Menghuni rumah yang telah berusia lebih 40 tahun atau membeli rumah subsale biasanya keadaan lantai tandas kurang selesa digunakan memandangkan jubin terlihat telah pun berubah warna dan seakan perlu sahaja diganti dengan jubin baru untuk menjadikan terlihat cantik berseri.
Pun begitu untuk menggantikan jubin tersebut, pastinya memerlukan kos yang besar. Tapi sebenarnya ada cara jimat dan pantas boleh anda lakukan. Menariknya juga ia boleh dilakukan tanpa melakukan perubahan pada lantai bilik air atau tandas tersebut, bila menggunakan salutan epoxy kalis air.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Untuk melakukan salutan cat epoxy ini tidak perlu risau, boleh sahaja ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Shahzle Sam di akaun facebooknya. Difahamkan bajet untuk melakukan diy tersebut hanya dibawah RM150 sahaja.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-
Epoxy Floor Coating
Anti Slip Powder
Epoxy Hardener
Tiles Cote Hardener
Total keseluruhan untuk melakukan diy ini adalah dibawah RM150. Lazada RM139.90 epoxy brand heavy duty. Boleh beli brand yang lebih bagus jika ada budget lebih.
Ads
Cara Untuk DIY Cat Lantai Tandas Epoxy Kalis Air
Grout tiles dulu untuk tutup segala lubang celah tiles yang ada. Mix dengan air je
Taburkan grout tiles di seluruh permukaan lantai tersebut.
Biarkan kering dalam tempoh sehari
Epoxy primer coating (biarkan kering dalam masa sehari). Kalau tak cukup kering tunggu lagi
Terus cabut tape selepas sapu epoxy supaya coating tak terkopek sekali.
Ads
Epoxy finish coating (ivory colour) + anti slip powder. Biarkan kering dalam masa sehari, kalau tak cukup kering tunggu lagi
Diharap dengan perkongsian ini, anda semua mampu untuk mengetahui cara untuk melakukan diy ini dan dijadikan sebagai inspirasi.
Menanam kunyit di laman rumah atau di dalam pasu adalah salah satu aktiviti yang praktikal untuk dilakukan. Ini memandangkan kunyit banyak digunakan di dalam masakan harian. Lantaran itu jika ada sepokok dua di tanamn pun sudah memadai.
Pun begitu, jika sekadar tanam dan pokok tidak subur kadang kala membuatkan kita rasa tidak puas hati. Kalau boleh tanaman kunyit biarlah berdaun segar, lebar dan menghijau. Barulah seronok dipetik untuk digunakan di dalam masakan.
Jadi untuk itu, ketahui serba sedikit cara tanam kunyit yang betul seperti mana yang dikongsikan oleh Siti Rokiah Che Hat di group Belajar Berkebun Di Rumah (untuk beginner)
CARA TANAM KUNYIT
1. Syarat tumbuh.
Ia tumbuh dengan baik di tanah laterit(Tanah merah), aluvial(Jenis tanah liat halus) dan regosol, ketinggian 240 – 1200 m di atas permukaan laut (dpl), dengan hujan 2000 – 4000 ml / tahun. Kunyit juga dapat tumbuh di bawah batang pohon kayu seperti pokok jati muda sekitar usia 3 – 4 tahun, dengan tahap teduhan tidak lebih dari 30%.
2. Pembenihan.
Untuk benih kunyit, anda boleh menggunakan rizom utama atau rizom anak. Rizom utama berbentuk bulat telur, atau rizom paling besar.
Rizom anak pula terletak di sisi dan berbentuk seperti jari. Panjang rizom yang digunakan adalah 2 – 10 cm, diameternya 1 – 2 cm.
Rizom utama boleh digunakan sebagai benih yang dibahagikan kepada empat (satu rizom induk terbahagi kepada empat bahagian membujur), sementara satu rizom anak boleh digunakan sebagai satu benih kunyit.
Sebelum bercucuk tanam, rizom ditanam terlebih dahulu dalam kotak berisi tanah sehingga tunas tumbuh dengan ketinggian tunas 0.5 – 1 cm. Selepas itu kunyit boleh dipindah ke tanah.
Jika hendak tanam di dalam pasu boleh biarkan sahaja dan jika ingin tanam di tanah perlu tunggu sehingga keluar dua atau tiga helai daun baru boleh pindahkan ke tanah.
3. Penyediaan tanah.
Tanah dibajak sehingga menjadi gembur. Ini kerana ia memerlukan penyaliran yang baik dan air tidak boleh bertakung di atas. Oleh itu, perlu dibuat parit yang memisahkan batas tanah. Ukuran batas tanah kunyit adalah dengan kelebaran 1m dan panjang disesuaikan dengan keadaan di lapangan.
4. Jarak tanam.
Jarak tanaman kunyit ialah 50 cm x 40 cm dalam sistem monokultur. Sekiranya tanaman itu hendak ditanam dengan sistem tanaman campuran dengan kacang tanah atau cili, maka jaraknya 75 cm x 50 cm.
5. Sistem tanam campuran.
Dalam sistem tanam campuran, tanaman kunyit boleh dicampur dengan tanaman kacang tanah dengan menggunakan jarak yang lebih luas 75 cm x 50 cm. Kacang tanah boleh ditanam di antara kunyit dengan jarak 75 cm. Tanaman kacang tanah perlu ditanam pada masa yang sama dengan menanam kunyit.
Namun, selepas 3 bulan kacang tanah sudah boleh dituai. Selepas itu, kacang tanah boleh ditanam lagi atau jenis tanaman lain yang mengambil masa yang pendek. Tanaman yang bersilang dengan kacang tanah adalah baik untuk kesuburan tanah kerana ia meningkatkan unsur Nitrogen dalam tanah.
6. Pembajaan.
Baja organik 0.5 kg/tanaman diberikan sebelum penanaman. Baja NPK, dengan dos 5 gram / tanaman untuk sistem monokultur, dan 10 gram / tanaman untuk sistem tanam campuran diberikan semasa penanaman. Baja urea diberikan lagi pada usia 1 dan 3 bulan selepas ditanam dengan dos 5 gram / tanaman.
7. Penyelenggaraan.
Penyelenggaraan tanaman merangkumi pembersihan rumpai dan penimbunan. Pembersihan rumpai berguna untuk mengelakkan persaingan pengambilan nutrien dengan rumpai. Penimbunan berguna untuk menjaga kelembapan, suhu dan kelembapan tanah. Penimbunan juga dilakukan untuk memperbaharui parit yang memisahkan batas tanah, tanah dinaikkan ke batas tanah penanaman selepas pembersihan rumpai.
Tanaman kunyit jarang diserang perosak atau penyakit. Terdapat beberapa langkah yang digunakan untuk mencegah berlakunya penyakit rizom mereput yang disebabkan oleh Ralstonia solanacearum. Ia adalah:
-Memilih benih rizom yang sihat.
-Mengelakkan luka pada benih rizom.
-Membersihkan sisa tanaman sebelum itu dan rumpai.
-Membuat saluran pengairan supaya tidak ada air yang bertakung.
8. Tuaian.
Penuaian yang sesuai berdasarkan usia tanaman perlu dilakukan untuk mendapatkan penghasilan yang tinggi, iaitu pada tanaman yang berumur 10-12 bulan selepas penanaman, biasanya daunnya mula gugur atau kering. Penuaian dilakukan dengan menggali dan mengangkat seluruh rizom.
Selepas dituai, rizom kunyit dibasuh dan dibersihkan dari tanah lalu dikeringkan di bawah terik matahari.
Sebuah kehilangan pastinya sangat memeritkan. Apatah lagi jika kita terpaksa menghadapinya sewaktu masih belum bersedia.
Apatah lagi jika kehilangan itu dirasai oleh kanak-kanak yang masih belum mengerti apa-apa. Yang masih perlukan belaian manja. Itulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak bernama Mohamad Adiffiras berusia 11 tahun ini.
Dia yang kehilangan ayahnya pada tahun lepas berusaha untuk membina kepuk kubur untuk arwah ayahnya sebagaimana kubur-kubur yang lain.
Namun keadaan keluarganya yang serba kekurangan menyebabkan dia terpaksa membina kepuk kubur itu sendiri kerana tidak mahu kubur arwah ayahnya itu hilang dibawa arus banjir atau hujan lebat.
Menurut ibunya Siti Nurul Aini yang mempunyai 3 orang anak ini, namun anak sulungnya meninggal selepas 3 hari dilahirkan pada tahun 2010. Jenazahnya di kebumikan di kampung ibunya di Johor, manakala dia sekeluarga menetap di Felda Kechau 1, Kuala Lipis, Pahang.
Kubur arwah anaknya itu tiada kepuk dan nisan kerana banyak kali hilang selepas dihanyutkan air. Oleh kerana kekurangan wang dan tinggal jauh, mereka tidak membuatkan kepuk baru.
“Jadi selepas suami meninggal, Firas berkeras nak buat kepuk untuk kubur bapanya.”
“Dia tak mahu kubur arwah bapanya hilang macam kubur arwah kakak. Firas minta dengan bapa saudaranya untuk beli kepuk dan batu nisan, tapi pakcik dia mampu beli nisan je. Kepuk tak mampu.”
“Hari tu, tanah kubur arwah suami saya mendap sebab hujan lebat. Firas menangis, dia takut kubur tu hilang. Sebab itulah dia bersungguh nak buat kepuk sendiri.”
Pada awal bulan yang lalu, Firas telah memunggah batu-bata dari rumah mereka dan mengangkutnya menggunakan basikal untuk membina sendiri kepuk di kubur bapanya yang meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus.
Apa yang menyedihkan adalah, waktu itu Firas menggunakan tanah merah di sekitar kubur untuk menggantikan simen dalam pembinaan kepuk berkenaan.
“Dia minta izin dengan saya nak buat kepuk. Dia bawa batu-bata dari rumah dengan menggunakan basikal. Bila hujan turun, batu-bata tu tergolek. Dia menangis kutip batu tu balik. Dalam hujan lebat dia menagis.”
“Jadi saya pun beli simen dalam 3 kilogram (kg) secara atas talian untuk membina kepuk tersebut.”
“Bila dah siap, Firas peluk batu nisan ayahnya.”
“Dia kata, ini je dia mampu bagi untuk arwah. Saya ingat dia main-main je masa dia lukis kat rumah, rupanya dia buat betul-betul.”
Untuk makluman, Siti adalah seorang suri rumah. dia tidak bekerja danmengharapkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pihak zakat untuk perbelanjaan dia dan anak-anak.
“Saya hanya suri rumah. Semua anak dilahirkan secara pembedahan sebab itu arwah tak bagi saya kerja. Anak bongsu pula mengalami semput, sering keluar masuk hospital.”
Kisah firas ini tular selepas seorang pemuda bernama Akhmar Salehudin berkongsi video Firas yang ketika itu berada di sisi pusara ayahnya.
Dalam video tersebut turut menemubual Firas yang telah membina kepuk kubur ayahnya itu.
Rata-rata komen yang diterima, kagum dengan kesungguhan Firas dan ramai yang mendoakannya.
Bagi yang kreatif dan berbakat dalam menghias, pasti ini memberi kelebihan dalam menata rias kediaman untuk membuatkan ahli keluarga selesa dan gembira.
Ruang dalam kediaman dimanfaatkan sebaiknya, seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Ilyana Isa yang berkongsi idea bagaimana menukar wajah porch atau anjung rumahnya kepada satu mini cafe untuk seisi keluarga berehat sambil meluangkan masa bersama.
Hi.. Assalamualaikum.
Saya suka join group ni walaupun tak pandai bertukang langsung 😅 Tukang buat kek bolehlah. Tukang2 main dengan paku, dengan kayu, fail teruk. Tapi sukalah baca posting & komen2 semua menghiburkan.
Gelak sorang-sorang baca kadang tu 😂 Tukang troll ramai, tapi yang best takde yang sentap2 pun. Banyak gak dapat ilmu, tapi semua saya pass kat boss sebab dia minat gak bertukang.
Baru-baru ni incek boss saya Isa Yassir Arafat ada buat ‘mini cafe’ atau berandah di porch kami. Berangan nak ada berandah tingkat atas, tapi tak cukup budget nak buat 😅 Buat kat porch pun jadilah..
Simple2 je tukang pakai kayu & plywood. Alas rumput carpet. Size 8×10 kaki. Kerusi tinggi & sofa beli kat shopee. Jadilah buat tempat lepak minum petang. Malam-malam layan anak main UNO kat situ 😁
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.