Menikmati hidangan kuih tradisi seperti bingka pandan, bingka labu atau pun bingka durian ini memang diakui begitu menyelerakan. Aroma dan rasanya cukup istimewa dan bila dibeli terasa tidak puas untuk dimakan.

Jadi ada baiknya anda buat sendiri, sekali bancuhan boleh dapat kuantiti yang banyak. Puas anak beranak makan.

Buat yang ingin mencuba, bolehlah jadikan resipi yang dikongsikan oleh Mamamemey Airish yang juga merupakan peniaga kuih ini sebagai panduan.

Ini perkongsiannya.

Assalamualaikum…
Semoga post ini dapat menjawab semua pertanyaan kesayangan di sini ya. Ini size acuan yang mak gunakan.

Nak Buat Bingka Pandan, Bingka Durian & Bingka Labu, Ni Resipi Dari Peniaga. Bila Buat Sendiri Barulah Puas Makan!

Jujurnya mak dah penat nak meniaga lagi…bkn sbb dah kaya tp anak² tak membenar kan…sesekali mak amik la jgk order sbb dah biasa banting tulang sejak muda kan, bila duduk sesaja bukan makin sihat pun…makin sakit-sakit badan lagi ada la…

Yg ni mak bg resepi bingka pandan, durian dan labu ye. You all buat la sendiri, lagi puas makan…kalau dah expert boleh amik order…mak halalkn resepi ni dunia akhirat, takyah nak mintak izin-izin lagi…kalu tak izin takder la nk post kat sini…baik simpan bawah ketiak jer.

Satu yang mak nak ingatkn , bingka resepi mak ni dia garing bahagian keliling dan atas jer tau…yang bahagian bawah tak garing sangat, tak tahu kenapa..tapi tetap sedap…(bagi mak laa)…so kalau sesiapa yang ada petua cara nak garingkan keseluruhan bingka ni, mohon la sudi berkongsi dengan kita semua kannn…mak selalu guna api bawah pulak untuk garingkan bahagian bawah tu, tu pun tak boleh  garing sepenuhnya jugak. Mungkin time bakar tu bingka tu melentik ke atas thus bahagian bawahnya tak jejak ke bumi.

Nak Buat Bingka Pandan, Bingka Durian & Bingka Labu, Ni Resipi Dari Peniaga. Bila Buat Sendiri Barulah Puas Makan!

Lagi satu peringatan supaya takder yang kecewa dan hampa, bingka ni akan ada lompong atau ruang antara kerak atas dengan isi bingka tu sendiri… Boleh tengok gambar ya…
Ok mak jual ni sebijik 90sen. Satu peket 5 ketui rm4.50.

Nak Buat Bingka Pandan, Bingka Durian & Bingka Labu, Ni Resipi Dari Peniaga. Bila Buat Sendiri Barulah Puas Makan!
Mahalnye….!!! Nak cepat kaya la tuuu…nak pi haji balik hari la tuuu…

Biar mak jelaskan kat sini, adunan untuk 5 ketul tu menyamai dengan sebuku bingka kemboja yang sebiji berharga rm6.50 tu ok. Kalau bulan Ramadhan mencecah rm7 kat sesetengah tempat di KL ni walau pun yang sudah dipanaskan beberapa kali. So murah ker mahal sebiji 90 sen tu, dengan casing dia lagi…semua nya berbayar ye, bukan kita boleh main jolok-jolok atau petik-petik atas pokok. Ook maaf, mungkin kasar bahasa mak ni tapi itu kenyataan yg mesti dijelaskan.

Bagi mereka yang sentiasa rajin bersedekah dalam berjualan, itu cerita lain. Bila kita letak harga sebenar, tak semestinya kita hati kering…kita hanya berkira tentang modal yang dikeluarkan untuk dinilai. Modal bukan sekadar bahan mentah saja tapi merangkumi eletrik, air, tenaga, masa untuk menyiapkan itu semua… Harap maklum.

Sifir Tentukan Harga

Ingat ya, sifir harga jualan ialah modal di darab dengan 3. Baru boleh rasa hasil titik peluh yang mengalir. Tapi itu untuk usahawan kecil macam mak ni. Kalu dah ada jenama tersohor dah tak darab 3 lagi dah…tapi org tak pernah bersungut untuk membayar kann…bangga lagi ada padahal dia terpaksa tolong bayar sekali sewa kedai dan segala perbelanjaan tauke besar tu dengan harga seketul ayam, sekeping daging, sebungkus nasi atau semangkok mi yang dia beli. Apa pun mak caya setiap dari kita masih tetap ada tolak ansurnya… bunyi jer mcm tegas dan garang tetap kita tak sekejam itu, betul tak…

Ok benti bebel. Nah resepi yg ditanya² tu…(ingat, ni bkn resepi terbaik ye. Banyak lagi yang boleh dibuat rujukan di luar sana).

BINGKA PANDAN
1 cawan air pandan – kisar 4-5 helai daun pandan ngan secawan air – tapis – ketepikan.
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah (molasses). Kalau suka manis boleh tambah gula pasir – ikut suka.
3 biji telur – mak guna grade A
2 cawan santan (1 cwn santan pekat + 1 cwn air paip)
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak sapi – mak guna QBB – boleh tukar marjerin/butter atau minyak masak jer tapi nanti jangan cakap banyak kalau aroma berbeza…
Minyak sapi/mentega/marjerin untuk sapu acuan
Bijan secukupnya

Cara :
Masukkan semua bahan diatas kecuali bijan ke dlm blender dan kisar sampai puashati – gula elok larut – nak tapis boleh tak tapis pun tak berdosa…kacau kejap batter atas api sampai naik wap, jangan pekat sangat kang jadi puding pulak.

Panaskan oven 170’C…sapu marjerin kat acuan, panaskan sebentar dalam oven. Pastu tuang bancuhan tadi penuh-penuh…tabur bijan dan bakar sampai keemasan macam dalam gambar tu.

Nak Buat Bingka Pandan, Bingka Durian & Bingka Labu, Ni Resipi Dari Peniaga. Bila Buat Sendiri Barulah Puas Makan!

Terpulang nak tahap garing mcm mana ya…bagi mak, 10 min terakhir tu mak tinggikan suhu ke 190′ untuk garingkn kerak tu…sebab itu yang jadi rebutan.

BINGKA DURIAN/LABU.
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah (molasses) – nak gula putih pun boleh.
1 cawan santan pekat.
1 cawan padat isi durian/labu lecek (rebus/kukus dulu)
2 1/2 cawan air
3 telur – mak guna A. B pun boleh.
2 sudu makan butter cair
1 sudu teh garam halus
Bijan – optional.

Cara Buat :
Gaul dan kisar semua bahan diatas daalm blender. Kacau atas api sampai naik wap.
Sama macam method buat bingka pandan diatas ye.
Cara bakar pun sama. Bijan tu ikut suka ler nak letak ker tak..kalu letak lagi cun. Biasanya bingka ini masak dalam 20 minit tapi 10 minit terakhir mak tinggikan suhu ke 190C sikit untuk tebalkankerak dia. Apa punbergnatung pada oven masing-masing.
Tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan ye.

Sumber : Mamamemey Airish

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI