu dek kerana keluarganya amat menggemari minyak bawang putih apabila dimakan dengan bubur nasi dan sebagainya.
Jadi buat anda yang ingin mencuba rasa keenakan minyak bawang putih yang mudah disediakan ini, boleh mencubanya.
Bahan-bahan:
Bawang putih – dicincang
Cili flakes – 2 sudu besar
Empat sekawan
Minyak masak (setengah cawan atau lebih sikit)
Sedikit garam
Optional : minyak bijan sesudu
Langkah 1 : Tumis ke semua bahan.Bubuh garam sikit sebagai perasa. Guna api slow saja. Kita tak mau bawang tu hangit. Nanti pahit rasanya. Tumis sampai nampak keperangan. Bila dah perang,tutup api angkat kuali dari stove.
Langkah 2 : Bila dah sejuk,masukkan dalam botol.Letak kat suhu bilik je. Stok ni boleh la bertahan seminggu.
Ekstra tip : Simpan di suhu bilik dan jangan di simpan di dalam peti sejuk.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Jangan ingat masak bubur nasi terlalu mudah, sekadar direbus dengan kuantiti air yang banyak sudah memadai untuk mendapatkan kanji yang enak dan berkhasiat.
Hakikatnya, ada cara dan tip tertentu untuk menyediakan bubur nasi yang sempurna. Hal ini didetailkan oleh Saudara Roslan Mamak Haji, dan bolehlah dicuba untuk anda sajikan bubur nasi kepada ahli keluarga seperti seorang profesional. Jom semak perkongsiannya.
Selepas kita pulih dari sakit, tubuh kita akan berada dalam keadaan lemah, kurang selera makan dan makanan yang kita ambil perlu sesuai dengan selera, mudah dihadam oleh sistem tubuh badan kita untuk mudah mendapatkan tenaga.
Bubur nasi adalah pilihan yang terbaik. Bubur Nasi mudah untuk dimasak, tetapi menghasilkan “Congee” atau “kanji Nasi” yang betul yang berkilat putih dan licin seperti sutera dan sangat harum bukan mudah untuk sediakan. Ia perlukan kemahiran dan teknik masak yang betul.
Peniaga yang menjual bubur nasi ramai dari kita tidak kisah dengan menghasilkan kualiti … janji ia bubur nasi sudah memadai. Kadang ada yang gunakan Nasi ditambah air jadikan bubur.
Kaum Tiong Hua sangat ambil berat tentang masakan bubur nasi atau congee ini ..Congee terkenal dikalangan masyarakat tiong Hua ialah ” Hong Kong Congee” , dengan sebab itu bukan semua restoren mereka sajikan bubur nasi ini. Cuma yang mahir saja jual bubur nasi ini.
Bagaimana cara buat bubur nasi yang paling terbaik?
Cara menyediakan bubur nasi atau Hong Kong Congee:
1. Ambil beras yang diperlukan. Lumurkan sedikit minyak masak dan garam selama 1 jam. Ini kita lakukan untuk memecahkan kulit luar beras. Basuh beras sehingga air basuhan jernih – ini untuk memutihkan hasil bubur kita.
2. Beras telah basuh, toskan airnya dengan penapis. Didihkan air. Air biasanya 4X dari kuantiti beras yang digunakan. Kepekatan bubur boleh diubahsuai mengikut selera anda dangan masukkan air didih ke dalam bubur. Masukkan 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia yang dibuang kulit dan diketuk dalam air yabg anda ingin mendidihkan.
3. Bawang putih untuk haruman kanji dan halia sebagai bahan perubatan untuk buang angin yang digunakan secara tradisional.
Bila air mula mendidih, masukan beras yang telah toskan. Rajin-rajinlah kacau bubur untuk menghancurkan semua butiran nasi…
4.Biasanya mamak haji masukkan serbuk stok ayam dan sedikit garam dan sedikit gula, serbuk lada putih secukup rasa diakhir masakan. kalau anda ingin masukkan isi daging ayam atau daging perlu masak asing dan masukkan dalam akhir masakan bubur. Kalau tidak warna bubur anda.
5. Isi ayam yang dipotong dadu adalah sangat sesuai untuk bubur nasi, kerana warna dan kelembutan yang sesuai ubtuk memudahkan penghadaman. Potong daging ayam bahagian dada kiub yang kecil, masukkan sedikit garam (kicap cair), serbuk lada, gula, sedikit perahan jus limau nipis…dan jangan lupa masukkan minyak masak. Gaul rata dan peram selama 30 minit. Selepas itu goreng (tak perlu masukkan minyak lagi) daging ayam itu dalam kuali. Tak perlu risau daging ayam tak akan melekat pada kuali anda…tujuan kita masukkan minyak masak untuk ini.
6. Masukkan daging ayam telah goreng dalam bubur…daging ayam tidak akan hancur dalam bubur dan rasanya akan lebih enak.
7. Bubur yang mamak haji masak biasanya 500gm beras dengan 6 liter air…7 ulas bawang putih, 2 inci halia dan 5 sudu besar stok serbuk ayam knorr. Isi ayam dalam 250gm.
Ini untuk peniaga nak tambah pendapatan…Hasil yang dapat dari 500gm beras…30 cawan bubur standard…bayangkan untungnya..hahaha. Tapi kena masak sekurang-kurangnya 2 jam…baru hasilnya sangat baik.
Sebut sahaja makanan Thai pastinya anda terbayangkan akan kehebatan makanan ini. Mendengar namanya sahaja sudah cukup membuatkan kita terliur untuk merasai keenakkannya. Begitulah besarnya penangan makanan Thai di negara kita.
Selain terkenal dengan aneka tomyam yang pedas, makanan Thai juga cenderung kepada bahan mentah berasaskan cili dan gabungan beberapa cili lain. Inilah yang memberi kelainan dan keunikkan masakan Thai.
Bukan itu sahaja malah masakan Thai juga antara makanan yang paling banyak mengilhamkan pes dan sosnya sendiri. Antaranya seperti pes tomyam, pes kari hijau dan sebagainya.
Dari pes-pes yang dihasilkan sendiri inilah mereka mengilhamkan pelbagai
jenis resipi. Yang pasti kesemuanya berasaskan cili dan membantu menyedapkan resipi yang disajikan. Mengapa makanan Thai berbeza dengan makanan kita dan apakah rahsia yang membuatkan kesemuanya sedap? Kesemua pes dan sos ini anda perlu tahu!
Pes Kari Hijau
Pes kari hijau memang asing bunyinya namun pes ini menjadi bahan wajib untuk menyajikan beberapa jenis kari terutama Kari Hijau. Pes ini diasaskan daripada cili hijau dan digabungkan bersama bahan mentah lain seperti serai, lengkuas, halia, daun ketumbar, belacan serta gabungan bawang merah dan juga bawang putih bersama sedikit daun limau purut.
Cara memasaknya mudah sahaja kerana anda hanya perlu menambahkan ayam mahupun bahan yang anda gunakan dalam kari ini dan selebihnya tumiskan dengan pes ini.
Pes Kari Merah
Sama seperti pes kari hijau, pes kari merah juga diilhamkan daripada cili. Namun gabungan ini ditambahkan sedikit dengan serbuk kari, cili merah, cili kering, serai, bawang merah dan bawang putih, belacan, halia dan juga lengkuas. Antara masakan yang boleh dimasak menggunakan pes ini adalah Nangka Masak Kari, Ayam Masak Kari dan sebagainya.
Sambal Tomyam Segera
Pes tomyam sememangnya cukup popular. Namun pes berbentuk sambal ini diilhamkan cukup lengkap untuk anda menyediakan tomyam dengan lebih pantas.
Bahan ramuannya terdiri daripada campuran cili, lengkuas, serai, daun limau purut, sos ikan, udang kering, jus limau dan sedikit minyak sayuran. Campurkan sahaja air dan campuran sotong, ayam dan udang. Biarkan mendidih dan
sedia dihidangkan.
Pes Cili Thai
Pes cili ini Thai ini dihasilkan daripada gabungan cili kering, minyak sayuran, udang kering, bawang merah, bawang putih, air asam jawa serta garam dan gula. Pes cili Thai ini digunakan dalam pelbagai aneka masakan Thai lain seperti masakan bertumis dan sebagainya.
Pes Tomyam Vegetarian Segera
Ia sama seperti pes sambal tomyam segera namun pes ini khusus bagi mereka yang vegetarian. Rasanya lebih ‘ringan’ namun tetap pedas kerana kandungan cilinya. Bahan ramuannya terdiri daripada cili, lengkuas, serai, daun limau purut, sos ikan, jus limau serta minyak sayuran. Didihkan pes ini bersama air dan sedia dihidangkan.
Stok Ikan & Sotong
Stok ikan dan stok sotong antara ramuan terpenting dalam pelbagai jenis masakan Thai lain tidak kira samada yang berkuah mahupun kering. Malah dalam sesetengah pembuatan tomyam, kedua-dua jenis stok ini digunakan untuk membangkitkan rasanya. Ia dihasilkan daripada ekstrak ikan dan sotong terpilih serta garam dan air.
Pes Cili Padi
Pes cili padi paling digemari untuk membantu membangkitkan rasa pedas melampau dalam masakan. Ramuannya terdiri daripada cili padi (cili burung), air, bawang putih, garam serta sedikit cuka. Ia banyak digunakan dalam pelbagai jenis masakan bersos serta penyediaan ikan dan pelbagai jenis masakan kering lain.
Pes Pemerap Ayam Thai (Mae-Pranom)
Pes ini khusus membantu dalam proses pemerapan ayam seperti penyediaan ayam panggang dan sebagainya. Bahan ramuannya terdiri daripada cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, udang kering, stok ikan serta lada hitam. Perapkan ayam selama dua jam dan pangganglah ayam hingga masak.
Cuka
Cuka seringkali digunakan dalam beberapa jenis masakan bagi menggantikan jus limau nipis dan memberi rasa masam sesetengah makanan lain seperti tomyam, sup dan sebagainya. Namun kuantiti yang dimasukkan amatlah sedikit. Cuka juga boleh mengimbangkan rasa dalam masakan bertumis Thai yang lain seperti sayuran dan sebagainya.
Serbuk Daun Selasih
Tidak kira samada serbuk mahupun daunnya, daun selasih ini seringkali digunakan dalam pelbagai jenis masakan Thai. Daun herba ini meninggalkan bau yang wangi serta rasa yang enak pada makanan yang dimasak. Hanya tabur dan gaulkan serbuk daun selasih ini ke dalam masakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Zaman sekarang ramai wanita yang menhadapi masalah selepas bercerai. Ini mungkin kerana kurang pengetahuan dan panduan dalam sesuatu hal. Contohnya tidak tahu cara menuntut...