Terkini, Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson kelihatan memadam segala hantaran terdahulu dalam akaun Instagramnya. Kelihatan hanya sebuah video buat tatapan umum.
Dalam video pendek yang dikongsi, Zahnita tampil memakai ‘hoodie’ dan berkaca mata, sambil terlihat sebak sebelum memberikan isyarat ‘mini love’.
Menerusi kapsyen ringkas tetapi penuh makna, Zahnita menzahirkan tanda terima kasih atas ucapan dan sokongan diberikan pengikut dalam media sosial.
“Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan semua. Saya akan bersama dengan anda sedikit masa saja lagi.”
Ads
Dalam pada itu, pelakon filem Kuliah Cinta ini juga memutuskan untuk menyerahkan urusan perniagaan pai yang diusahakan kepada dua kenalannya buat sementara waktu.
Sehingga kini, hantaran berkenaan menerima hampir 24000 tanda suka sambil dususuli dengan pelbagai komen warganet.
Ads
Wargamaya menitipkan doa dan menyampaikan kata-kata semangat kepada Zahnita atas apa yang sedang dilaluinya dalam kehidupan.
Sebelum ini, wanita berusia 39 tahun ini mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga, sekali gus menarik perhatian ramai.
Beberapa hari lalu, Zahnita berkongsi di Instagram tentang penderitaan yang dialaminya dalam rumah tangga dengan memuat naik gambar keadaan matanya yang lebam.
Ads
Semalam, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan perintah reman tiga hari terhadap suami Zahnita.
Peperiksaan di sekolah dimansuhkan untuk kurangkan tekanan murid. Kementerian Pendidikan (KPM) telah memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan terhadap murid sekolah. Langkah ini bertujuan mengurangkan tekanan mereka. Ia diumumkan ketika persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sehubungan dengan itu, KPM mengambil pendekatan agar tumpuan pembelajaran di sekolah berasaskan inquiry (pertanyaan), eksplorasi, pengalaman, contextual (mengikut konteks) serta pentaksiran yang sepenuhnya melihat kepada pembangunan holistik murid.
“Pentaksiran bilik darjah ini akan beri satu tanda aras lebih baik khususnya untuk melihat dan menilai anak-anak lebih holistik melibatkan komponen pentaksiran bilik darjah, jasmani, sukan dan kurikulum dan juga psikometrik serta kecenderungan murid.
“Pendekatan yang kita ambil untuk memastikan tiada lagi tumpuan diberikan kepada orientasi peperiksaan dan mengurangkan tekanan mereka, sebaliknya menawarkan satu ekosistem pembelajaran jauh lebih menarik,” katanya pada sesi soal jawab.
Beliau menjawab soalan tambahan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) sama ada KPM bersedia mengkaji semula bidang kurikulum persekolahan bagi mengurangkan tekanan akademik dalam kalangan murid.
Dalam pada itu, Fadhlina berkata KPM sentiasa memberi keutamaan dalam hal kebajikan dan kesejahteraan murid termasuk psikososial dan kesihatan mental murid antaranya melaksanakan Saringan Minda Sihat sebagai mekanisme pengesanan awal untuk mengenal pasti murid berhadapan gangguan emosi.
“Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali terhadap semua murid tahun lima hingga tingkatan enam manakala murid yang dikenal pasti mempunyai masalah gangguan emosi teruk dan sangat teruk, Saringan Minda Sihat dilaksanakan sebanyak dua kali setahun.
“Murid yang menunjukkan tanda-tanda awal kemurungan diberikan bantuan segera melalui intervensi berfokus menggunakan Modul Minda Sihat, Modul Program Intervensi Minda Sihat dan Modul Kesihatan Mental Remaja yang menerapkan kemahiran menangani stres, kemahiran menyelesaikan masalah dan menguruskan emosi dengan baik,” katanya.
Mengenai saringan kesejahteraan psikologi guru, beliau berkata sebanyak 92.7 peratus guru telah memiliki profil kesejahteraan psikologi berdasarkan pemprofilan kesejahteraan guru menggunakan Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi).
Beliau berkata KPM juga sedang membangunkan Indeks Kesejahteraan Guru (IKG) untuk mengukur kesejahteraan guru melalui domain ketersediaan dan penggunaan sumber, autonomi dan kompetensi guru, keselarasan kerja dan persekitaran, kesejahteraan psikologi dan sistem sokongan.
Percutiaan bertukar tragedi. Pilu sebuah keluarga apabila anak tersayang telah meninggal dunia setelah lemas ketika mandi di kolam.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang kanak-kanak lelaki maut akibat lemas semasa mandi kolam di sebuah kediaman di Tasik Residensi Jalan Putra Prima Utama, Puchong, dekat sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, laporan kejadian diterima pihaknya kira-kira jam 2.40 petang daripada pihak Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital.
“Mangsa berusia tujuh tahun dan menetap di Kampung Beserah, Kuantan di Pahang.
“Mangsa bersama keluarga datang bercuti di rumah keluarganya itu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan mendapati, kira-kira jam 11.30 pagi hari kejadian, mangsa dan ahli keluarganya mandi di kolam renang.
Katanya, namun tanpa pengetahuan ahli keluarga, mangsa telah masuk ke kolam orang dewasa dan lemas di kolam berkenaan.
“Bedah siasat di hospital mengesahkan kematian mangsa disebabkan lemas dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selain satu kertas siasatan mati mengejut (SDR) juga dibuka dalam insiden ini,” ujarnya.
Tambahnya, orang awam dinasihatkan tidak berkongsi berita tidak benar berkenaan kejadian ini.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Murid kanser hidung alami gegaran otak akibat dibuli, ibu kesal tiada tindakan. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang sebelum ini berjuang melawan kanser hidung kini berdepan pula derita baharu apabila mengalami gegaran otak selepas menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama, Februari lalu.
Ibunya, Siti Suhana Misdi, 39, meluahkan rasa kecewa kerana pelaku berusia 12 tahun difahamkan tidak dikenakan tindakan sewajarnya atas alasan masih di bawah umur.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, 21 Februari, mangsa didakwa dipukul, ditendang, dihentak kepala malah turut dipaksa menanggalkan pakaian oleh seorang murid Darjah Enam. Kejadian dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati pelaku terhadap kakak mangsa yang menolak cinta budak lelaki terbabit.
“Anak saya menerima rawatan di sebuah hospital swasta di bandar raya ini mulai 12 hingga 26 Mac lalu dan disahkan mengalami gegaran otak.
“Saya hanya mengetahui kejadian (buli terhadap anak) itu pada 24 Mac lalu selepas anak perempuan berkongsi kejadian sebenar kerana bimbang dengan keadaan adiknya,” katanya.
Menurutnya lagi, laporan polis dibuat di Balai Polis Taman Universiti pada hari sama anak keempat daripada enam beradik itu keluar hospital. Namun beliau kecewa apabila diberitahu kes tersebut tidak dibuka untuk siasatan, sebaliknya hanya diuruskan melalui pertemuan keluarga mangsa dan pelaku.
“Sehingga kini saya tidak berpuas hati kerana kesan (buli) pada anak saya amat mendalam, dia mengalami gegaran otak hingga tidak mampu menumpukan perhatian kepada pelajaran mahupun terbabit dalam sukan.
“Doktor menyatakan tempoh penyembuhan mungkin memakan masa hingga tiga tahun serta perlu bergantung kepada ubat, selain berdepan risiko sawan sekiranya jatuh atau pengsan,” katanya.
Malangnya, penderitaan anaknya tidak terhenti di situ apabila pada 7 Ogos lalu, dia sekali lagi dibuli oleh murid lain di sebuah sekolah kebangsaan di Skudai sekitar jam 10 pagi.
“Saya tidak pasti mengapa anak saya menjadi mangsa (buli), adakah kerana dia dilihat seorang yang lemah kerana berpenyakit hingga diperlakukan demikian.
“Anak diserang kanser hidung sejak dua tahun lalu, alhamdulillah keadaannya sudah pulih 80 peratus dan hanya mengalami simptom sederhana selepas menerima rawatan sesuai,” jelasnya yang turut memaklumkan laporan polis kedua dibuat baru-baru ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin, memaklumkan pihaknya bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang meneliti aduan tersebut.
“Semalam murid berkenaan dan keluarganya dikunjungi bagi tindakan lanjut,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.