Telur dadar RM13, biar betul?! Haaa ini la yang tular baru-baru ini dan menjadi sebutan hingga menimbulkan tanda tanya dan perbalahan.
Untuk siapa yang belum mengetahui, telur dadar Thai ini sememangnya sudah wujud sejak dulu dan rupanya ramai dalam kalangan kita baru tahu bahawa cara masak dan makan telur dadar Thai ini sedikit berbeza macam kita masak selalu tu dek kerana ada tambahan lain dari segi bahan-bahannya.
Mungkin ada yang pernah mencuba beberapa kali untuk buat telur begini selepas tular tapi tidak menjadi seperti apa yang diinginkan. Jangan risau! Apa kata anda cuba resepi hasil perkongsian dari rakan kita ini. Letsss try!
CARA BUAT TELUR DADAR THAI VIRAL, KALI INI PASTI MENJADI!
Masih viral THAI OMELETTE jadi kita try buat. Kena try baru tahu sedap atau tak.
Bahan-bahannya:
-3 biji telur A
-7 ekor udang cuci bersih
-Segenggam daun thai basil *
-Daun bawang *
-Cili padi Hijau *
-Cili padi merah *
-Bawang rose hiris (Bawang lain tak mau)
–Sos ikan brand Tiparos
-Garam (saya tak letak)
-Serbuk perasa 2 jenis (make sure pakai yang ada brand)
-Gula perang jangan gula putih
Ads
Cara-caranya:
1.Hiris semua bahan bertanda * masukkan dalam telur dan campur kesemua bahan lain pukul hingga rata dan sebati.
Ads
2.Goreng menggunakan minyak baru. Wajib minyak baru setiap omelette. Dah siap , dressingkan dengan taugeh.
Cara buat PRIK NAM PLA
1. Cincang bawang putih 5 ulas dan cili mengikut kepedasan masing-masing.
Ads
2. Sos ikan (agak-agak tenggelamkan bahan cincang)
5. Gula thai/ gula somtam satu sudu, kacau-kacau, SIAP!
*Sedapnya dimakan bersama nasi putih panas atau hanya diratah begitu sahaja bukan? Untuk anda yang nak mencuba, jangan lupa untuk guna taugeh dari negeri masing-masing ya! Kalau nak berjimat, tak perlulah letak udang tersebut…
Bila nak masak sambal sudah tentu, cili kering antara bahan yang wajib ada untuk memasak menu jenis bersambal terutama bila nak buat sambal nasi lemak, sambal sotong atau ayam masak merah.
Namun, untuk membuat cili kering kisar bukan suatu yang mudah. Ada step yang paling ‘malas’ nak buat iaitu kena gunting cili kering untuk mengeluarkan biji cilinya. Inilah yang membuatkan ada para mak-mak sanggup mengunakan serbuk cili kering sebagai alternatif. Nak cepat katanya.
Tambahan pula, bagi yang berkerjaya, biasanya akan buat segala macam stok untuk kegunaan bahan seminggu. Tentu ia memerlukan masa yang lama untuk gunting cili kering dalam jumlah yang banyak.
Tapi melalui oleh Noorhaslizaliza Liza di halaman Masak Apa Hari Ni, berkongsi trik untuk mengasingkan biji cili kering dengan mudah. Yang penting cepat!
RUPANYA MUDAH AJE
Begini caranya buat mereka yang tak berapa nak rajin nak buat cili kering kisar. Ini caranya.
Langkah 1
Basuh cili kering sehingga bersih dan rebus sehingga lembut dan basuh sekali kagi sebelum kisar cili.
Langkah 2
Cilik yang telah dikisar seterusnya ditapis. Pastikan mempunyai lubang penapis bersaiz besar.
Langkah 3
Lalukan dengan air sikit ketika nak tapis cili kering. Pastikan lubang penapis besar baru mudah nak turun ekstrak cili kering.
Biji cili kering selepas dah tapis.
Langkah 4
Untuk pekatkan lagi ekstrak cili kering, rebus lagi untuk keringkan airnya. Nampak gebu kan cilinya bila dah pekat.
Siap! Dah Tak ada biji dalam cili kering.
Menariknya trik ni! Buat mak-mak boleh cuba buat cara ni. Ada juga petua, nak tahan lama seminggu boleh letak garam sikit dalam ekstrak cili kering ni. Selamat mencuba!
Selain memudahkan kerja di dapur, kuali jenis tak lekat atau Non Stick ini antara barang kesayangan ibu-ibu. Nak nak lagi jenis yang mahal. Nak dapat bukan senang kan. Harganya boleh tahan juga. Sebab itu, ada yang sangat sayang dan cukup cermat bila guna.
Tetapi, macam mana sayang dan cermat sekali pun, adakalanya dek tangan orang lain, kuali tersebut tercalar. Pasti ibu-ibu sayang sangat nak buang, jadi terus menggunakannya tanpa sedar ia boleh membahayakan kesihatan.
Berikut perkongsian dari Hadihaizil Din sebagai panduan untuk ibu-ibu.
Saya adalah antara penggemar kuali tahan lekat atau kuali non stick yang memudahkan untuk kerja-kerja memasak di dapur. Andai nak goreng telur tak melekat, andai nak sauté bahan-bahan pun mudah.
Namun satu perkara yang perlu kita ambil berat sekiranya kita menggunakan kuali non stick ini, adalah untuk elakkan daripada ianya tercalar. Ya CALAR yang merbahaya.
Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.
Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar. Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.
Andai telah tercalar? apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita. Atau bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak.
Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru. Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.
6 Tip Guna Kuali Non Stick
Untuk elakkan kuali non stick daripada calar balar mahupun rosak permukaannya dan tahan lebih lama, sebenarnya mak-mak boleh ikut 6 tip ini.
1. Jangan Biar Kuali Terbiar Panas
Sebaik meletakkan kuali diatas dapur, tuang minyak dengan segera dan jangan biarkan kuali panas sehingga berasap. Ini kerana jika kuali non stick dibiarkan panas begitu, ia akan menghasilkan toksik yang boleh membahayakan kesihatan.
Menurut Professor Robert L. Wolke, dari University of Pittsburgh kuali non-stick selamat digunakan selagi ia tidak dibiarkan terlalu panas.
2. Masak Guna Api Sederhana
Gunakan api perlahan atau api sederhana jika menggunakan kuali jenis ini. Elakkan menggunakan api besar dan masak dalam jangka masa yang lama. Pastikan suhu kuali anggaran dibawah 500C bagi mengelakkan lapisan non stick yang menyadur kuali rosak.
3. Jangan Keringkan Air Dalam Kuali
Jangan biarkan air dalam kuali tersejat ketika panaskan kuali. Sebaiknya selepas kuali dicuci, lap menggunakan kain lembut bagi mengeringkan air didalam kuali tersebut.
4. Elak Guna Peralatan Logam
Perlu tahu satu ‘kepantangan’ bagi kuali jenis non stick ini menggunakan senduk, sudip atau sudu sekalipun yang diperbuat daripada logam. Ini kerana bila bergesel, ia akan menghakis permukaan kuali dan mengakibatkan kuali bercalar. Sebaiknya gunalah alatan memasak yang diperbuat daripada kayu atau plastik tahan panas.
5. Cuci Guna Span Lembut
Salah satu kelebihan kuali non stick ialah ia cukup mudah dicuci tak perlu disental dengan kasar. Memadai menggosok perlahan permukaan kuali dengan span lembut, kotoran cukup mudah ditanggalkan. Jangan sesekali menggunakan berus dawai besi pulak iya!Rosak kuali nanti.
6. Elak Susun Secara Berlapis
Sewaktu mahu menyimpan kuali jenis ini, elakkan daripada menyusun kuali non stick ini secara bertindan-tindan atau berlapis-lapis. Sebaiknya gantung atau biarkan tanpa ada benda lain yang disusun diatasnya.Jika mahu susun berlapis juga, pastikan alas dahulu permukaan kuali dengan tuala lembut atau apa-apa sahaja lapi agar permukaan non sticknya tidak tercalar.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Hadihaizil Din & Petua Ibu (Facebook)
Salah satu punca kuali jenis non stick ini cepat rosak kerana cara kita membersihkannya salah, disini kami kongsikan cara untuk anda bersihkan kerak dari kuali non stick yang boleh menjamin hayat kuali tu lebih lama lagi:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap hari mak-mak masuk dapur, masak. Kadang rasa sampai ketandusan idea dah nak masak apa pula keesokan harinya. Tu belum lagi bila datang penyakit ‘M’, lagilah parah!
Kang kalau tak masak, merajuk pula che abang, iye la sentiasa nak makan air tangan isteri lah katakan… Nak tak nak, isteri masuk lah juga ke dapur sediakan makanan untuk keluarga tercinta!
Bagi yang dah ketandusan idea dan nak masak benda cepat tapi lazat, moh ler cuba resipi dari ana suliana ni! Memang terbaik lah! Jangan terkejut tau kalau keluarga tambah nasi nanti time makan. hehe.
RESIPI DRY CHILLI CHICKEN
Bahan2 kuah :
1. Sebiji bawang – bahagi kepada dua bahagian. Bahagian luar bawang potong kasar, bahagian dalam bawang potong cam biase.
2. Bawang putih 2-3 ulas – hiris nipis
3. Cili api – 3 tangkai & cili merah 1 tangkai
4. Cili kering 5 – 10 tangkai potong kasar ikut tahap kepedasan masing – (BAHAN WAJIB �)
5. Daun kari
6. Satukan sos cili, sos tomato dan sos tiram dalam mangkuk.
7. Asam jawa cup setengah sudu (masam masam baru jadi)
Bahan ayam :
1. Isi ayam potong dadu
2. Sebiji telur
3. Tepung goreng BESTARI.
Step: pecahkan 1 biji telur dalam magkuk berisi ayam tadi , sebatikan.
Celup satu2 isi ayam dalam tepung bestari dan terus goreng sampai masak.
Ketepikan jap. Kita masak sos pulak.
Cara-caranya:-
Tumis cili kering & daun kari sampai sedikit garing
Masuk bawang merah, bawang putih dan cili2. Bahagian luar bawang yang potong kasar tadi jangan masukkan,yang tu nak pakai last sekali.
Masukkan sos-sos dan tambah sedikit air.
Masukkan asam jawa, garam secubit and gula secukup rasa.
Masukkan isi ayam crunchy dan bawang bahagian luar tadi. Time ni kalau nak tambah cili benggala pun bolehh. Potong size macam bawang tu. Kacau sampai sebati
Siap! Rasa masam manis pedas gigit cili kering tu so paduuuu. Makan kering2 dengan nasi panas pun dah sedap tak payah lauk lain!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Shiera Al-Khaired berkongsi kegembiraan apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, selamat melahirkan cucu kedua yang diberi nama Aisa Zaina pada 3 Ogos 2026.