Umumnya untuk mencapai sesuatu impian,semangat dan motivasi diri perlu sentiasa ada di dalam diri. Begitulah yang cuba dilakukan oleh seorang anak muda yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis ini.

Kisahnya tiba-tiba mencuri tumpuan bila mana dia yang dikenali sebagai Shafizal Haiqal Shahrizal, 20 telah menampal sticker ‘Percayalah Ponterku 3.85’ yang dilekatkan di kotak isian bungkusan makanan di motosikalnya.

Nampak seperti mahu menunjuk-nunjuk, namun ada kisah di sebalik pelekat tersebut dan ini sebagaimana mana yang dikongsikan di Harian Metro.

Sasaran Untuk Dicapai 

Shafizal Haiqal, 20, yang kini menuntut dalam peringkat Diploma Pengajian Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis berkata, pelekat itu ditampal dua minggu lalu dengan niat memberi motivasi kepada dirinya sendiri untuk mencapai sasaran keputusan dalam peperiksaan.

Anak kedua daripada tiga beradik yang menetap di Taman Kinta Permai, di sini berkata, sasaran 3.85 sudah memadai kerana tidak yakin untuk menyasarkan Purata Nilai Gred (GPA) 4.

“Saya tampal pelekat itu dengan tujuan beri dorongan kepada diri sendiri saja bagi mencapai keputusan diinginkan.

“Ini kerana GPA paling tinggi saya sebelum ini 3.35 saja jadi cuba letakkan 3.85 sebagai sasaran dengan harapan ia tercapai.

“Saya letak di kotak isian bungkusan makanan kerana itu bahagian paling kerap dilihat setiap hari.

Tular Tampal Pelekat Bertulis ‘Percayalah Pointerku 3.85’. Rider Ni Bukan Nak Menunjuk, Tapi Ada Kisahnya!

“Setakat ini, tiada pengguna jalan raya memandang pelik atau membunyikan hon ketika saya menunggang motosikal di jalan raya cuma rakan terdekat ada mengusik saya riak kerana menampal pelekat itu ,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Tidak Sangka Tular

Shafizal Haiqal berkata, dia tidak sangka gambarnya itu tular di laman sosial dan tahu mengenainya kelmarin.

Tular Tampal Pelekat Bertulis ‘Percayalah Pointerku 3.85’. Rider Ni Bukan Nak Menunjuk, Tapi Ada Kisahnya!

“Saya dapat tahu gambar saya tular di laman sosial daripada ayah (Shahrizal Mustapha, 45). Terkejut kerana tidak tahu dan sedar ada yang mengambil gambar saya.

“Walaupun sekadar memperoleh GPA 3.5 dalam keputusan peperiksaan yang keluar hari ini, saya bersyukur kerana akhirnya mendapat anugerah dekan dan akan terus berusaha untuk mendapatkan keputusan lebih baik pada semester hadapan,” katanya.

Dapat Lebih RM2,000 Jika Rajin 

Berkongsi mengenai kerjaya sambilannya sebagai penghantar makanan, Shafizal Haiqal berkata, pekerjaan itu dilakukan sejak November tahun lalu.

“Saya cuba bekerja sambilan sebagai penghantar makanan bagi mengisi masa terluang ketika hari tiada kuliah secara maya.

“Lagipun, sekarang ini masih cuti semester jadi lebih baik bekerja daripada duduk di rumah saja.

“Dalam sehari, saya boleh mendapat antara RM60 hingga RM70 dan pendapatan bulanan pula sebanyak RM1600 atau lebih RM2,000 jika rajin .

“Alhamdulillah, saya seronok lakukan kerja ini cuma ada juga pengalaman tersilap mengambil dan menghantar pesanan yang tidak disengajakan,” katanya.

Sumber : myMetro 

 

 

ARTIKEL MENARIK: Kek Karamel Alunan Kasih, Cantik Kejadiannya & Rasanya Memang Superb! Ni Resipi Boleh Cuba

LAGI ARTIKEL MENARIK :Owning Lutsinar, Bukan Je Nampak Moden Malah Sesuai Sangat Untuk Ruang Tepi Rumah!

Tular Tampal Pelekat Bertulis ‘Percayalah Pointerku 3.85’. Rider Ni Bukan Nak Menunjuk, Tapi Ada Kisahnya!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Tular Tampal Pelekat Bertulis ‘Percayalah Pointerku 3.85’. Rider Ni Bukan Nak Menunjuk, Tapi Ada Kisahnya!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI