Sekiranya mencari tip atau cara nak turunkan berat badan, memang banyak pilihannya. Sama ada dengan senaman, berdiet mahu pun dengan mengamalkan minuman tertentu dikatakan berkesan untuk menurunkan badan seseorang.
Hal yang sama juga telah diamalkan oleh Eyka Myka dengan mengambil minuman jus secara konsisten dan mendapati setelah 2 minggu berat badannya juga turun 2kg. Menariknya, jus yang diamalkan itu boleh dibuat sendiri dengan menggabungkan 4 bahan utama.
Nak tahu apakah itu? Jom semak perkongsiannya.
“Done buat jamu kurus badan. Kalau konsisten 2minggu boleh turun 1.5kg/2kg”– Eyka Myka
Bahan-bahan:
Halia ( besar tapak tangan )
Bawang putih ( 2labu )
Lemon ( 1biji sederhana )
Madu ( untuk maniskan sedikit jamu- 10 sudu )
Cara penyediaan:
1. Kupaskan kulit bawang putih , halia dan lemon just buang yang hitam2 sikit2 tu if ada.
Ads
2. Potong kecil kecil , masukkan dalam blender .
3. Masukkan air dalam blender sama banyak dengan isi .
4. Blender lama lama , biar betul betul halus. Bila dah nampak halus , tambah secawan air lagi dalam blender , dan continue blender.
Ads
5. Sediakan periuk, dan masukkan yang dah diblender tadi.. masak biar naik buih2.. bila naik buih2 masukkan secawan air kosong.
6. Tutup api dan tapiskan dalam bekas .
7. Pati nya jangan amik ya. Buang je, amik airnya saja.
8. lepas siap ditapis, tutup biar sejuk sebentar. Lepas sejuk, masukkan dalam peti ais, if tak masukkan pun xpe.
Ads
Cara minum :
2 sudu pagi ( 7/8pagi )
2 sudu malam ( 10/11malam )
Minum selepas 30minit /1 jam selepas makan
** madu letak selepas ditapis
DARI XL KE M
“Baju hijau tu Raya aidilfitri 2018. Baju purple tu Raya aidiladha 2018. Dulu nak pakai jubah/baju kurung mesti kena saiz XL. saiz bawah dari XL memang tak masuk. Ketat kat bahagian pinggang. Terkejut bila tadi boleh muat saiz M. Betul orang kata, berat takpenting , yang penting inchloss. Masa raya tu dagu nampak berisi lagi..sekarang dagu nampak kecik runcing.”
Sumber : Eyka Myka via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kreativiti juga diperlukan dalam menyediakan biskut agar lebih mudah disediakan dan nampak sempurna di atas meja hidangan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh puan Norliala Nazira tentang bagaimana trik yang dilakukan untuk hasilkan bentuk biskut Nutella Pod ini. Hanya dengan menggunakan bahagian belakang picagari yang bentuk bulat apabila di tekan pada adunan biskut yang telah dibulat-bulatkan menghasilkan bentuk yang begitu sempurna. Memang terbaiklah idea ni!.
Nak tahu bagaimana, jom semak.
“Bahan senang je tapi memang menghasilkan biskut yang sedap.”-Norlailanazira Mohd Agos
Nutella Pod
250g buttercup
200g gula kastor
Esen vanilla
Satukan bahan diatas. Saya guna spatula/senduk kayu je. Dah sebati masukkan
1 biji kuning telur.
Gaul lagi kemudian masukkan
350g tepung gandum
1sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
Sebatikan semua dan akhir sekali masukkan
50g serbuk almond
Sebatikan dan boleh bentukkan.
Bakar 25 minit suhu 160 bergantung pada oven masing-masing.
Dah sejuk, paipkan nutella dalam pod tu dan sedia untuk dimakan!
sumber : Norlailanazira Mohd Agos via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Saban hari ada sahaja kisah baik individu mahupun syarikat yang mengalami masalah kewangan yang meruncing. Sehinggakan terpaksa memohon bantuan orang ramai dek kerana tidak mampu lagi untuk berusaha sendiri.
Bukan hanya orang biasa, malah situasi ini turut dialami oleh selebriti dalam bidang seni. Anggota kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun, 30, berkongsi derita ketidakmampuan membayar sewa rumah yang mahal, sehinggakan bertindak menjual set drum miliknya demi mendapatkan wang.
Duit simpanan semakin menyusut sejak lebih setahun lalu kerana tiada undangan persembahan akibat pandemik COVID-19 membuatkan dia mati kutu untuk mencari wang bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Apa yang menambah deritanya apabila sewa rumah yang tinggi perlu dilunaskan setiap bulan.
Justeru, bapa tunggal yang juga golongan Orang Kurang Upaya (OKU) kepada Nurazalea Zafirah, 6, ini memuat naik video memohon perhatian pihak kerajaan untuk memudahkan dirinya mendapat kelulusan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di akaun media sosial miliknya.
“Saya memuat naik video berkenaan kerana berharap pihak kerajaan dan kementerian tertentu boleh memudahkan urusan saya meluluskann permohonan rumah sama ada secara menyewa atau sewa beli.
Menurut Fendy lagi, dia saat ini masih cukup makan pakai. Malah saban hari, rezeki makanan tetap datang tanpa diduga.
“Saya belum tergerak untuk mengibarkan bendera putih kerana masih berdaya. Yang saya benar khuatirkan ialah soal rumah.
“Duit simpanan yang ada pun semakin terhakis. Sejak pandemik menjelma, memang bab undangan persembahan terputus. Kali terakhir buat show dengan Caliph Buskers pada November 2019
“Bulan Disember 2019, pandemik sudah menyerang dunia. Sekitar bulan Februari 2020, sempat jugalah rasa buat ‘show’ masa pandemik.
“Ikut kiraan duit simpanan, saya boleh bayar duit sewa rumah yang didiami di Sentul ini untuk bulan depan saja. Selepas itu saya tak tahu bagaimana nak bayangkan apa akan terjadi,” katanya.
Tambah Fendy lagi, dia kini menyewa di apartmen di Sentul itu dengan sewa bulanan RM1300.
Bekas isterinya turut menyewa di lokasi dan blok sama namun di tingkat berbeza. Mereka masing masing bergilir menjaga anak.
“Sebelum ini saya menyewa dengan kawan di Bangsar, manakala bekas isteri pula di Brickfields. Anak kami pula ketika itu harus berulang alik ke sekolah pendidikan golongan istimewa GENIUS Kurnia di Sentul.
“Selepas mempertimbangkan banyak perkara termasuk kos harian, saya dan bekas isteri sepakat berpindah ke Sentul. Ini semua bagi memudahkan urusan persekolahan anak terutama lokasi lebih dekat.
“Namun saban hari, saya mula memikirkan banyak pertimbangan kalau terus menyewa di Sentul. Itulah sebab saya berharap dapat diperkenankan permohonan rumah PPR atau mampu milik,” katanya.
Demi meneruskan survival hidupnya juga, Fendy turut menjual dua set dram selain perkakasan alat muzik berkenaan.
“Hasil jualan dua set dram itu saya berjaya dapat dalam RM3,000 lebih. Adalah serba sedikit pulangan.
“Macam saya cakap bab makan itu tak ada masalah. Saya pun makan serba sederhana. Mee segera pun saya boleh layan berhari hari. Cuma kalau giliran anak ada di rumah, dia nak makan itu ini. Terutama makanan kegemarannya, roti canai. Jadi terpaksa ‘order’ menerusi aplikasi penghantaran makanan.
“Saya pun enggan berpeluk tubuh dan meminta minta. Jadi saya manfaatkan bakat muzik yang ada. Kalau celik mata, saya boleh buat pelbagai kerja demi meneruskan kelangsungan di era pandemik ini. Tapi apakan daya, saya OKU,” katanya.
Sejak empat minggu lalu juga dia mula mengambil inisiatif buat persembahan langsung di Facebook menerusi halaman Fendy Caliph Buskers setiap Sabtu 9 malam
“Saya sertakan juga nombor akaun bank untuk mereka yang mahu menyumbang ketika menonton persembahan saya. Masa awal buat adalah serba sedikit rezeki boleh diraih.
“Tapi sejak deman bola EURO 2021 mula datang, ‘slow’ sikit sambutan sebab ramai tengok perlawanan bola sepak,” katanya.
Tindakan itu akhirnya menarik perhatian beberapa pihak kementerian termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang menyantuni Fendy dan anaknya pagi tadi di kediaman mereka di Sentul.
“Tak sangka Datuk Seri Rina Harun, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) serta wakil dari Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan) sudi menjenguk saya di kediaman.
“Mereka datang ada memberi sumbangan makanan serta wang ringgit dan turut memberi jaminan untuk memudahkan permohonan saya mendapatkan rumah.
“Ikutkan saya pernah memohon untuk mendapatkan rumah sekitar tahun 2017. Namun ia berlalu sepi begitu saja,” kata Fendy ketika ditemui di rumahnya.
Sementara itu, Rina Harun juga berharap DBKL dapat mempermudahkan proses permohonan rumah yang diidamkan Fendy.
