Pengakuan mangsa tunggal terselamat nahas pesawat Air India – “Saya terus bangun dan lari.” Dalam insiden tragis melibatkan sebuah pesawat Air India yang terhempas di Ahmedabad pada Khamis, seorang penumpang warga Britain terselamat walaupun 241 yang lain terkorban dalam kejadian tersebut.
Pengakuan Mangsa Tunggal Terselamat Nahas Pesawat Air India – “Saya Terus Bangun Dan Lari”
Ramesh Vishwaskumar, duduk di tempat bernombor 11A, menceritakan detik-detik mencemaskan itu sambil masih dalam keadaan trauma dan luka.
“Dalam 30 saat selepas pesawat berlepas, saya dengar satu bunyi kuat.
“Mayat ada di sekeliling saya. Saya jadi panik. Saya terus bangun dan lari. Serpihan pesawat bersepah di merata tempat,” katanya kepada wartawan tempatan yang mengerumuninya, dalam keadaan terkejut.
Ramesh mengalami kecederaan pada dada, mata dan kaki akibat hentakan, namun keajaiban menyebelahinya.
Ads
Pesawat Air India terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad. – FOTO REUTERS
Menurut saksi dan rakaman video yang kini tular di media sosial, Ramesh kelihatan berjalan dalam keadaan lemah dengan pakaian koyak dan darah membasahi wajahnya. Dia mengalami kecederaan di bahagian dada, kaki dan mata, namun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan perubatan.
Ramesh, yang berasal dari India tetapi sudah dua dekad menetap di London bersama isteri dan anaknya, kembali ke tanah air untuk kunjungan keluarga yang singkat. Malangnya, pertemuan itu bertukar menjadi pengalaman ngeri yang akan dikenang seumur hidup.
Serpihan pesawat Boeing 787 Dreamliner di tapak pesawat Air India yang terhempas di Ahmedabad. – Foto REUTERS
Namun penderitaannya tidak berakhir di situ. Abangnya, Ajay Vishwaskumar, yang turut menaiki penerbangan sama, masih belum ditemui. Dua rakan rapat Ramesh telah bergegas ke Ahmedabad untuk membantu pencarian Ajay, berharap ada satu lagi keajaiban yang akan berlaku.
“Kami tidak tahu perkembangan terkini. Situasi di sana sangat kelam-kabut. Fokus mereka sekarang hanyalah untuk mencari abangnya,” ujar seorang jiran keluarga kepada pihak media.
Ads
Ramesh kini menerima rawatan di hospital, dan walaupun kecederaannya tidak mengancam nyawa, pakar perubatan menjangkakan masa yang panjang diperlukan untuk merawat kesan trauma yang dialaminya.
Seorang bayi kepada ibu yang tular kerana meninggal dunia dalam dalam dakapan suaminya sebaik selesai menyusukan anaknya kini menemui ibu susuan yang baru.
Difahamkan wakil keluarga wanita berkenaan meminta bantuan mana-mana wanita untuk menyusukan anak itu.
Namun, siapa sangka bayi itu menerima susu daripada seorang wanita yang juga baru kehilangan anak dikenali Khairul Handzalah Sufi Khairul Azwan, empat bulan, selepas ditemukan tidak sedarkan ketika berada di sebuah taska dekat Bandar Saujana Putra, baru-baru ini.
Perkongsian itu dikongsikan oleh wanita berkenaan menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, semalam.
Menerusi perkongsian itu, ibu kepada bayi Handzalah, Sri Wahyuni Rahman, 28, memaklumkan keluarganya dan keluarga bayi yang kehilangan ibu itu telah dipertemukan.
Maklumnya, bayi Faleeq itu telah menerima susu daripadanya yang juga baru kehilangan anak.
Ibu bayi Handzalah Sufi yang meninggal di taska baru-baru ini kini menjadi ibu susuan Baby Faleeq.
“Alhamdulillah, Allah pertemukan kami. Faleeq baru kehilangan ibunya yang meninggal dunia dalam tidur. Susu Handzalah kini milik Faleeq.
“Percaturan Allah. Ibu doakan semoga awak membesar menjadi anak yang soleh dan patuh, ya. Comel dia. Muka pun nak sama dengan Handzalah,” tulis Sri Wahyuni Rahman dengan menyertakan gambar suaminya bersama bapa bayi Faleeq.
Terdahulu, kisah seorang ibu muda yang meninggal dunia dalam pelukan suami ketika tidur benar-benar meruntun hati ramai.
Sementara itu, ibu kepada bayi lelaki, Khairul Handzalah Sufi iaitu Yuni Rahman menuntut keadilan buat anak keduanya yang meninggal dunia tanpa diberitahu sebab atau punca secara terperinci oleh pihak taska.
Main mercun bola, abang parah, adik cedera. Dua beradik lelaki berusia empat dan tujuh tahun mengalami kecederaan selepas dipercayai bermain mercun bola dalam kejadian yang berlaku di Kampung Baru, Kuala Nerang, pada malam Selasa.
Main Mercun Bola, Abang Parah, Adik Cedera
Kejadian yang berlaku sekitar jam 8.15 malam itu dipercayai berpunca apabila kedua-dua kanak-kanak tersebut memperoleh mercun berkenaan daripada rakan sekampung mereka sebelum bermain di luar rumah tanpa pengetahuan ibu bapa.
Difahamkan, insiden pertama membabitkan mercun yang dilaporkan berlaku di Kedah sepanjang bulan Ramadan ini menyebabkan si abang mengalami kecederaan parah, manakala adiknya turut tercedera.
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintenden Abdull Razak Osman, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 1.32 pagi selepas pihak perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar memaklumkan perkara itu.
Kedua-dua mangsa dikejarkan ke zon merah HSB sekitar jam 9.30 malam untuk mendapatkan rawatan segera.
“Berdasarkan siasatan awal, ibu mangsa hanya menyedari kejadian tersebut selepas terdengar bunyi letupan kuat. Beliau segera berlari keluar dan mendapati kedua-dua anaknya mengalami kecederaan.
“Ketika kejadian berlaku, bapa mangsa tiada di rumah,”** katanya dalam satu kenyataan pada hari Rabu.
Menurut Abdull Razak, kanak-kanak berusia tujuh tahun mengalami kecederaan serius dan kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HSB.
Berikutan kejadian itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sekiranya disabitkan kesalahan, individu yang memiliki bahan letupan secara haram boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun.
Selain itu, mana-mana individu yang didapati cuai sehingga membahayakan kanak-kanak boleh dikenakan denda maksimum RM50,000, hukuman penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Tular perkongsian sebuah video berdurasi dua minit memaparkan seorang bapa memberikan beberapa dokumen hibah kepada anak-anak yang beratur untuk bersalaman di hari raya baru-baru ni.
Pemilik TikTok arrizqindental mengucapkan kasihpad kea ibu bapanya yang mempunyai prinsip hidup walaupun tidak mempunyai pelajaran tinggi.
Namun bertindak bijak dengan menghibahkan hartanterimaya kepada anak-anaknya demi mengelak sebarang rasa tak puas hati dikalangan anak-anak apabila ketiadaannya nanti.
“Terima kasih ayoh Terima kasih mek. Ayah ni seorg berpandangan jauh, walau tak belajar tinggi, hanya lah seorang petani sejak dari muda lagi tapi berjaya membesarkan kami lapan beradik.”
“Dia tahu jika suatu hari nanti bila dia tiada dia tak mau anak-anaknya bergaduh berebut harta, jadi dia ambil keputusan menghibahkan semua harta nya kpd anak-anak. Allahuakbar ayoh ku,” tulisnya di ruangan kapsyen.
NETIZEN LUAH KAGUM
Dalam itu meninjua di ruagan komen rata-rata memberikan komen yang menyentuh hati. Malah meluahkan rasa bangga melihat usaha yang dilakukan oleh si ayah.
“Sama dengan my dad… sangat berpandangan jauh.”
“Alhamdulillah..Ibu bapa yg patut dicontohi..”
“Sangat-sangat bijak. Sebab memang betul harta boleh buat gaduh adik bradik.”
@arrizqindental Terima kasih ayoh Terima kasih mek 😭 Ayoh ni seorg berpandangan jauh, walau x belajar tinggi, hanya lah seorg petani sejak dari muda lagi tapi berjaya membesarkan kami 8 beradik.Dia tahu jika suatu hari nanti bila dia tiada dia tak mau anak-anaknya bergaduh berebut harta, jadi dia ambil keputusan menghibahkan semua harta nya kpd anak2.Allahuakbar ayoh ku😭😭fypシ゚ #hibahbersyarat#wasiyyahshoppe♬ original sound – Dr GTR – arrizqindental
Che Ta bukan mak mentua cerewet - "Nanti menantu takut nak balik rumah kita." Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.