Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah pepatah yang sesuai untuk seorang peniaga kedai makan mendakwa menjumpai ketulan lilin seberat lima kilogram yang dipercayai muntah ikan paus.
Situasi yang berlaku di Kemaman Terengganu kecoh apabila Aida, 41 tahu yang juga merupakan anak nelayan di Kemasik menemui objek yang disangka sampah itu ketika memancing bersama keluarganya, baru-baru ini.
“Saya temui objek itu terapung kira-kira 11 malam. Saya ingat sampah dan saya tarik benda itu dengan kayu dan menariknya ke tepi tebing.
“Keesokan harinya saya pergi semula ke kawasan itu, benda itu masih ada sebelum saya mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah, ” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kemasik.
Mengeluarkan bau yang wangi
Ads
Kejadian itu dimaklumkan kepada ayahnya yang juga merupakan seprang nelayan.
“Saya sangat terkejut kerana ayah mendakwa objek yang saya jumpa itu itu jarang ditemui di negara kita.
“Ayah cuba membakar sedikit objek itu dan benda itu meleleh seperti lilin serta mengeluarkan bau yang wangi,” katanya yang juga seorang pengusaha sebuah kedai makan di Kemasik.
Ads
Sedia bekerjasama untuk ujian makmal
Menyedari objek yang dijumpai itu dikatakan bernilai tinggi, dia sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mahu menjalankan ujian untuk mengenal pasti kesahihan objek itu yang dikatakab sebagai muntah paus.
“Saya bersedia untuk memberi kerjasama kepada mana-mana pihak untuk menjalankan ujian untuk menentukan kesahihan dan kualiti terhadap benda yang saya temui ini.
Ads
“Saya tahu kos untuk menjalankan ujian makmal adalah tinggi dan saya sanggup bekerjasama demi mengesahkan ketulenannya,” katanya.
Untuk makluman, Februari lalu, seorang nelayan berusia 20 tahun dari Thailand menemui muntah ikan paus atau ambergris di Pantai Niyom Surat Thani, Thailand bernilai 210,000 Pound (RM1.16 juta).
Semangat mendengar laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Hari ini rakyat Malaysia untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka.
Pastinya ribuan rakyat Malaysia teruja melihat perbarisan pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 dengan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah kehadiran Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Dalam pada itu, wargamaya meluahkan rasa terhibur melihat Permaisuri Agong yang kelihatan bersahaja dan sporting malah turut memberi simbol mini ‘love’ ketika kehadiran di Dataran Merdeka.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Meninjau di ruangan komen teruja melihat Permaisuri Agong. Antara komen adalah seperti berikut.
“Suka tengok reaksi Permaisuri dan Agong. Mereka sangat bersemangat melambai kepada setiap kontijen yang lalu. Siap bagi mini
“Agung dan Permaisuri nampak bersemangat dan sentiasa ceria…Agung siap goyang2 kepala masa lagu Malaysia Baru…Permaisuri mcm biasalah…sentiasa senyum ..tak jemu2 membalas lambaian sambil mengambil gambar Kontinjen2 yg lalu.”
“Sempoi je permaisuri kita ni bagi mini.”
“comel je permaisuri Agung. Excited betul time persatuan jurumasak lalu.”
“erhibur wpn d depan tv, menonton gelagat Permaisuri Agong yg comel”
Ramai yang mencukup tanaman bayam brazil. Selain khasiatnya ia juga amat mudah ditanam bahkan hidup subur.
Melihat perkongsian oleh puan Norzie Aziz jelas membayangkan pokok ini hidup subur apabila ditanam dalam botol minyak. Jimat ruang halaman. Sudah pasti ramai yang ingin berbuat begini.
Nak tahu cara DIY tanam dalam botol minyak ikuti cara Pn Zainol Yunus ini.
Cara-cara membuat:
1.Sebelum menebuk lubang…tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun.
2. Bawah botol pun perlu ditebuk.
3. Botol siap ditebuk..boleh guna besi panas.
4. Cara nak masukkan tanah ke dalam botol.
5. Dapatkan anak benih drp pokok dimakan ulat.Buang daun2…tinggalkan tunas shj.
6. Sebelum cucukkan batang b.b pada botol…masukkan air supaya tanah lembap…lebih mudah nk tanam batang bayam brazil.
7. Batang yg telah ditanam pada botol.
8. Ini contoh yang dah lama ditanam.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sama juga dengan anak-anak, kalau mahukan yang terbaik dari mereka, kita sebagai ibu bapa lah yang perlu membentuk sejak dari mereka kecil lagi.
Lebih-lebih lagi dalam menjaga adab mereka. Selalunya kalau jumpa orang yang kurang dari segi adabnya atau lebih sinonim dengan kurang ajar pun kita dah tak suka, sanggup ke kita lihat anak yang kita kandung dan jaga menjadi begitu juga? Mintak jauh la nak oiii!!!
Jadi, kalau nak anak kita jauh dari segala benda negatif, masih belum terlambat untuk ibu bapa jadikan diri sendiri sebagai contoh untuk anak-anak dan terapkan beberapa adab untuk mereka ikuti dan aplikasikan dalam kehidupan mereka seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Farid dalam Hello Doktor ini.
Adab seorang anak yang ibu bapa wajib ajar!
#1. Adab meminta tolong dan berterima kasih
Ini adalah asas kepada jati diri seorang kanak-kanak yang beradab.
Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila menerima sesuatu daripada anda.
Tegaskan juga kepada mereka bahawa ini tidak termaktub antara dia dengan ibu bapa sahaja malahan juga kepada individu lain seperti adik-beradik, saudara-mara,rakan-rakan, guru ataupun pembantu rumah.
#2. Adab untuk tidak menyampuk
Pasti anda pernah melihat ibu bapa memarahi anak mereka kerana menyampuk ketika mereka sedang bercakap dengan individu lain bukan?
Ini kerana perbuatan menyampuk adalah biadab terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.
Jadi, ajar anak anda awal-awal lagi untuk tidak menyampuk ketika anda atau sesiapapun sedang bercakap walaupun ia ada kaitan dengan mereka.
Jika terjadi, jangan marah mereka tetapi nasihatilah mereka dengan cara baik.
#3. Adab untuk tidak mengkritik dan mengejek individu lain
Siapa sahaja yang suka akan kritikan dan ejekan bukan? Jadi, anda perlu sentiasa ajar anak anda untuk tidak mengkritik atau mengejek individu lain terutamanya perkara yang melibatkan fizikal semula jadi mereka.
Tambahan itu, kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup berbilang kaum. Jadi, sebarang kutukan berbaur rasis seperti warna kulit atau saiz mata perlu dilarang sama sekali.
Sebaliknya, ajar mereka untuk gemar memuji dan menghargai individu lain.
#4. Adab untuk berkongsi dengan anak lain
Sharing is caring. Sikap suka berkongsi adalah sesuatu yang sangat mulia. Bayangkan apabila anda melihat anak anda sanggup berkongsi permainan mereka bersama kanak-kanak yang kurang mampu.
Pasti ia akan membuat anda berasa syahdu bukan?
Seiring mereka membesar, sentiasa ajar anak anda untuk berkongsi apa yang mereka ada sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta, idea atau tenaga bersama individu lain yang kurang bernasib baik.
#5. Adab ketika bercakap di telefon
Ketika menjawab panggilan telefon, kita perlu sentiasa beradap. Mulakan dengan sapaan seperti ‘helo’ atau ‘hi’ dengan nada yang baik dan kenalkan diri anda.
Jika sedang menelefon seseorang pula, kita tidak patut bertanya siapakah individu itu.
Paling penting, gunakan kata-kata yang sopan sahaja. Ini perlu diajar kepada anak anda daripada kecil lagi agar dia terbiasa dan terus melakukannya sehingga dewasa kelak.
#6. Adab ketika bermain di luar
Anda sebagai perlu menetapkan peraturan buat anak anda ketika bermain di luar agar mereka tidak bermain sehingga tidak ingat dunia.
Sebagai contoh, ajar mereka untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah dan mandi setiap kali selepas bermain.
Selain itu, tetapkan waktu mereka boleh keluar bermain dengan pengawasan anda. Ini bukan sahaja akan mengajar anak anda untuk beradap, ia juga akan membentuk mereka agar berdisiplin dewasa kelak.
#7. Adab di meja makan
Bukan sahaja dari aspek perbuatan, seorang kanak-kanak juga perlu beradab ketika berada di meja makan.
Tanpa mengira siapa ada di meja makan atau jenis keraian yang sedang diraikan, anda perlu ajar mereka untuk sentiasa bersopan di meja makan.
Antara yang perlu diutamakan adalah untuk tidak bercakap semasa mulut penuh dengan makanan dan makan apabila semua sudah ada di meja makan terlebih dahulu.
Paling penting, ajar mereka untuk bercakap benda-benda baik sahaja ketika sedang makan.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi adab dengan ibu bapa serta individu lain yang anda perlu ajar kepada anak anda untuk memastikan mereka berjaya menjadi modal insan yang beradab, bersopan dan berguna kelak.
Apa yang paling penting, kekalkan semua sifat positif dan buangkan segala sikap negatif dalam diri mereka!
Selain itu, anda perlu jadi ibu bapa yang hebat kerana ibu bapa sebenarnya adalah role model yang diidolakan oleh setiap anak.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.