Kadang-kadang dalam kereta boleh jadi waktu yang sangat mencabar buat mak ayah yang ada anak 1-4 tahun sebab mereka bukan sahaja aktif malah mereka tak faham bahasa.
Agak susah nak menenangkan mereka ni kalau mak ayah tak tahu teknik tenangkan anak mengamuk ni.
7 TEKNIK TENANG-kan anak dalam kereta yang mak ayah boleh cuba dan sesuaikan ikut keadaan.
1 – Bawa Bertenang
===========
Pertama sekali bila anak meragam atau tak mahu duduk diam mak ayah kena bawa bertenang. Nak suruh anak bertenang macam mana kalau mak ayah sendiri tak boleh bertenang, menengking dan memarah tak boleh buat situasi tegang jadi tenang.
Susah nak tenang pun cuba buat buat muka relax. Nanti anak yang mengamuk pun pelik “Eh, ni mak aku ke? Selalu kalau aku meragam mak aku lagi kuat meragam”. Ini namanya reverse psychology.
Susah juga nak tenang? Cuba teknik Jin Shin Jyutsu urut jari tengah 2-5 minit untuk tenangkan rasa marah.
2. Pujuk Dengan Lembut
===========
Cuba dulu pujuk guna bahasa yang paling lembut boleh buat, jangan terus naik angin cakap pun kasar je. Bertambah keras hati anak tu nanti. Turuti je permintaan si anak selagi ia tak memudaratkan.
Ads
Kalau perlu berhenti kereta berhentilah dan peluk anak serta gosok di bahagian dada dia kerana menurut Dr. Taufiq Razif gosokan di bahagian dada dapat kurangkan kenakalan anak kita. Sambil gosok tu boleh cuba selawat atau baca surah pendek. Insyaallah hati si anak tadi akan lembut.
3. Seni Mengalih Perhatian
===========
Lumrah budak memang kena bergerak, mana boleh nak duduk statik tak buat apa apa, sebab itu dia mudah meragam bila dalam kereta kerana aktiviti yang dia boleh buat sangat terhad. Balik-balik main kejar kereta depan.
Mak ayah kena ada seni mengalih perhatian anak kalau tak nak anak meragam atau nak tenangkan anak yang meragam. Boleh cuba main teka mimik muka, teka barang yang hilang atau bertanya soalan yang menguji minda dia seperti “kereta tu warna apa?”. Selain dapat bertenang dapat juga kita asah thinking skill anak-anak.
Amaran : Elakkan bertanya tentang perasaan ataupun sesuatu yang melibatkan emosi kerana ianya akan membuatkan anak fokus ke dalam dirinya sendiri. Ingat, anak yang sedang fokus pada emosi dan perasaannya sendiri akan mudah meragam!
4. Beri Ganjaran
===========
Kalau semua cara tadi tak berkesan guna cara ‘beri ganjaran’. Boleh juga sediakan kontrak tingkahlaku awal-awal sebelum perjalanan, bagitahu “Rania kalau tak menangis dan tak kacau adik nanti mama belikan patung little pony” (sebab rania suka little pony)
Ads
Nak bagi pesanan atau arahan kena spesifik, tak boleh bagi arahan terlalu abstrak contoh,
“Rania jangan nakal tau”. Anak confius kalau arahan macam ni.
Kena bagi arahan spesifik,
“Rania jangan kacau adik, jangan panjat, jangan melompat”. Walaupun arahan tu jadi panjang tapi percayalah anak lebih faham macam ni.
5. Bagi Pilihan
===========
Bila mahu tenangkan anak yang mengamuk dalam kereta boleh bagi dia pilihan. Sebelum tu kena tahu apa yang anak nak sebenarnya. Contoh pilihan “Rania suka makan donut putih ke coklat?” (Sebab rania suka makan donut). Tengok pada situasi perjalanan kita nak ke mana.
Amaran : Jangan sesekali bagi pilihan bentuk mengugut atau warning pada anak sebab cara ini boleh buat anak dapat simptom 3F (freeze, fight, flight).
Contoh pilihan ugut, “Rania nak diam atau anak kena tinggal kat sini?”
Ads
6. Sesekali Kena Abaikan
===========
Boleh abaikan anak mengamuk sekali sekala jika punca amukan tu tak serius. Bukan tak pedulikan tapi sebenarnya kita nak sampaikan mesej bahawa dia tak boleh gunakan kemarahan dia untuk menarik perhatian kita dan dia tak boleh gunakan kemarahan tu untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Lengah lengahkan pujuk anak yang sedang meledak marah itu. Kalau kita kelam kabut setiap kali anak mengamuk, percayalah dia akan ulang, ulang dan ulang perbuatan tu untuk menarik perhatian kita.
Jelaskan baik-baik dengan intonasi suara yang tenang dan perlahan bahawa kita datang bukan kerana dia mengamuk tapi kerana kita sayang kat dia. InsyaAllah fokus anak kepada kemarahannya akan beralih kepada dialog kasih sayang kita.
7. Mak Ayah Kena Tegas
===========
Akhir sekali macam mana pun cara didik anak mak ayah kena sentiasa tegas dan jangan mudah kasihan. Kerana sifat kasihan kita itu boleh jadi racun yang anak akan gunakan untuk beri alasan kemudian hari nanti. Tegas kalau anak buat salah melampau mesti kena hukum, jangan di manjakan.
Hanya ada 2 sahaja punca anak mengamuk dan tantrum yang mak ayah kena ambil tindakan segera iaitu apabila anak mengamuk sebab keperluan fisiologi-nya tak dipenuhi dan satu lagi anak yang mahukan perhatian mak ayah.
Lepas ni kalau anak mengamuk nak telifon jangan gelabah, relax sebab itu amukan manipulatif sahaja. Guna 7 teknik tadi insyaallah keadaan kembali tenang.
Sumber: Fb Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Empat tahun berlalu, namun insiden kemalangan ini masih basah diingatan kita semua. Stau kes kemalangan yang melibatkn pasangan suami isteri di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada 2015 pasti tidak dapat dilupakan oleh orang ramai terutama sekali ahli keluarga mereka. Malah dek kerana kecuaian orang lain, sekelip mata dua beradik menjadi yatim piatu.
Dalam kejadian 2 Mei 2015 itu, Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, enam bulan, maut dalam nahas jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Muda, Batu Caves, dekat sini.
Yatim piatu sekelip mata
Kemalangan berlaku disebabkan kecuaian dua buah pemandu Perodua Myvi yang berlumba diatas lebuhraya telah mengkibatkan kenderaan dinaiki Fairuz Nizam, isterinya serta anak mereka terbalik selepas dilanggar oleh salah sebuah Myvi
Akibatnya anak-anak arwah iaitu Nur Firuza Amira Fairuz Nizam dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.
Rumah dekat kubur ibu bapa
Akibat daripada itu, dua beradik tersebut menjadi rebutan antara dua pihak untuk dijaga. Hampir empat tahun turun naik mahkamah, akhirnya Nur Firuza Amira Fairuz Nizam dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam sah bakal dijaga oleh ibu saudaranya iaitu Datin Yusnidah Hussain.
Namun, apa yang cukup menyentuh hati apabila mendengar keinginan salah seorang daripada anak-anak yatim itu. Sebab kenapa mereka memilih untuk tinggal bersama ibu saudaranya adalah untuk berada hampir dengan kubur ibu dan bapa mereka.
Dalam penghakimannya, Zaim berkata mahkamah mengambil kira kemahuan kanak-kanak itu dan bersetuju bahawa kebajikan kanak-kanak perlu diberi keutamaan bagi memastikan mereka membesar dalam keadaan sempurna dan penuh kasih sayang.
“Salah seorang anak ini telah sampai umur mumayyiz dan boleh menentukan dengan siapa dia hendak tinggal, dalam kes ini anak yang dituntut telah sampai umur mumayyiz, iaitu Nur Firuza Amira berumur 11 tahun.
“Mahkamah telah mengambil keterangan anak ini dan dia menyatakan suka dan selesa dengan mama, iaitu panggilan kepada plaintif (Yusnidah) dan memberi alasan rumah sekarang (rumah Yusnidah di Gombak) berdekatan dengan kubur arwah ibu bapanya dan memudahkan untuk dia pergi menziarah,” kata hakim itu semasa membacakan keputusan hadanah itu.
Sehubungan itu mahkamah berpendapat adalah tidak wajar untuk memisahkan kedua beradik itu dan mendapati plaintif telah memberi kasih sayang sebaiknya kepada mereka.
Selain itu, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang telah memberi keterangan sebelum ini, juga merumuskan melihat psikologi kanak-kanak itu gembira dan berpendapat perkembangan kanak-kanak itu akan lebih baik jika mereka tinggal dengan orang yang mereka suka.
Menjaga sejak kecil
Ketika ditemui selepas prosiding, Yusnidah dan kedua beradik itu dilihat menangis dan memeluk antara satu sama lain dan berulang kali menzahirkan kesyukuran atas keputusan mahkamah.
Menurut Sinar Harian, Yusnidah Hussain telah menjaga mereka sejak kecil lagi dan akan terus menjaga mereka selepas hak penjagaan tersebut diterima secara sah.
Walau bagaimanapun, hubungan kedua-dua beradik itu dengan nenek mereka tidak akan dipisahkan. Mereka tetap kan dapat bertemu dengan nenek mereka pada hujung minggu dan juga cuti sekolah.
Mengundang sedih
Rentetan daripada kisah tersebut, rata-rata netizen berasa sebak apabila megetahui permintaan kedua-dua kanak-kanak tersebut.
Keinginan tinggal bersama ibu saudara atas sebab berhampiran dengan pusara ibu dan ayah betul-betul mengundang sedih.
Sudah lama kiranya suami isteri tidak dapat keluar rumah bersama-sama sejak arahan PKP diperkenalkan.
Namun bila ada sedikit kelonggaran diberikan seperti mana memetik laporan Berita Harian Online, mungkin bukan sahaja isteri boleh tersenyum kerana dapatlah keluar bersama pasangan untuk membeli keperluan.Maklumlah, terlalu lama rasanya terperap di rumah.
Bahkan suami juga tentu berlapang dada, sekurang-kurang tidak lagi pening kepala sorang-sorang membeli barangan keperluan dengan berpandukan senarai yang ditulis isteri.
Untuk bacaan lanjut tentang kebenaran tersebut, ini artikel penuhnya.
KUALA LUMPUR: Kebenaran pergerakan dua orang satu kenderaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat bermula hari ini, boleh melebihi 10 kilometer (km) jika membabitkan keperluan membeli makanan dan perkhidmatan kesihatan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kelonggaran itu bagaimanapun terhad kepada mereka yang tinggal di rumah yang sama dan daripada keluarga terdekat.
“Kebenaran pergerakan melebihi radius 10 km itu sudah diwartakan melalui PKP keempat,” katanya pada sidang media harian selepas mesyuarat menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
Kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.
Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa hari ini hingga 12 Mei depan.
Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.
Ismail Sabri menegaskan, pergerakan melebihi 10 km itu bagaimanapun mesti yang terhampir bagi tujuan dibenarkan.
“Contohnya nak ke klinik, jika ada yang jarak 15 km harus pergi ke situ, jangan pula pergi yang jaraknya 30 km,” katanya.