Menanam kunyit di laman rumah atau di dalam pasu adalah salah satu aktiviti yang praktikal untuk dilakukan. Ini memandangkan kunyit banyak digunakan di dalam masakan harian. Lantaran itu jika ada sepokok dua di tanamn pun sudah memadai.
Pun begitu, jika sekadar tanam dan pokok tidak subur kadang kala membuatkan kita rasa tidak puas hati. Kalau boleh tanaman kunyit biarlah berdaun segar, lebar dan menghijau. Barulah seronok dipetik untuk digunakan di dalam masakan.
Jadi untuk itu, ketahui serba sedikit cara tanam kunyit yang betul seperti mana yang dikongsikan oleh Siti Rokiah Che Hat di group Belajar Berkebun Di Rumah (untuk beginner)
CARA TANAM KUNYIT
1. Syarat tumbuh.
Ia tumbuh dengan baik di tanah laterit(Tanah merah), aluvial(Jenis tanah liat halus) dan regosol, ketinggian 240 – 1200 m di atas permukaan laut (dpl), dengan hujan 2000 – 4000 ml / tahun. Kunyit juga dapat tumbuh di bawah batang pohon kayu seperti pokok jati muda sekitar usia 3 – 4 tahun, dengan tahap teduhan tidak lebih dari 30%.
2. Pembenihan.
Untuk benih kunyit, anda boleh menggunakan rizom utama atau rizom anak. Rizom utama berbentuk bulat telur, atau rizom paling besar.
Rizom anak pula terletak di sisi dan berbentuk seperti jari. Panjang rizom yang digunakan adalah 2 – 10 cm, diameternya 1 – 2 cm.
Rizom utama boleh digunakan sebagai benih yang dibahagikan kepada empat (satu rizom induk terbahagi kepada empat bahagian membujur), sementara satu rizom anak boleh digunakan sebagai satu benih kunyit.
Sebelum bercucuk tanam, rizom ditanam terlebih dahulu dalam kotak berisi tanah sehingga tunas tumbuh dengan ketinggian tunas 0.5 – 1 cm. Selepas itu kunyit boleh dipindah ke tanah.
Jika hendak tanam di dalam pasu boleh biarkan sahaja dan jika ingin tanam di tanah perlu tunggu sehingga keluar dua atau tiga helai daun baru boleh pindahkan ke tanah.
3. Penyediaan tanah.
Tanah dibajak sehingga menjadi gembur. Ini kerana ia memerlukan penyaliran yang baik dan air tidak boleh bertakung di atas. Oleh itu, perlu dibuat parit yang memisahkan batas tanah. Ukuran batas tanah kunyit adalah dengan kelebaran 1m dan panjang disesuaikan dengan keadaan di lapangan.
4. Jarak tanam.
Jarak tanaman kunyit ialah 50 cm x 40 cm dalam sistem monokultur. Sekiranya tanaman itu hendak ditanam dengan sistem tanaman campuran dengan kacang tanah atau cili, maka jaraknya 75 cm x 50 cm.
5. Sistem tanam campuran.
Dalam sistem tanam campuran, tanaman kunyit boleh dicampur dengan tanaman kacang tanah dengan menggunakan jarak yang lebih luas 75 cm x 50 cm. Kacang tanah boleh ditanam di antara kunyit dengan jarak 75 cm. Tanaman kacang tanah perlu ditanam pada masa yang sama dengan menanam kunyit.
Namun, selepas 3 bulan kacang tanah sudah boleh dituai. Selepas itu, kacang tanah boleh ditanam lagi atau jenis tanaman lain yang mengambil masa yang pendek. Tanaman yang bersilang dengan kacang tanah adalah baik untuk kesuburan tanah kerana ia meningkatkan unsur Nitrogen dalam tanah.
6. Pembajaan.
Baja organik 0.5 kg/tanaman diberikan sebelum penanaman. Baja NPK, dengan dos 5 gram / tanaman untuk sistem monokultur, dan 10 gram / tanaman untuk sistem tanam campuran diberikan semasa penanaman. Baja urea diberikan lagi pada usia 1 dan 3 bulan selepas ditanam dengan dos 5 gram / tanaman.
7. Penyelenggaraan.
Penyelenggaraan tanaman merangkumi pembersihan rumpai dan penimbunan. Pembersihan rumpai berguna untuk mengelakkan persaingan pengambilan nutrien dengan rumpai. Penimbunan berguna untuk menjaga kelembapan, suhu dan kelembapan tanah. Penimbunan juga dilakukan untuk memperbaharui parit yang memisahkan batas tanah, tanah dinaikkan ke batas tanah penanaman selepas pembersihan rumpai.
Tanaman kunyit jarang diserang perosak atau penyakit. Terdapat beberapa langkah yang digunakan untuk mencegah berlakunya penyakit rizom mereput yang disebabkan oleh Ralstonia solanacearum. Ia adalah:
-Memilih benih rizom yang sihat.
-Mengelakkan luka pada benih rizom.
-Membersihkan sisa tanaman sebelum itu dan rumpai.
-Membuat saluran pengairan supaya tidak ada air yang bertakung.
8. Tuaian.
Penuaian yang sesuai berdasarkan usia tanaman perlu dilakukan untuk mendapatkan penghasilan yang tinggi, iaitu pada tanaman yang berumur 10-12 bulan selepas penanaman, biasanya daunnya mula gugur atau kering. Penuaian dilakukan dengan menggali dan mengangkat seluruh rizom.
Selepas dituai, rizom kunyit dibasuh dan dibersihkan dari tanah lalu dikeringkan di bawah terik matahari.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber : Siti Rokiah Che Mat
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jika anda berminat untuk mempelajari cara Berkebun Cili Di Halaman Rumah, sila daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/
atau jika ada sebarang soalan boleh whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club