Sekarang ini bila kita hidup di dalam norma baharu sudah menjadi kewajipan setiap kali kita berkunjung ke premis perlu scan QR Code, daftar di aplikasi Mysejahtera dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Mungkin ada yang belum tahu, sebenarnya QR Code ini bukan sahaja hanya boleh dibuat atau dimohon oleh pihak-pihak tertentu yang ingin mendaftar untuk premis perniagaan sahaja dan kita sebagai orang biasa juga boleh mendaftar untuk dapatkan QR Code tersebut.
Oleh itu sempena raya tak lama lagi, tak salah untuk kita sebagai tuan rumah menyediakan QR Code untuk ditampal di depan pintu bagi memudahkan sanak saudara yang berkunjung untuk scan sebelum masuk bertandang ke rumah kita.
Cara untuk daftar juga amatlah mudah dan menurut perkongsian Normazila Miela hanya dengan 6 langkah, QR Code dapat diadakan. Nak tahu detail ini panduannya.
Kepada rakan-rakan yang nak buat QRCode untuk raya/majlis kahwin/apa2 majlis/kedai makan/apa2 jenis kedai yang belum sign up QR CODE lagi.
Di sini, saya nak share cara macam mana nak sign up. Senang sangat tau
Dengan QR Code ni juga, kita dapat memudahkan tetamu nanti, nak datang majlis / kedai terus scan je dengan menggunakan sistem My sejahtera !
Kalau dah siap buat, tapi nak update lokasi atau nak dapatkan semula QR code tu, boleh klik link di step 1, klik LOGIN, masukkan password, dan boleh update semula details yang kita nak update.
Baru nak relaks di sofa sambil hilangkan penat seharian memasak dan mengmas tetapi tiba-tiba anak-anak bergaduh berebutkan barangan. Habis bersepah kembali barang mainan di sana dan di sini.
Belum ditambah jeritan dan pekikan anak-anak bergaduh. Naik pening dibuatnya lebih-lebih lagi dengan PdPR . Keletihan badan dan minda membuatkan ibu-ibu mudah naik angin. Yang jadi mangsa anak-anak.
Bayangkan jika setiap hari anak dimarahi kerana situasi ini, sudah tentu tidak baik untuk perkembangan emosi mereka.
Dalam satu perkongsian Dr. Siti Ujila Masuri, seorang pensyarah dan juga penulis buku keibubapaan sebelum ini pernah berkongsi tip membantu para ibu menangani situasi ini dengan betul.
“Sebagai manusia, emosi kita tidak menentu. Kadang balik rumah dengan kepala yang kusut, ‘bateri’ tenaga tinggal 10% dan perlu di ‘charge’ segera. Masalahnya baru saja nak charge, rumah sudah terlebih dahulu dilanda ribut taufan. Tuan-puan pun boleh teka apa yang jadi selepas itu.
“Dalam hidup ini, kita cuba melakukan yang terbaik dan bekerja keras namun terkadang kita lupa apakah sebenarnya yang kita inginkan. Jawapannya ada pada ayat ini yang sangat terkesan di hati:
““Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu” Surah Al Fajr ayat 27-30
“Ya Allah, bila baca ayat ini, seolahnya Allah beritahu “whatever you do, all you really want adalah jiwa yang tenang”.
“Jiwa yang apapun masalah yang datang dalam hidup, orang kata ‘dalam hati ada taman’. Subhanallah, rupanya Allah dah bagi jawapannya dalam Quran. Kita kerja keras, kita besarkan dan didik anak-anak, kita bersolat mengaji, kita bersilaturrahim, semuanya untuk kita mencapai satu pekara:
“Jiwa yang tenang. Hati yang redha dan diredhai. Izinkan saya berkongsi beberapa tip yang mungkin boleh digunakan. Tip yang saya amalkan dan alhamdulillah bonding saya dengan anak-anak kuat walaupun ada masanya saya jadi cikgu disiplin yang garang.
Cuba 5 Tip Ini
Saya percaya, tip ini bukan perkara baru. Sekadar satu perkongsian yang moga-moga bermanfaat buat saya dan para pembaca:
1. Peganglah jawapan yang Allah berikan itu saat kita melangkah kembali ke rumah selepas seharian bekerja. Katakan dalam hati: “I am going to see my loved ones. This is our happy moment“. Kalau boleh, tampal nota di mana-mana sebagai friendly reminder.
2. Happy moment bukan bermaksud kita tak marah anak. Jika kita perlu tegur kesalahannya, ia mesti dilakukan dan pastikan anak-anak sedar kesilapannya.
3. Tapi bila mood kita OK, ambillah peluang itu sehabis baik untuk katakan pada anak “Sayang mama kat kakak”. Sambil makan bersama atau tengok tv, peluk anak atau sesekali usap kepalanya sambil kita katakan “Sayang anak mama ni”.
Walaupun anak kita masih leka menonton tv saat itu, tapi sebenarnya kata-kata kita itu sampai ke hatinya hingga ia tahu yang ‘mama sayang saya’
4 Bila anak buat perkara yang baik yang menggembirakan kita walaupun sekadar menolong kita mengambil telefon di tingkat atas, pujilah dia sehabis baik “Baiknya anak mama ni, thank you sayang tolong mama. Good sayang. Mesti Allah sayang kakak kan sebab tolong mama ni” sambil picit pipinya yang comel atau hidungnya yang cute.
5. Carikan satu aktiviti yang kita boleh lakukan bersama dengan anak-anak yang boleh buat kita gelak-gelak bersama. Tanpa perlu keluarkan wang dan tanpa perlu keluar dari rumah.
Contohnya, saya dan anak-anak suka bermain ‘dinasour’ di mana saya akan jadi dinasour yang akan mengejar anak-anak sampai mereka berlari lintang pukang sambil ketawa tak kering gusi dibuatnya.
Saya suka sangat momen ini. Dapat buat 10 minit pun sudah cukup menggembirakan anak. Abahnya pula suka bermain ‘horse’. Abah duduk di kerusi, kemudian anak-anak duduk di kaki abah. Konon-konon masukkan duit syiling 50 sen, tiba-tiba horse bergerak (kaki abah) dan mereka punyalah suka (walaupun bergerak setempat).
Supaya, walaupun ada masanya kita marah…ada masanya kita kurang sabar melayan karenah anak-anak, tapi anak tahu yang kita sayangkan mereka. Kerana ada masanya kita tergelak bersama. Ada masanya kita memeluk dan memujinya.
Tip di atas adalah antara elemen dalam Teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku). Apabila kita melakukannya, secara automatik kita sendiri akan jadi mak ayah yang “full of love“. Kita yang terlebih dahulu akan menjadi ibu bapa yang mudah menunjukkan kasih sayang, hanya dengan satu teknik yang santai.
Berdepan dengan masalah rumah yang cepat berhabuk memang meletihkan memandangkan kita perlu kerap membersihkan habuk. Selain kita perlu rajin mengelap, mencuci dan sebagainya.
Sebenarnya tahukah anda semua ada satu cara yang lebih menyenangkan dan mudah untuk dilakukan bagi memastikan ruang rumah kurang berhabuk dan dalam masa yang sama udara menjadi lebih bersih?
Semua keistimewaan ini akan dapt anda rasai bila ada menanam sepasu dua pokok Snake Plant di dalam rumah. Menariknya juga tentang pokok ini, ia cukup tahan lasak dan mudah dijaga tanpa perlu penjagaan yang rumit.
Bahkan pokok ini juga tidak perlu disiram selalu, jadi memang mudah sangatlah menjaganya dan sekali gus ruang rumah kita juga akan kelihatan berseri dengan adanya tumbuhan hijau.
Untuk mengetahui lanjut kaedah menanam snake plant ini, ayuh kita baca perkongsian daripada puan Huda Zainal ini.
Snake Plant antara pokok hidup yang disenaraikan oleh NASA yang mampu singkirkan toksid dan bahan cemar bawaan udara di dalam rumah. Yang paling best semenjak ada Snake Plant atas rak. Rak dah kurang berhabuk. Kalau tak dulu setiap 2 hari nak kena lap habuk.
Snake Plant juga antara pokok yang disebut “Hard To Kill”. Sesuai sangatlah untuk yang baru nak berjinak deco rumah dengan pokok hidup. Yang terasa diri tangan panas atau black hand pun boleh cuba tanam Snake Plant.
Kali ni bonda nak kongsi cara, macam mana nak pindahkan Snake Plant ke pasu yang lebih kecil dan sesuai untuk dalam rumah.
Cara-caranya :
Step 1 : Pokok ni ambil dekat rumah mak. Dah tak ada pasu. Kalau tak tau mana nak dapat, pergilah singgah nursery pokok. Sepasu snake plant RM15 dah boleh dapat.
Step 2 : Mana bahagian akar terkeluar macam dalam gambar potong je akarnya.
Step 3 : Ni hasil yang potong dengan akar.
Ekstra Info : Tak dapat akar, potong daun. Bahagian bawah potong menyerong. Potong menyerong supaya lebih permukaan pada hujung batang daun. Senang nak serap air dan nutrien bila dah cucuk dalam tanam.
Step 4 : Tutup lubang dengan surat khabar.
Step 5 : Masukkan tanah 3/4 penuh.
Step 6 : Daun yang dah potong tadi. Cucuk-cucuk je dalam tanah. Ikutlah krativiti tangan masing-masing. Janji cucuk daun tu tak tumbang.
Dah siap cucuk. Bawa masuk dalam rumah. Alas pasu dengan alas. Nak elak kalau terover siram, air tak lah meleleh atas rak tu.
Ekstra info : Tapi pokok ni tak siram 2 minggu pun dia boleh hidup lagi. Snake plant tak suka air banyak. Jadi siram tu sekadar bagi tanah lembap sudahlah.
Rasullulah SAW diutuskan kepada umat manusia bukanlah hanya untuk membimbing orang Islam tetapu semua makhluk yang bernama manusia. Baginda adalah orang yang bijaksana dalam berkata-kata dan segala apa yang dikatakan baginda adalah benar belaka.
Pada diri Rasullullah terdapat suri tauladan terbaik dari semua manusia. tutur katanya, prilakunya, kebjaksanaannya, dan semua yang ada padanya itu membawa kebaikan dan contoh bagi kita semua.
7 nasihat Rasullulah SAW kepada umat akhir zaman yang harus kita sentiasa ingati agar diri tidak terkeluar dari landasannya adalah :
1. Cintai orang miskin dan mendekatlah kepadanya.
2. Pandanglah orang yang dibawahmu dan jangan memandang orang yang di atasmu.
3. Sambung tali silaturahim walau orang itu berpaling darimu.
4. Jangan meminta sesuatu kepada sesiapapun.
5. Katakanlah kebenaran walaupun pahit.
6. Jangan menghadapi celaan pencela dalam membela agama Allah
7. Dan perbanyakan bacaan ‘Laa Haula Wa Laa Quwwata Illa Billah’