Wanita dulu kala tak punya alat kosmetik sehebat sekarang. Jadi untuk cantik cara mereka hanya gunakan petua dari alam semula jadi.
Namun tak ramai wanita kini yang sanggup mengamalkan petua ini kerana berasa leceh bila perlu dibuat sendiri.
Tapi bila lihat perkongsian Afieyzea Aleeschaylee rasanya ramai yang akan berubah fikiran.
Mengamalkan susu kunyit badam madu wajahnya tampil berseri dengan kesan ‘pinkish’ yang diidamkan kaum hawa. Petua yang diamalkan itu menurutnya adalah amalan orang tua dulu kala bagi menaikkan seri wajah.
Katanya untuk wajah berseri dari luar, dalamanlah yang perlu dijaga dan dirawat. Salah satu caranya dengan mengamalkan petua ini.
Jom ikuti perkongsian daripada wanita ini.
Ads
Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.
Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!! Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.. Susu Kunyit Badam Madu
Bahan – bahan:
Susu rendah lemak
Ads
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar
Ads
Cara membuat:
Panaskan susu masukkan kunyit hidupKacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.Kacau dan boleh terus diminum.
Amalan :
Minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan.
Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila menyebut tempat kotor dan banyak bakteria, pasti semua terbayangkan tandas kan. Tetapi sebenarnya ada banyak lagi tempat ataupun alat yang lebih kotor daripada tandas.
Namun begitu, mengikut kajian para saintis, terdapat tempat yang lebih kotor dari mangkuk tandas di rumah, tanpa kita menyedarinya. Berikut adalah senarai tersebut :
1) Sinki Dapur
Sinki Dapur sering digunakan dalam penggunaan harian. Apatah lagi jika anda kerap memasak dan menghabiskan masa didapur. Bayangkan terdapat lebih 500,000 jumlah bakteria pada setiap inci persegi dalam lubang sinki sahaja.
2) Papan pemotong sayur
Antara alatan yang sering digunakan dirumah yang mempunyai 200 kali ganda lebih tinggi bakteria berbanding tandas duduk. Tambah lagi bila ada yang menggunakan satu papan pemotong untuk memotong semua bahan masakkan, bermula daripada sayur-sayuran sehinggalah daging mentah.
Lebih teruk, jika papan pemotong yang digunakan adalah daripada jenis kayu yang sukar dicuci dengan cecair pembasmi kuman. Bahagian atas papan pemotong yang mempunyai kesan potong pisau merupakan rumah kepada pelbagai bakteria. Lebih selamat menggunakan papan pemotong plastik kerana lebih mudah dibersihkan.
3) Suis Lampu / Kipas
Pernahkah anda mengelap atau membersihkan suis lampu atau kipas? Jika tidak pernah, baik masukkan dalam rutin pembersihan rumah anda. Ini kerana selama bertahun-tahun tangan kotor anda menyentuh suis tersebut ia menyumbang kepada 217, 000 jumlah bakteria per inci persegi.
4) Tombol Pintu
Seperti yang anda tahu, tangan adalah salah satu bahagian tercemar. Menyentuh tombol pintu, yang juga jarang dibersihkan mengakibatkan kuman dan bakteria dari orang lain yang telah menyentuh tombol itu berpindah ke tangan anda.
5) Papan Kekunci Komputer
Dalam satu kajian rawak daripada 33 Papan Kekunci Komputer, empat daripadanya dikategorikan “Merbahaya untuk kesihatan”.Oleh itu adalah penting lap bersih Papan Kekunci Komputer dengan kain dan detergen ringan demi menjamin kebersihannya.
6) Wang/Duit
Pesuruhjaya Kajian Kesihatan mendapati terdapat 135, 000 jumlah bakteria daripada satu not wang kertas dan purata jumlah 126, 000 dari not wang kertas yang lain. Oleh itu, pastikan anda membasuh tangan dengan bersih setelah mengendalikan wang yang banyak.
7) Span Basuh Pinggan
Rekahan dalam span membuat ia sukar untuk membunuh dan membasmi bakteria dan kuman.Pengguna span secara umumnya hanya memindahkan bakteria dari satu tempat ke tempat lain. Cara yang mudah untuk membersihkan span adalah, panaskan dalam ketuhar gelombang microwave lebih kurang 60 saat selain ia akan menghilangkan bau juga.
8) Pemegang Pintu Peti sejuk
Seperti tombol pintu , pemegang pintu peti ais juga diguna oleh semua penghuni rumah dan menjadi tempat berkumpulnya banyak bakteria.
9) Telefon bimbit
Ia digunakan secara meluas dalam penggunaan seharian. Mengikut kajian ianya mempunyai 18 kali ganda kuman dan bakteria berbanding tempat duduk tandas.Bersihkan dan menggunakan tisu antibakteria.
10) Alat Kawalan Jauh TV
SARS, MRSA dan VRE antara bakteria yang mudah dipindahkan melalui Alat Kawalan Jauh Telivisyen. Terutamanya Alat Kawalan Jauh Telivisyen di Hotel, pastikan anda bersihkan dahulu dengan tisu basah ataupun balut ia dalam plastik semasa penginapan anda di mana-mana hotel.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pak Nil atau Datuk Aznil Haji Nawawi bukanlah nama asing dalam bidang seni. Daripada deawasa sehinggalah kanak-kanak cukup kenal dengan figura ini. Tidak hairanlah beliau dilantik menjadi Ikon Pendidik.
Dalam satu temu ramah baru-baru ini, Pak Nil mengulas mengenai usaha memupuk kembali minat golongan pelajar ke sekolah usai wabak pandemik. Sekali gus membiasakan anak-anak dengan norma baharu.
Justeru tegasnya, usaha tersebut tidak seharusnya dicemari atau ditakuti dengan perkara tidak perlu. Termasuklah mengenai isu pemeriksaan haid dikalangan pelajar perempuan yang tular baru-baru ini.
“Kita tak mahu wujud lagi golongan pendidik yang membiasakan lawak lucah termasuk yang ‘double meaning’ hingga menggalakkan perbuatan rogol membabitkan guru dan pelajar. Baru baru ini ada dakwaan pula masih ada amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan di sekolah.
“Saya harap pihak berwajib dan KPM ambil tindakan tegas kepada golongan guru yang bersikap sebegitu. Sudahlah pelajar ini sejak sekian lama tidak ke sekolah dan membiasakan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Sekolah itu bukan satu tempat yang ditakuti.
“Sebaliknya peringkat awal ini, ia patut dianggap lokasi seperti taman permainan untuk menarik minat semula selepas lama ‘bercuti’. Kemudian lama lama diterapkan pembelajaran yang menjadi nadi persekolahan,” tegasnya lagi.
Dalam pada itu, di usianya sekarang yang akan genap 59 tahun 6 November ini, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil dilihat kekal menjaga tahap kesihatannya.
Malah rezekinya sejak awal fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu turut diberi rezeki sebagai duta produk kesihatan, Eskayvie.
“Ketika PKP pertama, saya sendiri rasa hidup macam gelap. Kerja seni yang sudah dipersetujui pun ditunda malah ada yang dibatalkan. Tapi saya beroleh rezeki sebagai duta jenama produk itu.
“Sebagai Ikon Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya sendiri teruja nak pusing sekolah bertemu mereka sambil bercakap soal perlindungan diri, ilmu dan menekankan kepentingan pengambilan vitamin C dan D,” katanya.
Rentetan kes melibatkan pengasuh yang berlaku di negara kita buat ibu-ibu makin risau untuk menghantar anak.
Siapapun tidak mahu berdepan dengan situasi sebegini. Menghantar anak pada orang lain sebenarnya cukup berat dilakukan namun apakan daya. Hanya doa dan tawakal mengiringi anak setiap hari.
Demi menjaga kesejahteraan kita sekeluarga, ada baiknya kita amalkan bacaan surah AL Ikhlas, seperti yang dikongikan oleh ibu Diyana Jamal.
Selepas kes penuh tragis adik #AdamRayqal, kini adik #Naufal. Bila terjadinya kejadian yang melibatkan pengasuh, ramai ibu-ibu yang bekerja khuatir dan risau.
Tak terkecuali, ada pula drama tuduh menuduh. Marah hingga mencaci. Kata pengasuh begitu begini.
Yang mengangkat diri atau isteri mereka paling hebat berhenti bekerja kerana menjaga anak, tak kurang dahsyatnya.
Astagfirullah…
Kawan-kawan, perkara begini tiada siapa yang mahu. Ibu-ibu yang bekerja itu bukan kerana tak sayangkan anak, tapi mereka ada sebabnya.
Bila jadi keadaan begini, kita kawallah diri dari berkata-kata atau menulis dengan kata-kata yang menghiris.
Usah tambah luka si ibu si ayah. Usah menambah benci dan dosa. Diam adalah suatu perkara yang ternyata banyak baiknya.
Kita biarkan pihak berkuasa jalankan siasatan. Janganlah kita memandai-mandai buat andaian.
Benda tak jadi pada kita. Kita bolehlah berkata itu ini. Cuba berlaku pada diri atau keluarga terdekat kita.