Tisu bahu koyak, muntah, Hospital Istanbul maklum keadaan Ardell lemah. Pelakon Nadzmi Adhwa menerusi siaran langsung di media sosial berkongsi perkembangan terbaharu mengenai isterinya, Ardell Aryana, yang kini dirawat di sebuah hospital di Istanbul.
Tisu Bahu Koyak, Muntah
Menurut Nadzmi, pihak hospital memaklumkan bahawa keadaan Ardell bukan sekadar mengalami tekanan darah rendah seperti yang dilaporkan sebelum ini, tetapi lebih serius daripada itu.
Hospital Istanbul Maklum Keadaan Ardell Lemah
“Saya menerima panggilan daripada hospital di Istanbul. Mereka beritahu keadaan Ardell agak lemah selepas melalui tempoh tahanan di penjara tentera Israel beberapa hari lalu,” katanya.
Ads
View on Threads
Jelas Nadzmi lagi, hasil pemeriksaan mendapati tisu bahu isterinya terkoyak dan beliau turut beberapa kali mengalami muntah hingga menyebabkan keadaannya semakin lemah.
Ads
“Katanya, tisu bahu Ardell terkoyak, malah beberapa kali muntah hingga mengakibatkan keadaannya lemah,” ujarnya.
Perkongsian itu menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan orang ramai yang mengikuti perkembangan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). Namun, dalam masa yang sama, ramai mendoakan agar Ardell segera pulih dan diberikan kekuatan untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Tragedi Air India, mangsa tunggal terselamat terkilan tak dapat selamatkan abang. “Ia benar-benar satu keajaiban saya masih bernyawa,” luah Vishwash Ramesh, 35, mangsa tunggal yang selamat dalam nahas pesawat Air India minggu lalu yang meragut 280 nyawa.
Namun, di sebalik keajaiban itu, Vishwash berkata, dia kini dihantui perasaan bersalah seumur hidup kerana gagal menyelamatkan abangnya, Ajaykumar Ramesh, 40, yang turut berada dalam pesawat malang itu.
Menurut Vishwash, sebelum penerbangan, dia sudah berusaha mendapatkan dua tempat duduk bersebelahan di baris ke-11 berhampiran pintu kecemasan. Namun, hanya satu kerusi sahaja yang masih kosong.
Dia akhirnya duduk di tempat 11A, sementara Ajay terpaksa duduk di seberang laluan, di kerusi 11J, perbezaan posisi yang menentukan nasib hidup dan mati.
“Saya cuba duduk di sebelah Ajay, tapi kerusi itu sudah diisi orang lain. Kalau kami dapat duduk bersebelahan, mungkin kami berdua selamat,” katanya sebak.
Dalam tragedi menyayat hati itu, Vishwash berjaya menyelamatkan diri dengan merangkak keluar melalui lubang di badan pesawat Boeing 787 Dreamliner yang remuk selepas nahas. Dia adalah salah seorang daripada ratusan penumpang dan kru penerbangan AI 171 yang berlepas dari Ahmedabad menuju London sebelum pesawat itu terhempas sebaik sahaja berlepas, Khamis lalu.
Mengimbas detik cemas itu, Vishwash berkata pesawat kelihatan gagal mencapai ketinggian yang sepatutnya, lampu berkelip-kelip dan dia dapat merasakan pesawat seolah-olah tersangkut di udara. Beberapa saat selepas itu, pesawat meluncur laju lalu merempuh sebuah bangunan sebelum meletup.
“Semuanya berlaku di depan mata saya. Saya sangka itulah pengakhiran hidup saya… tetapi apabila saya buka mata, saya masih hidup,” ceritanya.
Dalam keadaan keliru, Vishwash membuka tali pinggang keselamatan dan melihat sekelilingnya yang penuh mayat dan mangsa yang parah. Dia menendang serpihan badan pesawat untuk mencari jalan keluar.
“Saya sendiri tidak tahu bagaimana saya masih hidup,” katanya yang sempat keluar dari bangkai pesawat sebelum ia terbakar dan api marak menjilat sebuah asrama berdekatan yang menempatkan lebih 100 pelajar perubatan dan staf.
Lebih memilukan, Vishwash sempat cuba masuk semula ke dalam pesawat untuk mencari abangnya, namun pasukan penyelamat menghalangnya dan segera membawa dia ke hospital.
Dia dirawat selama lima hari di Hospital Awam berdekatan lokasi kejadian dan turut menerima lawatan khas daripada Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Pada Selasa lalu, Vishwash akhirnya pulang ke kampung halamannya di Diu untuk berehat bersama ibu bapanya, Bava dan Manibhai, isterinya Hiral serta anak lelaki mereka yang berusia empat tahun.
“Saya rasa saya tidak layak untuk terus hidup,” katanya dalam nada penuh penyesalan kepada rakan-rakan.
Keluarga Vishwash menjalankan perniagaan bot nelayan di Diu, warisan turun-temurun daripada ayah mereka. Biasanya, apabila musim tengkujuh bermula pada bulan Jun, aktiviti menangkap ikan dihentikan dan Vishwash serta Ajay akan pulang ke United Kingdom, tempat mereka tinggal di Leicester.
Ketika insiden berlaku, kedua-dua mereka baru sahaja menaiki penerbangan sekitar jam 1 petang, teruja untuk kembali bertemu keluarga di UK.
Namun, kini hanya Vishwash yang pulang, membawa luka batin yang tidak terubat. Suasana kampung turut dirundung duka apabila 14 lagi penduduk tempatan turut terkorban dalam nahas tersebut.
Jodoh beza umur 18 tahun – “Ada yang kata saya ‘gilakan’ harta sebab kahwin wanita berusia.” Apatah lagi isteri seorang doktor dan juga anak orang berada.
“Dituduh kahwin sebab harta, tapi saya pilih kerana keperibadiannya. Hakikatnya, saya tak cari pasangan berdasarkan rupa atau harta tapi semua aspek, paling penting keperibadiannya,” kata usahawan tudung, Mohd Shahril Tuah atau lebih dikenali sebagai Aril.
Nama Aril, 38, menjadi sebutan ramai di TikTok apabila sering memuat naik video siaran langsung bersama isteri tersayang, Dr Zahida Datuk Mohamad Zahudi, 56. Aksi spontan mereka yang santai dan mesra sebagai pasangan suami isteri sering membuatkan ramai penonton tersentuh dan kagum, lebih-lebih lagi dengan perbezaan usia yang agak ketara iaitu 18 tahun.
Menurut Aril, dia dan isterinya sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga dan bersyukur kerana ikatan perkahwinan itu kekal utuh hingga hari ini. Bekas wardar penjara dan pramugara ini berkata, pertemuan mereka bermula secara tidak dirancang ketika dia menemani ibunya mendapatkan rawatan di klinik milik Dr Zahida.
“Kami masih ‘old school’ (cara lama) iaitu kenal secara fizikal selepas jumpa depan-depan.
“Kali pertama jumpa isteri waktu bawa emak datang berubat di kliniknya, di situlah permulaan kami berkenalan.
“Saya nampak kelembutannya (isteri) selepas lihat cara dia terangkan dan beri nasihat kepada emak mengenai kesihatan jadi itu yang membuatkan saya tertarik,” katanya.
Dari situlah bibit perkenalan bermula. Ketika itu, masing-masing membawa kisah luka – Aril baru putus tunang, manakala Dr Zahida pula kehilangan suami tersayang.
“Waktu itu, dia baru kehilangan suami yang kembali ke Rahmatullah manakala saya pula baru putus tunang.
“Bila berkawan, nampak peribadi isteri yang baik, matang, kemas dan disiplin… paling suka dan banyak belajar dengannya adalah sikapnya yang tidak berprasangka buruk dengan orang lain.
“Dalam tempoh perkenalan, kami tunjukkan keikhlasan dalam perhubungan dengan ahli keluarga masing-masing dan syukur dapat restu kedua belah keluarga untuk berkahwin selepas tiga tahun berkawan,” ujar Aril yang berasal dari Kuching, Sarawak.
Bagi Aril, apa yang paling dihargainya sepanjang lebih sedekad hidup bersama isterinya adalah ketenangan yang wujud dalam rumah tangga mereka.
“Nikmat yang saya syukuri sejak berkahwin dengan isteri adalah ketenangan dalam rumah tangga disebabkan keperibadiannya.
“Terima kasih banyak sebab ada dengan honey (nama panggilan) waktu susah senang dan jatuh bangun termasuk ketika fasa tak diterima orang luar hingga masuk ke dunia ‘content creator’ (pencipta kandungan).
“Kalau ada pun yang kata tak baik, saya maafkan dan doakan semoga Allah SWT buka hati untuk terima dengan tenang. Semoga mereka jadi husnudzon,” katanya lagi.
Sementara itu, Dr Zahida mengakui tidak pernah menyangka akan kembali berkahwin selepas hidup sendirian selama tiga tahun. Sebelum itu, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang lebih tua enam tahun, namun menjadi balu selepas sembilan tahun perkahwinan.
“Waktu kahwin, saya berusia 45 tahun dan dia (suami) 27, tapi fikirannya tak macam budak-budak kerana saya yang lebih kebudak-budakan.
“Cara dia cakap pun teratur, tak ada borak kosong dan boleh diajak bersembang. Kami berdua tak terlalu mencuba nak tarik perhatian satu sama lain tapi cuba cari titik tengah supaya dapat bertolak ansur.
“Walaupun dia lebih muda, saya tetap anggap dia suami, kena hormat, terima apa dia tegur dan bukan fikir nak menang kerana saya pun ada banyak kekurangan.
“Tapi suami banyak bimbing terutama dalam soal agama kerana dia lebih arif.
“Apa yang penting kena jujur dengan satu sama lain dan semoga kami berbahagia di dunia hingga akhirat,” katanya yang sudah hampir tiga dekad berkhidmat sebagai doktor.
Pasangan ini membuktikan bahawa perbezaan usia bukanlah penghalang kepada kebahagiaan jika ada keikhlasan, saling menghormati dan pengertian dalam rumah tangga.
Benarkah kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) membebankan murid? Ini luahan segelintir ibu bapa yang meluahkan rasa prihatin mereka pada anak-anak setiap hari. Bimbang anak kepenatan dengan jadual persekolahan pagi dan petang.
Walhal inilah satu-satunya jalan ilmu bagi anak-anak kecil kita memahami agama Islam dan memperkukuhkan akidah anak. Tambah pula kita sebagai ibu bapa kurang ilmu untuk memperkuatkan anak-anak dengan ajaran ilmu agama ini di rumah.
Seorang gula meluahkan rasa kesalnya dengan rungutan ibu bapa malah khairan dengan segelintir ibu bapa yang mendakwa Kafa tidak relevan dan memberi tekanan kepada anak-anak.
“Kafa dah wujud bertahun-tahun, bukan dua, tiga tahun. Kenapa sekarang ada yang kata tempat ni memberi stress?
“Ada yang kata, tak perlu masuk Kafa lagi, mereka masih kanak-kanak. Biarkan mereka berseronok. Biarkan mereka bermain.
“Kalau kerajaan rasa Kafa ini tak bagus atau tak perlu, mungkin dari dulu lagi dah tak wujud atau tak relevan,” katanya lagi.
Kafa, tambah ilmu dan memori indah buat wargamaya.
Tambahnya lagi, biarpun sarat dengan ilmu namun memori bersama kawan-kawan ketika mengikuti kelas Kafa meninggalkan kesan yang mendalam buat anak-anak dan ini diakui sendiri oleh wargamaya.
“Kafa cuma tempat di mana anak-anak boleh menambah ilmu. Mereka tidak akan hilang zaman kanak-kanak kalau masuk Kafa.
“Penat? Itu biasa. Bermain pun penat. Cuma pastikan mereka dapat rehat yang secukupnya. Insyallah mereka okay.
“Mereka tetap kanak-kanak tak kira apa kelas yang mereka sertai. Kalau rasa anak tak suka dengan kelas tersebut, cuba cari kelas lain,” katanya lagi.
Hal ini turut disokong oleh wargamaya yang turut mengakui Kafa sebagai tempat yang penat dengan aktiviti tetapi meninggalkan pelbagai memori bersama rakan-rakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isu bawa anak naik stroller di tempat sesak mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang mengecam tindakan ibu bapa, namun ramai tampil mempertahankan mereka.