Siapa yang tak kenal dengan pemilikpemilik rangkaian pasa rraya besar Mydin, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, seorang yang humble dan disayangi oleh pekerjanya.
Muat naik terbaru di Instagram rasmi Mydin Malaysia memaparkan video staff Mydin berpakat dengan isteri beliau, Datin Dr Siti Hawa untuk membuat prank sempena hari jadinya.
Tidak dinafikan ada antara punca kita agak susah nak menabung adalah bebanan kos hidup yang meningkat.
Nak menabung ini memang agak sukar tapi kena displin. Selain simpan di bank, boleh je lebihan duit belanja harian tu kita simpan di tempat tertentu atau ‘tempat rahsia.
Tak kisah lah seringgit atau lebih, asalkan setiap hari atau minggu ada untuk disimpan dalam tabung.
Orang dulu-dulu memang terkenal dengan lokasi rahsia untuk menyimpan duit di rumah. Antara lokasi, dalam beras, tin kosong atau bawah tilam. Namun kini lokasi rahsia ni tetap digunapakai oleh kita. Ada juga ‘upgrade’ dengan menyimpan dalam kotak kasut atau dalam buku. Semua ni supaya untuk mengelak daripada ‘terpakai’ duit.
Bak kata perpatah, jika siki-sikit, lama-lama jadi bukit, apa salahnya kita cuba menyimpan tempat rahsia itu. Sekurangnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini duit simpanan ini boleh membantu dengan kadar segera. Namun cara rahsia ini hanya sesuai untuk jangka masa pendek supaya kita tak terlupa atau pun nak elakkan daripada duit rosak.
1) Celah buku
Rasanya ni paling ramai orang buat sebab tempat paling senang nak akses. Kalau ada buku yang dah habis atau jarang baca tu, bolehlah selitkan duit yang nak simpan dalam tu.
Cuma, kena ingatlah tajuk buku mana yang dah diletak duitnya. Takut lama-lama tinggal dalam buku kena makan pula dengan gegat yang suka duduk dalam buku macam ni!
2) Dalam dinding
Jangan tak tahu, ada orang memang simpan duit dalam dinding. Dulu-dulu sebab dinding kayu, jadi senang nak selit duit kat situ. Tapi kalau rumah batu pun boleh juga nak buat jadi tabung, agak-agak ada dinding yang kosong tengah-tengah tu, tebuk lah buat lubang masuk duit.
Satu saja persoalan dekat sini, agaknya bila boleh pecah dinding nak ambil duit tu balik? Mungkin masa nak ubahsuai rumah, untung-untung ada duit tambahan nak beli perabot baru.
3) Bawah lantai kayu
Sekarang ni bukan rumah kampung saja yang guna lantai kayu, rumah moden pun ramai yang pakai lantai kayu sebab nampak eksklusif tau.
Jadi, pada yang rasa nak guna cara ni, cari satu bahagian di lantai kayu tu yang boleh dicabut untuk letak duit simpanan. Kalau boleh biarlah tempat yang tersorok macam bawah sofa atau bawah katil.
4) Bawah atau dalam tilam
Anda boleh memilih sama ada nak simpan di bawah atau dalam tilam. Kalau guna tilam baru elok letak di bawah, sayang pula tilam tu nak digunting-guntingkan.
Jadi, anda hanya perlu alihkan saja bila-bila masa nak menyimpan. Tapi, kalau ada tilam lama, boleh buat ruang dan masukkan duit simpanan di belah dalam. Lagi besar tilam, lagi banyak lah duit boleh disimpan. Seronok pula rasa, macam harta karun!
5) Bekas simpan beras/ barang dapur
Yang ni kalau nak ikut memang kena bekas yang dah tak guna sebab takkan nak campur pula duit dengan barang dapur tu.
Bila dah ada bekas terus letak dekat tempat orang susah nak ambil atau nampak, nanti ada pula yang ingat nak ambil beras, sekali buka bekas ingat jumpa harta karun! Melepas orang yang menyimpan tu.
6) Laci pakaian dalam
Pelik tapi benar! Laci pakaian dalam memang ada orang guna untuk simpan duit sebabnya laci tu mana ada orang lain buka. Kita saja yang tahu ada apa dalam laci peribadi tu.
Kalau nenek kita dulu-dulu bukan setakat dalam laci, dalam pakaian dalam tu pun disimpannya duit. Kita tak cukup duit nak beli jajan, tiba-tiba nenek dah keluarkan duit dari dalam situ! Fuh, sekarang ada lagi ke?
