Bertahun-tahun sudah merancang untuk menunaikan umrah atau pun haji tentunya bila tiba saat dan ketikanya untuk berangkat, buntu juga dibuatnya untuk pastikan semua keperluan lengkap dibawa ke tanah suci. Kalau ikutkan hati, rasanya semua ingin dibawa!
Tapi mana mungkin kalau satu almari ingin diangkut, berapa beg pula perlu dibawa?
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Sebenarnya tahukah anda, ada tip ringkas untuk kemas beg dan barang-barang keperluan umrah dan haji sebagaimana yang dikongsikan oleh Zuraida Lazni yang mana menurutnya dengan kaedah ini barulah sewaktu pergi beg tak berat dan bila waktu balik beg ‘tak beranak’ atau bertambah-tambah.
Jadi boleh dijadikan panduan, buat anda yang akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah atau haji.
“Tips untuk ke Umrah atau Haji, supaya balik nanti beg tak beranak, bagi Muslimah. Brutal version “
1.Bawa baju untuk 1-2 hari sahaja, selain nya beli je, sebab last-last pun mesti terbeli… eh.. ni cantik nyeeer.. terbeli…
2.Bawa satu sandal saja, tak payah bawak 2-3 kasut .. konon nak mendaki laaa… apa laa.. bawak sandal yang senang nak sodok kaki and yang kat sole ada grip, lantai marble, nak kena balance kalau sole licin, nak bukak-pakai masa masuk keluar masjid. Fast game. Silap2 sandal tercampak…
Ads
3.Bawa satu set telekung saja, tak payah nak konon tukar-tukar telekung, sebab travel agent akan kasi mini telekung, nanti itu-itu jugak yang ko pakai
4.Bawa disposable panties… dah pakai buang, tak payah sibuk nak cuci. Bawak dari sini, sebab kat sana takde… susah cari. Tanya Pak Arab/Bangladeshi dorang tak faham.
5.Bawa panty liners, sebab kat sana mahal.
6.Bawa sock yang mudah wuduk, jadi tak menyusahkan nak bukak, pakai… kaki basah2
7.Bawa 1-2 helai instant tudung yang panjang, senang sarong… untuk pergi makan, so mini telekung tak kotor terpercik Kambing Nasi Arab
Ads
8.Kalau sakit, pergi doctor yang travel agent dah bayar insurance.. free. Jangan beli obat kat pharmacy… mahal… harga ubat boleh beli satu jubah. Bawak ubat sendiri, especially strepsil, kat sana paling murah is SAR29.
9.Nak beli kurma, kalau boleh jangan beli di Pasar/Ladang Kurma… dah commercialised, their customers are only those yang datang dengan bus. Beli kurma kat wholesale kat mall. Lagi murah. Yang lain2 boleh cari di Bin Dawood.
10.Bila bag pergi tak berat, balik tak perlu tambah bag. Apasal pergi satu, balik 3, itu tak termasuk handcarry 7 kg.Yang penting, be humble, cepat membantu, ramah, dan selalu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pegawai yang banyak membantu.
Selalu bersangka baik kepada Allah dalam apa situasi pun. HE IS THE BEST PLANNER.
Anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t yang tiada tandingannya. Selain menjadi penyambung keturunan, zuriat adalah amanah buat ibu bapa yang berperanan mendidik anak-anak mengikut landasan-Nya.
Bagi usahawan fotografi Mohamad Saiful bin Haji Nang atau lebih dikenali sebagai Saiful Nang, dia dan isteri Dr Intan Salwani Ahamad mempunyai cara tersendiri mendidik empat orang puterinya.
Bagi Saiful dan isteri, mereka berusaha untuk menerapkan didikan berteraskan Islam sejak anak-anak masih kecil lagi. Malah, mereka memperkenalkan sistem yang dikenali sebagai roll call sebagai salah satu cara untuk mendekatkan anak-anak dengan ajaran Islam dan pencipta-Nya. Kata Saiful, sistem ini diadaptasi daripada disiplin solat yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam sebanyak lima kali dalam sehari.
“Setiap hari Allah mewajibkan kita melakukan roll call ini sebanyak lima kali sehari. Ada yang datang roll call secara sendirian dan ada juga melakukannya secara berjemaah yang mana umum mengetahui, ia punya lebih kebaikan.
Jadi, saya terapkan disiplin yang sama terhadap anak-anak. Setiap hari mereka akan roll call sebanyak dua kali iaitu sebelah pagi dan malam. Biasanya, saya sempat bersama mereka pada waktu pagi untuk memberi pesanan dan harapan yang perlu mereka pegang sebagai iktibar,” ujar bapa kepada Orked, 9 tahun, Seri, 7 tahun, Lela, 5 tahun dan Wafa , 3 tahun.
Berjiwa prihatin & penyayang
Saiful Nang bukan sahaja sangat mengambil berat perihal keluarga dan anak-anaknya, malah dia sekeluarga berusaha menyebarkan nilai kasih sayang terhadap insan yang memerlukan. Dengan sokongan sahabat handal seramai 20 orang, mereka telah menubuhkan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) pada tahun 2005 lalu yang menempatkan anak-anak yatim dan asnaf. Malah, Dr Intan Salwani turut bertindak sebagai pendidik di Akademi Insan Prihatin.
“Selain praktik bersama anak-anak, saya juga menggunakan kaedah yang sama di RPWP. Malah, saya dan isteri tidak pernah mengasingkan pendidikan anak-anak sama seperti anak-anak yatim dan asnaf di sini.
Mereka tidur di tempat yang sama dan makan di tempat yang sama. Hatta, saya dan isteri juga berkongsi tempat tinggal bersama 45 orang anak yatim dan asnaf di sebuah rumah sewa sementara di Bangi. Kami berada di situ kerana ruang di induk sudah tidak mencukupi sehingga kami terpaksa menyewa rumah lain. Bayangkan setiap pagi roll call, memang meriah dan kami gembira,” ujar Saiful apabila ditanya mengenai sistem yang memberi manfaat terhadap perkembangan sahsiah anak-anak.
Tambah Saiful lagi, kaedah perhimpunan ini dijalankan dalam suasana syura yang indah apabila anak-anak ini mengakui istighfar harian mereka atas apa kesalahan yang mereka sendiri lakukan sepanjang hari. Sebagai pengatur, saya memberi pesanan yang berulang-ulang tanpa jemu,” ujar Saiful yang tertarik dengan kaedah yang dijalankan oleh Ibu kepada Sultan Mehmet Alfateh yang sentiasa mengulangi visi Sultan Murat (bapa Alfateh) untuk anaknya meroboh tembok Constantinople secara ulangan yang banyak.
Teknik ulangan
“Sistem ini bukan saya yang pilih sebaliknya sistem yang Allah ajarkan. Inilah amalan nabi yang makin dilupakan dan tidak popular dilakukan. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik. Dalam roll call pagi juga, anak-anak mengangkat baiah (ikrar) harian mereka sebagai anak kepada ibu bapanya. Bukankah itu menarik dan menjadi ritual ulangan sehingga ia boleh dilaksanakan?”
“Saya mengguna pakai kaedah ini sejak anak saya yang pertama mula pandai bercakap walaupun pelat,” ujar Saiful panjang lebar yang yakin konsep tersebut mampu membentuk keperibadian yang baik dalam diri anak-anak.
Tip Ibu Bapa Untuk Menjadi Tauladan Anak-Anak:
Jadi ibu bapa yang sensitif dan kasyaf memerhatikan gerak geri anak.
Tajamkan pertimbangan kita dengan Al-Quran dan Sunnahnya.
Pada zaman ini “It takes a community to raise a child”.Jadi, kami biasakan anak-anak bergaul dengan anak yatim dan asnaf di RPWP.
Tiada yang lebih baik selain dari apa yang telah ditunjukkan uswahnya dari rasul-rasul dan nabi-nabi yang terdahulu.
Berhenti melihat kepada corak keibubapaan cara barat kerana sebahagian yang baik yang mereka lakukan juga adalah cedokan sistem Islam yang telah lama dipraktik oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.
Secanggih manapun teknologi, pendidikan rohani anak tidak mungkin berlaku dengan sentuhan teknologi tetapi melalui sentuhan seorang ibu dan ketegasan seorang bapa.
Sumber: Majalah Keluarga Oktober 2016
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selagi Masih Ada Kesempatan & Ruang Genggamlah Erat Sebelum Terlerai. Itu antara perkongsian Isteri Pesakit strok yang benar-benar menyentap hati yang membacanya.
Setiap pasangan yang berkahwin punya cara tersendiri untuk menyemarakkan rasa kasih dan sayang serta menzahirkan rasa sayang pada pasangan.
Begitu juga dengan wanita bernama Jiha Shuib. Berkahwin atas pilihan keluarga, tetapi dia bahagia. Suami menzahirkan rasa sayang mengikut caranya yang tersendiri.
Namun kini, suaminya diuji dengan penyakit strok. Nyata isteri dan ibu ini cukup cekal dan tabah mengharungi dugaan tersebut.
Genggam erat sebelum terlerai.
Mungkin takdir sudah begini, aku paling lemah menjadi tempat luahan perasaan insan dalam dilema percintaan. Sungguh aku hopeless, nak nasihat macam tak kena sebabnya kami sendiri pun berkahwin atas pilihan keluarga. Masa bertunang tak pernah kenal atau jumpa, masa nikah baru pertama kali bersalaman dan lepas sebulan masa outdoor lepas kenduri kena tegur dengan jurugambar apa yang kekok sangat dah sebulan nikah kot. Apa nak buat kan?
Tapi bahagia itu subjektif, dalam pelbagai cara.
Sesekali Saiful akan ambil tangan aku ketika memandu dan digenggam erat.
Ada ketika dia ambil tangan aku, cium dan dikepit dicelah ketiaknya.
Itu cerita dulu, yang takkan mungkin berulang lagi. Tangan kirinya kini tidak lagi berfungsi, kaku begitu.
Kadang tangan itu terjatuh celah tombol gear dan break tangan, melekat disitu dan perlu aku angkat dan selit di tali pinggang keledarnya.
Aku lebih banyak pegang hf sekarang, kebanyakan masa belek berjam-jam. Bila tanganku dicapai, aku terkejut. Rupanya Saiful guna tangan kanan, dan dia letakkan tanganku di tapak tangan kirinya. Spontan aku letak tepi hf aku.
Cuba juga menggenggam, tapi tangan itu dulunya panas kini sejuk dan tak ada tindak balas.
“You rasa dak I genggam tangan you?” Saiful tanya.
“Sikit”…aku cuba memberi harapan, aku halakan hf untuk merakam video pergerakan tapi belum lagi. Masanya belum sampai kekuatan itu dikembalikan.
Adakah kami rindu kenangan berpegangan tangan? Mungkin, tapi kami lebih syukur asalkan kami masih punya kesempatan bersua didunia ini.
Selagi masih ada kesempatan dan ruang genggamlah erat sebelum terlerai.
Setiap makhluk yang dijadikan oleh Yang Maha Esa mempunyai kelebihan masing-maisng. Menerusi perkongsian di Facebook wanita bernama Ruz Dyah, si ibu ini meluahkan rasa bangga dengan kemampuan anaknya itu.
Meskipun jari jemarinya tidak sempurna, tetapi anak itu mampu untuk menulis ayat Al-Quran dengan baik dan cantik sekali.
Muhammad Alif Firdaus, yang menghidap Epidermolysis Bullosa merupakan salah satu penyakit kulit yang serius. Disebabkan penyakit itu, jari jemari adik Alif tidak terbentuk dengan sempurna, dengan keadaan kulitnya yang mengelupas dan kemerah-merahan. Wlpn jari jemari adik x sempurna seperti knk2 lain tp tulisan adik tetap cantik & kemas,kalah abg & kakak..tulisan umi pn xleh secantik tulisan adik tau..klu ikutkn mmg ssh adik nk menulis disebabkn jari jemari adik yg dh melekat antara satu sm lain tp adik tetap smgt..smg adik sntiasa dibwh lindungn AllahMenurut ibunya lagi, agak sukar untuk Alif menulis memandangkan jarinya sudah melekat. Tetapi, anaknya yang kini berusia 10 tahun, tidak pernah putus semangat dan terus berusaha untuk menulis dengan baik.
Malah, Alif memang kuat semangat dan pandai berdikari. Bukan itu sahaja, anaknya itu sentiasa ceria dan tidak pernah merungut walaupun dia tidak seperti rakan-rakannya yang lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Isteri Fikry Ibrahim fail cerai, baru empat bulan nikah. Tanpa sebarang petanda sebelum ini, perkahwinan pelakon dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim, yang baru dibina empat bulan lalu kini berdepan krisis apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.