Keadaan cuca yang panas terik pada waktu tengah hari menimbulkan ketidaselesaan terutama sekali apabila menaiki kenderaan. Apa tidaknya bahang di dalam kereta menyebabkan anda berpeluh.
Tambah-tambah lagi jika anda meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak berbumbung dengan sinaran matahari yang terik menyebabkan haba panas kuat terasa.
Untuk mengurangkan haba masa, kita akan membuka sedikit tingkap namun cara ini cukup bahaya. Tak pasal-pasal nanti kereta kita hilang kena curi atau mungkin jika hujan turun dengan lebat habis basah tempat duduk dek tempias.
Biasanya kita akan hidupkan enjin serta hidupkan aircond. Cara ini walaupun akan mengurangkan kepanasan, tetapi mengambil masa yang agak lama untuk menyejukkan suhu di dalam kereta anda.
Atau mungkin ada yang membuka pintu dan tingkap luas-luas bagi mengeluarkan haba tersebut. Kemudian, membuka air-cond bagi membolehkan kereta kembali sejuk. Sebenarnya, ada cara lain yang lebih mudah dan praktikal. Hanya dengan pulas butang fungsi ini maka masalah anda dapat diselesaikan.
Ads
1. Flap air-cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk.
Waktu memandu pastikan anda tutup flap air cond kereta supaya pengudaraan kereta beredar hanya dalam kereta sahaja dan kekalkan udara sejuk. Rasanya semua orang lakukan semua ni bukan?
Ads
2 Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka.
Ads
Ketika parking kereta, buka flap aircond tadi. Jadi, udara panas tidak akan terperap di dalam kereta dan membuatkan kereta berbahang. Itulah tujuan flap aircond.
Kena cuba hari ni !
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lama beliau menantikan kehadiran si comel bernama anak dalam rumah tangganya bersama suami. 11 tahun berusaha dan berdoa, akhirnya apa yang dihajati dimakbulkan Yang Maha Esa.
Kehadiran si comel bernama Siti Aafiyah melengkapi kehidupan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza bersama suaminya tersayang, Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Kasih sayang semakin bersemarak dan bahagia dikecapi sangat disyukuri oleh penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini.
Keletah si kecil benar-benar menceriakan pasangan ini. Malah, impian beliau untuk membawa Aafiyah ke tanah suci Mekah bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Dalam satu perkongsian, Dato Sri Siti Nurhaliza memberitahu impian tersebut sudah lama tertanam di jiwanya.
“Saya telah lama memasang niat semenjak mengandungkan Aafiyah. Akhirnya apa yang saya hajati akan terlaksana. Aafiyah bakal mengikuti saya dan suami mengerjakan umrah pada 23 Mei ini,” jelas Dato Sri Siti atau mesra disapa Tokti.
Selain Tokti dan keluarga, mereka juga turut disertai oleh beberapa ahli keluarga yang lain.
“Ini adalah doa saya setiap kali ke Mekah sebelum mengandung dulu iaitu mohon dikurniakan cahaya mata dan membawanya menunaikan umrah selepas dilahirkan. “Tidak sangka Allah jawab doa saya begitu cepat.
“Dalam usia Aafiyah baru mencecah setahun lebih dia dapat ke Mekah. Rasanya saya yang menumpang rezekinya. Saya bersyukur doa saya ini dimakbulkan Allah kerana bukan senang mahu ke sana tanpa keizinanNya.
“Apa yang lebih menyeronokkan apabila hasrat ini tidak memerlukan masa yang lama memandangkan usia Aafiyah baru sahaja setahun tetapi sudah berpeluang ke sana.
“Dari segi persiapan, saya banyak berdoa agar semuanya dipermudahkan kerana Aafiyah masih kecil. Saya berserah kepada Allah,” jelas Siti yang mahu Aafiyah membesar dengan didikan agama yang cukup.
Selain Mekah, penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu turut menyimpan niat untuk membawa anaknya ke Palestin.
“Saya turut berdoa dan menyimpan niat yang sama ketika berkunjung ke Palestin kira-kira dua tahun lalu. Harapnya suatu hari nanti saya dapat membawa Aafiyah ke Palestin pula,” ujar Siti.
Tambah Siti lagi, dia mahu anaknya itu membiasakan diri dengan apa yang beliau lakukan (ibadah) seperti melihat dirinya bersolat.
“Cuma saya perlu memikirkan waktu yang sesuai untuk membawa Aafiyah ke Masjidil Haram kerana terlalu ramai jemaah di sana.
“Ini penting demi kesihatan dan keselesaannya memandangkan dia masih kecil. Saya turut membawa kakaknya (panggilan kepada pengasuh Aafiyah) untuk memudahkan urusan di sana nanti,” katanya.
Justeru kata Siti, dia mengambil kesempatan tersebut juga mahu bertanya kepada rakan-rakan artis yang pernah bawa anak mereka mengerjakan umrah.
“Misalnya Yatt Hamzah yang pernah bawa anak-anaknya ke Mekah walaupun sedang mengandung ketika itu. Ia menguatkan lagi semangat saya untuk membawa Aafiyah,” ujar Siti.