Ketika menyantuni Fendy, beliau turut menyerahkan bantuan Bakul Makanan, pek Ready to Eat selain menyerahkan sumbangan tunai oleh Yayasan Kebajikan Negara dan Tabung Bantuan Segera (TBS) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
“Insya-Allah saya harap urusannya untuk mendapatkan rumah PPR atau mampu milik dapat disegerakan pihak DBKL
“Malah saya juga ada menghubungi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah untuk membantu Fendy dalam mendapatkan dana membuat Hiburan Dari Rumah.
“Malah Fendy turut menerima elaun RM500 untuk tiga bulan. Elaun itu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diberikan kepada golongan OKU yang telah kehilangan pekerjaaan, ketiadaan kerja, dibayar separuh gaji atau diarahkan bercuti tanpa dibayar gaji,” katanya.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan buat Fendy, bolehlah berbuat demikian di 7636586540 CIMB
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Apabila tular kisah sepasang kekasih yang mengambil keputusan untuk putus hubungan setelah mengetahui kedua-duanya adalah pembawa talassemia, maka penyakit ini menjadi topik bualan netizen.
Antara persoalan yang timbul: Kenapa mereka perlu putuskan hubungan? Kalau kahwin juga, apa bakal terjadi? Macam mana mereka boleh dapat penyakit talasemia?
Menjawab semua persoalan dan kekeliruan ini, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi infonya di media sosial agar ramai yang jelas tentang penyakit ini, semoga bermanfaat.
THALASSEMIA: topik hangat minggu ini
Saya cuba ringkaskan agar mudah difahami.
1. Thalassemia (talasemia) adalah penyakit genetik(keturunan) yang berbahaya. Ia menjejaskan penghasilan darah, sehingga ia tidak mencukupi untuk kehidupan yang normal.
2. Terdapat beberapa jenis talasemia, antaranya talasemia alfa dan talasemia beta. Setiap satunya ada pecahan masing-masing. Kita akan fokus perbincangan kita kepada talasemia beta.
3. Talasemia beta terbagi kepada 2:
▪️Talasemia major
▪️Talasemia minor
* Terdapat juga: talasemia intermedia (pertengahan).
4. Individu yang mempunyai talasemia major dipanggil pesakit talasemia. Pesakit talasemia mempunyai gejala: cepat letih, pucat, sesak nafas, perkembangan fizikal terjejas, dll.
5. Individu yang mempunyai talasemia minor dipanggil pembawa. Pembawa talasemia lazimnya tidak bergejala, dan hanya menunjukkan tanda-tanda dalam keadaan tertentu.
6. Bila 2 pembawa talasemia berkahwin, maka :
▪️25% risiko anak = pesakit (major)
▪️50% risiko anak = pembawa (minor)
▪️25% anak = normal
7. Mengapa kita perlu khuatir dengan risiko anak menjadi pesakit talasemia(major)? Kerana rawatannya panjang, rumit dan memerlukan kos yang tinggi. Ia juga menjejaskan kualiti hidup mereka.
8. Rawatan talasemia major:
▪️Transfusi darah 2-4 minggu sekali
▪️Terapi chelation (buang zat besi terkumpul)
▪️Splenectomy (buang limpa: jika perlu)
9. Rawatan hanya boleh dihentikan sekiranya pesakit menjalani pemindahan sum-sum tulang. Itupun ada tidak semuanya berjaya. Jika gagal, transfusi dan chelation dilakukan sepanjang hayat.
10. Oleh kerana rawatannya rumit, talasemia perlu dicegah. Caranya, adalah dengan menyaring pasangan yang ingin berkahwin, untuk menilai sama ada mereka ada genetik talasemia atau tidak.
11. Saringan talasemia dibuat dengan melakukan ujian darah. Ia disaring pada semua kerana pembawa biasanya tiada gejala. Jadi pengecaman melalui pantauan gejala tidak mencukupi
12. Jika kedua-dua pasangan didapati adalah pembawa talasemia, maka pasangan akan diberi konsultasi tentang penyakit ini, diterangkan risiko berkenaan zuriat, dan sebagainya.
13. Pasangan tidak akan dipaksa putuskan hubungan. Malah pasangan akan membuat keputusan berdasarkan informasi yang telah diberi, dan hasil perbincangan mereka sendiri.
14. Keputusan yang boleh dibuat oleh pasangan.
▪️Tidak berkahwin
▪️Kahwin, rancang tiada anak (biological)
▪️Kahwin, dapatkan anak, dan sedia hadapi risiko.
15. Kempen kesedaran tentang talasemia kini giat dijalankan. Saringannya juga bukan sahaja dibuat kepada pasangan yang hendak berkahwin sahaja, malah telah dibuat di sekolah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520