Sambal tumis memang enak dinikmati bersama nasi lemak, lontong mahupun dimakan bersama nasi putih sahaja.Tak kiralah nak gandingkan dengan lauk apa sahaja, semuanya pasti membuka selera.Bahkan, makan dengan ikan goreng sahaja pun dah mampu buat kita tersandar kekenyangan.

Namun ada cara dan tip tertentu  bagi menjadikan sambal tumis cantik warnanya, sedap dan yang paling penting tahan lebih lama.Perkongsian ini oleh blogger masakan terkenal, Azlita Masam Manis.

1.Pemilihan Cili Kering

Sebelum kita membuat sambal atau apa-apa menu masakkan yang berasaskan cili, kita perlulah bijak memilih cili kering yang sesuai. Jika membeli cili kering di pasar,boleh bertanyakan terus kepada penjual mana cili yang pedas dan mana yang tidak pedas.

Namun jika membeli di pasaraya, harus mengenal pasti jenis cili yang sesuai mengikut tahap kepedasan anda.

Merujuk pada gambar di atas, gambar pertama, cili keringnya agak lurus, tidak bertangkai, berwarna merah berkilat. Kebiasannya cili kering ni jenis yang pedas. Jika gemarkan pedas, cili ini paling sesuai dan tidak perlu letak cili yang banyak untuk membuat sambal.

Gambar yang kedua adalah yang biasa di gunakan orang ramai terutamannya peniaga makanan. Cilinya berkerinting, kurus bertangkai dan pudar warnanya. Cili jenis ini memang kurang pedas dan jika tidak tahan pedas boleh menggunakan cili ini.

IKLAN

Cili kering pada gambar ketiga, biasanya boleh dijumpai di sebelah utara dan pantai timur. Cilinya bersaiz besar dan merah menyala, tapi lansung tak pedas. Kalau nak bagi sambal warna merah menyala tapi tak pedas boleh lah guna cili ni. Guna sikit sahaja cilinya dah berwarna merah.

2.Cara Membersihkan Cili Kering

Ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membersihkan cili kering.Antaranya, potong besar 1 inci dan rendam dalam air hingga kembang. Bila telah kembang cuci bersih cili tersebut. Jangan buang semua biji lada, kisarkan ia sekali untuk menjadikan sambal lebih pedas.

Selain itu, boleh juga gunting cili kering secara memanjang dan buang bijinya. Kemudian cili kering tu di rebus. Anda boleh guna kaedah ini jika jenis yang tak tahan pedas. Sebab bila cili kering dah rebus dan dah dibuang bijinya ia memang tak pedas.

IKLAN

3.Warna Sambal Cantik

Untuk mendapatkan warna sambal yang cantik dan merah menyala, petuanya ialah pastikan masa memotong cili ambil yang berwarna merah sahaja. Buang cili yang berwarna coklat atau kelihatan seperti dah buruk. Ini lah yang menjadi sebab, jika cili tersebut di kisar sekali sambalnya berwarna tak cantik.

Lagi satu, rahsia sambal warna merah cantik ialah gula kena banyak. Sambal yang sedap ianya mesti secukup rasa manis,pedas,masin dan masamnya.Baru lah kaw!

4.Sambal Sedap

IKLAN

Sambal tumis bukan sahaja bergantung pada cili tapi juga pada bawang yang di gunakan. Jika sambal nak sedap gunakan bawang merah kecil, jangan guna bawang besar. Bawang merah kecil ini letak banyak-banyak barulah kuah sambal tu manis dan enak.Jangan lupa masukkan sekali hirisan bawang besar setelah sambal mendidih.

5.Sambal Tahan Lama

Pastikan gunakan minyak yang banyak ketika menumis. Minyak yang banyak akan buatkan sambal tahan lama, berhari-hari walaupun tidak dipanaskan terutamanya sambal ikan bilis.

Masa menumis juga kena lama, supaya bawang dan cili benar-benar garing dan hilang bau atau rasa maung cili.

Selamat Mencuba!

Sumber:norazlitaaziz.blogspot.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI