Bagi orang dapur, bunga kantan ini adalah salah satu bahan wajib ada di dapur.
Paling utama bila nak masak hidangan seperti singgang, tak lengkap kalau tak ada bungan kantan.
Seperti yang kita ketahui kantan atau bunga kantan adalah sejenis tanaman daripada keluarga halia. Bunga kantan banyak digunakan sebagai penyedap dan penaik aroma masakan dikalangan masyarakat melayu.
Ramai cuba nak tanam pokok ini di rumah memandangkan banyak kegunaan dalam masakan. Pokok kantan ni kalau tak dijaga dan diselenggara dengan betul memang kedekut untuk keluarkan bunga. Mungkin sebab itulah harganya pun tinggi dipasaran sehinggakan boleh mencecah sehingga Rm3-Rm8 sekuntum pada musim perayaan, Rm1-Rm2 di waktu biasa.
Jika anda mempunyai ruang tanah yang tak berapa besar dan berdekatan dengan aliran air, ini adalah antara tanaman yang sesuai untuk ditanam. Bagi sesiapa yang ingin mencuba untuk menamam pokok bunga kantan, bolehlah jadikan perkongsian Sadam Arffain sebagai cara tanam dan jaga pokok kantan dengan betul.
1. Panduan Tanam Pokok Kantan
Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di atas yang diambil dari rumpunan pokok kantan. Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rhizome dari pokok yang kurang matang tidak digalakan kerana tumbesaran pokok tidak memberansangkan.
Rhizome yang telah di cantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baik nya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
Ads
Cara tanam dan jaga pokok kantan. Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.
Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.
Ads
Dalam tempoh 2 tahun. Pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh dicelahan batang pokok kantan.
Pucuk muda pokok kantan yang lebih tajam dan gelap
Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok.
Cara tanam dan jaga pokok kantan yang betul, apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
Ads
Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan.
2. Penjagaan Pokok Kantan
Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah.
Batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong dari pangkalnya untuk menggalakan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik. Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya. Daun daun kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
Jika anda dapat manfaatkan panduan cara tanam dan jaga pokok kantan ini dengan betul, insya Allah boleh cuba untuk buat penanaman secara besar besaran mana tahu boleh jadi usahawan muda yang berjaya juga.
Dalam Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan update terkini berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia.
Ini merupakan ringkasan bagi perintah pergerakan di negeri-negeri di Malaysia berdasarkan Sidang Media hari ini :-
Kelantan: tamat kecuali Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah diteruskan PKPB 7-20 Disember 2020
Kuala Lumpur: diteruskan PKPB 7-20 Disember 2020
Putrajaya : tamat PKPB
Selangor : dilanjutkan PKPB 7-20 Disember 2020 kecuali Kuala Selangor, Sabak Bernam & Hulu Selangor
Negeri Sembilan : ditamatkan PKPB kecuali Seremban & Port Dickson 7-20 Disember 2020
Pulau Pinang : ditamatkan PKPB kecuali Mukim 12 (Barat Daya) dan Mukim 13 (Timur Laut)
Perak: tamat kecuali KECUALI bagi daerah Kinta serta Mukim Teja (daerah Kampar) dan
Mukim Changkat Jong (daerah Hilir Perak) diteruskan PKPB 7-20 Disember 2020
Johor : kecuali Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai.
Sabah : diteruskan PKPB 7-20 Disember 2020
Labuan : tamat semua PKPB
Bagi negeri Terengganu, Pahang, Perlis, Melaka dan Sarawak ia kekal di bawah PKPP sehingga 31 Disember 2020.
Dalam pada itu, rentas negeri dan daerah dibenarkan seluruh negara kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 Disember.
Menurut Ismail, tiada lagi sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis, namun prosedur operasi standard (SOP) dalam kenderaan masih lagi dikuatkuasakan.
“Kita tidak lagi menghadkan jumlah penumpang. (Namun) ianya berdasarkan kapasiti tempat duduk. Kalau empat tempat duduk, empatlah (penumpangnya),” katanya dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Guru ibarat lilin, membakar diri demi menerangi orang lain. Begitulah betapa besarnya pengorbanan seorang yang bergelar ibu. Kerana itu jasa dan pengorbanan mereka tidak terbayar dengan wang ringgit. Ikhlas dalam mendidik anak bangsa.
Demikian juga dengan seorang guru bernama Ahmad Bidin yang baru sahaja menamatkan perkhidmatannya baru-baru ini.
Selama 35 tahun menabur bakti sebagai guru matematik dan matematik tambahan di Kolej Tunku Kurshiah (TKC), dia tidak menyangka diberikan balasan sebuah kereta Perodua Aruz.
Pesara guru yang menjangkau usia 58 Tahun ini juga bakal menyambut hari lahir pada 16 Disember ini diraikan dalam Majlis Seluhur Budi Kasih Abadi di sebuah hotel.
Menurut Ahmad, kebiasaannya, majlis persaraan dianjurkan di sekolah namun bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), majlis yang turut membabitkan penglibatan bekas guru, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan bekas pelajar, ia diadakan di hotel.
“Sampai ke saat ini, saya masih terfikir sebab utama bekas pelajar terdiri daripada 38 kelompok (batch) pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahun 1980 hingga 2021 memberikan saya hadiah yang bernilai puluhan ribu ringgit ini.
“Tidak terkata saya dibuatnya, namun saya ucapkan terima kasih kerana menghargai usaha saya yang tidak seberapa ini dalam mendidik mereka,” katanya hari ini.
sebaik sahaja hadir ke majlis berkenaan, dia tidak nampak langsung kenderaan tersebut di parkir pekarangan hotel tersebut dan ia diserahkan kepadanya semasa dia mahu pulang sambil diiringi Pengetua TKC, Roslina Abd. Aziz.
Menurutnya yang berasal dari Port Dickson, dia terkejut apabila diberikan hadiah berkenaan lebih-lebih lagi belum pernah dalam pengetahuannya guru bersara menerima hadiah sebuah kenderaan.
“Mungkin ada tapi saya tak tahu. Namun, saya masih terkejut. Apa pun perkhidmatan saya di sekolah ini sejak tahun 1986 sebenarnya banyak dibantu oleh pengetua-pengetua yang cemerlang, rakan sekerja yang juga cemerlang, dan pelajar yang sememangnya sudah bagus.
“Saya sebagai guru hanya bertindak sebagai penunjuk jalan supaya semua pelajar saya dapat lebih cemerlang dalam akademik serta kehidupan,” katanya.
Kipas bila kerap digunakan sepanjang hari akan menyebabkan banyak habuk dan debu mudah melekat.
Untuk mencucinya, Kena buka satu persatu bahagian jaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?
Ini tip mudah dan paling senang untuk elak habuk melekat sekaligus, tak perlulah nak cuci kipas selalu.
Ini cara yang mudah untuk korang buat supaya habuk tak lekat dah pada bilah dan jaring kipas.
Yup, ia bukan omongan kosong, bahkan kosnya murah yakmat, alaa gunakan pelembut fabrik dan cuka makan yang ada di rumah jer. Caranya:
1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain.Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan. 3. Kacau sebati dan korang masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak digunakan.
4.Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.
5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.
6. Keringkan. Yayyy, kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!
7.Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali.Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.Hu2
Senangkan? Korang ada tips lain tak untuk bersihkan habuk pada kipas ni??
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.