Perkahwinan adalah sesuatu yang suci yang menggabungkan dua hati menjadi satu. Namun, tidak semua perkahwinan akan kekal bahagia, pasti akan ada konflik dalam sesebuah perhubungan.
5 Tips Untuk Rumah Tangga Kekal Bahagia
1. Honeymoon atau berbulan madu
Percutian honeymoon atau bulan madu tidak semestinya dilakukan selepas pasangan sah diijabkabul sebagai suami-isteri atau ketika inai masih merah dijari. Akan tetapi ia haruslah dijadikan acara wajib sempena sambutan ulang tahun perkahwinan untuk mengembalikan semula memori indah pengantin baru sekaligus kehangatan dalam rumah tangga.
Maklumlah bila sudah ada zuriat, tumpuan isteri terutamanya beralih fokus kepada anak-anak sehinggakan tanpa sedar telah mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri. Ruang kosong yang ditinggalkan itulah, yang membuatkan lelaki suka ‘makan luar’ sekaligus mendorong kewujudan orang ketiga mahupun kekasih gelap.
2. Sentiasa mengucapkan kata-kata sayang
Ads
Kata-kata cinta atau kata-kata sayang bukan hanya perlu diucapkan ketika waktu bercinta sahaja. Malah setelah sudah sah menjadi suami isteri, kata-kata cinta itu masih perlu diungkapkan juga untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
“Saya sayang awak”, “selamat pagi sayang” atau “semoga awak seronok di tempat kerja hari ini” sudah cukup untuk buat si dia tersenyum simpul sendirian dalam kereta sewaktu memandu ke pejabat!
3. Jadilah seorang pendamai ketika pasangan sedang emosi
Jika pasangan anda sedang beremosi, anda haruslah jadi penyelamat dunia iaitu anda mulakan bicara secara lembut kemudian mulakan perbincangan seterusnya memujuk. Kalau isteri kena peluk atau dapat bunga daripada suami tu, mesti senyumnya sampai ke telinga, dan nak marah pun tak jadi.
Ads
4. Seringlah memuji pasangan anda
Kadangkala, kita sangat cepat untuk mengkritik kesilapan pasangan kita tetapi lambat atau lebih teruk, langsung tidak memuji, kebaikannya.
Anda inginkan rumah tangga yang bahagia dan menyeronokkan? Banyakkan berkata “Terima kasih sebab tolong buangkan sampah”, “Baiknya suami saya ini…dia belanja makan!”, atau “Bagusnya isteri saya tolong masakkan sarapan pagi ini. Sedap sangat.”
Anda akan perasan yang kata-kata pujian ini akan mendorong mereka untuk berbuat lebih banyak lagi perkara baik dalam perkahwinan anda.
Ads
5. Jangan mengungkit kisah-kisah lama
Jika kita ada tabiat suka mengungkit kisah atau perkara lama, mungkin telah tiba masanya untuk membuang tabiat buruk tersebut. Kata-kata seperti “hari itu pun awak buat lagi” atau “kalau awak tidak buat benda ini dulu..” tidak sepatutnya diucapkan.
Pergaduhan dan pertengkaran adalah lumrah dalam perkahwinan. Cumanya, jangan biarkan pergaduhan lama yang
telah pun selesai memburukkan lagi keadaan pada masa sekarang.
Fokus kepada masalah semasa dan kunci mulut anda daripada mengungkit kesalahan lama. Percayalah, ia akan membantu rumahtangga anda.
Sumber:www.alfatehgold.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berita baik buat semua ibu bapa, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diteruskan seperti biasa tahun ini bagi meringankan beban untuk memulakan sesi persekolahan baru tahun hadapan.
Perkara ini dimumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen, Kuala Lumpur yang lalu.
Anwar berkata, selain itu Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga ditingkatkan kepada RM180 juta berbanding RM150 juta tahun ini.
Inisiatif BAP dikatakan mampu memberi manfaat kepada 5.2 juta orang murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dengan mengurangkan beban ibu bapa dalam persiapan sesi persekolahan baharu pada tahun hadapan.
Bagi tahun hadapan, Bantuan Awal Persekolahan 2025 akan diteruskan dan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Bantuan RM150
Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
* Murid warganegara Malaysia :
* Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
* Murid bersekolah di :
* Sekolah Kerajaan (SK)
* Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
* Sekolah Agama
* Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
* Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
* Sekolah Integriti
* Sekolah Henry Gurney
Kaedah Penyaluran Bayaran
Mulai tahun 2025, KPM akan memperluas kaedah agihan BAP kepada kaedah kredit ke akaun ibu bapa atau penjaga yang sah. KPM juga tidak menetapkan sebarang bank tertentu bagi tujuan agihan BAP secara kredit ke akaun bank.
Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
* Tunai
* Disalurkan terus ke akaun bank murid
Tempoh agihan bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 ialah 30 hari dari tarikh surat makluman penyaluran peruntukan dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM.
Manakala tempoh agihan bagi murid Tahun 1 sesi perseklahan 2025/2026 ialah 30 hari dari tarikh sesi persekolahan bermula.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi Ainan Tasneem memaklumkan bayi kembar yang dikandungnya itu kini mengalami sedikit masalah apabila kedua-duanya tidak mempunyai saiz yang seimbang.
Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Redzuan, 28, berkata, doktor bimbang keadaan tersebut boleh mengakibatkan dirinya melahirkan bayi pramatang.
“Sekarang usia kandungan dah 31 minggu. Tadi, saya pergi buat pemeriksaan, doktor cakap salah satu bayi kembar tu kecil sikit.
“Sorang baru 1.1kg, sorang lagi 1.5kg dah. Risau terbersalin awal tu yang doktor suruh cucuk dexa (dexamethasone),” katanya menerusi satu entri di Instagram.
Menurut Ainan lagi, dia kini perlu menjalani pemeriksaan susulan dua minggu lagi bagi melihat perkembangan selepas perlu mengambil dua dos suntikan berkenaan.
“Subhanallah sakit yang amat ya kena cucuk dexa tu. Esok kena cucuk lagi untuk dos kedua
“Lagi 2 minggu kena pantau lagi, kalau berat bayi tu masih statik atau tak berapa memberangsangkan, memang saya kena bersalin awal je,” katanya.
Pada masa sama, Ainan turut memohon doa orang ramai agar proses kehamilannya kali ini dipermudahkan.
“Allah.. Ainan tak bersedia lagi. Tak boleh bayangkan bayi masuk NICU dan kena berpantang tanpa bayi di sisi.
“Sekarang nak terus positif je. Harapnya bayi membesar dengan baik dalam perut dan dapat bersalin cukup bulan. Mohon sangat doa daripada kalian semua ya,” luahnya.
Ainan berkahwin dengan Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017.
Pasangan itu kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Ainan Salsabiela pada 2 Mac 2018.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lain anak lain ragamnya. Jika dulu dengan anak perempuan semuanya kelihatan tenang ketika menyusu, namun tidak dengan bayi lelaki.
Inilah yang dilalui oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang berkongsi kisah anak keduanya, Aali Mateen yang cukup kuat minum susu.
Bahkan kata Ayda lagi, berbanding bayi lain, Aali Mateen minum sekitar empat hingga enam auns setiap kali minum sebelum tidur kekeyangan.
“Dulu masa dengan Nayla, bila dia minum susu sekejap je dah tidur. Anak lelaki ni, tak berhenti-henti. Bila nak kenyang dik,” katanya berseloroh.
Malah melalui perkongsian Ayda di Insta Story, setiap kali anak keduanya, Aali Mateen bangun, dia akan minum susu empat hingga enam oz dan kemudiannya tidur semula.
Malah Ayda juga bimbang stok perahan susu buat anak keduanya tidak mencukupi memandangkan anaknya cukup kuat minum susu.
Ayda bagaimana pun tetap menyusu secara terus demi membuatkan anaknya kenyang sebelum tidur semula.
Paling menarik perhatian pastinya gaya ibu anak dua ini berkongsi cerita mengenai kisah Aali Mateen yang kuat minum susu.
Ayda kelihatan ceria dan begitu bersemangat untuk meneruskan penyusuannya. Sudah semestinya dipuji ramai kerana terus berusaha untuk terus menyusukan anak lelakinya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.