Penyanyi ini ditemui dalam majlis Berbuka Puasa Siti Nurhaliza Bersama Sitizone dan majlis penyampaian anugerah Universal Music Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.
Dalam majlis penghargaan itu, Siti dinobatkan sebagai penerima anugerah Legend Award Universal Music Malaysia yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Universal Music Malaysia, Singapura dan IndoChina, Kenny Ong.
“Bakat dan profesionalisme yang ada pada beliau adalah sesuatu yang sangat berharga buat kami. Kami berbangga untuk menyampaikan Legend Award kepada Siti,” kata Kenny Ong.
“Bekerja dengan Siti dan pengurusannya adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Selama bertahun-tahun bersama, beliau sangat profesional dan sangat mudah bekerja dengannya.
Siti menerima anugerah ini berdasarkan pencapaian cemerlangnya dalam penjualan fizikal dan digital bagi album Fragmen, Konsert Unplugged dan SimetriSiti serta empat lagu single.
Empat single tersebut adalah lagu Anta Permana apabila Siti menerima 11 kali Platinum, Comel Pipi Merah (4 kali platinum), Mikraj Cinta (Platinum) dan Cinta Syurga (emas).
Malah kedudukan dirinya yang masih tidak tergugat dengan kehadiran mana-mana artis baharu lajn melayakkan beliau menerima anugerah tersebut.
Dalam masa yang sama Siti turut menerima anugerah emas untuk album SimetriSiti.
Malah beliau turut mencipta sejarah apabila muncul sebagai Malaysia’s Most Streamed Local Artist untuk tahun 2017 dan 2018 di pelantar muzik digital Spotify.
Sumber: Kosmo & Utusan Online
Gambar: IG Rozisangdewi & CTDK
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pada tanggal 14 Jun lalu, pelakon dan juga penerbit terkenal Datuk Ziela Jalil berkongsi berita gembira mendapat cucu perempuan setelah anak perempuannya, Dr. Puteri Julia Nabilah, 27, telah selamat bersalin pada malam Jumaat lalu dan Ziela menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik video memaparkan bayi comel yang baru sahaja selamat dilahirkan.
Malah terbaru, pada hari ketujuh kelahiran cucunya, Datuk Ziela Jalil ada berkongsi video sekitar majlis tahnik cucunya, Tun Alayna Zeeya oleh pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin.
“Alhamdulillah Yaa Rabb. Jazakallah khairan kathira Habib Ali Zaenal Abidin utk TAHNIK Baby Tun Alayna Zeeya Binti Dziya Faqhran dengan hastag hari ke tujuh.”
Terdahulu, Ziela telah mengadakan majlis doa selamat dan baby shower bersempena menunggu detik kelahiran cucunya itu beberapa hari lalu.
Untuk rekod, Dr. Puteri Julia Nabilah yang merupakan anak kepada Datuk Ziela Jalil dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018.
Sumber: Instagram Ziela Jalil
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rupanya anak paling lasak dan gasak biasanya ada growth style kinestetik ni. Serius, dia la yang selalu buat kita mengucap.
Nak tahu tanda-tanda anak ada ‘growth style’ kinestetik ikuti perkongsian saudara Mohd Fhais Salim.
Apa pun, syukur sebab anak ada potensi besar.
1. Anak kinestetik ni learning tool utama dia ialah tubuh badan dia sendiri, makin banyak dia bergerak makin banyak la dia belajar.
2. Dia susah nak duduk diam. Alergik dengan perkataan diam. Kalau tak buat apa-apa dia jadi gelisah, tak keruan hatinya.
3. Cepat bosan. Asyik terperuk kat rumah dia boleh jadi sangat-sangat bosan dan tepu. Ini punca anak jadi senang meragam dan senang membentak.
4. Pantang dapat peluang keluar rumah, mesti berdesup dia keluar. Anak kinestetik ni sebenarnya lebih rasa bebas bila di luar rumah.
5. Tanah, pasir, rumput dan laut ni semua mainan dia. Memang dia suka betul dapat sentuh alam semulajadi.
6. Kreatif dan tinggi imaginasi. Kotak boleh jadi kereta, kusyen sofa boleh jadi rumah, periuk, kuali dan senduk ibu tu selalu jadi mainan.
7. Suka mainan yang lasak-lasak. Kurang minat dia nak baca buku dan mainan yang tak bergerak ni. Rasa tak hidup main duduk setempat.
8. Marah atau bentak bila di larang bermain permainan yang dia suka. Kita nampak cara dia main bahaya, tapi dia tak faham. Jadi kena tegur dengan cara yang lembut ya.
9. Suka rosakkan barang. Aduh, sebenarnya anak bukan sengaja nak rosakkan tapi dia tak mampu nak 100% kawal kekuatan diri dia lagi.
10. Tenaga dia macam unlimited. Diam masa tidur. Mata selagi tak lelap selagi tu ada je aktiviti lasak dia nak buat. Tak tahu penat punya budak!
11. Pantang nampak kita senang sikit mesti di panjat badan kita, diajaknya bermain.
Besar sungguh potensi anak kinestetik ni. Dia ada ciri-ciri orang yang berjaya. Anak yang berani, bertenaga, selalu cuba benda baru dan tak cepat mengalah.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...