Seharian sibuk bekerja pastinya badan rasa lemah dan letih. Sampai sahaja di rumah rasa terus nak tidur. Tapi sebelum tidur apa kata anda mandi dulu dengan air daun limau purut supaya tubuh badan berasa lebih segar.
Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut step di bawah ini:
1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus
2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4
3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya
5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut
7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda
Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.
Semoga Bermanfaat!
Apabila isteri merajuk pasti akan mengganggu keharmonian rumahtangga. Hubungan akan menjadi lebih tegang dan dingin sekiranya si suami tidak memujuk dan membiarkan si isteri merajuk dan isteri pula masih dengan pendiriannya dan tidak mahu mengalah.
Sebagai seorang ketua keluarga, suami tidak seharusnya membiarkan isteri begitu sahaja tanpa memujuknya. Jika dibiarkan begitu sahaja pasti hubungan suami isteri akan menjadi lebih teruk lagi. Adalah lebih baik suami memujuk isteri dengan penuh ikhlas, tapi mengapa suami harus memujuk isteri walaupun suami tidak bersalah? Sila baca perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini yang akan menjelaskan mengapa dan kenapa.
Isteri Merajuk
Tadi balik dari Pulau Pinang ke KL, jalan jem. Ada seorang wanita jumpa di RNR Tapah 3.30 pagi bertanya dalam nada sedih. Saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak. Saya tengok muka suami rasa macam mahu marah saja. Dia menangis, 24 jam asyik marah saja, menjerit, marah dan pukul anak-anak. Lepas tu saya rasa bersalah.
Bila saya dengar begini saya faham dia salah tapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya. Saya sedih bila lihat wanita macam tu. Ya Allah, kasihan anak-anak.
Mana suami puan?
Di belakang tu. Suaminya datang salam saya. Suaminya cium tangan saya. Dia orang baik. Saya tidak biasa orang cium tangan saya.
Hari ini isteri abang diuji oleh Allah. Abang juga sedang diuji. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia simpan kebaikan disebalik ujian dalam rumahtangga.
Saya bawanya ke belakang dan bercakap berdua. Allah sayang abang. Dia ketemukan kita. Saya dapat rasa betapa sayang isteri abang pada abang. Bantulah isteri abang. Dia benar-benar perlukan abang waktu ini.
Sunnah bawa bahagia. Rasulullah SAW yang amat kita cintai teramat menghargai wanita dan melayan mereka dengan baik.
Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit kepala bersandar dan kata ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya.
Berdua-duaan dalam hidup. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama.
Bantu cuci najis anak. Bantu jaga anak supaya isteri dapat rehat. Beri isteri rehat. Jika dapat tengok wajah isteri tidur nyenyak atau berdengkur kita gembira. Sebab itulah isteri kita yang banyak korban untuk kita. Masa itu kita bantu buat kerja rumah.
Sekali-sekala mereka bangun setelah penat urus rumahtangga sepanjang hari, lihat rumah dah kemas. Sampah dah dibuang. Mainan anak-anak dah dikemas. Letak bunga sebelah kepala isteri. Tulis kad terima kasih sudi terima abang yang tak tiada apa-apa. Terima kasih jadi isteri abang yang setia.
Buat Ta’lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. AL-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga. Baca denga cinta dan sayang.
Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita. Dengar dengan cinta dan perasaan, dengan jiwa, pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya. Gosok belakangnya.
Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumah tangga setiap hari. Isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.
Kasihan ramai isteri jadi overstress, sakit jiwa, sakit, kurus dan ditimpa penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak.
Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga. Dia redha dengan kita. Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke. Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi SAW. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri.
Abang tu kata terima kaseh ustaz. Syukur Allah temukan kita dalam jem ni. Tak larat nak gerak dah jalan jem sangat. Rupanya ada rahmat Allah. Saya akan perbaiki diri dan bantu isteri. Saya tak tahu puncanya. Baru saya faham. Terima kaseh.
Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia. Allah jaga orang jaga agama.
Sumber: mediamaklumat.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon, Harris Anuar meluahkan rasa syukur dapat membawa isteri dan anaknya untuk sama-sama menunaikan ibadah umrah.
Harris yang ketika ini sedang berada di Makkah bersama dua kesayangannya itu amat terharu kerana impiannya untuk membawa keduanya terutama anaknya, Aura Medina tercapai.
“Alhamdulillah, impian seorang ayah menjadi kenyataan,” tulisnya.
Tambah Harris lagi menerusi Instagramnya, dia sememangnya sudah mengimpikan lama momen itu namun amat bersyukur kerana diberikan rezeki dari Allah untuk menjejak Tanah Suci lagi.
“Benarlah orang kata rezeki tak salah alamat, kalau Allah dah pilih,tak sangka tak pakai duit pun boleh datang sini.
“Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan dari-Mu ya Allah.Memang dah lama teringin nak ke sini bersama family anak dan isteri ❤️,” tulisnya.
Menerusi entri itu juga Harris turut mengabadikan kenangan berlatar belakangkan Kaabah bersama isteri dan anaknya.
Menerusi entri berlainan pula, Harris dilihat turut bertawaf sambil mengendong si comel, Aura Medina.
Banjir yang melanda Pantai Timur nampaknya semakin memburuk dan berada di paras membimbangkan. Kemas kini dari mngsa menunjukkan banyak tempat yang telah dinaiki air hingga mngsa terpksa memanjat tempat tinggi untuk menyelamatkan diri.
Bahkan ada rumah yang sudah ditenggelami air banjir dan rata-rata penduduk keluar untuk menyelamatkan diri.
Namun, perkongsian pengguna TikTok @ise1199 ini menarik perhatian ramai apabila beberapa buah rumah dipercayai di Kampung Bukit Abal, Pasir Putih tidak dimasuki air banjir walaupun air di kawasan sekeliling sudah tinggi.
Menerusi video itu, dapat dilihat penghadang atau pagar yang ditutup dengan plastik dibina di hadapan rumah itu, yang menghalang air masuk ke kawasan tersebut. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 1.5 juta kali di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata melahirkan rasa kagum dan memuji usaha yang dilakukan oleh pemilik-pemilik rumah berkenaan dalam mencari inisiatif mengelakkan rumah penduduk ditenggelami air.
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.