Sebenarnya ada tip dan bahan ‘rahsia’ yang perlu diletakkan di dalam rebusan pucuk ubi. Hasilnya barulah pucuk ubi yang direbus kelihatan elok cantik kehijauan dan lembut. Pucuk ubi antara sayur kampung yang memang sedap dicicah dengan sambal belacan.
Masalah yang sering dialami ketika merebus pucuk ubi ialah warnanya akan kelihatan lebam dan berbirat. Boleh ikut cara rebus pucuk ubi supaya lembut dan warna cantik kehijauan seperti yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun ini.
Tip Rebus Pucuk Ubi
Hasilnya Daun Nampak Hijau & Lembut
Bahan-Bahan:
Pucuk ubi
Garam kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda (bahan rahsia)
Ads
Cara rebus pucuk ubi:
Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.
2. Bilas kemudian toskan.
3. Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda
Ads
4. Masukkan pucuk ubi tadi.
Ads
5. Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.
6. Kemudian toskan. Insya Allah pucuk ubi warna kehijauan dan lembut.
Waktu memasak tidak memakan masa yang lama, tetapi nak menyediakan bahan-bahannya itu yang agak melecehkan.
Apatah lagi bagi ibu yang bekerja, balik daripada pejabat pun sudah lewat petang. Mana mungkin sempat untuk menyediakan hidangan makan malam. Sudahnya, ramai antara ibu-ibu terus ambil keputusan mudah dengan membeli sahaja di kedai.
Walhal, kita sendiri tahu dengan membeli makanan di luar kita tidak dapat pastikan kebersihan dan khasiat makanan yang dibeli.
Oleh itu, ketahui tip dan trik mudah ini boleh membantu anda agar dapat memasak dengan pantas dan terancang.
1.Rancang Menu untuk seminggu. Bukan sehari.
Pada hujung minggu boleh merancang dengan lebih awal menu-menu yang akan disediakan pada minggu berikutnya. Sebagai contoh, Isnin-Ayam Masak Lemak Cilipadi, Selasa- Asam Pedas Ikan Kembung, Rabu-Sambal Udang dan sebagainya.
2.Beli barang basah mengikut keperluan menu yang dirancang
Ketika membeli barang basah dipasar, buat anggaran jumlah yang diperlukan untuk seminggu. Contohnya: Ayam satu kilo, Ikan kembung 1 kilo, Udang setengah kilo.
3.Bersihkan bahan basah ini dan asingkan jumlah yang diperlukan.
Bersihkan ayam,udang, siang ikan, potong sayur,potong bawang, cili kering dan sebagainya mengikut keperluan untuk sekali masak pada hari tersebut. Contohnya,Asingkan 4 ekor ikan selar dalam plastik,kemudian potongkan lengkuas, bawang putih, merah, bendi, kunyit hidup dan letak dalam plastik container lain.
4.Labelkan Menu Mengikut hari pada bekas yang ingin disimpan.
Kemudian, bahan yang sudah siap dipotong/siang, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari dan menu.Contohnya labelkan “KHAMIS-IKAN SINGGANG”.
5.Mudahkan proses defrost sebelum pergi Kerja.
Simpan didalam peti sejuk biasa yang memiliki 2 bahagian, 1 untuk sejuk beku dan satu lagi untuk biasa.Sebelum pergi kerja pindahkan bekas barang basah dari bahagian sejuk beku ke bahagian biasa untuk memudahkan proses defrost nanti. Jadi bila hendak dimasak malam nanti,tidak memerlukan masa yang lama. Mudah bukan.
TIP EKSTRA:
1.Sediakan cili dan bawang kisar anggaran untuk seminggu, masukkan ke dalam bekas-bekas kecil.Ia bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi penyediaan memasak.
2.Namun, pastikan sudu benar-benar bersih dan tidak mencampurkan bahan-bahan lain ketika mencedok cili atau bawang. Ia bagi memastikan bahan kisar ini tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.
3.Ikan atau ayam untuk digoreng boleh juga diperap awal, simpan dalam beg plastik atau bekas,masa hendak digoreng, defrost sekejap selepas keluarkan dari freezer, rasanya lebih sedap sebab meresap ke isi.
4.Guna atau beli bekas plastik yang boleh digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ia juga mempercepatkan lagi kerja-kerja memasak ini.
5.Buat untuk setiap hari satu resepi, selama 1 minggu atau hari bekerja.Selain dapat jimatkan masa, peti ais pun nampak kemas. Bila pulang dari bekerja , cuma sediakan bahan-bahan kering masukkan dalam periuk atau kuali. 5 minit sudah siap untuk dimakan panas-panas.
Selamat Mencuba, semoga tip ini bermanfaat buat anda, Ibu superbusy!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila bulan puasa, kurma menjadi pilihan utama kita untuk dinikmati ketika berbuka ataupun bersahur. Bahkan bukan sahaja dimakan begitu sahaja, apabila kurma digabungkan dengan susu akan menjadi minuman yang cukup menyelerakan dan mampu membekalkan tenaga sepanjang kita berpuasa di siang hari.
Menyedari hal itu, ada baiknya kita pastikan seisi keluarga dibekalkan dengan minuman ini sepanjang bulan puasa yang bakal tiba tidak lama lagi. Jadi apa kata anda sediakan stok pati kurma terlebih dahulu. Jadi mudah untuk anda sekeluarga nikmatinya tanpa perlu melakukan proses penyediaan yang lama.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Nadiah Lutfi, “Stock pati kurma untuk sahur. Campur dengan susu dan sedia untuk minum. Minum ini sahaja pun sudah cukup untuk bertahan sampai berbuka. Dalam masa yang sama boleh kurus. Selamat berpuasa semua,” tulisnya di ruangan kapsyen dan turut berkongsi resipi penyediaan stok pati kurma tersebut.
Stok Pati Kurma
BACA JUGA ARTIKEL NI
Cara penyediaannya:
1.Buang biji dan kurma dicuci bersih
2.Kemudian stim selama 20 minit
4.Simpan dalam bekas dan boleh letak dalam fridge
5.Apabila hendak menikmatinya, campurkan 2 sudu pati kurma dan susu
6.Sedia untuk diminum. Boleh jugak campur madu, badam dan kismis jika suka
Resipi simple tapi membuka selera seisi keluarga. Bagi anda yang tak suka makan menu berat baik ketika berbuka mahupun sahur, mungkin resipi sambal telur tiga rasa ini sesuai.
Lebih-lebih lagi kalau waktu bersahur. Daripada tak berselera terus tak cukup sepinggan nasi kalau dapat macam ni kan. Lebih-lebih lagi bagi anda yang suka menu berasaskan telur.
Nah ibu-ibu, admin kongsikan resipi air tangan dari puan Liza Idris. Selamat mencuba!
Nah, menu sahur simple “Telur Pecah Sambal 3 Rasa”. Boleh masak untuk sahur esok.
Bahan-bahan:-
1 biji bawang besar.
2 ulas bawang putih.
3 biji telur ayam.
3 sudu cili kering.
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 sudu besar sos tomato.
1 cawan air.
Sedikit daun bawang jika ada.
Cara masak ada pada setiap gambar. Jom kita mulakan.
Cara membuat:
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.
Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.
Masuk pula 3 beradik sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata.
Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barulah masakan jadi sedap.
Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.
Rasa lah sikit, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.
Rasa kuah dah sempoi, pecah je telur macam saya buat tu.
Tabur daun sup kalau ada dalam peti ais. Tak letak pun sedap je. Saja la serabutkan dalam kuali tu.
Saya tak kacau sebab tak nak telur tu hancur.
Terbalikkan telur tu kalau nak bagi masak sama rata. Tutup api. SIAP!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.