Sawi jeruk homemade tidaklah susah hendak membuatnya. Hanya guna lima bahan sahaja. Bagi penggemar sawi jeruk, biasanya kita beli di pasar. Kadang-kala ragu-ragu juga mengenai status halal sawi jeruk ini, tahap kebersihan dan proses pembuatannya.
Sawi Jeruk Homemade
Sebenarnya anda boleh sahaja membuat sawi jeruk secara homemade. Buat sendiri tentunya lebih bersih dan diyakini halal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ija Honey ini. Pasti sedap!
RESIPI SAWI JERUK
Ini Cara Nak Buat, Hanya Guna Lima Bahan
Bahan-bahan:
1 kg sawi (Kai Choy)
Garam kasar secukupnya
Cara-cara membuat:
1.Potong sawi dan rendam sekejap untuk buang kotoran yang melekat pada sayur. Basuh dan toskan.
2. Lumur garam kasar pada seluruh kelopak sawi.
3. Bila semua kelopak sudah dilumur, letak sawi dalam bekas besar. Perap selama 4 jam.
Ads
4. Selepas 4 jam, basuh sawi dengan air bersih untuk membuang lebihan sisa garam kasar. Keringkan.
Biasanya makan di kedai berbanding bungkus ni, nikmat makan panas-panas tu memang power!
Namun buat yang teringin nak masak sendiri nasi kandar, ikuti resipi viral ni oleh peniaga, puan Ella Hussain memang padu masakannya siap bagi petua nak kuah jadi lebih pekat dan sedap!
haii hampaa…mai nk share resepi nasi kandaq padu cara ella buat..lama dah duk nk bg…tp tak dan nak edit bg… ni resepi ella duk niaga..in sya Allah paduu…😁 *ella guna serbuk kari jenama babas na.. *masak kari guna belanga jgn guna periuk…rasa dia tak kaw * kari yg sedap kena bg likat n masak kena 3 4 kali kering air(maksud bila kering tambah air…kering tambah air) 100% serbuk kari tk dak santan *kicap mudim merah ella guna
AYAM GORENG MAMAK-resepi 1 ekor ayam)
-blend bawang putih 1 labu+ halia 1inchi+1 kiub pati ayam mgge+telur sebiji -ayam cuci bersih n toskan…jgn berair ..ikot laa nk ptong berapa tapi kelar skit isi2 ayam to0 untuk bg masuk bahan perap dlm isi ayam to0 nnt.. -dah blend semua…masukkan dlam ayam yg di letak kan dlm besen, masukkan juga serbuk kari dging 2 sudu mnggunung,1 sudu serbuk kari ikan mnggunung,1sdu srbuk cabai,2 sudu mnggunung tepung jagung, satu sudu kecil serbuk lada putih, serbuk kunyit skit,garam,gula,aji,pasti sedap(yang ni agak2 laa yea…sya pakai letak ja..tk dak sukatan…garam jgn bnyk ..sbb serbuk kari dah masin..n daun kari.._rujuk kt pic ella bg_ -gaul semua n sebatikan…perap dlu 4@5 jam…then goreng..api kena panas n ayam kena tggelam..dah masuk ayam to0..slow kan semula api…jgn kecil sgt ..sedang2 jaa..
KARI MAMAK
-blend sebiji bawng besar+bwng putih 3 ulas -masuk mnyak masak 1@2 senduk dlm belanga,tumis 3 sekawan,kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,halia 2 3 hiris ketuk… masuk yg blend td…haru2 kejap then tuang terus serbuk kari daging 2 senduk+serbuk kari ikan 1 senduk (ella tk bancuh dah..terus tuang..n ella tak reti agak2..tp ella bg sukatan too0 nnt adjust laa sndri nah..)
-tuang air n tggu kering n tambah air lg pasto0 masuk garam+aji+gula+1 kiub ayam mgge.. (adjust sndri..tk dak sukatan..sesedap mulut hampa la nah…) masak api sedang ja…nnt dia naik myak to0 rasa laa..then tutup api siap nak masuk ayam ka dging ka, masuk masa buh air td na,supaya empuk n masak elok,nak masuk kacang ka kentang ka terung ka..boleh ja klu kari yg ni…
KARI PEDAS SOTONG
-rincik bawang putih, bawang merah tumis mnyak 1 @2 senduk + halba cambur 1 sudu kfc+daun kari.. -tuang serbuk kari babas daging pedas 2 senduk+ 1senduk kari pedas ikan+1 senduk serbuk cabai -tuang air n perasakan garam gula aji n pasti sedap mgge(tk dak sukatan,sendiri adjust rasa) masak mcm kari versi 1..kering air masuk air lgi..ulang la 2 3 kali…pasto0 dekat nk masak letak sotong..n siappp (klu nk letak udang ka apa tk kesah tp klu sotong lgi la sedap)
DAGING MASAK HITAM@KICAP SIMPLE
-blend bawang merah sebiji+ bawang putih -tumis dlu 3 sekawan +halia stngah inchi ketuk,daun kari..then masuk yg blend td..haru2 masuk 1 sudu serbuk cabai,masak kejap pasto0 masuk kicap bg bnyk skit na..pasto0 masuk daging n masuk air…masak dlu smpai dging empuk dah to0 baru perasa kan gula aji n pasti sedap…garam tk yah sbb kicap dah masin…n bg manis skit na masakan ni…ok settle…
KOBIS GORENG
-rincik kobis halus memanjang -tumis bawang merah+ bawng putih(rincik halus)+halba cmpur secubit+ daun kari -masuk kobis+kunyit serbuk secubit+perasa garam,aji,pasti sedap..siap nasi ella buat nasi mnyak ja..dlm nasi letak kas kas skit..hujung sudu ja..jgn bnyk😁😁( x suka jgn letak) boleh laa rebus telur asin n bendi…nak sedap bungkus dlm surat khabar n perap semua kuah dlm 5 ke 10 minit…ella jual open order dalam kem tentera..tk dak kedai..😁habaq siap
Biasa kita dengar lebihan nasi yang disimpan malam tadi dipanaskan semula untuk mengelakkan daripada membazir.Lagi lagi kalau masih banyak nasi yang tidka habis dimakan.
Namun, tahukah anda, memanaskan semula makanan seperti nasi boleh mengundang keracunan pada makanan tersebut.
.
Menurut status yang dimuat naik oleh KKM Putrajaya hari ini mengenai nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan serta cara penyimpanan yang betul untuk selamat di makan.
.
Ia menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun. Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan.
Makanan yang telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup.
Tambah pihak KKM lagi, ini yang dinamakan langkah pencegahan awal yang ditekankan KKM. Beringat sebelum kena.
Kelebihan santan yang diparut daripada sebiji kelapa dikatakan santannya lebih berlemak dan pekat. Enak dimasak pelbagai menu bahkan parutan kelapa yang segar juga diperlukan untuk menghasilkan salutan pada kuih tradisi seperti kaswi, kuih sagu dan sebagainya menjadi lebih menyelerakan.
Pun begitu, tidak dinafikan parutan kelapa juga akan mudah berubah rasa menjadi masam atau dikatakan basi jika tidak disimpan dengan baik.
Namun melalui perkongsian daripada Ani Zam, rupanya ada cara yang boleh dipraktikkan untuk pastikan parutan kelapa kekal segar untuk satu tempoh yang lama.
Mengetahui bagaimana caranya itu, jom semak perkongsiannya.
Cara Simpan Kelapa Parut Agar Tahan Lama
1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang
2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata.
Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan
3. Masukkn loyang ke dlm kukusan yg telah di panaskan
4. Kukus selama 15 minit
5.Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik
6. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku
7. Kukus semula bila hendak menggunakannya
Boleh tahan sehingga 2 @ 3 bulan kelapa parut tersebut
Untuk mendapatkan santan yang pekat , blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis..boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat .
sumber : Ani Zam via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.