Perkahwinan selebriti ini dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sudah memasuki tahun ke 7. Namun mereka belum lagi ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Begitu pun Mizz Nina, tidak menganggap ia sebagai satu kekurangan bahkan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah.
“Bagi saya, kalau nak bercakap mengenai sukses dalam hidup, tidak hanya dikaitkan dengan mempunyai anak mahupun ada suami atau isteri.
“Sukses dalam hidup bagi saya adalah akhirat. Apa yang dikira untuk ke syurga adalah perbuatan baik kita. Tiada gerenti apabila saya mempunyai suami atau anak, saya akan ke syurga.
Beliau sebelum ini pernah menjalani rawatan IVF namun belum ada rezek.
Pada awal perkahwinan, memang ada rasa sedih bila ditanya soal anak tetapi apabila semakin mendalami Islam, perkara ini membuka mata kepada pelbagai hikmah Allah.
Ads
“Kalau kita tidak punya anak, tidak berkahwin dan sebagainya tidak bermakna kita tidak bahagia. Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada dan boleh mencari bahagia dengan cara lain yang memfokus kepada akhirat.
“Apabila masih tidak ada anak, saya dapat memfokus kepada kerja-kerja kemanusian dan majlis-majlis keilmuan yang saya anjurkan bersama syarikat saya, DOPS TV.
Dalam perkembangan lain, Nina dan Noh akan berangkat ke Turki pada 26 Ogos bagi menyertai misi kemanusiaan sempena Aidiladha.
“Insya-Allah saya bersama Noh akan meluangkan seminggu di Turki. Teruja melihat bagaimana budaya mereka menyambut Aidiladha dan doakanlah misi kami ini selamat.
Ads
Belajar kelas online
Beliau yang mengakui tidak lagi berminat untuk menyanyi kini sibuk mendalami ilmu agama melalui kelas online dalam Diploma Pengajian Islam.
Mizz Nina mengambil pengkhususan Taklim al-Quran di Alhuda International dan berhasrat menghabiskan pengajiannya itu dalam tempoh 2 tahun.
“Banyak subjek sebenarnya yang ada seperti tafsiran, hadis, sirah dan ada juga peperiksaan. Belajar secara ‘online’ adalah suatu yang menyeronokkan.
Ads
Jelasnya, dia yang banyak melancong dan melakukan penggambaran di luar negara tetap mudah untuk belajar menerusi komputer riba yang disambung menerusi WiFi.
“Saya boleh belajar secara ‘live’ di dalam kelas dan jika terlepas kelas, saya boleh mendengar rakaman semula.
“Ada kelas menerusi aplikasi Skype bersama pensyarah dari Kanada dan Amerika Syarikat.
“Kelas diadakan sebanyak 3 kali seminggu untuk sesi selama 4 jam setiap kelas.
Sumber: Berita harian & Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyediakan kediaman baharu yang selesa untuk keluarga tersayang duduki tentu sahaja menjadi impian setiap antara kita.
Atas alasan ini, tidak hairanlah jika beberapa tahun masih tercari-cari rumah paling memenuhi impian dan seiring dengan bajet yang ada.
Pun begitu, secara idealnya masa ‘terbaik’ untuk membeli hartanah yang dah lama anda impikan itu ialah semasa harga permintaannya yang tengah menurun, iaitu ketika kini!
Di mana harga hartanah rumah jatuh ke paras yang paling rendah selepas berlakunya pandemik covid-19. Dengan berlakunya kemerosotan dalam industri hartanah, pemaju sebenarnya terdorong untuk buat apa saja yang mereka boleh untuk menambah nilai kepada hartanah mereka yang tak terjual (berita baik jika anda inginkan unit baru).
Pun begitu, suka diingatkan sebelum membeli rumah kaji juga beberapa senarai di bawah untuk membantu anda membuat pilihan bijak dan tepat sebagaimana yang dikongsikan oleh pakar hartanah Dr. Azizul Azli Ahmad.
SEBELUM BELI RUMAH?
1. Tentukan lokasi rumah yang ingin di beli. Jangan asik nak beli dikampung untuk bersara nanti, usia masih muda lagi kawan.
2. Jarak kediaman ke tempat kerja kita. Jangan terlalu jauh dan lalui paling banyak tol. Guna Google Map lihat beberapa taman dalam radius kepejabat kurang dari sejam perjalanan
3. Kemudahan pengangkutan awam yang ada disekitar rumah. Makin banyak kemudahan, makin baik jadinya.
4. Suasana masyarakat sekitar rumah tersebut. Elakkan monopoli satu kaum sahaja.
Makin baik pekerjaan mereka, makin tinggi cara berfikir dan toleransi hidup berjiran sebenarnya.
5. Pastikan harga mampu kita beli, bukan rumah yang kita suka gila.
6. Jumlah ansuran bulanan yang kita mampu bayar. Guna formula 200. Harga rumah /200 = ansuran bulanan (RM)
Harga Rumah RM250,000 / 200 = RM1,250 sebulan
7. Ketahui Kelayakkan pinjaman kita berapa yang mampu. Jangan bayar rumah lebih dari 35% gaji kita.
8. Bajet kewangan kita berapa? , jangan ikut orang rumah orang. Mak bapak dia mungkin ada bag tangan Bijan.
9. Bagi projek baru, sila semak Lesen Pemaju serta permit iklan jualan di talian 03 8000 8000
10. Wang pendahuluan sebanyak 10% dari harga rumah perlu disediakan.
11. Jangan beli sebab jaga hati mertua, jiran, bos dan bekas ex gf kita. “Euwww ia tak sanggup duduk rumah kecil nie, rimas”.
Pelakon, Ezzaty Abdullah berkongsi khabar duka apabila kedua ibu bapanya dilaporkan positif Covid-19.
Dia kini sedang menjalani tempoh berpantang di kediaman ibu bapanya memandangkan rumahnya kini sedang didalam proses pengubahsuaian.
Dek kerana bimbang keselamatan cucunya, kedua ibu bapa Ezzaty memutuskan untuk keluar daripada rumah dan menjalani tempoh kuarantin di kediaman nenek pelakon berkenaan yang terletak di Ampang.
“Ya Allah, serba salah saya terpaksa berpantang di rumah parents sebab rumah saya belum siap. Bersepah dan berhabuk. Bising orang buat kerja lagi.
“Kesian baby saya kalau berpantang di rumah. Dengan tak ada dapur lagi. Tak boleh masak.
“Allah bagi ujian sebab Allah sayang. Parents saya dua-dua positif Covid-19.
“Mula-mula mereka kuarantin di tingkat atas tapi sebab risau dan terlalu sayangkan cucu-cucu, mereka yang keluar dari rumah untuk kuarantin di rumah arwah nenek saya di Ampang sebab tak ade orang di sana,” tulisnya.
Isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini juga memohon orang ramai menitipkan doa buat ibu bapa serta seluruh ahli keluarganya dapat kembali sembuh dan terhindar daripada wabak Covid-19.
“Sedih, serba salah, terkilan, semua ade. Parents saya pula yg terpaksa keluar dari rumah mereka sendiri.
“Saya risau sangat keadaan anak-anak saya terutama baby saya yang baru dua minggu. Doakan saya dan anak-anak semua sihat dan tidak dijangkiti covid ye.
“Doakan kami semua negatif dan doakan ibu, bapa, nenek, adik dan seluruh ahli keluarga saya yang lain cepat sembuh,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Ezzaty tmendirikan rumah tangga bersama Azwan pada 16 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.
Baru-baru ini, Ezzaty selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 11 Februari lalu.
Mendidik anak-anak pada zaman sekarang cukup mencabar.
Pendidikan dilihat menjadi titik penting dalam membentuk modal insan cemerlang. Ia membawa tiga makna iaitu melindungi, mendidik dan membesarkan anak.
Justeru, peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam membesarkan permata hati amat penting dalam hal ini.
Sementelah dengan pelbagai kes melibatkan gangguan seksual kini bukan hanya membabitkan orang dewasa. Bahkan kanak-kanak tidak terlepas darinya.
Perkongsian dari Doktor bernama Farhanah Ibrahimini patut dijadikan panduan sekaligus amaran kepada ibu bapa untuk lebih berhati-hati.
BUDAK 3 TAHUN ITU MEMBISU, AKHIRNYA RAHSIANYA TERBONGKAR JUA
Hari tu, luarbiasa ramainya pesakit kat klinik. Masa menunggu dah hampir sama macam kat klinik kerajaan, cecah 3-4jam.
Menjelang maghrib, ada sepasang ibu ayah bawak anak perempuan masuk.
Ibu ni dah biasa datang, boleh kata regular customer. Dia baru bersalin anak ke3, sebelum ni check up mengandung pun kat klinik kami. Kali ni dia bawa anak ke2.
Kakhana greet dia, ucap sorry terlebih dulu. “Minta maaf ya puan, tunggu lama. Patient ramai skit hari ni”
Si ibu pun jawab “takpa Dr, bukan senang kami nak jumpa Dr”
Yelah, kakhana pun lokum bukannya selalu.
“Ok ibu, ada siapa-siapa yang tak sihat ka?”
Ibu ni pun jawab “ni Dr, dari tadi balik sekolah takmau kencing” sambil tangannnya tarik si anak perempuan menghampiri Dr.
“Umur berapa ni?”
“Masuk 3 tahun 3 bulan Dr”
“Oh, 3 tahun dah sekolah ya?”
“Dialah yang paling kecik kat tadika tu Dr, dia sorang je 3 tahun”
Kakhana pun cuba sembang dengan anak kecil ni.
“Ada rasa nak kencing tak sekarang?”
Diam.
“Kalau kencing sakit dak?”
Diam lagi.
“Ada sakit perut? Sini sakit dak?” (sambil pegang perut dia)
Sayangnya, si anak masih membisu tanpa respon?
“Dia memang macam ni Dr, kalau dengan orang tak kenal payah nak bercakap. Kat rumah boleh pulak cakap tak benti”
Ok takpa, actually I need to get this child to pee. Nak cek sama ada kencing kotor, sebab kanak-kanak perempuan lebih mudah terkena jangkitan pada saluran kencing berbanding kanak-kanak lelaki.
Jom kita baring dulu, cek perut skit.
Perutnya memang kembung, pundi kencingnya cekang.
Bila scan tudiaa, air kencing penuh. Tapi maknya kata dari siang balik sekolah dia takut nak kencing.
Pengalaman lampau mengajar kakhana untuk lebih detail korek history.
So masa si anak ni tengah baring di katil pemeriksaan, kakhana pun tanya soalan cepucemas.
“Kat sekolah, ada orang pegang bawah ni tak?” sambil merujuk pada private part dia.
Tiba-tiba anak kecil yang diam membatu dari tadi, angguk perlahan.
“Siapa pegang?”
Tak jawab.
“Cikgu?”
Geleng.
“Kawan?”
Angguk.
“Kawan perempuan?”
Geleng.
“Kawan lelaki?”
Angguk.
Kakhana tengok ibunya yang bertudung labuh pucat lesi, wajahnya berubah.
Ayahnya yang berkopiah turut sama terkesima.
“Siapa yang pegang adik?”
Menggeletar suara si ibu.
Pastinya hancur harapan parents ni. Hantar anak ke tadika islam seawal usia 3 tahun, tinggi harapan mereka nak didik anak perempuan kecil ni dengan nilai-nilai islami di awal usia. Tapi lain pula jadinya.
Astaghfirullah, nauzhubillah.
Ini bukanlah kes pertama, bukan juga kes kedua, tapi dah banyak kali kakhana jumpa.
Ada yang pelakunya sekolah rendah, ada yang sekolah menengah, dan kali ni pelakunya kanak-kanak tadika.
Sebelum ni kakhana pernah kongsi juga kisah kanak-kanak 6 tahun yang dicabul jiran pengasuh.
Kali ni kes sama berlaku di tadika, di tempat yang sepatutnya protected.
But it seems that no place on earth is safe anymore.
Macamana kes ni boleh berlaku? Macamana budak mentah 4-6 tahun boleh pandai mencabul?
Parents, jom pantau anak-anak kita. Jangan ingat anak-anak innocent kita cuma tengok Ryan’s toy review dan Upin Ipin saja.
Kadang-kadang dia boleh klik kartun-kartun mengarut.
Pernah sekali anak kakhana tekan kartun spiderman, agaknya dia ingatkan spiderman lawan orang jahat.
Rupanya kartun spiderman kawin dengan Elsa lepas tu buat Elsa mengandung.
Mula-mula kartun, lama-lama terklik video yang tak kartun, nauzhubillah.
Jangan tak tau, banyak sangat fairytale yang ada kisah cintan cintun. Princess kawin dengan putera raja, last-last ada adegan cium.
Even Ultraman yang sepatutnya cerita lawan-lawan raksasa tu pun ada je adegan romantik. Terus kami banned. Kadang-kadang ada aksi si perempuan jahat yang seksi pakai coli besi tengah lawan dengan kuncu-kuncu ultraman.
Drama Melayu kita sekarang pun dah makin berani dan melampau.
Adegan pegang tangan, peluk-peluk, lentok atas bahu, sembam atas dada. Tu belum cerita adegan di atas ranjang.
Oh ya, belum lagi masuk drama/filem Hollywood, Bollywood, Koreawood.
Ibu ayah pulak tonton drama dengan anak-anak, family time katanya.
Rupanya si anak kecil memerhati.
Esok aku nak try buat adegan sama dengan kawan sekolah, detik hati.
Hati-hati juga pilih storybook.
Scan dulu gambar-gambar di dalam.
Kadang tu stories untuk kanak-kanak tapi ada storyline, gambar dan adegan-adegan yang tak sepatutnya.
Sama macam kes kartun tadi.
Tanpa sedar kadang-kadang kita juga menyumbang pada proses grooming tadi.
Ibu-ibu ada yang berpakaian sedikit seksi di rumah.
Ayah-ayah pulak nak bermesra dengan ibu tu biarlah berpada-pada. Nak tunjukkan kasih sayang tu boleh tapi yang lebih-lebih tu jangan tayang depan anak-anak please.
Ada juga ayah-ayah yang kaki game, main pulak game yang ada perempuan seksi.
Lurah dendam sana sini tersembul.
Anak-anak pun tertengok sama.
Ibu-ibu pulak kaki tengok drama korea sambil lipat kain, dengan anak-anak sekali tertengok. Macam-macam adegan ada, tak payah cakaplah kan.
Ini semuanya grooming, tuan-tuan & puan-puan.
.
Walaupun anak-anak kecil ni belum pandai main game. Belum reti baca novel atau baca manga yang ada adegan lucah.
Tapi 5 sumber grooming di atas pun dah cukup membawa padah.
Dah cukup mengundang resah.
Grooming ini sebenarnya salah satu jalan yang boleh musnahkan masa depan anak-anak kita. Sampaikan puan Sharifah Zahidah namakan grooming ni sebagai TEROWONG KE NERAKA.
Budak 4-6 tahun mumaiyyiz pun belum, ibu ayah. Mereka tak bersalah. YANG BERSALAH ialah kita, ibu ayah yang GAGAL MELINDUNGI MEREKA!
PANTAU anak-anak kita.
APA YANG MEREKA BACA.
APA YANG MEREKA LIHAT.
APA YANG MEREKA DENGAR.
DAN APA YANG MEREKA RASA.
Jadi bestfren anak-anak, supaya mereka percaya pada kita dan TAK BERAHSIA dengan kita.
Dan sebagai tambahan, ibu ayah yang ada anak-anak lelaki, ajarkan supaya jangan buat 3 benda ni pada orang perempuan!
– Ajar anak lelaki kita jangan sentuh perempuan yang bukan mahramnya.
– Selama ni kita asyik ajar anak-anak supaya jerit dan lari kalau ada orang nak sentuh bibir, dada, faraj & punggung, tapi jangan lupa ajar jugak anak lelaki supaya jangan sentuh 4 titik tubuh ni terutamanya kawan perempuan.
– Fizikal anak lelaki memang dicipta lebih kuat daripada anak perempuan.
– Ajarkan anak lelaki yang mereka ni sebenarnya dilahirkan sebagai hero untuk melindungi, bukannya menindas dan menyakiti perempuan.
Paling penting, ibu ayah jadilah teladan terbaik.
Nak didik anak-anak jadi generasi yang beriman & baik akhlak, nak bentuk anak-anak jadi pemimpin masa depan.
Tapi ibu ayah pun habiskan masa tengok drama lagha & main game berunsur lucah.
Nauzhubillah?
Maaf jika terkasar, jom muhasabah bersama.
Nasihat terutama untuk diri sendiri.
Kakhana,
A terrified mother ?
Tambahan:
Semalam lalu kat newsfeed, sorang founder share video anak-anak tadika menyanyi sambil berlakon bagi bunga la, putus cinta la.
Allahu akbar.
Yang dalam video kemain seronok tengok, bersorak gembira, feeling sama.
Tapi hati kakhana menangis hiba.
Berjaya sungguh grooming di alaf baru.
Sayu tengok anak-anak.
It’s a challenging world out there.
May you boys become qowwam yang soleh dan musleh in future.
And may Allah protect us from all evils?
Ya Allah, bantulah kami mendidik amanah dariMu?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.