Umur 87 Tahun Baru Bersara, Rakan Sekerja Rai Majlis Perpisahan Bikin Wargamaya Terharu

Tempat kerja merupakan ‘rumah’ kedua bagi pekerja-pekerja. Pekerja menghabiskan tempoh yang lama dalam sehari.

Lantaran itu, suasana persekitaran tempat kerja yang positif membuatkan ramai yang bertahan lama.

Mesti Baca: Mengadu Sakit Perut, Anak 6 Tahun Meninggal Dunia  Dalam Pangkuan Ibu

Mesti Baca: Rupanya Cara Ni Paling Ramai Suka Buat, Confirm Petai Tahan Lama & Tak Kecut

Mesti Baca: Simpan Duit Dana Kecemasan, Dua Setengah Tahun Dapat RM24,000, Trik Pakar Kewangan Ini Boleh Jadi Panduan.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Sebagaimana perkongsian menerusi TikTok milik akaun Afiq Raffali berkongsi video majlis perpisahan seorang pekerja ‘veteran’ berusia 87 tahun yang bakal bersara.

Majlis ringkas tetapi meriah itu yang diadakan bersama rakan-rakan sebagai menghargai perkhidmatam lelaki itu yang digelar ‘uncle’.

Kelihatan ‘uncle’ terharu dengan sambutan itu yang diadakan pada 31 oktober bersempena hari terakhir pekerja tersebut sebagai seorang kru di restoran makanan segera di Singapura.

Umur 87 Tahun Baru Bersara, Rakan Sekerja Rai Majlis Perpisahan Bikin Wargamaya Terharu

“Nama uncle tersebut Ngew Cheng tapi kami selalu panggil dia uncle saja.

IKLAN

“Dia kerja tak lama, dalam lapan bulan tapi kami tak sampai hati nak suruh dia teruskan kerja sebab umur dia, so kami buat farewell retirement untuknya sebagai tanda menghargai dia.”

“Majlis farewell itu idea bos saya, Encik Vel dan dia adalah pengurus restoran tempat saya bekerja. Dalam video semua adalah team management.”

 

 

KEJUTAN BUAT UNCLE

Nyata, uncle tidak menyangka majlis itu diadakan buat dirinya. Kata Afiq, mereka memberi nasihat kepada uncle untuk menjaga kesihatan diri dan berehat di rumah.

Menurut Afiq ujar Afiq yang berasal dari Kulai, Johor dan sudah lapan tahun mencari rezeki di negara berkenaan perkara biasa bagi rakyat Singapura yang bekerja pada usia warga emas.

“Uncle kerja syif malam, lazimnya malam yang kerja ialah Malaysian dan semua adalah golongan yang lahir pada tahun 1990an.”

IKLAN

“Mereka selalu tolong uncle atau nasihat uncle jangan angkat barang berat. Satu benda yang kami rindu tentang uncle adalah uncle hari-hari lupa tempat nak punch card dekat mana.”

Tambah Afiq lagi, sudah menjadi kebiasaan untuk team di restorannya meraikan hari-hari istimewa bagi menghargai pekerja.

“Dekat McDonalds Singapura, ramai perkerja yang berumur atas 50 tahun. Kami management team memang akan appreciate mereka, semua sambutan kami sambut… hari bapa, hari ibu, atau birthday mereka.”

BERSAMA PENGARAH URUSAN YANG JUGA BOS NOMBOR 1, MR BEN BOH

Umur 87 Tahun Baru Bersara, Rakan Sekerja Rai Majlis Perpisahan Bikin Wargamaya Terharu

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada bos saya. Dia yang pencetus buat video tu dan untuk pengetahuan, video ni dah sampai kepada Pengarah Urusan McDonald’s Singapura dan dia repost dia akaun Facebook miliknya.”

Sehingga kini video tersebut meraih melebihi 220,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

 

WARGAMAYA SEBAK

IKLAN

Siapa yang tidak sebak apabila melihat orang tua yang sudah berusia lebih 80 tahun masih tetap bekerja. Namun mujur mempunyai rakan-rakan sekerja yang baik dan menghormati orang tua.

Umur 87 Tahun Baru Bersara, Rakan Sekerja Rai Majlis Perpisahan Bikin Wargamaya Terharu Umur 87 Tahun Baru Bersara, Rakan Sekerja Rai Majlis Perpisahan Bikin Wargamaya Terharu Umur 87 Tahun Baru Bersara, Rakan Sekerja Rai Majlis Perpisahan Bikin Wargamaya Terharu

 

 

@afiqraffaliSemoga sihat selalu uncle 🙋‍♂️♬ Mengapa Perpisahan Kau Pinta – Fredo (Flybaits)

Sumber: @afiqraffali & mstar.com.my

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Umur 87 Tahun Baru Bersara, Rakan Sekerja Rai Majlis Perpisahan Bikin Wargamaya Terharu

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI