Tanyalah pada sesiapa pun yang membesar sekitar tahun 1989 tentang drama bersiri Moero Attact karya Shotaro Ishinomori, yang mengisahkan tentang seorang gadis Jepun (Kojika Chun) yang berusaha bersungguh-sungguh bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi wakil negaranya untuk skuad bola tampar di temasya sukan Olimpik.

Betapa rancangan ini memberi impak dan fenomena yang cukup dasyat, ditayangkan pada hari Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang.  Kebanyakan peminat cerita ini akan berlari pulang daripada kelas mengaji malah ada yang sanggup ponteng sekolah agama semata-mata tidak ingin terlepas siaran.

Bukan itu sahaja, malah banyak lagi nostalgia menarik yang tercipta dan ini dikongsikan sendiri oleh follower fb keluargamagzine.

Moero Attack, Siri Popular 80an Fenomena Luar Biasa! 5 Wanita Ni Kongsi Nostalgia!

Antara komen menarik

Moero Attack, Siri Popular 80an Fenomena Luar Biasa! 5 Wanita Ni Kongsi Nostalgia!

Moero Attack, Siri Popular 80an Fenomena Luar Biasa! 5 Wanita Ni Kongsi Nostalgia!

Moero Attack, Siri Popular 80an Fenomena Luar Biasa! 5 Wanita Ni Kongsi Nostalgia!

Moero Attack, Siri Popular 80an Fenomena Luar Biasa! 5 Wanita Ni Kongsi Nostalgia!Moero Attack, Siri Popular 80an Fenomena Luar Biasa! 5 Wanita Ni Kongsi Nostalgia!

IKLAN

Ini hanyalah sebahagian komen yang dapat dipaparkan dan apa yang pasti cerita ini masih kuat melekat di memori kita semua terutamanya yang sedang membesar sekitar tahun 1989.

EKSTRA INFO :

Mula ditayangkan di Jepun : Pada 5 Januari 1979 hingga 11 Julai 1980 (menjelang temasya sukan Olimpik Mascow 1980)

Mula ditayangkan di Malaysia : Pada tahun 1989 oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM)

Memetik apa yang dilaporkan di dalam Utusan Online bertarikh 25 Mac 2018.

IKLAN

Pada awal tahun 2000, rancangan bual bicara CCTV di Jepun ada menemubual pelakon utama drama tersebut iaitu Chun atau nama sebenarnya Yumiko Araki. Sesi beramah mesra bersama peminat-peminat drama 72 episod tersebut berlangsung kira-kira 15 minit.

Dalam temubual tersebut pelakon dan penyanyi yang sudah pun berusia 58 tahun itu mengakui drama Moero Attack sentiasa membawa dirinya mengenang saat-saat indah ketika usia remaja. Kenangan tersebut juga seolah-olah baru semalam berlalu.

Moero Attack, Siri Popular 80an Fenomena Luar Biasa! 5 Wanita Ni Kongsi Nostalgia!

“Satu memori yang sangat indah untuk diingati terutamanya saat bersama rakan-rakan. Ketika membawa watak Chun, umur saya masih belasan tahun lagi. Masih muda remaja dan hidup juga penuh dengan warna warni. Sepanjang penggambaran kami tidak berhenti gelak ketawa.

“Namun yang orang tak pernah tahu sebenarnya saya adalah seorang pemain bola jaring. Dalam masa yang sama, saya tidak pernah meminati bola tampar tetapi disebabkan drama tersebut saya terpaksa mempelajarinya sedikit demi sedikit.

IKLAN

“Salah satu sebab saya sukakan bola jaring berbanding bola tampar kerana sukan bola jaring tidak pernah mengambil tahu tentang ketinggian berbanding sukan lain. Ini kerana tinggi saya cuma 153cm dan tidak layak untuk bermain sukan lain. Tetapi setelah membintangi drama tersebut ramai peminat di luar sana yang tertipu mereka ingatkan saya tinggi,” ujarnya sambil tergelak.

Moero Attack, Siri Popular 80an Fenomena Luar Biasa! 5 Wanita Ni Kongsi Nostalgia!
Yumiko Araki

 

 

 

Sepanjang temubual itu juga, pelakon yang pernah berlakon lebih daripada 10 buah drama bersiri ini turut meluangkan masa bermain bola tampar bersama peminat-peminat di dalam studio sambil menunjukkan teknik-teknik dalam drama Mouro Attack yang masih diingatinya.

Mungkin di Malaysia drama ini hanyalah sekadar drama hiburan semata-mata namun bagi negara China misalnya mereka menjadikan Moero Attack yang diterbitkan di Jepun sebagai satu inspirasi kepada pasukan pemain bola tampar kebangsaan mereka.

Drama siri ini ditayangkan berulang-ulang kali di negara tersebut semata-mata untuk merangsang semangat pasukan bola tampar.

Hasilnya pada tahun 1981 hingga tahun 1986, pasukan bola tampar wanita China menjadi juara pada kejohanan bola tampar dunia dan olimpik sebanyak lima kali.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI