Sekarang ni dah jadi hobi dah orang menghias rumah, tak kira la dari bajet yang murah sehingga boleh mengikut kemampuan diri.
Macam rakan kita ni, puan Norpadilah Binti Afandi buat hiasan dinding hanya menggunakan barangan dari kedai Eco sahaja, tapi hasilnya sangat memuaskan hati! Yang mana tengah rajin untuk menghias dalam rumah tu, boleh la ikut cara ni. Jom cuba!
Masih viral ke lidah jinny ni😚 kita share sikit nk buat planter simple2 je untuk indoor…x susah nak cari bahan, semua ada je kat ecoshop…pokok tu je duk kt nursery😆
1. Cutting board ecoshop
2. Pasu tin ecoshop
3. Spray paint
4. Skru
5. Kain guni utk ribbon ( addition )
6. Opkos pokok tu dgn pasu dia☺️
Cara-caranya :
Cat guna spray paint
Ads
2. Skru kat cutting board pasu tu ( jgn lupa tebuk dulu lubang guna pisau eh…baru skru )
3. Nak cantik, boleh buat hiasan Ribbon kain guni ( addition je ).
Ads
4. Gam guna hotglue gun
Ads
5. Pasu asal kita guna, biar senang nak tukar2 bunga nnti..pasu tu tinggi sikit jadi pandai2 la gunting ikut saiz.
Kesibukan dengan urusan kerja kadang kala menyebabkan ibu-ibu tidak punya waktu untuk fokus kepada kebersihan rumah. Adakalanya kita hanya menunggu hujung minggu untuk berbuat demikian baik membersih, mencantik dan mewangikan rumah daripada sebarang habuk dan kotoran.
Waktu inilah sahaja yang ada, itupun jika tiada sebarang temu janji atau majlis yang perlu dihadiri. Namun dalam kesibukan itu ada petua mudah untuk anda praktikkan bagi memastikan rumah terjaga cantik malah sentiasa wangi.
Begitu pun, jika anda sudah mempunyai anak remaja, tidak salah andai sesekali meminta mereka membantu mengemas rumah atau sekadar menyapu habuk atau sampah. Begitu juga dengan suami, kenalah ringan tulang membantu anda bukan!
Sebelum itu, jom semak 4 langkah mudah ini untuk memastikan kediaman anda dalam keadaan kemas dan cantik.
1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kai. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau sebut daun pandan, selalu sangat kita kaitkan dengan naikkan aroma makanan. Sedapkan nasi lemak atau bancuhan air sirap kenduri, wajib ada daun yang satu ni.
Jarang pula kita dengar daun pandan boleh segarkan muka, apa lagi redakan jerawat? Ya itulah kelebihan daun yang satu ini.
Jangan tak tahu, daun pandan juga mampu menyegarkan tubuh badan. Buatkan air rebusannya dan amalkan minum ketika suam. Kali ini jom cuba daun pandan sebagai masker pula. Muka pun cantik, jerawat pun hilang. Jom cuba.
Bahan Masker
/2 sudu teh air perahan daun pandan
1/2 sudu teh madu asli
1 biji pisang
1/4 sudu teh minyak zaitun
1/2 biji limau nipis
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati dan biarkan selama kurang lebih 5 minit.
2. Masukan minyak zaitun ke dalam campuran.
petua ni.
Cara menggunakannya:
Sapukan masker ini pada wajah dan leher. Gunakan masker ini 2 kali seminggu.
Sumber : Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada orang kata, kalau seseorang wanita itu pandai jaga kesihatan dalamannya, maka cantiknya akan terlihat dengan sendirinya. Nak jaga kecantikan biarlah selari, cantik luar dan cantik dalam. Jadi apa cara kita boleh lakukannya?
Mungkin ada yang amalkan pengambilan makanan yang sihat dan tidak kurang juga ada yang amalkan jamu dan ulam-ulaman. Malah melalui perkongsian daripada Syikin Gillis di media sosial, dirinya lebih selesa mengamalkan minuman herba ini untuk menjaga kecantikan dalaman dan luarannya.
Untuk itu, jom kita ketahui ramuan untuk menyediakan minuman herba ini.
AIR REBUSAN TERBAIK UNTUK KECANTIKAN DALAMAN & LUARAN
Bahan-bahan :
2 biji lemon
6-8 batang serai
satu plastik kecik halba
halia 1 ketul besar
kunyit 3-5cm (boleh suaikan ikot kehendak)
gula batu
2 ½ botol air mineral.
Cara-cara:
2. Potong lemon dan perah ke dalam rebusan.
3. Campurkan semua sekali bahan kecuali gula batu dan reneh di atas dapur dengan api sederhana selama 30-45 minit.
4. Bila dah siap tapis dan simpan di dalam petis ais.
* melancarkan pencernaan @ masalah sembelit.
* mencuci buah pinggang usus dan organ dalaman
* senggugut, kembung sebu dan senak perut.
* angin dalam badan.
* kolestrol tinggi.
* menurunkan berat badan & mengempiskan perut.
* menjaga dalaman wanita ketat-rapat.
* mencegah kanser.
* menurunkan tekanan darah.
* sebagai diuretik, kejang otot, Batuk.
* meningkatkan metabolisme badan.
* membuang toksin dalam badan.
* mewangikan tubuh badan lelaki dan wanita.
* menguatkan jantung.
* merangsang rahim.
“Sebenarnya banyak lagi khasiat yang terdapat dalam air rebusan ni. Cik Gillis memang amalakan minum ni setiap hari. Coopp.!! Tapi halia yang direbus tu biasanya Cik Gillis x buang, kunyah ke makan. Sedap. Rasa pedas2 sikit. Badan pon rasa panas jea..”–Syikin
sumber : Syikin Gillis via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sheikh Muszaphar berkongsi cabaran membesarkan anak kembar Adam dan Noah yang mempunyai perkembangan berbeza sehingga berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan matematik.