Apabila berkata tentang umur, pasti ada di antara anda lebih-lebih lagi wanita yang bertungkus-lumus untuk mengekalkan kecantikan agar wajah tidak dimamah usia.
Pelbagai cara dilakukan. Ada yang sanggup berbelanja besar demi memastikan kecantikan serta keanjalan kulit terpelihara.
Baru-baru ini tular sebulah video perkongsian dari seorang wanita. Siapa sangka, wajah yang dilihat seperti 30-an ini rupanya sudah menjangkau ke usia 60 tahun.
Wanita ini turut berkongsi petua yang diamalkan untuk mendapatkan kulit yang berseri dengan hanya menggunakan limau purut sahaja
.
Lebih selesa menggunakan cara orang lama, dia tak mahu mengambil jalan mudah dengan cucuk wajah yang memerlukan kos yang tinggi.
Ini antara perkongsian daripada Kak Jue yang hanya menggunakan limau purut saja.
Tak perlu berhabisan duit untuk kekal muda dan cantik, hanya guna limau purut dah cukup untuk menaikkan seri wajah, hilangkan masalah jeragat, jerawat dan paling penting kekal muda.
Ads
Inilah cara yang digunakan oleh Kak Jue untuk naikkan seri wajah dan kekal muda walaupun berusia 60 tahun.
Caranya:
Potong limau purut dan tenyehkan di bahagian muka berulang kali.
Boleh picitkan sedikit untuk keluarkan jusnya sebelum menggosok ke bahagian muka.
Ads
Manfaatnya: Naikkan seri wajah, buang aura negatif dan tambah keserian wajah.
Hasilnya kulit muda, nampak bersih dan berseri.
Tip: Jika ada rasa pedih pada bahagian kulit muka ketika menggosok, kena cepat-cepat basuh muka.
Info: Bagi yang ada masalah kulit sensitif, elakkan daripada menggunakan bahan ini.
Rumah seorang pempengaruh gadjet terbakar dijilat api selepas ‘powerbank’ lama miliknya meletup dan menyambar kain langsir di bilik tidur utama di rumahnya.
Menerusi akaun Tik Toknya, pempengaruh yang juga pemilik Tiktok Amad Zahry mendakwa ‘power bank’ yang meletup itu sudah lama dan tidak lagi digunakan.
Tambah cemas bila letupan itu menyambar kain langsir di bilik tidur utama mereka.
“Power bank masa meletup tu kami tak pakai pun. Meletup tepi isteri. Nak kata gelembung, tak pun.
“Kejadian berlaku terlalu pantas, Amad memberitahu beliau tidak sempat membasahkan kain bagi menghentikan penyebaran api namun berpeluang mengambil telefon bimbit sebelum menyelamatkan diri ke jalan utama hadapan rumah,” ujarnya berkongsi.
Tambahnya lagi kesemuanya berlaku dengan begitu pantas malah proses memadamkan api menjadi sukar. Dia juga hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya sebelum pihak bomba datang menyelamatkan keadaan.
“Tidak sempat basahkan kain untuk padam, asap hitam dah penuh dalam bilik. Sempat selamatkan telefon untuk telefon bomba. Bomba cepat sampai, alhamdulillah tak ada kecederaan.
Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 1.30 pagi itu telah menyebabkan kerugian mencecah RM20,000.
Kejadian yang berlaku di kejiranan Cheng, Melaka itu bagaimanapun tidak menjejaskan perumahan lain dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Remaja 17 tahun meninggal dunia makan bihuntelur mata, bapa tunggu laporan bedah siasat. Keluarga remaja yang maut dipercayai akibat keracunan makanan selepas memakan bihun dan telur goreng dibawa balik ibunya daripada satu program di sebuah sekolah di Gombak, semalam tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak buat masa ini.
Kamal Baihan 53, bapa kepada Luth Izhar, 17, berkata dia sebaliknya reda dengan kejadian menimpa anak ketiganya itu dan menganggap apa yang berlaku mungkin satu kebetulan.
Katanya, dia difahamkan pihak hospital bahawa bedah siasat yang dijalankan di Hospital Selayang (HS) hari ini belum dapat memastikan punca sebenarnya kematian anak bongsunya itu.
“Keputusan bedah siasat pun mungkin akan ambil masa lama untuk pastikan perkara ini (punca kematian anaknya) disebabkan keracunan atau tidak (menunggu analisa Jabatan Kimia).
“Tetapi ada beberapa aduan (tentang keracunan) lain termasuk seorang kanak-kanak meninggal dunia.
“Walaupun kejadian ini berlaku selepas kami makan makanan lebihan dibawa balik isteri saya, tetapi saya tidak mahulah (tuduh), kerana selama ini tiada apa masalah pun.
“Kalau kita hendak kaitkan dan sebut nama sekolah agama itu, kita pun rasa tidak selesa,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HS di sini, hari ini.
Berita Harian melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan remaja lelaki berusia 17 tahun maut, dipercayai akibat keracunan selepas memakan bihun dan telur goreng yang dibawa pulang daripada sebuah sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu semalam.
Bercerita mengenai hari kejadian, Kamal berkata pada Sabtu lalu, isterinya membawa pulang bihun dan telur goreng selepas menghadiri satu program peringkat daerah di sebuah sekolah di Sungai Cincin dekat sini.
Katanya, beliau bersama isteri serta Luth Izhar memakan bihun bersama telur goreng sementara dua lagi anak perempuannya hanya makan bihun.
“Arwah makan paling banyak telur itu kira-kira tiga biji dan selang tidak lama kemudian, saya, isteri dan arwah mulai sakit perut, tetapi dua anak perempuan saya tiada masalah.
“Saya tak sempat bawa arwah ke klinik kerana dia tidak larat bangun dan bergerak sendiri. Semalam, saya keluar sebentar ke klinik dan menyangka arwah tidak apa-apa namun sebaik pulang pada tengah hari, saya terkejut kerana dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Kamal berkata, jenazah anaknya selesai dibedah jam 1 tengah hari tadi dan terus dibawa ke Surau Al Mukmin, Mutiara Gombak untuk disembahyangkan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, petang ini.
Sementara itu, difahamkan jenazah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang meninggal dunia sudah selesai dibedah siasat di Unit Forensik HS, pada jam 6 petang, semalam dan sudah dituntut keluarganya untuk dikebumikan.
Bapa mangsa, Nazrol Shah Hafiz ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan hanya memaklumkan segala urusan pengebumian jenazah anaknya, Nur Delisha Madihah sudah selesai disempurnakan.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung keracunan makanan itu.
Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah, bagaimanapun tiada pelajar sekolah itu yang terbabit dengan kes keracunan.
“Seramai 33 guru yang juga urus setia terbabit dalam program itu dan dakwaan membabitkan dua kematian itu melibatkan pihak ketiga (orang luar),” katanya.
Tambahnya, JAIS masih menunggu laporan untuk mengesahkan kes kematian ini.
Difahamkan, terdapat 82 mangsa termasuk 48 perempuan yang mengalami gejala cirit-birit dan atau muntah bermula Sabtu lalu.
Bagi yang mengenali Jojie Aminuddin, pasti tahu ini beliau adalah kakak kepada penyanyi yang juga ratu rock negara.
seorang budak perempuan kecil berkulit putih gebu. Itulah dia Maryam, anak angkatnya bersama suami, Syahrizal Ismail.
Media hiburan sebelum ini ada berkongsi kisah Jojier yang mengambil seorang anak angkat perempuan.
Menurut Jojie, anak angkat tersebut yang diberi nama Maryam Syahrizal di ambil ketika usianya baru dua minggu dilahirkan.
Lebih bermakna lagi, kehadiran si kecil ini dalam keluarga Jojie adalah pad Hari istimewa iaitu Hari Arafah kira-kira tiga tahun yang lalu. Jojie sebelum ini pernah hamil pada tahun 2016 namun keguguran ketika kandungan baru memasuki 3 bulan.
Kini memasuki usia 3 tahun, Maryam sudah ada pengikutnya sendiri. Jangan tak tahu, si comel ini mempunyai akaun IG sendiri dan pengikutnya juga boleh tahan ramai, iaitu sebanyak 12.8 ribu.
Keletahnya yang bijak dan wajah yang comel membuatkan ramai yang terhibur. Rata-rata memuji walaupun Maryam masih kecil namun sudah kelihatan cantik, dengan mata bulat dan senyumannya yang manis, siap ada yang kata boleh jadi model.