7) Dalam pasu bunga
Pasu bunga ni boleh guna yang kosong atau pun yang jenis letak bunga palsu tu. Cumanya, pasu ni selalu jenis terbuka, jadi elok buatkan penutup supaya tak nampak duit yang disimpan tu. Bukan apa, takut ada yang tergoda bila nampak duit yang dah mula nak menimbun tu, tak sempat penuh satu pasu nanti!
8) Dalam kotak kasut
Lepas ni kalau beli kasut, jangan dibuang kotaknya tau. Anda boleh buka penutup kotak setiap kali nak simpan duit atau buat lubang masuk duit belah atas tu.
Kalau ada beberapa kotak lagi menarik sebab boleh labelkan tujuan duit simpanan dalam setiap kotak tu. Sama ada untuk kumpul wang pendahuluan, duit melancong, beli barang yang dah diidamkan, dan sebagainya.
9) Dalam tin makanan
Cara yang biasa dibuat adalah guna tin makanan sama ada tin biskut atau tin serbuk coklat. Cuma kena pastikan tin itu tidak berkarat dan lembap. Ada juga petua tidak boleh campurkan sekali duit syiling dan duit kertas dalam tin yang sama. Ia untuk elak duit menjadi rosak atau reput atau serangan anai-anai.
Apa yang pasti tempat rahsia untuk menyimpan duit di rumah ada kelebihannya apabila terdesak memerlukan wang, boleh segara ambil. Kelemahannya, tempat sebegini sesuai hanya untuk simpanan jangka masa pendek supaya kita tak terlupa atau pun nak elakkan daripada duit rosak.
Sumber:www.propertyguru.com.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menerusi akaun Instagram Berita Harian, telah dikongsikan gambar pertemuan semula antara Dato’ Awie dan anak-anaknya, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha selepas 8 tahun terpisah. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Dato’ Awie ketika malam gala filem, Sue-On baru-baru ini, Aidiladha kali ini sangat bermakna untuk Dato’ Awie.
Menurut laporan portal Berita Harian, Dato’ Awie berkumpul bersama anak-anaknya ini di sebuah hotel. Perjumpaan ini turut disertai oleh anak-anak Dato’ Awie yang lain iaitu Putri Aleeya Antasha, Putri Aleefa Antasha, Putra Ahmad Merrah dan juga isteri Dato’ Awie, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin.
Bekas isteri Dato’ Awie, Rozana Misbun juga turut sama bersama keluarga besar ini. Antara ungkapan yang ditulis oleh Dato’ Awie berbunyi ‘Terima kasih Allah kerana mendengar doa-doaku. Sekian lama terpisah akhirnya dapat aku bertemu dengan anak-anakku. Syukur Ya Allah’.
Dato’ Awie turut mengatakan anak-anaknya ini hartanya dunia akhirat dan berharap agar perjumpaan ini menjadi titik permulaan yang baik untuk semua. Sudah besar Rezzki dan Qasseh, cantik dan handsome sama seperti kakak-kakak dan abang mereka.
Pastinya rasa gembira yang Dato’ Awie rasanya kini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Impian untuk bersatu kembali bersama anak-anak dimakbulkan oleh Allah. Melihat kesemua anak-anak di hadapan mata, hanya Allah yang tahu betapa syukurnya Dato’ Awie atas nikmat ini.
Menerusi perkahwinan dengan Rozana pada 20 Jun 2005, mereka juga dikurniakan seorang lagi anak iaitu Merrah.Awie dan Rozana bercerai pada 1 November 2014 dan Merrah kini tinggal bersama Awie.
Awie juga memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan pertama dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha. Pada 7 Oktober 2016, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 2020.
Mulianya seorang ibu hingga doanya tiada hijab. Allah telah meletakkan seseorang ibu di peringkat yang paling tinggi doanya untuk dimakbulkan. Disebabkan itulah reda dan restu dari ibu sangat penting dalam kehidupan anak-anak.
Pun begitu, betapa ruginya kalau sebagai ibu tidak menggunakan kelebihan tersebut untuk sentiasa mendoakan mendoakan anak-anak. Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1) Doakan anak suka solat dan baca Al Quran.
2) Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3) Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4) Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5) Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6) Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7) Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8 ) Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9) Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
10) Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa kalian. Ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata. Tapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.