Dapat menurunkan berat badan  tentu sahaja menjadi suatu perkara yang cukup menggembirakan kepada sesiapa pun.

Apatah lagi bila dahulunya bentuk fizikal terlihat kurus namun berlaku penambahan berat badan setelah melahirkan anak.

Membayangkan dapat memiliki semula berat badan seperti anak dara, tentu puas hatilah.

Untuk itu, kenalah usaha dilakukan untuk menjayakan impian. Selain perlu bersenam dan kurangkan pengambilan makanan, bolehlah diamalkan minum air ini.

Bila rasa badan dah makin naik baru ingat nak buat air ni.. dah lama  tak minum rasa lain macam pulak nak telan.

Tapi kalau amalkan air ni berat badan boleh maintain, selera makan pun kurang dan dalaman pun sihat, cuma orang kata kunyit tu tak boleh amalkan hari-hari. Lagi satu kena banyak minum air tau kalau amalkan air rebusan ni.

IKLAN

Air Rebusan Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Dapat Mengurangkan Selera Makan

Bahan-bahan:
– 1.5 liter air
– 1 potong lemon
– 3 potong halia
– 3 potong kunyit
– 3 batang serai – ketuk

Cara penyediaan:
– Satukan semua dalam periuk
– Didihkan dengan api sederhana
– Matikan api dan sedia untuk diminum.. nak cair sikit campur lah dengan air masak sikit..

IKLAN

Turun Berat Badan Dengan 2 Air Rebusan Ni!

Kekadang Wani masukkan habatusauda 1 sudu besar lepas tutup api tu.. biasa wani habiskan dalam masa sehari..buat pagi. Selamat mencuba.

Itu perkongsian daripada Wanie Rusly, pun begitu, lain pula petua yang diamalkan oleh Noor Hayati untuk turunkan berat badan dan sekali gus kempiskan perut hanya dengan minum air ini.

IKLAN

Bahan-bahan :

LEMON 4 BIJI + HALIA IKUT SUKA + SERAI 8 BATANG + ASAM GELUGUR 3 KEPING….masak sendiri je……Kalau amal setiap hari boleh kempiskan perut dan turunkan berat badan….ada yang konsisten amal boleh turun 10 kg dalam masa 3 bulan….

Turun Berat Badan Dengan 2 Air Rebusan Ni!

Siapa banyak angin dalam badan tu amal la selalu….rebus sampai air jadi warna macam ni….bila sejuk masukkan dalam botol terus masuk peti….boleh tahan lama.

sumber : Noor Hayati via MAHN 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI