Membayangkan betapa enaknya menikmati hidangan bersama lauk pauk kegemaran dan dilengkapkan pula dengan ulam jantung pisang dan sambal belacan, memang kecur liur dibuatnya.
Bahkan bila hidangan ini ada di depan mata, bukan sepinggan nasi dijamah tetapi pasti makan bertambah. Begitulah jika ingin digambarkan akan keenakan dan kelazatan menikmati hidangan bersama ulam jantung pisang ini buat penggemarnya.
Pun begitu, tidak semua antara kita ‘pakar’ menyediakan ulam jantung pisang agar terlihat putih bersih warnanya. Apa yang sering terjadi, ulam yang direbus sering menjadi lebam dan sekali gus menjadikan ulam jantung pisang ini kurang menarik.
Nak tahu apa rahsianya untuk menjadikan jantung pisang yang direbus nampak cantik, sebenarnya ada petuanya. Nak tahu lebih lanjut, jom praktik 6 kaedah mudah ini sebagai mana yang diamalkan oleh orang dulu-dulu.
[su_highlight background=”#dacfd5″ color=”#d01313″]Petua Untuk Pastikan Jantung Pisang Tidak Mudah Lebam[/su_highlight]
Ads
Minyak masak
Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk semasa ingin merebus jantung pisang tersebut.
Jangan dibelah dua
Ads
Pastikan kulit jantung pisang telah dibuang hingga beberapa lapisan dan kemudian masukkan terus ke dalam air rebusan yang mendidih. Jantung pisang jangan dipotong dan setelah masak barulah di potong dua atau empat.
Limau
Semasa merebus jantung pisang tersebut boleh juga diperahkan limau ke dalamnya.
Ads
Garam
Memasukan garam ke dalam air rebusan jantung pisang juga antara cara yang berkesan untuk memastikan jantung pisang tidak menjadi lebam selepas direbus.
Asam Keping
Penggunaan asam keping juga dikatakan dapat menjadikan jantung pisang yang direbus kekal berwarna putih. Caranya cukup mudah hanya masukkan sekeping ke dalam periuk rebusan dan masaklah seperti biasa.
Pelbagai menu berasaskan jantung pisang. Memang menyelerakan!
Atasi masalah sembelit- seperti pisang, jantung pisang juga kaya dengan serat bagi membantu melancarkan pencernaan. Kandungan serat dalam jantung pisang juga akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
Atasi anemia- Bagi yang mengalami anemia, amalkan makan jantung pisang untuk menambah darah dalam badan . Ini kerana jantung pisang kaya dengan zat besi yang merupakan mineral utama untuk membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
Menyihatkan rahim- Selain tinggi kandungan serat, jantung pisang juga kaya dengan mineral, kalsium, dan zat besi bagi mencegah jangkitan pada rahim serta dapat memperkuatkan dinding rahim.
Menurunkan berat badan- ia mampu melancarkan pencernaan dan sekali gus akan menurunkan berat badan. Bagi yang sedang berdiet disarankan untuk mengambil jantung pisang sebagai salah satu menu diet harian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila tiba musim durian, memang banyaklah idea-idea olahan yang difikirkan kan? Antara pencuci mulut yang sinonim dengan durian adalah bubur atau kek.
Kali ini menunya sedikit berbeza dan klasik iaitu seri muka durian. Kuih ini juga mempunyai tekstur yang lembut serta rasa durian yang lemak manis.
Jadi, bagi penggemar durian memang sangat disyorkan untuk mencuba resipi yang dikongsikan oleh Noraslinda Md Radzhi ini.
Seri Muka Durian
Bahan-Bahan:
Lapisan Bawah
Lapisan Atas
Cara-Cara:
– Blend semua bahan dan masukkan ke dalam periuk.
– Masak atas api kecil, kacau agak² periuk panas, angkat dan tekan-tekankan pulut dan padatkan
– Tuang bahan yang di masak tadi ke atas pulut tadi dan kukus 40 minit.
– Sejukkan dulu baru dipotong.
– Untuk nak kukus guna acuan, saya guna acuan lompang saiz besar dan acuan disapu minyak. Pulut dilenyek dan masukkan dalam acuan. Tekan-tekankan dan ratakan isi pulut separuh acuan.
– Air kukus dah didih, pulut dikukus dulu kejap dan tuang adunan lapisan atas.
– Kukus 10 minit pertama api besar, 5 minit last api sederhana. Kuih dah sejuk baru keluarkan daripada acuan. Selamat mencuba!
Kita sering dengar ketika berpantang selama 44 hari, ada beberapa jenis makanan tidak boleh diambil untuk mengelakkan kembung perut dan demi menjaga kesihatan dalaman ibu yang bersalin. Pun begitu, kita juga sering dengar ada satu makanan ini tidak boleh dimakan sehingga setahun lamanya. Jika diambil sebelum tempoh itu, ibu tadi akan merasakan tidak selesa dan sakit badan. Apakah menu itu?
Ya, laksa. Namun apakah sebabnya hingga begitu lama perlu berpantang makan laksa hingga bertahun lamanya? Dan adakah ianya benar atau sekadar amalan orang dulu-dulu. Oleh itu, jom kita dengar pandangan daripada saintis ini yang terpanggil untuk mengetahui kenapa wujudnya pantang laksa ini. Jom semak perkongsiannya dan semoga bermanfaat.
BETUL KE KENA PANTANG LAKSA SETAHUN LEPAS BERSALIN?
Saya tidak pernah tahu laksa kena pantang setahun sehinggalah saya membuka akaun media sosial. Sebagai seorang ahli akademik, saya ingin tahu, kenapakah wujudnya budaya pantang laksa setahun. Kenapa kebanyakan orang makan laksa ketika dalam pantang tidak ada masalah, tetapi sesekali saya terbaca komen ada yang makan laksa selepas bersalin rasa sakit macam hendak mati.
Mari kita lihat ‘the chemistry of laksa’.
1. Mee laksa.
Mee laksa dihasilkan dari tepung beras putih yang mengandungi kandungan kanji. Di dalam beras putih terdapat sehingga 78% kanji. Terdapat dua jenis kanji iaitu amylose dan amylopectin. Di dalam beras terdapat sekitar 0-30% amylose dan selebihnya adalah amylopectin.
Amylose adalah sejenis kanji (starch) yang tidak mudah dihadam. Amylose merupakan polimer yang terdiri dari 500-2000 unit glukosa yang dihubungi oleh ikatan glikosidik alfa (1–>4) secara linear. Ini menjadikan ia lebih kompak, lurus dan berbentuk helix.
Amylopectin juga merupakan sejenis polimer glukosa yang dihubungkan dengan ikatan glikosida alfa (1–>4). Berbeza dengan amylose, amylopectin mengandungi sekitar 5-15% ranting yang membentukan ikatan glikosida alfa (1–>6) bagi setiap 20-25 unit glukosa selain ikatan glikosidik alfa (1–>4). Ini menjadikan ia bersaiz besar.
Walaupun secara teori amylopectin kelihatan lebih sukar dihadam kerana saiznya yang besar, tetapi oleh kerana terdapat banyak ranting ia menyebabkan lebih banyak ruang untuk tindakbalas enzim berbanding amylose. Makanan yang mengandungi amylopectin yang tinggi mengandungi indeks glisemik lebih tinggi berbanding makanan yang mengandungi kandungan amylose yang lebih tinggi.
Dalam pembuatan mee, bahan yang mengandungi tinggi kandungan amylose memberikan tekstur licin dan berlekit. Pemanasan akan menyebabkan berlaku proses pengelatinan.
Seseorang boleh rasa ketidakhadaman dan kembung disebabkan oleh kanji amylose. Apabila kanji tidak dicerna dengan sempurna apabila sampai di usus kecil, bakteria di dalam usus akan mengambil tugas ini dan menukarkan kanji tidak tercerna ini kepada gas metana dan hidrogen. Jadi, sesetengah orang akan berasa kembung dan ketidakhadaman.
Seperti yang saya jelaskan dalam artikel lepas, masalah ini boleh dikurangkan dengan mengunyah makanan sehingga hancur, makan perlahan-lahan dan minum air dengan banyak.
Maksudnya jika seseorang yang tidak boleh makan laksa, bukan hanya ketika dalam pantang atau dalam tempoh setahun selepas beranak. Saya ada kawan yang tidak berapa toleran dengan beras putih. Tetapi dia tidak toleran sepanjang masa, bukan masa lepas beranak saja. Orang yang tidak boleh makan laksa akan mengalami ketidakhadaman sepanjang masa, dan akan mengalami ketidakhadaman akan memakan sebarang makanan yang mengandungi amylose. Maksudnya, beras putih pun tak boleh!
Jadi petua pantang laksa selepas pantang TIDAK TERPAKAI kepada semua orang.
2. Ikan
Selalu ikan yang selalu kita gunakan dalam pembuatan kuah laksa kedah atau laksa pulau pinang adalah ikan selayang/sardine atau ikan kembung. Kedua-dua jenis ikan ini mengandungi protein, omega 3 dan 6, kalsium dan nutrisi yang lain.
Alahan kepada makanan boleh disebabkan oleh histamine. Histamine ini boleh berpunca dari:
a) Badan kita sebagai tindak balas kepada makanan tertentu
Pengeluaran histamine berlebihan oleh badan sebagai tindakbalas kepada makanan tertentu. Antara reaksi alahan adalah selesema, hidung tersumbat, gegata, dan lain-lain. Adakah wujud kumpulan makanan tertentu yang mencetuskan penghasilan histamine berlebihan? Ia sebenarnya bersifat individu dan tidak sama antara satu sama lain. Kita hanya akan tahu setelah kita mengambil makanan tersebut. Jadi, jika anda tiada alahan pada makanan tertentu sebelum bersalin, anda juga tidak akan ada alahan selepas bersalin melainkan untuk individu yang telah disahkan doktor menghadapi masalah tertentu.
b) Pencemaran histamine dalam makanan laut.
Histamine atau scrombotoxin adalah sejenis toksin yang banyak dihasilkan oleh ikan dari keluarga Scombridae dan Scomberesocidae sebaik saja mereka mati. Antara ikan dalam keluarga ini adalah kembung (Rastrelliger kanagurta) dan keluarga ikan tuna. Dengan adanya kaedah penyejukan beku yang efisien, masalah ini sangat jarang berlaku. Pencemaran histamine berlaku apabila kandungan histamine melebihi paras selamat. Bagaimana untuk elakkan hal ini berlaku? Beli ikan segar dan pastikan cold chain terjaga!
Jika anda memang ada alahan, ia ada sepanjang masa bukan hanya ketika selepas beranak.
3. Bunga kantan dan daun kesum
Daun kesum (Persicaria odorata) dari keluarga Polygonaceae mesti ada dalam laksa. Mana sedap kalau tidak ada daun kesum. Daun kesum mengandungi sebatian kimia (Z)-3-hexenal, (Z)-3-hexenol, decanal, undecanal, dan dodecanal yang memberikan aroma daun kesum yang kita kenali.
Bunga kantan (Etlingera elatior) dari keluarga Zingiberacea sering digunakan sebagai perasa dalam laksa. Bunga kantan mengandungi sebatian kimia yang memberikan bau wangi seperti myrcene dan 1,1,-dodecanediol.
Kedua-dua bunga kantan dan daun kesum mengandungi phytonutrient yang mempunyai sifat antioksidan dan antibakteria. Kedua-dua bahan ini mengandungi oligosakarida kompleks seperti kebanyakan sayur-sayuran. Tidak semua orang akan menghadapi masalah penghadaman oligosakarida yang sama. Jika anda boleh makan sebelum beranak, maka anda boleh makan selepas beranak. Saya pernah terang kaitan angin dengan makanan mengandungi oligosakarida di sini: https://www.facebook.com/cheputeh.osman/posts/2300894409938018
Sekalipun anda mengalami ketidakhadaman dari pengambilan bunga kantan dan daun kesum sebelum beranak. Anda tidak akan kembung, ketidakhadaman, sejuk mengigil dan lain-lain kalau anda tidak menelan daun kesum dan bunga kantan.
Kesimpulannya, jika anda boleh makan sebelum beranak, maka anda pun boleh makan selepas beranak.
KLIK LINK UNTUK ILUSTRASI PENUH DAN SENARAI RUJUKAN.
PS Saya tidak tahu kenapa saya tulis laksa. Saya sebenarnya bukan peminat sebarang jenis mee. Saya makan nasi putih saja. Tapi kalau orang jamu saya makan saja.
Di musim perayaan ini tentu kita akan memasak menu istimewa untuk keluarga.
Selain hidangan raya seperti ketupat dan lemang, turut divariasikan dengan juadah lainnya yang digemari oleh anak-anak antaranya mee goreng, bihun sup dan mee kari dan sebagainya.
Bercerita tenang menyediakan menu berasaskan mee ini, tentunya bahan seperti fishcake menjadi antara ramuan wajib ada untuk memberi rasa yang lebih enak.
Dan melalui perkongsian Tahrunnisah Jali, rupanya fishcake ini boleh disediakan secara homemade. Jom semak bahan-bahan yang diperlukan.
Assalamualaikum..sebelum ni saya ada berkongsi resipi fishball ..sekarang saya kongsikan resepi fishcake pula..memang ia sangat kenyal dan seperti dijual dikedai2 yang diusahakan oleh bukan bangsa melayu…insyaallah semua yang saya kongsikan bersih, suci halal dan sangat menjimatkan kita..
Resepinya
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecik (menggunung) tpg jagung
1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap blend nanti ce rasa jgn masin sangat ye sbb nanti time sejuk lagi masin)
sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cup air sejuk (dr air batu)
** anda boleh menggantikan dengan fish fillet tapi abaikan/jangan taruk air ye sebab dalam fillet tu dah ada kandungan air dah… so abaikan sukatan air tu
Caranya
Isi ikan tenggiri diambil ..kulit takmau ye dan diblend halus saya guna food prosessor
Kemudian masukkan sedikit air ais ..kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak taruk ajinomoto taruk sikit)
Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi..
Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi ..loyang tu biarlah boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas..
Masukkan adunan ikan tadi dalam bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak keluarkannya..(macam buat serimuka) ratakan ia serta padatkannya.. menggunakan minyak yang disapu dijari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak..dalam 15 minit atau sehingga masak.
Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi potong sepertimana bentuk fishcake..Panaskan minyak terendam.. dan goreng sekejap hingga ia kekuningan.. angkat dan toskan minyak siap..alhamdulillah..