Asalnya nak mencari rezeki di negara orang, tapi apakan daya rupanya tertipu mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar apabila dipaksa makan daging babi, tikus dan ayam yang tidak halal, selain turut diancam menggunakan cota elektrik.

Itulah yang diceritakan oleh pemuda berusia 2 tahun, Mohamad Farhan Azman memetik laporan dari Berita Harian yang turut mengakui sering dipukul sekiranya cuba melawan selama 4 bulan sewaktu dalam cengkaman sendiket penipuan tersebut.

Dia yang berjaya melarikan diri menjelaskan bahawa apa yang dilalui turut dirasai 15 lagi warganegara Malaysia di sana yang menjadi mangsa sama sepertinya.

Lebih menyedihkan, mangsa dari kalangan wanita bawah umur turut dijadikan hamba seks anggota sindiket yang disertai kumpulan lelaki berpakaian ala askar dan bersenjatakan M-16 serta raifal.

“Saya tidak tahu apa nasib kawan-kawan lain sekarang (yang masih dalam tahanan sindiket)…ketika bekerja di bangunan setinggi empat tingkat dan dipagari tembok berkawat besi itu, keadaannya tak ubah seperti penjara, dengan satu sahaja jalan keluar dan masuk.
Kami rata-rata berusia antara 18 hingga 26 tahun tak boleh melarikan diri dan sentiasa dikawal rapi 24 jam oleh lelaki bersenjata dan berpakaian askar,” katanya.

Dia juga menceritakan bagaimana perjalanannya yang bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan tiba di Bangkok pada 13 September tahun lalu sebelum bergerak menaiki pacuan 4 roda menuju ke sempadan Thailand-Myammar.

“Ketika itu kami sudah mula syak, malah ada yang cakap kami sudah kena jual.

IKLAN

“Sebaik di sungai itu, sekumpulan lelaki berkain pelikat menyerbu kenderaan kami dengan muka bengis, mengangkat beg kami dan menyuruh kami menaiki bot.

“Selepas 20 minit, kami tiba di sebuah kawasan dengan disambut ramai lelaki berpakaian askar dan bersenjata yang menyuruh kami mengikut mereka menaiki kenderaan pacuan empat roda.

“Dalam setiap kenderaan itu, ada lapan orang termasuk dua ‘askar’ bersenjata dan semuanya lebih tiga kenderaan,” katanya.

Ujar Farhan lagi, dia telah bertindak sebagai ‘scammer’ untuk mencari mangsa di Eropah dengan menawarkan produk harga murah sebelum ‘mengeringkan’ akaun mangsa yang menekan link palsu dari sindiket.

“Kami bekerja sebagai ‘scammer’ untuk mencari mangsa dari negara Eropah dengan menjual apa-apa produk yang sangat murah.

IKLAN

“Selepas mangsa membuat transaksi dalam talian pada ‘ link’ palsu yang diberikan, selepas sindiket mula ‘mengeringkan’ akaun bank mangsa,” katanya.

Tragis! Niat Cari Rezeki Di Negara Orang Rupanya Terpedaya Jadi Mangsa Sindiket “Dipaksa Makan Daging…”

Sebenarnya, sebelum terjebak sebagai mangsa sindiket tersebut, pemuda berkenaan telah ditawarkan pekerjaan sebagai pengemas hotel di Singapura dengan gaji agak lumayan.

IKLAN

Mereka juga dijanjikan wang poket sewaktu tiba di Bangkok, namun semuanya berubah.

Untuk rekod, Farhan merupakan antara 6 rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan dari sindiket penipuan sekitar Disember tahun lalu dan dibawa pulang atas bantuan kedutaan Malaysia.

Dia dan beberapa lagi mangsa telah dipaksa bekerja lebih 15 jam dengan pelbagai tekanan mental dan fizikal oleh sindiket tersebut sehingga berjaya melarikan diri serta mendapatkan bantuan bagi pulang ke Tanah Air.

Sumber: Berita Harian

https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI