Siapa je yang tak suka dengan keletah kedua-dua orang anak pelakon cantik, Eyra Hazali iaitu Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie. Adik-beradik ini seringkali membuatkan orang ramai terhibur dengan kecomela dan gelagat ‘out of the box’ mereka.
Bukan saja cerdik bahkan Hayder dan Endra suka bergurau antara satu sama lain dan setiap momen indah itu akan direkodkan oleh mama mereka.
Eyra ada memuatnaik sebuah video ketika membawa anak-anaknya ke kedai gunting rambut. Pada awalnya, rambut Endra agak panjang sehingga boleh diikat toncet. Ketika awalnya Endra kelihatan okay tetapi sebaik saja proses memotong rambut bermula, dia mula menangis.
Mungkin kerana proses mengambil masa dan Endra mula rasa tak selesa sebab itulah dia menangis. Sepanjang proses memotong rambut, tak lepas lolipop dari mulutnya.
Ads
Lain pula kisahnya dengan Hayder kerana dia telah bersedia untuk potong rambut. Dia juga membuat permintaan untuk membuat potongan rambut seperti papa mereka. Ingin memujuk adiknya yang menangis, Hayder memuji Endra kerana berjaya memotong rambut.
Di penghujung video, Hayder dan Endra bergambar bersama dan pada waktu inilah ramai yag memberi komen wajah mereka nampak sangat serupa.
Pernah terpalit namanya yang merupakan individu yang memeluk Talita di dalam rakaman video sebelum ini, akhirnya Pelakon Wan Sharmila berjumpa dengan satu-satunya anak perempuan Shuib.
Melalui posting video di akaun Instagram Siti Sarah Raisuddin, Dzahira Talita Zahra atau lebih mesra dalam keluarganya dipanggil dekta kelihatan ceria dan Talita diihat mesra bersama Wan Sharmila di sebuah pusat membeli belah.
Seharian dengan aunty @lala.wansharmila 😍 Thank you for today! Dekta happy sangat! Jumpa lagi ❤️
Rakaman video itu menjadi tumpuan ramai sehingga mendapat lebih 90,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen dari pengikut yang memberi respon baik buat mereka.
Terdahulu, nama Wan Sharmila turut disebut netizen yang berteka teki susuk misteri yang ditutupi muka dalam video yang dimuat naik baru-baru ini tetapi telah dinafikan oleh tuan badan.
Selepas 21 hari melahirkan bayinya, Ozlynn Wati dan suami, Johan berkongsi nama anak keenam mereka. Nur Latifah Cherdiq Hanania menjadi pilihan pasangan suami isteri ini.
Pengumuman tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram rasmi pasangan tersebut.Kata Ozlynn, nama tersebut sebenarnya telah pun disimpan lebih daripada tujuh tahun sebelum diberikan kepada anak bongsunya itu.
“Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania di hari Jumaat yang indah pada 3 September. Nama yang telah disimpan 7 tahun dahulu. Akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar.
“Syukur kepada Allah kami diberikan peluang marasa nikmat sekali lagi. Bermata panda di malam hari. Berebut siapa nak bergendong baby. Tiga putera dan tiga puteri. Akhirnya suami kata ok cukup takat ini,” kongsinya lagi.
Ozlynn juga turut memberikan kata-kata semangat buat para ibu bapa yang sehingga kami masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.
“Kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki, jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah memberi peluang untuk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.
“Semoga ada rezeki kalian. Ketahuilah tiada apa yg senang dalam dunia ini. Membesarkan setiap anak jugak ada ujiannya. Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah. Ujian kami, kehilangan bonda tercinta,” kongsinya lagi.
Hanya air mata mengiringi rasa syukur dan gembira apabila dirinya disahkan negatif covid-19 semalam. Pelakon, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail yang sebelum ini dirawat di Hospital Sungai Buloh berkata, perkara itu dimaklumkan jururawat selepas hasil ujian swab kedua yang dibuat semalam diterima pada sebelah petang.
Selepas 13 hari dirawat dan dikuarantin, PU Riz Ismail bersyukur kerana sudah pulih dan keputusan diperoleh kembali negatif. Pelakon dan juga pendakwah bebas itu akhirnya dapat keluar dari hospital malam tadi.
“Saya hanya mampu memanjat kesyukuran di atas kesempatan indah ini. Rasa macam diberi peluang kedua.
“Sukar digambarkan dengan kata kata. Kita manusia terus diuji. Semoga kita dijauhi perkara tak baik. InsyaAllah Sebelum ini tak saya nafikan memikirkan soal kematian ketika berada di hospital,” katanya kepada BH Online.
Katanya lagi, perasan rindu untuk berjumpa kembali keluarga akhirnya dilampiaskan tadi.
“Seronok sangat dapat bertemu keluarga. Ibu pun sudah sedia menyambut saya dengan masakan enak.
“Nikmat ini kita kena hargai. Jangan sampai ia hilang begitu saja. Sayangi mereka terutama keluarga tersayang.
“Syukur pada Allah apabila disahkan sembuh dan boleh pulang. Saya menangis ketika dimaklumkan negatif. Bukan apa, wabak ini boleh membawa maut dan ibaratnya ini peluang kedua yang Allah berikan.
“Sepanjang dirawat, jururawat sentiasa memberikan kata-kata semangat dan minta supaya sentiasa berfikiran positif. Malah, ada jemaah tabligh pesan, yakin Allah ada dengan kita. Saya berdoa pada Allah semoga terus istiqomah sampai hujung nyawa,” Ujarnya lagi.
Pada 6 April lalu, keputusan ujian saringan COVID-19 yang dibuat disahkan positif. Riz ketika itu memaklumkan mengalami demam panas beberapa hari sebelum tarikh itu. Dia menganggap hal itu sebagai ujian Allah SWT terhadapnya.
Tambah Riz, dia berharap semua pihak termasuk rakyat Malaysia tidak mengambil mudah dalam hal yang boleh membawa maut terutama penularan virus ini.
Dia kini bakal menjalani proses kuarantin diri selama dua minggu.
“Sekarang saya kena menjalani kuarantin diri selama dua minggu di rumah. Selepas itu saya perlu pergi klinik kesihatan berdekatan untuk mengesahkan sudah menjalani kuarantin selepas bebas dari wabak ini,” katanya.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditambah lagi. Sama samalah kita patuh,” katanya.
Sebelum itu, Riz mengakui rutinnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, dia hanya berada di rumah.
Bagaimanapun sebelum masjid tersebut ditutup, dia ada berkunjung ke Masjid Jamek Sri Petaling.
“Rumah saya memang betul-betul berdepan dengan masjid tersebut dan saya kerap beribadat di situ sebelum masjid tersebut ditutup kerana penularan wabak Covid-19,” ujarnya yang turut memaklumkan bapa saudaranya juga positif Covid-19.