Tip buat sambal belacan yang sedap, ikut sukatan dan petua ini. Sambal yang berasaskan cili dan belacan ini bukan sahaja pembuka selera, malah menjadi pelengkap wajib bagi pelbagai hidangan seperti nasi putih, ulam-ulaman, ikan goreng, mahupun nasi lemak.

Tip Buat Sambal Belacan Yang Sedap, Ikut Sukatan Dan Petua Ini

Ada yang suka menggunakan cili merah, ada juga yang menggunakan cili padi yang lebih pedas. Ada yang menambah perahan limau kasturi, tak kurang juga yang memasukkan sedikit gula Melaka atau tomato untuk seimbangkan rasa.

Cara buat stok sambal belacan, sukatan bahan dan semua tip untuk hasilkan sambal belacan yang pedas, sedap, tahan lama dan wangi ini dikongsi oleh Nurulain Insyirah.

Sukatan dan petua buat stok sambal belacan yang sedap, pedas dan tahan lama.

Tip Buat Sambal Belacan Yang Sedap, Ikut Sukatan Dan Petua Ini

Jom buat stok sambal belacan simpan dalam peti ais  Ikut petua ini dulu;

Petua 1
Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma.

Ads

Petua 2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam supaya sambal belacan tahan lama.

Petua 3
Limau kasturi kisar bersama kulit (buang biji) agar sambal lebih wangi dan sedap. Info: kulit limau kasturi tidak rasa pahit.

Petua 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai, petua supaya tak sakit perut makan sambal.

Ikut sukatan ini:

Ads

Tip Buat Sambal Belacan Yang Sedap, Ikut Sukatan Dan Petua Ini

6 biji limau kasturi (buang biji)
50g belacan yang telah dibakar
3 biji cili merah + 1biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam

Cara membuat:

1.Kisar kasar semua bahan ini

Ads

2.Boleh tambah bahan jika mahu buat dalam kuantiti yang lebih banyak.

Sumber: Nurulain Insyirah

Baca artikel lain juga: Bila Musim Durian, Elok Sangat Dibuat Resipi Sambal Bilis Tempoyak Ni!

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI