Beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan yang mulia iaitu bulan Ramadan. Tentunya ada yang tak sabar untuk meraikannya. Ada yang telah menghias rumah untuk menyediakan ruang untuk tadarus Al-Quran, menu makanan berbuka puasa dan bersahur.
Bagi yang nak tahu rutin pemakanan yang betul di bulan puasa, ikuti panduan yang dikongsi oleh Dr. Erna Nadia ini. Baru tak rasa letih, mengantuk sebaliknya kekal aktif. Jom tengok panduannya.
Jadi, untuk sahur yang bagus adalah makanan yang buatkan kita rasa kenyang lama supaya kita boleh berasa nice je sampai lah waktu iftar.

Gandingkan salah satu hidangan di bawah dengan protein ( sebaiknya ayam, ikan, telur, kekacang) dan serat yang best ( sayur dan buah).

Untuk Pastikan Kekal Aktif & Tak Mengantuk. Dr Ini Kongsi Rutin Pemakanan Bulan Puasa. Take Note Ye!

Lepas tu minum air kosong 1-2 gelas.

Atau boleh minum susu secawan/ segelas. Susu fresh milk ke whole milk ke tak kisah yang penting bukan susu dalam tin tu ye ( itu gula je tu)

Lepas sahur, takmau la sambung tidur.

Get ready for the day!

Solat, ngaji ke tengok tv ke ape apelah asalkan tak tidur sebab kalau tidur nanti bangun tu mesti lapar atau mood swing.

Kita kan nak jadi baik, comel dan sihat ni.

Rutin pemakanan bulan puasa

Okay, kita share sikit na.

Untuk berbuka puasa, sebaik baiknya adalah mulakan dengan makanan yang tinggi gula ringkas contohnya kurma.

Kurma ni bagus sebab dia adalah gabungan gula ringkas ( gula ringkas ni dia bagi tenaga yang cepat) dan serat ( bantu penghadaman dan beri tenaga yang tahan lebih lama) serta dia ada mineral penting yang lain contohnya potassium ( potassium ni bagus sebab dia bantu stabilkan bendalir badan, elok la sebab kita dah puasa kan). Boleh ambil 3-5 biji kurma masa berbuka kemudian minum air kosong.

Lepas tu tunaikan solat Maghrib dengan tenang.

Dan barulah makan makanan yang lebih kompleks. Contoh makan nasi, mi, pasta, roti yada yada yada. Makan satu hidangan lengkap dan lepas tu nak makan buah ke manisan sikit sikit ok je.

Kemudian dah boleh rileks dan get ready for tarawih.

Balik terawih, nak ambil moreh, ambillah yang simple2 je macam biskut 3-4 keping, susu ( minumlah segelas before tidur sebab sumber protein dan kalsium dia bagus untuk kita), roti sekeping dua, bubur kacang semangkuk kecil, kuih 2-3 ketul atau buah buahan ke salad ke pun okay. Tak mau la yang berat berat sebab lepas tu kita nak tidur pun kan. Jadi tak perlu tenaga banyak.

Untuk sahur, eloknya setengah jam sebelum Subuh. Makanan yang tak simple sangat tak berat sangat. Contoh macam nasi dengan satu jenis protein, sayur, buah, air atau oat dengan susu, atau biskut dengan susu.

Yang penting, air kosong mesti kena cukup supaya kita kekal hidrat sepanjang hari. Kalau tak nanti kita akan mudah letih jika kurang air.

Elakkan kaffein ( kopi, teh, coklat, minuman bergas) sebab ianya akan buatkan anda lebih dahaga sahaja.

Kurangkan makanan pedas atau tinggi lemak. Tak bagus untuk perut, usus dan penghadaman anda pun. Dah kosong perut sepanjang siang tiba tiba kita bagi makanan pedas dan berlemak kat dia. ‘Terkejut’ dia nanti.

Boleh ke nak bersenam?

Boleh jika masih larat dan mampu. Jangan paksa diri. Kalau larat, buat 45-60 minit sebelum berbuka. Buat senaman yang low intensiti macam brisk walking ke slow jog ke tabata ke sikit sikit, senaman regangan, kayuh basikal sikit sikit.

Kalau nak buat senaman lepas terawih pun okay cuma jangan terus tidur dan low intensiti juga. Tak bersenam yang hardcore pun takpe.

Bulan puasa ni ramai yang boleh loss weight sebab kurang air dalam badan. Jadi ramai akan happy. Raya je, semua dah kembali ke berat asal atau terlebih sebab air pun terlebih manis dan makanan pun dah mula yang berat berat dan berlemak.

Elak minuman manis

Untuk Pastikan Kekal Aktif & Tak Mengantuk. Dr Ini Kongsi Rutin Pemakanan Bulan Puasa. Take Note Ye!

Nak minum air manis sehari sekali atau lebih baik kurangkan la masa bulan puasa sebab air manis ni tinggi gula. Kalau lebih gula, esoknya kita memang akan dahaga sebab badan jadi kurang air.

Air kosong pun janganlah over sangat nanti buah pinggang tak boleh nak proses dan akan banyak kencing sahaja. Lebih dahaga juga.

So, kesimpulan kata bersedehanalah sepanjang Ramadhan ni.

Makan macam kita makan biasa sahaja waktu berbuka. Jangan membazir dan jangan melantak. Kena ingat yang bulan puasa adalah untuk ajar kita bersabar dan memahami keadaan orang yang diuji kurang nikmat makan (ada negara yang rakyat dia tak cukup makan atau ada keluarga yang susah untuk ada makanan yang cukup).

Yang kita kena banyakkan adalah ibadat dan taubat.

Sumber: Erna Nadia

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.

Untuk Pastikan Kekal Aktif & Tak Mengantuk. Dr Ini Kongsi Rutin Pemakanan Bulan Puasa. Take Note Ye!

KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!

MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.

MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat. 

MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?

MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Untuk Pastikan Kekal Aktif & Tak Mengantuk. Dr Ini Kongsi Rutin Pemakanan Bulan Puasa. Take Note Ye!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI